Bibir yang sihat, merah dan mekar menjadikan aura wajah seseorang wanita itu tampil lebih berseri. Sapuan lipstik pada bibir yang sihat akan kelihatan kemas dan rata. Tidak dapat dinafikan bibir yang cantik ialah bibir yang sihat dan kelihatan cukup menyerlah.

Namun seperti juga kulit wajah, kulit bibir juga perlu dijaga dan diberikan perhatian. Maka sebab itulah bahagian ini juga perlu dibelai dengan produk-produk yang sesuai. Rutin harian yang berkala menjadikan bibir anda kelihatan memukau.

Berikut perkongsian Syahira Farzana

Syiro jaranglah bibir jadi mengelupas sampai luka semua tu kecuali time syiro tak sihat. Tapi bibir jadi tak smooth, macam ada crack sikit tu selalu! Standard lah kan sebab kita pakai lipstick everyday, pastu sel kulit mati berkumpul kat bibir dan bibir lama-lama akan jadi kusam. Syiro pulak peminat tegar matte lipstick!

So this is my lips routine 
Everyday memang i akan pakai lipbalm with spf tu time siang & lip sleeping mask time nak tidur. Bibir pun perlukan spf protection ya sebab salah satu punca bibir gelap dari tona asal adalah disebabkan pigmentation.

Untuk malam pulak selalu nya memang memerlukan lipbalm yang jenis extra lembab untuk mengelakkan flakiness, that’s why digalakkan untuk guna lip sleeping mask. Sometimes, i guna lip sleeping mask ni waktu siang jugak iaitu after i scrub bibir dengan sugar lip scrub tu.

IKLAN

Lip scrub penting ye kalau korang bercita-cita nak bibir yang smooth, pinkish (your natural color of the lips according to your skin tone) dan healthy! Sebab tugas lip scrub ni bukan je untuk buang sel kulit mati (those dry & rough skin kat bibir tu) & smooth kan bibir, tapi membantu jugak untuk neutralize discoloration.

Pastu last is lip primer. This one i akan apply after lipbalm, before pakai lipstick. Lip primer ni bertujuan untuk membantu lipstick tu tahan lama dan mengelakkan ‘lipstick bleeding’/ lipstick jadi comot.

Berikut pilihan lip balm yang anda boleh dapatkan di kedai ataupun farmasi berdekatan.

IKLAN
  1. IN2IT Lip Treat. Comel sungguh bekasnya!

2. Dermal Lip Balm. Ini juga sangat bagus untuk anda yang ada ekzema.

 

IKLAN

3. Nivea Watering. Sensasi yang menyegarkan.

4. Nivea Lip Butter. Ada yang mengatakan bibirnya rasa sungguh seksi selepas menggunakan ini semalaman!

 

Sumber kredit: Syahira Farzana

https://www.youtube.com/watch?v=OkmUu0aCUac&feature=youtu.be

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI