Pada ketika ini kita dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga dengan wabak yang sedang menular sekarang iaitu influenza di sekitar kawasan negeri Selangor.
Tidak boleh diambil remeh, influenza ini boleh mendatangkan maut jika dibiarkan melarat. Bagi mengelakkan daripada terkena jangkitan, kita bolehlah mengambil langkah mencegah dengan menggunakan semburan Dettol seperti yang telah dikongsikan oleh Enaz Safe ini di laman Facebooknya.
Ambil langkah berjaga-jaga dengan menyemburkannya di kawasan persekitan. Mudahkan?
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT
Sekarang tengah menular wabak influenza sekitar Selangor. Since vaksin hanya dibekalkan untuk baby berusia 6 bulan ke atas. Jadi mummy nak share 1 benda yang mummy dah guna since Adam lahir lagi. Just untuk protection baby Adam. Masa dlm pantang siap adik yg bongsu pergi ambik spray dlm bilik sbb ingat ridset nak halau nyamuk
Disinfectant Spray Dettol ni berguna kalau ada family demam, batuk atau selsema. Takut kalau jangkit dgn baby, kita spraykan benda ni utk neutralkan udara persekitaran, permukaan dan sekaligus membunuh virus dan kuman. Jangan spray dekat baby pula ye . Spray di persekitaran dalam rumah taw
.
Mummy selalu guna bila ada tetamu yang datang melawat. Selepas je tetamu balik kita spray je persekitaran dalam rumah. Bau pun best je wangi. Mummy pilih warna biru sebab bau dia mcm bau ala² ocean gitu.
Dettol Spray Disinfectant boleh membantu melindungi keluarga anda daripada kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya. Formula unik Dettol terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E. coli, salmonella dan virus selesema, pada permukaan yang terdapat pada setiap hari, seperti pemegang pintu, tong dapur dan kawasan tandas.
Moga bermanfaat
.
kredit: facebook Enaz Safe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rabi’ulawal Bulan Kelahiran Rasulullah SAW Dan Juga Sejarah Islam, Ketahui Dengan Lebih Lanjut
Pejam celik sahaja tak sangka kini kita telah pun masuk bulan Rabi’ulawal pada rabu lepas. Hari ini pula sudah menandakan 6 Rabi’ulawal, alhamdulillah, syukur kita berkesempatan untuk hidup sehingga ke hari ini.
Jadi setiap bula Islam mempunyai kisah-kisah dan juga tercatanya sejarah yang berlaku pada zaman Rasulullah dan para nabi. Bagaimana pula dengan bulan Rabi’ulawal? Ayuh kita lihat bersama.
Keistimewaan bulan Rabi’ulawal yang anda perlu ketahui
Bagi siapa-siapa yang tahu, bulan Rabi’ulawal merupakan bulan kelahiran buat baginda Rasulullah SAW yang telah turun untuk memberikan rahmat buat kita umat Islam di dunia. Baginda juga telah menandakan penamat kelahiran para anbia dan rasul.
Tetapi dalam pada masa yang sama, bulan Rabi’ulawal juga merupakan penyaksian pelbagai peristiwa lain yang berkait tentang kehidupan dan pengajaran buat umat Islam. Di fahamkan juga, bulan Rabi’ulawal menjadi tanda permulaan musim bunga dan musim buah bagi tanaman.
Mengikuti perkongsian dari TZKRH.com, terdapat beberapa peristiwa penting yang berlaku dalam peredaran sejarah umat Islam terdahulu. Jadi apakah ia dan apa yang sudah berlaku sewaktu ketika dahulu? Ini adalah antaranya:
1. Penghijrahan Rasulullah SAW
Pada 2, 3, dan 4 Rabi’ulawal telah menjadi tarikh di mana Rasulullah SAW bersembunyi di Gua Hira’. Baginda juga telah melakukan penghijrahan buat pertama kali dari Mekah ke Madinah atau terdahulunya ia di kenali dengan nama ‘Yastrib’.
Ketibaan bagina di Quba’ pada 8 Rabi’ulawal, merupakan hari isnin yang menjadi hari penyaksian baginda membina Masjid Quba’ iaitu masjid pertama yang terbina dalam sejarah Islam. Berikutan pada 12 Rabi’ulawal bersamaan hari Jumaat, Baginda tiba di kota Madinah dan telah melaksanankan solat Jumaat yang pertama di situ.
2. Perlantikan Nabi Muhammad SAW menjadi Rasul
Pada tanggal 1 Rabi’ulawal, Nabi Muhammad SAW telah mendapat gelaran Rasul. Pada ketika itu pula Baginda berumur 40 tahun dan perjalanan dakwah baginda bermula di Mekah al Mukarramah secara rasmi.
3. Perlantikan Abu Bakar as-Siddiq sebagai Khalifah
Sewaktu kewafatan Rasulullah SAW, para sahabat telah bermusyawarah untuk melantik pemimpin baharu sebagai pengganti baginda, lalu mereka mengambil keputusan untuk memilih Abu Bakar as-Siddiq sebagai pemimpin seterusnya. Oleh itu, dengan segera mereka memba’iah Saidina Abu Bakar pada waktu itu bertempat di Dewan Bani Sa’diah. Manakalah bagi sahabat yang lai pula, mereka menguruskan urusan pengebumian Baginda SAW yang di ketuai oleh Saidina Ali R.A.
4. Pernikahan Rasulullah SAW bersama Saidatina Khadijah
Pada tanggal 10 Rabi’ulawal pula menjadi sejarah yang mencatatkan tarikh penting buat Baginda Rasulullah SAW. Baginda Rasulullah telah mengambil keputusan untuk mengahwini Siti Khadijah Binti Khuwailid sebagai isteri pertama dalam sejarah hidup baginda.
Artikel berkaitan: Wajib Kita Mempertahankan Rasulullah SAW, Berat Hukuman & Balasan Bagi Mereka Yang Menghina Baginda
5. Pembukaan Iraq
Khalid bin al Walid R.A yang merupakan panglima Islam ketika itu bersama bala tenteranya berjaya menakluk Iraq. Pada saat itu lah permulaan pemerintahan Islam bermula sewaktu zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq.
6. Wujudnya Kota Baitulmaqdis
Setiba tahun 583H bulan Rabi’ulawal, pemimpin tentera Islam yang bernama Salahuddin al-Ayubi telah berjaya membuka kota Baitulmaqdis. Ketika itu pula, Beliau bersama pasukannya berjaya menumpaskan tentera Salib di mana telah memberi ruang bagi peluang kepada penaklukan Baitulmaqdis.
7. Peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal
Terdapat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal di mana rata-ratanya telah membantu dalam perkembangan penyebaran agama Islam dan juga pembangunan pemimpin Islam. Antara peperangan yang berlaku dalam bulan Rabi’ulawal adalah seperti:
- Perang Safwan atau juga Perang Badar Pertama
- Perang Bawat
- Perang Zi Amar atau Ghaftan
- Perang Bani Nadhir
- Perang Daumatul Jandal
- Perang Bani Lahyan
8. Zaman kejatuhan empayar kerajaan Islam kepada Sepanyol
Tahun 897H bulan Rabi’ulawal telah menjadi tahun yang mencatatkan kejatuhan tentera Islam di Andalusia yang telah di serang oleh tentera Sepanyol di ketuai oleh Ferdinando dan Ratu Isabella. Saat itu, seluruh tempat awrisan yang menjadi permulaan sejarah umat Islam telah hancur di musnahkan termasuklah masijd yang di tukarkan menjadi gereja. Bahkan, tiada lagi laungan azan di dengari pada negara tersebut.
Itu bukan sahaja sejarah yang tercatat di bulan Rabi’ulawal, terdapat banyak lagi yang telah terjadi yang menjadi sebahagian besar pembentukkan agama Islam sehingga kini. Apa yang telah berlaku kita perlu jadikan pengajaran supaya mengingati pengorbanan Baginda SAW serta para pemimpin Islam yang terdahulu.
Sumber info dan gambar: TZKRH.com dan Canva
Artikel berkaitan: Peluang Menjadi Orang Yang Paling ‘Dekat’ Dengan Rasulullah Pada Hari Kiamat, Banyakkan Berselawat
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Terkesan Gempa! Lesti Kejora Menangis Doakan Keselamatan Keluarga Di Cianjur
Sebut sahaja nama Lesti Kejora, pasti ramai terkenangkan konflik rumahtangga yang pernah dialami penyanyi dangdut tanah seberang itu bersama suaminya Rizki Billar.
Baru-baru ini dunia digemparkan dengan becana gempa bumi dahsyat yang melanda Cianjur sehingga mengorbankan 268 nyawa dengan 151 mangsa masih hilang.
Berikutan itu, Lesti yang berasal dari Jawa Barat turut bimbang akan keselamatan dan keluarga di daerah Cianjur
Lesti Menangis Teresak-Esak Risaukan Keluarga
Tidak hanya berdiam diri saat menerima kabar duka tentanf musibah itu, Lesti yang berasa cemas telah menitipkan doa buat keluarganya yang masih menetap di sana.
Isteri kepada Rizky Billar itu turut mendoakan agar semua warga Cianjur yang terkesan dengan gempa bumi itu dilindungi oleh Allah SWT dan segera mendapat bantuan agar dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat.
Sumber: Instagram Lesti Kejora
“Innalillahi wa inailaihi rajiun. Semoga saudara-saudara kita di Cianjur diberikan kekuatan ketabahan. Mohon pertolonganmu ya Allah,” tulis Lesti sambil disertakan emoji menadah tangan dan emoji menitiskan air mata.
“Ya Allah lindungi keluarga-keluarga di Cianjur,” tulisnya pada hantaran Insta Story berikutnya.
Artikel Berkaitan: Biarpun Berhijab, Aura Lesti Kejora Tidak Luntur. Tampil Mewah Dan Cantik Dihari Perkahwinan
Sekadar info, sebelum terkenal dan menikah, Lesti dan keluarganya tinggal di rumah yang terletak di daerah Cianjur, Jawa Barat yang baru saja ditimpa musibah gempa bumi pada Isnin lalu (21.11.2022).
Bencana itu telah meranapkan jalan-jalan utama yang menghubungkan daerah Bogor-Cianjur yang terletak di Desa Palalangon, Kecamatan Cugenang, Kabupaten Cianjur.
Selain itu gempa berukuran 5.5 skala ritcher itu juga memberi kesan yang besar kepada infrastuktur di daerah berkeenaan seperti kilang, pejabat-pejabat kerajaan, sekolah dan jalan-jalan raya.
Sumber: Instagram Lesti Kejora, Liputan.6
Artikel Berkaitan: Masih Trauma Walaupun Sudah Keluar Hospital, Lesti Kejora Ambil Masa Untuk Pulih.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Lagi Cantik, Nampak Segar!” CHE TA Kongsi Video Rutin Penjagaan Wajah, Ramai Puji Kecantikannya Tanpa Bulu Mata Palsu
Memang cantik sangat wajah polos Che Ta walau tanpa secalit solekan. Kulit pun flawless je. Nampak awet muda walaupun usianya dah mencecah 51 tahun, wow!
Siapa yang tak kenal dengan figura jelita bernama Che Ta atau Rozita Che Wan ini. Pesonanya sebagai seorang selebriti sememangnya tak dapat dinafikan lagi.
Sebut saja nama Che Ta pasti teringat dengan gayanya yang glamor dan tersendiri.
Penampilan isteri kepada pelakon kacak Zain Saidin ini tidak akan lengkap tanpa solekan dengan ‘trademark’ bulu matanya walau ke pasar mahupun duduk di rumah.
Itulah Che Ta yang kita kenal. Sangat sinonim dengan kecantikan dan fesyen.
Baru-baru ini tular di aplikasi Tiktok, video Che Ta berkongsi rutin penjagaan kulit wajahnya yang berjaya meraih lebih 160 ribu tontonan.
@rozitachewan1 Benda wajib sebelum keluaq qumah ! Tak pakai SUNSCREEN ni JANGAN keluaq qumah ‼️ . #cekangjelita #rcw #cheta #rozitachewan #byrcw #serumcheta #fyp ♬ Cinta Setandan Pisang – Eda Ezrin & Den Manjo
Dalam video tersebut, kelihatan Che Ta yang manis berbaju putih dan berselendang rona senada menunjukkan cara pemakaian produk penjagaan wajah daripada jenamanya sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, para pengikut dan peminat Che Ta memuji kecantikan asli yang dimiliki ibu anak tiga ini.
“Ouhh.. patut lah Zain jatuh cinta first tengok Che Ta tak pakai make up terus Zain jatuh cinta, ghupenyaa betul² Che Ta mempersona tanpa makeup.”
“First time aku tengok dia tanpa bulu mata pelsuuu”
“Che Ta ni makeup nipis ..cantik sgttt”
“Wajah Rozita Che Wan x bersolek cantik asli”
“Cantiknya muda walau makin meningkat usia. Pandai jaga kecantikan cam nii lahh perempuan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di SINI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI