Bella Yunus mula membina kerjaya sebagai pengacara pada 2014. Bella terlebih dahulu dikenali sebagai pengacara program Semangat Intelek Swadaya (SIS) dan Safiyya. Walau bagaimanapun dia mula memperlahankan rentak selepas berkahwin dan melahirkan anak.
Namun Bella Dia mula mengumpul ribuan pengikut yang tertarik dengan karakter dan penampilannya. Pengacara kembali meneruskan karier yang pernah ‘ditinggalkan’ seketika dahulu. Bella kini pengacara program TV AlHijrah.
Memiliki seorang anak lelaki, kini Bella hamil anak kedua. Teruja berkongsi kehamilan keduanya, Bella berkongsi momen-momen istimewa itu dilaman Instagramnya.
I love you before i met you, I felt every move you made, You’re the bone of my bone and the blood of my blood. You grew right under my heart and in it… Love you my baby
Nervous pulak rasanya bila fikir mcm mana bila dah ada 2 anak org nanti. Selalu focus pada Yassar sorang. Nanti dah ada baby mcm mana laa Yassar…
Sebenarnya Yassar still menyusu dgn Ummi. Nak tido tu tak pernah tak mengempeng dulu. Tu la membuatkan Bella lagi risau. Hopefully Yassar faham n akan jadi abg yg baik utk adik.
Ads
Tapi kalau Mommies ada pengalaman yg sama atau ada tips ke utk Bella sudi2 la share ye..
Bergelar instafamous atau influencer menjadi impian hijabi masa kini. Bukan sahaja terdedah dengan dunia glamour, tetapi juga menjanjikan pendapatan lumayan serta memperluaskan jaringan network. Malah pelbagai cara dilakukan oleh mereka ini ketika membuat paid review hinggakan ada yang sanggup melakukan aksi ‘gila’ dan keterlaluan semata-mata untuk mengaut untung. Hal ini turut diakui oleh influencer menggunakan nama Faralisa atau nama penuhnya Farah Anisah, 20 tahun. Namun dia tidak berminat gunakan cara itu sebaliknya lakukan dalam gaya tersendiri dalam melakukan paid review di laman instagramnhya.
Dia yang mempunyai follower 243K mula bergelar influencer sejak sekolah menengah lagi hingga mampu menjana pendapatan hingga mencecah belasan ribu ringgit. Selain membuat paid review, Faralisa juga turut bergelar model bagi produk busana dan tudung. Bukan itu sahaja, Faralisa juga turut dilantik menjadi duta untuk produk skincare.
Gadis manis yang berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang ini berkata memulakan kerjaya dalam bidang ini ketika masih bersekolah menengah lagi.
“Saya terbabit dalam bidang ini ketika belasan tahun pun sekadar suka-suka dan tidak sangka dari sehari ke sehari ada peningkatan dari segi follower. Awalnya hanya lebih 100 orang kini lebih 200 ribu pengikut. Produk pertama yang saya review adalah produk tudung. Bahkan, selepas bergelar influencer, saya mula mendapat tawaran untuk menjadi model pula.
“Memang pada masa sekarang, influencer yang ramai pengikut menjadi pilihan pengasas atau pengeluar produk untuk membuat review produk mereka. Jadi, daripada situ bermula segalanya.
“Keseronokan bergelumang dalam bidang tersebut bagaimana pun banyak membantunya terutama mendisiplinkan diri, berdikari, tepati masa, jaga mood dan banyak benda yang saya belajar dalam bidang ini.
“Soal kata-kata orang kononnya influencer ini mengejar glamor adalah salah semata-mata. Sebenarnya influencer tak ada bakat tapi ada follower ramai jadi secara tidak langsung mereka ini bermula dari bawah. Belajar sedikit demi sedikit, lama-kelamaan bakat itu datang secara automatik.” ungkap Farah yang tidak menolak pernah dikecam netizen.
Namun dia tidak mengambil pusing hal tersebut memandangkan dirinya tidak bersalah. Tambah Farah lagi, dia mengambil pendekatan menutup laman sosial instagramnya jika berlaku sebarang kecaman kerana tidak mahu ia terus berlarutan.
“Memang bab viral atau kecaman akan diterima oleh seseorang terutama yang mempunyai ramai pengikut. Pasti ada sahaja yang tidak kena, sebagai contohnya kapsyen yang kita letakkan itu disalah tafsir oleh netizen terutama yang suka berfikiran negatif. Jadi saya memilih untuk deactived Instagram lebih kurang seminggu untuk bagi keadaan reda kembali.
“Tidak timbul soal hilang follower kerana saya percaya rezeki ada di mana-mana sahaja asalkan kita berusaha. Walaupun pendapatan saya bergantung speenuhnya kepada kerjaya model dan duta selain menjadi instafamous dengan ‘paid review’.
“Memang agak terseksa sebenarnya namun demi memastikan persekitaran saya jauh dari benda-benda negatif, saya reda. Biasanya follower akan bertanyakan hal saya di laman instagram kakak atau kawan baik saya. Memang jadi ‘sesak’ instagram mereka ketika itu,” ujar gadis manis yang hatinya sudah dimiliki.
Jujur mengakui ahli keluarganya tidak membenarkan dia terjebak di dalam bidang ini kerana mahukan dia meneruskan pengajian, namun hati dan jiwanya sudah ke arah bidang ini membuatkan dia nekad untuk meneruskan.
“Kalau diikutkan famili memang tidak izinkan, tetapi saya sudah terjebak dan nak tak nak saya terpaksa teruskan. Sementelah minat saya memang ke arah bidang ini. Justeru, saya kena buktikan kepada keluarga bahawa bidang ini juga boleh menjamin masa depan.
“Akhirnya apabila keluarga nampak apa yang saya lakukan ini ada manfaatnya dari segi memberi pendapatan, jadi mereka mulai faham dan menyokong,” ujar Farah lagi.
Biarpun tampak lemah lembut dan sopan, namun Farah jenis yang ‘sempoi’ dan suka fesyen rockers.
“Saya bukan jenis yang ‘ayu’ atau gaya yang ‘keperempuanan’, sebaliknya lebih suka gaya yang funky dan rock. Soal pemakaian tudung ini sebenarnya saya ‘dipaksa’ ketika umur 16 tahun. Ayah antara orang kuat dalam memberikan galakan.
“Namun, apabila kita mula berhijab, secara automatik kita jadi segan dan malu untuk buka tudung di hadapan orang ramai,”Jelas Farah yang tidak mempunyai idola dalam berhijab, sebaliknya dia mahu menjadi diri sendiri.
Bulan Ramadan adalah bulan untuk kita memperbanyakkan amalan dan ibadah. Inilah masanya kita mengambil kesempatan melipat gandakan amalan kerana ada kebaikan diberikan oleh Allah.
Salah seorang selebriti yang gemar berdakwah melalui laman sosial adalah Heliza Helmi. Ada sahaja post berunsur nasihat atau ingatan kepada followernya yang berjumlah 1.9 juta ini. Dan setiap kali post seperti itu akan mendapat reaksi positif dari netizen. Cara hidup yang pantas seperti hari ini menyebabkan semua maklumat boleh disebarkan dengan cara paling mudah.
Memang tinggi keinginan Heliza mahu menjadi wanita Solehah yang memang menjadi DAMBAAN setiap wanita. Justeru dia tidak putus-putus sering memberi nasihat atau ingatan kepada ‘follower’nya kerana itu adalah sebahagian ibadah yang cukup murni.
Terbaharu, Heliza berkongsi panduan beramal 10 Ramadan terakhir dan doa lailatul qadar.
Sememangnya layak Nurfiyanti Afrina Roslan, yang lebih mesra dengan sapaan Fiffy Afrina dipilih sebagai Ratu Inspirasi Safi Hijabista. Mana tidaknya, gadis berusia 23 tahun ini bukan sahaja memiliki raut wajah yang manis tetapi dalam masa yang sama punya aura yang tersendiri.
Mengakui bahawa title tersebut agak berat buat dirinya, Fiffy menjelaskan bahawa apabila diangkat sebagai ikon, dirinya pasti menjadi tumpuan. Tentunya dia perlu menunjukkan contoh yang baik. Namun dalam masa yang sama juga jelas Fiffy dia rasa gembira kerana dipilih sebagai Ratu Inspirasi Safi Hijabista.
Bercerita tentang perancangan selepas Ratu Hijabista melabuhkan tirainya, kongsi Fiffy, dia akan meneruskan ‘perjalanannya’ lebih kurang setahun sahaja lagi untuk bergelar seorang doktor.
“Selepas itu jika ada sebarang tawaran, saya akan pertimbangkan untuk menerimanya. Hal ini kerana bidang seni ini punya skop yang luas. Kalau ada peluang untuk beraksi sebagai pengacara rancangan kesihatan dan perubatan, apa salahnya. Memang itu yang Fiffy idamkan.
“Ramai sahaja doktor perubatan terlibat sebagai pengacara yang mengacara rancangan berbentuk perubatan. Maka sebab itulah kita perlu ‘penuhkan’ ilmu perubatan di dada agar dapat disebar baikkan kepada masyarakat,”jelas Fiffy.
Fiffy yang merupakan anak sulung daripada 4 orang adik beradik, nyata punya auranya yang tersendiri. Merupakan seorang pelajar di dalam bidang perubatan di UniKL Royal College of Medicine Perak (RCMP) anak kelahiran Pulau Mutiara ini memasang niat untuk mengemudi majlis konvokesyen universitinya sebagai pengacara suatu hari nanti.
Mengenal lebih rapat, anak dara pasangan Roslan Kamarudin, 49 dan Jammy Suzana Abdullah Adnan, 49 ini, rupa-rupanya Fiffy mewarisi kerjaya ibunya yang juga seorang doktor.
“Mungkin sewaktu kecil, Fiffy selalu ikut mama pergi klinik. Fiffy sudah terbiasa dengan persekitaran kerja sebagai doktor. Mungkin sebab itulah minat saya lebih cenderung dalam bidang perubatan,” ujar Fiffy.
Tatkala ditanya tentang tugasan yang meninggalkan ‘bekas’ dalam dirinya, jelas Fiffy salah satunya ialah tugasan di pentas catwalk di Litar, Sepang.
“Nak salahkan fizikal (tubuh rendah) juga tidak boleh juga. Namun apa yang boleh Fiffy katakan ialah Fiffy memang tiada bakat untuk ‘berjalan dengan baik’ di pentas catwalk. Ia membuatkan Fiffy terkesan dengan tugasan itu malah disebabkan tugasan itu juga Fiffy berada di tahap ‘bottom 3.” Sepanjang hidup Fiffy, inilah kali pertama Fiffy catwalk,” jelas Fiffy.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Diet OMAD Hazwani Helmi pernah melibatkan hanya 600 hingga 900 kalori sehari. Penyanyi itu sendiri mengingatkan orang ramai supaya tidak meniru cara ekstrem tersebut.