Hidayah dari Allah SWT datang dalam pelbagai cara. Dan beruntungnya kita jika menjadi insan pilihan menerima nur darinya. Bagi mualaf, Jasnita Jerome DIA bersyukur kerana dipilih Allah SWT menjadi Sebahagian daripada umat Islam. Walaupun keinginan itu sudah lama Terdetik dalam hatinya, namun dek kerana Pelbagai kekangan impian itu hanya tercapai kira-kira sebulan yang lalu.
Sempena isu Hijabersary, Hijabista berkesempatan untuk mengadakan sesi temubual dan fotografi dengannya bercerita pengalaman menerima hidayah Allah. Ternyata cahaya kebahagiaan jelas terpancar di wajahnya tika bertandang ke Studio Karangkraf baru-baru ini.
Makna di sebalik nama
“Sebenarnya nama asal saya seperti orang Melayu. Cuma agama saja yang membezakan saya sebelum itu. Dan apabila saya memeluk agama Islam baru-baru ini, terus menukar nama kepada Nur Afina Jasnita Jerome.
“Saya pilih nama berkenaan kerana ia membawa maksud yang baik. Nur bermaksud cahaya, Afina pula ‘orang yang memaafkan’. Sebenarnya saya memang seorang yang tidak menyimpan perasan negatif dan seorang yang cepat memaafkan orang lain,” ungkap Nur Afina Jasnita, 20 tahun dan berasal dari Sabah ketika memulakan perbualan.
Ads
Alami mimpi indah
Menceritakan pengalamannya berhijab, Nur Afina jelas tidak sabar untuk berkongsi perjalanannya dalam menerima hidayah Allah.
“Kisah penghijrahan saya bermula dengan niat dan keinginan yang mendalam selama lebih tujuh tahun lalu. Sebenarnya awal tahun ini saya ada mengalami mimpi yang pada saya cukup indah. Mimpi itu berkisar dalam sebuah masjid di mana hanya ada saya dan seorang wanita yang bertelekung duduk di atas sejadah dengan sebuah Al-Quran.
“Pada waktu itu wanita ini dilimpahi sinar dan cahaya tertumpu hanya pada dirinya. Saya juga rasa sedikit pelik kerana pada masa sama saya juga memakai telekung dan dia kemudiannya memanggil saya untuk duduk sekali dengannya. Tapi saya tidak dapat melihat dirinya kerana apabila saya duduk untuk pandang wajahnya azan Subuh berkumandang dan saya terus tersedar,” cerita Nur Afina yang pada ketika itu terus tekad untuk berhijrah.
Dapat sokongan keluarga
Ads
Dia juga bersyukur kerana mendapat sokongan keluarga dalam penghijrahan kepada agama baru iaitu Islam.
“Alhamdulillah penerimaan keluarga saya baik dan mereka faham yang saya sudah besar untuk membuat keputusan memilih mana yang terbaik. Mereka sentiasa menyokong pilihan saya asalkan ke arah kebaikan.
“Tidak dinafikan apabila bergelar saudara baru atau mualaf ini banyak cabaran dan halangan yang perlu dilalui. Namun saya kena kuatkan diri dari terpengaruh dengan pelbagai perkara tidak berfaedah dan yang tidak sepatutnya dilakukan sebagai seorang Muslim.
“Saya belajar istiqomah dan melatih diri untuk sentiasa teguh dengan pendirian. Sebagai contoh, walaupun saya masih tidak arif dalam solat, tetapi saya tetap ikut kawan kawan dan belajar sikit demi sikit agar solat saya lebih sempurna,” tambah Nur Afina yang tidak rasa kekok apabila berhijab untuk menutup aurat.
Ads
Pasang impian jejak kaki ke Kota Makkah
“Saya banyak belajar fesyen berhijab dari kawan-kawan dan juga melalui platform media sosial seperti Youtube dan juga Instagram. Setelah berhijab ini, saya menyukai fesyen yang menutup aurat dan selesa dengan saya.
“Untuk ikon fesyen pula saya memang meminati selebriti Rozita Che Wan. IBagi saya dia seorang yang bijak bergaya dalam apa jua fesyen dan masih lagi menepati ciri-ciri santun dalam menutup aurat.
“Nasihat saya pada mereka yang ada keinginan untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi rasa takut untuk melakukannya, cuba buat yang terbaik. Cuba beranikan diri untuk capai apa yang kita inginkan. Ikut kata hati dan jangan mudah terpedaya dengan hasutan yang tak baik,” ujarnya yang turut memasang impian satu hari nanti agar seluruh ahli keluarga akan mengikut jejak langkahnya.
Malah jauh di sudut hati dia mahu bersolat bersama mereka. Nur Afina turut berazam untuk menjadi seorang wanita yang berjaya dan paling penting dapat membahagiakan kedua ibu bapa. Menjadi harapannya juga jika punya rezeki dia mahu menjejakkan kaki dan beribadah di Makkah satu hari nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kejutan baharu sahaja tercipta di Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 apabila dua orang peserta iaitu Mellya dan Fiffy Afrina tersingkir selepas tugasan pertama.
Fiffy Afrina membawakan isu ‘anti-vaksin.’
Pada pusingan tersebut, keempat-empat peserta diminta melakukan Public Service Announcement (PSA) mengikut kreativiti masing-masing berdasarkan tajuk yang diberi.
Mellya dengan tajuk ‘body shamming.’
Fiffy membawakan isu ‘anti-vaksin’, Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser’, Mellya dengan tajuk ‘body shamming’ manakala Tina pula mengetengahkan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak’.
Qila dengan topik ‘Mayer-Rokintansky-Kuster-Hauser.’
Dengan penyingkiran dua orang peserta ini, maka tinggallah dua orang peserta sahaja yang akan berjuang bagi merebut gelaran Ratu Hijabista iaitu Tina dan Qila.
Tina membawakan isu ‘Faraid- Hak Kepada Yang Berhak.’
Siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara pada malam ini? Sama-samalah kita saksikannya hingga ke akhir rancangan nanti.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sebuat sahaja nama pengasas bagi portal fesyen dalam talian terkemuka FashionValet, Vivy Yusof pasti ramai mengenalinya. Beliau bukan sahaja digambarkan sebagai ikon fesyen oleh hijabi masa kini, tetapi juga menjadi idola buat wanita di luar sana yang mahu berjaya sepertinya. Jadi tidak hairanlah jika kisah kejayaannya turut dijadikan kajian kes untuk salah satu kertas bagi Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun ini.
Vivy yang berkongsi perkara ini di laman instagramnya dan terkejut dimaklumkan beberapa pengikutnya yang turut menduduki kertas peperiksaan bagi mata pelajaran Pengajian Perniagaan.
Pengasas bersama bagi jenama FashionValet dan pengasas jenama dUCk ini menganggap ia sebagai satu penghormatan buat dirnya dan merasakan dia sedang bermimpi apabila kisah kejayaannya diangkat menjadi kajian kes bagi pelajar yang mengambil peperiksaan penting ini.
Malah Vivy turut mendoakan kecemerlangan para pelajar yang menduduki peperikssan berkenaan.
Reaksi pengikutnya yang turut terharu dengan perkongsian ini dan rata-rata mengucapkan tahniah dan ternyata kisah kejayannya telah dijadikan contoh dalam peperiksaan kebangsaan.
nurazlin_ain puan vivy , im so proud of u. before this i dont know who is the producer of dUCk product. yesterday when i answer business management paper in stpm exam,i know how hard u make it u such an icon in entrepeneur world
yusofazure WOWW…Vivy @vivyyusof..u r sure such an impact on every single being..Bravo n Congrats Vivy.
Sentiasa tampil dengan idea kreatif, selebriti terkenal iaitu Neelofa telah mewujudkan salurannya sendiri di aplikasi Telegram dengan tujuan berkongsi ilmu bersama para peminatnya.
Menariknya, Neelofa sendiri yang memuat naik segala aktiviti dan perkongsiannya bersama dengan lebih 130,000 pengikutnya di situ. Banyak ilmu kerohanian yang boleh diperoleh di salurannya terutama sekali cara meraih pahala di bulan Ramadhan ini.
Antara intipati yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara jelita ini di saluran Telegramnya.
Terus rasa positif bila melihat mesej sebegini!
Menarik bukan perkongsian Neelofa ini. Anda bolehlah turut serta dengan memasuki salurannya ini kerana ia percuma untuk semua. Cari sahaja ‘Neelofa’ di aplikasi Telegram dan anda boleh terus sertainya. Pastinya masa anda tidak akan terbuang begitu sahaja kerana banyak pahala yang boleh diraih walaupun hanya di hadapan telefon. InsyaAllah.
Trend beratur berjam-jam demi merasa makanan viral, golongan remaja dan orang muda yang berbadan besar di Malaysia lebih cepat alami kerosakan buah pinggang.Segalanya mesti...