Perempuan kalau bersiap nak keluar tu memang lama kan? Masa itulah baru nak gosok tudung, tudung tak menjadi, make up tak sesuai dengan warna tudung dan pelbagai alasan lagi hinggakan rakan yang menunggu pun naik bosan.
Jadi, apa yang perlu anda lakukan sekiranya rakan anda sudah tunggu di depan rumah tetapi anda masih lagi belum memakai tudung? Nak gayakan hijab pun tentu akan ambil sedikit masa anda.
Mungkin anda boleh cuba 3 stail tudung ini. Bukan sahaja cepat dan mudah, malah cantik dan anda masih nampak bergaya. Cubalah!
Barangan kulit memang jadi pilihan hijabi kerana kualiti serta sifatnya yang tahan lama. Namun jika tidak kena gaya penjagaannya akan menyebabkan barangan kulit ini cepat rosak. Periksa item fesyen seperti kulit yang ada dalam almari anda untuk dikemas kini agar boleh digayakan semula. Rata-rata ramai yang menggunakan pencuci biasa untuk menghilangkan kesan kotoran pada produk kulit.
Namun, inisiatif ini penyebab sisa pencuci menutup permukaan liang-liang hingga menjadi kering dan pecah-pecah. Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dalam menelusuri zaman serba canggih, rekaan kaca mata semakin dinaik taraf dan bervariasi. Ia sekali gus mencipta trend yang acap kali menjadi pilihan anak muda masa kini khususnya buat para hijabi yang sentiasa mendambakan stail baru untuk diperagakan.
Penggunaan kanta lekap klasik mahupun berwarna agak tersasar ke belakang kerana telah ramai yang tahu mengenai kesihatan dan kesannya kepada mata.
Walaupun dengan kanta lekap ini mampu memberi kebebasan kepada pandangan, namun aspek kesihatan perlu menjadi esennya.
Paten dan nuansa yang pelbagai mampu melengkapi penampilan walaupun berhijab. Ada caranya buat anda yang mahu menjadikan kaca mata ini sebagai aksesori bagi tampil sempurna ketika bersosial bersama teman.
Dengan penggayaan yang betul, gaya selendang pasti lebih menonjol, ‘stylish’ dan menepati fesyen mutakhir.
Ayuh, kita perhatikan satu-persatu informasi berguna ini buatmu wahai hijabi. Bagi mewujudkan rasa gah dalam keterampilan, berikut merupakan beberapa metod yang boleh anda amalkan.
Siapa tahu, andalah ‘trendsetter’ yang dicari-cari.
Ia merupakan cara untuk anda menyuai padankan gaya hijab yang sesuai buat anda yang berkaca mata. Hanya pinkan hijabmu pada bawah dagu diikuti dengan penggayaan kaca mata. Seterusnya, baru anda boleh menggayakan mengikut cita rasa yang diinginkan. Disarankan untuk menghasilkan gaya hijab yang beralun berbanding gaya melekap pada muka kerana ia akan memberikan efek kaku pada wajah mulus anda.
Dengan melakukan cara ini, anda boleh menghasilkan stail yang lebih selesa dan tidak membentuk ruangan di antara kaca mata dengan hijabmu. Penggayaannya pasti membuatmu lebih tampil yakin di khalayak umum. Bagi seorang ‘stylist’, langkah ini bagi mengelakkan kecacatan pada penampilan model yang anda pilih. Begitu mudah dan selesa tatkala menggayakan kaca mata yang bervariasi bentuk dan warna. Model anda juga mampu beraksi yakin di hadapan lensa kamera.
Bagi anda yang berkaca mata dan masih baru dalam berhijab, mungkin rasa tidak yakin menyelubungi diri untuk bergaya dan berjumpa teman akrab. Ia bukanlah menjadi satu kepelikan buat anda. Apa yang harus anda lakukan adalah dengan terus menerus melakukan eksperimen gaya hijab yang bersesuaian dengan wajah dan bentuk kaca mata anda, termasuk pemilihan rona hijab. Tidak menjadi masalah jika warna kaca mata anda adalah neutral namun jika ia berwarna agak menonjol, anda perlu rajin menyuai padankannya.
Semoga perkongsian ini mampu memberi inspirasi buat hijabi di luar sana dan jangan terlalu merendah diri dalam menonjolkan stail. Apa yang anda gayakan adalah diri sebenar anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Alamak anda terbangun lewat gara-gara melayan telefon hingga tidak sedar sudah jauh malam. Oleh kerana hari ini ada janji temu penting, anda perlu segera ke pejabat. Namun kesuntukan masa menyebabkan anda buntu memikirkan hijab manakan yang sesuai digayakan.
Usah panik berhadapan situasi ini kerana ada beberapa solusi yang boleh menyelesaikan masalahyang boleh menjejaskan mood anda kelak. Jika sudah dalam situasi begini, pastinya anda semestinya inginkan hijab yang mudah disarung, tanpa perlukan masa yang lama, bukan? HIJABISTA ada beberapa tip yang berguna.
a. Pilih fabrik kapas, agar ia tidak bergerak dan terletak di ataskepala.
b. Antara jenis hijab yang sesuai adalah ‘pashmina’, ‘wide shawl voile’, dan hijab kait.
c. Hijab bawal juga sesuai kerana anda hanya perlu pinkan sahaja.
d. Pastikan hijab itu mempunyai bidang yang lebar, ini untuk memudahkan anda untuk melilitnya nanti.
e. Pakai anak tudung dari kain kapas, agar pemakaian hijab tidak bergerak dan jatuh.
a. Cara lilitan yang sesuai adalah ‘loose shawl’ di mana ianya tidak menggunakan banyak pin dan peniti.
b. Ingin lebih cepat? Sarungkan sahaja ‘instant shawl’! Lagi mudah.
Rona hijab yang sesuai adalah yang berona gelap, seperti hitam, biru gelap, dan ‘dark grey’. Jika terdapat sedikit kedutan, orang tidak perasan akannya.
a. Jika kesuntukan masa, pastinya anda tidak sempat untuk memakai aksesori yang banyak.
b. Cukup sekadar hanya memakai kerongsang dan klip pin.
a. Jika anda ingin ke pejabat atau ke kuliah pada keesokan paginya, sediakan hijab dan bekas pin terlebih awal.
b. Gosok hijab anda lebih awal. Jadi, tidaklah anda kelam-kabut keesokan harinya.
Moga panduan ini bermanafaat terutamanya kepada hijabi yang selalu ‘on-the-go’!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anak tudung yang sesuai membantu memastikan hijab kekal kemas, selesa dan tidak mudah bergerak. Ketahui 8 tip penting memilih anak tudung terbaik untuk kegunaan harian.