Pelakon dan pengacara popular Neelofa bukan sahaja sering dipuji tetapi juga kerap mendapat kecaman dalam apa jua perkara dilakukan. Namun tidak makan kejian dan sudah lali dengan kritikan netizen, Neelofa kini melangkah ke satu lagi pencapaian terbesar apabila menjadi satu-satunya selebriti berhijab yang menandatangi kontrak bersama agensi model dan bakat antarabangsa, Established Models yang berlokasi di London.
Menurut pelakon jelita ini dia berterima kasih kerana diberikan peluang sangat menakjubkan ini dan tidak sabar untuk meneroka ruang lebih jauh yang menantinya di masa akan datang.
“Saya sangat berbangga dan berasakan kegembiraan berganda untuk mengumumkan, kini saya menjadi sebahagian daripada pasukan @estmodels di London.
“Terima kasih untuk peluang keemasan ini. Saya tidak sabar untuk meneroka kesempatan diberikan dan terima kasih semua di atas layangan ucapan manis serta doa. Tahun 2019, mari kita lakukannya,” katanya menerusi Instagram.
Bukan itu sahaja, pihak pengurusan melalui instagram mereka juga turut membuat pengumuman serupa dengan muat turut foto bersama usahawan muda itu berbusana dan mengenakan turban rona gelap.
Difahamkan juga menerusi perjanjian kontark ini nanti Neelofa dan pihak Established Models berbinbang dalam merencanakan kerjayanya untuk sepanjang tahun depan.
Seperti biasa, follower pengacara Meletop yng kini telah berjumlah 5.9 juta di Instagram turut mengucapkan tahniah di atas kejayaannya yang cukup manis di penghujung tahun 2018 ini.
Wah! Semenjak bakal bergelar ibu, semakin cantik dan manis pula aura pesona penyanyi bersuara lunak Ernie Zakri ini! Ramai yang terpesona melihat penampilannya di kaca televisyen baru-baru ini!
Pelantun lagu Boneka, Ernie Zakri, 29, tampil memeriahkan rancangan Meletop di Astro Ria baru-baru ini bersama suami tercinta, Syamel. Kehadirannya dalam rancangan itu menjadi perbualan ramai apabila netizen suka melihat dirinya yang semakin berseri biarpun sarat mengandung.
Menanti detik bahagia untuk bergelar ibu, Ernie manyarungkan rekaan gaun puith bersama dengan padanan tudung berona hitam dan putih. Meskipun tampak ringkas, namun kejelitaannya terserlah dalam persalinan itu.
Menerusi laman Instagramnya, netizen mula membanjiri komen-komen positif pada gambar OOTD nya di program Meletop itu. Ramai yang mengatakan Ernie semakin berseri-seri saat menunggu waktu bergelar ibu.
Malah, Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga turun memuat naik sebuah video pendek di laman Instagramnya, mendoakan agar Ernie sentiasa berada dalam keadaan yang sihat sejahtera. Sweetnya Tok Ti!
Saya doakan adik saya, Ernie Zakri akan terus sihat sehingga selamat bersalin nanti dan juga buat Syamel semoga menjadi suami dan ayah terbaik sebagai ketua keluarga. Usap perut Ernie, rasa macam baru saja saya mengandungkan Aafiyah dan Afwa. Jaga diri dik!
Momen manis itu juga turut mendapat perhatian netizen dan ramai yang terharu dengan kelembutan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, terutamanya apabila dia tidak kekok mengusap lembut perut Ernie Zakri yang sarat mengandung ketika itu.
Dalam temubual eksklusif Majalah Hijabista bersama Ernie Zakri, dia menyatakan bahawa semasa kehamilan, dia benar-benar menitikberatkan isu kesihatan. Bagi dirinya kesihatan yang baik dapat memberi kesan yang baik kepada bayi yang bakal lahir nanti. Ernie juga turut berkongsikan saat awal tempoh kehamilannya, dia mengalami alahan yang sangat teruk sehinggakan terpaksa masuk ke hospital. Ia membuatkan dirinya lebih menghargai kesihatan dan tubuh badannya.
Bercakap soal alahan, Ernie juga turut mengalami alahan seperti wanita lain dan menyebabkan jerawat naik banyak di mukanya seperti bahagian dahi dan juga pipi. Malahan, dia juga kadang-kala tidak boleh bau produk wangian yang suaminya, Syamel semburkan kerana terlalu kuat untuk dirinya. Namun, alhamdulillah Syamel sentiasa tenang dan memahami tentang situasi tersebut.
Team Hijabista mendoakan agar segalanya dipermudahkan untuk Ernie Zakri dan suami. Semoga Ernie diberi kesihatan yang baik sentiasa! InsyaAllah..Amin Ya Rabb!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kisah blogger/model berhijab dari British ini begitu hangat diperkatakan beberapa minggu ini. Ini kerana beliau yangmerupakan model hijab pertama dipilih untuk kempen produk kecantikan L’Oreal telah ambil keputusan menarik diri. Dia menyiarkan posting di laman instagramnya tentang pengunduran disebabkan tweet yang pernah dibuat olehnya sebelum ini. Ini kerana tweet yang ditulis pada 2014 ini dilabel sebagaia anti Israel dengan menyifatkan Israel sebagai haram dan negara jahat. Siapa sebenarnya blogger ini yang begitu lantang menyuarakan pendapatnya sebelum itu.
1. Nama Amena Khan mula dikenali di kalangan hijabi setelah dirinya rajin membuat video di laman youtube sekitar tahun 2009 lagi. Dia rajin muat turun video tutorial hijab, mekap juga cara hidup sihat yang diamalkannya.
2. Dia bukan sahaja seorang blogger, juga ibu, model dan youtuber. Semua status itu menjadikan Amena sebagai wakil wanita Muslimah dalam industri kecantikan. Mempunyai pengikut setia di laman youtube sebanyak 230 ribu yang rajin menonton setiap video di muat turun.
3. Sudah berkahwin dan mempunyai dua cahayamata. Amena khan juga memberitahu dirinya sangat terinspirasi dengan para hijabi di Indonesia ketika membuat satu lawatan di sana.
4. Mempunyai bisnes hijab tersendiri dengan label Pearl Daisy. Menjual barangan seperti hijab, aksesori dan busana Msulimah. Produknya diterima baik oleh golongan Muslimah termasuk negara di Asia dan Amerika. Turut menjadi salah seorang pemilik Ardere Cosmetics.
6. Wanita yang boleh berbahasa Urdu ini biasanya akan merakamkan video sebelum tibanya bulan puasa kerana waktu itu dia hanya memfokus soal ibadah bersama suami dan anaknya.
7. Amena Khan , melakar sejarah apabila dipilih sebagai satu-satunya wanita berhijab sebagai ‘brand ambassador’ oleh L’Oreal Paris untuk kempen ‘hair product’.
8. Tweet itu sudah ditulis lama tetapi kembali dipaparkan. Dia kemudiannnya meminta maaaf dengan menyifatkan ia menyinggung dan menimbulkan kekesalan. Menurutnya dia tidak mendiskriminasi sesiapa dan memadamnya kerana ia tidak mewakili mesej keharmonian yang dipegangnya.
9. Amena kemudiannya memutuskan untuk menarik diri dari kerjasama itu kerana bimbang akan memberi mesej positif yang mahu disampaikan dalam kempen itu. Pihak L’Oreal menerima keputusan Amena untuk menarik diri dan menghargai tindakan Amena memohon maaf berhubung kandungan tweetnya dan kebimbangan terhadap reaksi yang mungkin timbul.
10. Sebenarnya ini bukanlah kali pertama kempen L’Oreal untuk mempromosi kepelbagaian gagal kerana komen kontroversi dibuat oleh modelnya di media sosial. Dan perkara ini boleh dijadikan pengajaran secara umum dengan berhati-hati apabila mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial.
Dalam satu posting terbarunya juga yang dimuat turun 1 hari lalu, Amena turut menjelaskan segala kekeliruan yang timbul akibat pengundurannya itu. Dia cukup positif menerima pelbagai pandangan yang dilemparkan. Amena turut memberitahu tugasnya menyampaikan aura positif kepada semua pengikutnya.
Suatu ketika dulu fenomena berhijab melanda hijabi kita. Sejak itu sudah ramai yang mula berhijrah dengan penampilan bertudung. Apatah lagi ketika itu kemunculan butik Muslimah yang mereka pelbagai jenis hijab ibarat seperti cendawan tumbuh. Ada sahaja jenama tudung baru yang muncul sekarang ini sama ada tudung instan, bawal ataupun selendang panjang.
Namun pernah tak kita terfikir, senang atau susah sebenarnya untuk menghasilkan sehelai tudung? Atau adakah mampu memperoleh keuntungan berlipat ganda atau tidak peniaga tudung ini kerana ada antara tudung yang dijual hingga ratusan ringgit.
Salah satu jenama yang terawal muncul mewarnai dunia hijab ini adalah butik Radiusite. Sudah beroperasi sejak 0 tahun (sejak 2008) dan ia masih kekal utuh di pasaran sekarang. Foundernya Puan A’tikah Ash’ari, 31 tahun, atau dikenali dengan nama Ika sudi berkongsi 4 cara mudah bagi mereka yang berminat untuk membuat bisnes tudung.
Radiusite antara butik online pioneer yang membuat jualan tudung dan memang cukup popular di kalangan penggemarnya hingga mencetus fenomena. Setakat ini mempunyai 419 pengikut di laman instagram.
Jika dulu agak susah dan terhad untuk mencari kedai kain yang menjual fabrik cantik, tetapi sekarang sudah banyak pilihan. Salah satunya adalah di Jakel. Pilih fabrik material mana yang berkenan dan bersesuaian dengan bajet. Misalnya dari fabrik sifon, sutere atau crepe.
Sekarang ini tidak susah nak cari tailor kerana segala maklumat ada di hujung cari. Carian mengenai tailor pukal dan ada banyak pilihan yang keluar. Jangan lupa untuk bandingkan harga dan pilih tukang jahit yang menghasilkan jahitan yang baik dan sempurna. Kalau boleh ambil seberapa banyak quotation dan anda boleh pilih perkhidmatan mana paling bagus.
Dalam dunia serba moden ini tidak susah sebenarnya untuk mencari design. Kita boleh lihat contoh yang ada di pasaran, tetapi jangan tiru sepenuhnya. Gunakan sedikit kreativiti untuk mengubah mengikut acuan tersendiri. Terpulang pada cita rasa sama ada mahu mereka tudung jenis panjang, empat segi, instan atau half moon.
Reka label dengan nama yang senang orang untuk mengingat dan kalau boleh cari yang lain daripada yang lain. Kemudian jahit label dan boleh terus di tampal pada tudung. Sudah ada label barulah boleh secara agresif mempromosikan di laman sosial.
Walau bagaimanapun menurut Ika, membuat tudung memang mudah, tetapi untuk kekal agak sukar kerana persaingan yang ada sekarang.
“Macam Radiusite sendiri, kita perlu ada signature brand kita sendiri. Dan lagi satu perlu ikut trend. Misalnya, sekarang ramai orang menggemari instan, jadi kita kena follow. Cuma anda perlu bijak menginovasi produk itu sendiri mengikut kreativiti sendiri.
“Misalnya sekarang tengah popular tudung patch, bunga besar ataupun printed. Semua itu adalah trend dan kita perlu ikut supaya tidak dikata ketinggalan,” jelas Ika sebelum mengakhiri perbualan.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di