Bercerita mengenai konsep indahnya redha, selebriti dan juga usahawan terkenal iaitu Mila Jirin berkongsi tentang mudahnya seorang isteri itu untuk memasuki syurga hanya dengan mentaati suami tercinta.
Jelasnya, suaminya sering mengingatkan agar sentiasa bersederhana dalam semua segi kerana itu lebih menyenangkan.
“Bersederhana dalam segala segi, itu yang dididik oleh suami saya @isz_mustapha. Suami selalu pesan ‘SEDERHANA itu MUDAH’ -Betul! Sederhana itu INDAH.
“Saya pernah dengan satu ceramah di youtube.
“Kepada isteri diluar sana, ayuh kita sama sama tunjukkan keperibadian yang baik kerana ia adalah cermin kepada siapa kah suami kita.
Ads
“Sudah semestinya kasih dan cinta kita buat suami, asbab itu perlihatkanlah kelakuan yang membuatkan suamimu bahagia apabila dipandang masyarakat”
“Walau bagaimana tinggi jawatan seorang isteri, Walau besar mana gaji isteri berbanding suami, suami tetap our TOP Priority yang perlu sentiasa dihormati dalam segala segi.
“Mudah wanita itu untuk masuk syurga, hanya dengan mentaati suami.. Mudah untuk dapat redha Allah, dengan mendapat redha suami. Rebutlah peluang kumpul pahala dan redha Allah sebagai isteri solehah.
Ads
“Buat diri ini yang jahil juga, moga dibimbing Allah untuk jadi isteri solehah. Cita cita semua wanita yang bergelar seorang isteri.
“Kejayaan seorang isteri adalah seorang suami yang sentiasa di sisi,” tulis penyanyi lagu Aku Lebih Tahu itu di Instagramnya.
Menyingkap mengenai dunia perniagaannya pula, Mila yang menguruskan perniagaan dalam industri perkahwinan iaitu Bizmilla kini gembira dan bersyukur apabila kerajaan telah membenarkan untuk mengadakan majlis perkahwinan mengikut SOP tertentu.
Dia juga berharap semua sahabat industri dapat mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan dan mengutamakan penjarakkan sosial dan juga aspek kebersihan terhadap pelanggan dan pengunjung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Masalah biasa yang dialami kaum wanita adalah senggugut setiap kali datang bulan. Jika sakit ini menyerang, memang serba tak kena dibuatnya. Seakan mahu berehat sahaja di atas katil tanpa ganggguan. Sekurang-kurangnya bila tidur kesakitanyang dihadapi akan reda atau hilang terus. Tetapi ada juga yang mengalaminya hingga berhari-hari. Terdapat pelbagai cara untuk mengatasinyanya dan salah satu adalah dengan mengamalkan doa yang disarankan dalam Islam.
Mintalah ayah, abang kandung atau kawan terdekat buatkan air bacaan. Ambil segelas air kosong dan bacalah ayat-ayat di bawah ini dengan niat yang baik. Kemudian dtiupkan pada air setiap kali membacanya. Minum 3 kali dan sapukan di bahagian perut. Insya-Allah dengan izinNya sakit akan hilang
Jangan sesekali memberi alasan yang hijabi tak mampu menghafal Al Quran dalam kehidupan harian. Ambil kesempatan selama tempoh berkurung selama 14 hari ini untuk hijabi istiqomah menghafaz Al Quran. Yang cantik dan yang manis bukan dari luaran tetapi juga dari ilmu dalaman.
Al-Quran perlu menjadi pusat kepada sistem pelajaran kita dan rutin harian kita. Apabila kita menjadikan al-Quran sebagai pusat kehidupan kita, kita akan mampu mencapai zaman kegemilangan yang dahulu, sekali lagi.
Sekarang adalah masanya untuk mengubah kembali fokus kepada al-Quran. Marilah kita membaca, mengingati, serta mempelajari al-Quran setiap hari dan jatuh cinta kepada Kitab Agung ini.
Lakukan janji temu ini setiap hari pada waktu tertentu. Hormati temu janji ini seperti kita akan hormati temu janji dengan seorang yang terkenal.
Luangkan masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk al-Quran setiap hari. Bukan lima muka surat, atau satu halaman atau 20 minit, tetapi 30 minit penuh. Terdapat disiplin dan keindahan di situ apabila kita duduk dan memaksa diri untuk membaca sekurang-kurangnya 30 minit atau lebih. Jika 30 minit adalah terlalu senang bagi kita, maka buatlah selama sejam. Jika sejam pun masih mudah, maka buat dua jam.
Uthman bin Affan RA berkata: “Jika hati-hati kita suci, maka kita tidak akan pernah bosan membaca al-Quran”
Jika seseorang memahami Bahasa Arab, maka mudah baginya untuk fokus dan memahami apa yang dibaca. Namun, jika kita tidak memahami Bahasa Arab, maka kita sangat digalakkan untuk membaca al-Quran bersama terjemahannya. Hari ini, banyak aplikasi dan kelas online yang membolehkan kita mempelajari Bahasa Arab al-Quran.
• Belajar tentang maksud ayat-ayat dan konteks ia diturunkan, serta bagaimana kita boleh mengaplikasikannya dalam hidup kita adalah sesuatu yang berbeza.
• Cuba luangkan masa 10 minit setiap hari untuk membaca beberapa muka surat kitab tafsir yang terkenal.
• Jadikan diri kita seorang yang bertanggungjawab dengan berjanji untuk mengajar ahli keluarga atau kawan kita apa yang sudah kita pelajari.
• Atau halaqah di rumah atau di surau berdekatan, di mana kita yang bertanggungjawab untuk menyampaikan tafsir al-Quran tersebut. Lebih-lebih lagi, mempelajari tafsir dengan ulama atau guru adalah cara terbaik untuk memahami syarahan al-Quran dan memahami aplikasinya dalam dunia moden ini.
• Hafal al-Quran
Menghafal al-Quran adalah suatu penghormatan dan ia tanda kemuliaan dalam kalangan muslim. Jadikan menghafal al-Quran misi peribadi kita, tidak kira berapa lama masa yang akan diambil. Ramai daripada kita, tidak mungkin fikir “sudah terlalu lambat” untuk menghafal. Namun, walaupun proses menghafal ia amat mencabar untuk orang dewasa berbanding untuk kanak-kanak.
Allah telah memberi jaminan kepada kita semua dalam al-Quran:
Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
– Surah al-Qamar ayat 17
Jangan cuba untuk menghafal al-Quran sendirian. Ia akan menjadi tersangat sukar buat kita dan kita mungkin akan menghafalnya secara salah jika tiada panduan yang betul. Bahkan tanpa seorang guru, kita akan lebih sukar untuk berdisiplin.
Salah satu ketakutan orang ramai ialah mereka cepat terlupa apa yang telah mereka hafal. Nasihat saya adalah berikan komitmen selama satu sehingga dua tahun untuk menghafal al-Quran sahaja, tanpa perlu risau tentang ulang kaji (revision). Kemudian, luangkan lagi msa tiga tahun untuk membuat ulang kaji hafalan. Kaedah ini telah diuji di sebuah pusat penghafalan al-Quran di Jeddah, Arab Saudi dan hasilnya sangat menakjubkan. Ramai orang dewasa lebih kekal ingatan mereka bila melakukan teknik ulang kaji ini selama tiga tahun tersebut.
Adakan slot 30-45 minit pada waktu pagi selepas solat subuh untuk menghafal. Apabila kita telah menghafal, luangkan masa pada hari itu mengulang kembali ayat-ayat yang dihafal ketika kita sedang memandu atau ketika sedang solat. Kemudian, duduklah bersama guru atau pasangan kita, atau rakan, dan bacakan depan mereka ayat-ayat yang telah dihafal tadi.
Sedar tidak sedar, alunan al-Quran itu sendiri adalah salah seni terhebat yang boleh kita lakukan. Untuk baca dengan mahraj betul dan mempertingkatkan keindahan bacaan al-Quran, kita mesti belajar hukum tajwid. Keindahan alunan bacaan ayat suci Al-Quran akan pudar tanpa hukum tajwid yang betul. Oleh itu belajar dan amalkan hukum tajwid yang betul.
Jika tidak sempat berguru, kita boleh memudahkan pembelajaran tajwid kita dengan menggunakan Al-Quran yang hukum bacaannya dicetak dalam warna berbeza. Ini dapat membantu memudahkan kita mengenalpasti sesuatu hukum bacaan dengan mudah.
sumber: inchenaim
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Pelajar Malaysia, Siti Nurafaf Ismail telah menjadi gadis Asia pertama yang memenangi RIBA Norman Foster Travelling Scholarship.
Pemberian biasiswa bernilai 8,780 USD itu kini diadakan untuk ke-13 kalinya, khas bagi membiayai pengajian pelajar bidang arkitek dalam satu tempoh waktu tertentu bagi melakukan kajian antarabangsa mengenai topik berkenaan kelangsungan sesebuah kota atau bandar.
Sebagai pemenang pada tahun 2019, Siti Nurafaf atau lebih dikenali sebagai Afaf, seorang pelajar arkitek di Universiti Malaya akan mengembara ke bandar-bandar yang telah dilanda bencana alam bagi menjalankan kajiannya.
Gadis berusia 21 tahun itu sebelum ini telah diberikan biasiswa oleh Malaysian Institute of Architects iaitu 2018 PAM Travel Scholarship Award bagi menanggung bahagian pertama kajiannya yang membolehkan Afaf menjelajah ke Lombok, Indonesia pada awal tahun ini berikutan kes gempa bumi yang terjadi pada Ogos tahun lalu.
Misinya iaitu mengkaji proses pembangunan semula komuniti dan memeriksa bagaimana seorang arkitek yang berpengalaman layak mengendalikannya telah membuatkan Afaf berjaya dalam permohonan biasiswa RIBAnya.
Kemenangannya itu membolehkannya meluangkan 60 hari di Hokkaido, Japan dan Karachi, Pakistan bermula dari Ogos tahun ini hingga ke November nanti bersama pertubuhan bukan kerajaan (NG0) yang akan membantu membina semula komuniti yang telah musnah disebabkan gempa bumi dan juga banjir.
Di Lombok, dia telah membantu masyarakat komuniti di sana manakala di Hokkaido, perancangan Afaf adalah untuk mengikut arkitek Japan, Shigeru Ban manakala di Karachi pula dia akan mengikuti arkitek Yasmeen Lari bagi membuat dokumentasi kerja mereka.
Afaf yang mengejar cita-cita menjadi seorang pakar dalam pengurusan bencana berharap dapat mengikut jejak langkah idola-idolanya itu.
Ujar Afaf, “Sebagai arkitek, kita dilatih untuk membina rumah untuk orang awam, atau bangunan awam. Dalam komuniti yang dilanda bencana, kita perlu melihat struktur dengan cara yang berbeza, termasuk bahan dan asas. Setiap tempat adalah unik. Apa yang berfungsi di Malaysia tidak semestinya berfungsi di Pakistan, jadi arkitek di lokasi tersebut perlu bersuara dan bertindak kerana mereka lebih mengenali masyarakat di sana.”