Memandangkan sekarang ini ramai yang mula bekerja di pejabat dan tidak lagi WFH. Sudah tentunya anda akan rasa bosan melihat keadaan meja pejabat yang sendu dan bosan.
Bila buat kerja pula tidak rasa seperti ala-ala di rumah dan kelihatan ‘aesthetic’. Jadi team Hijabista ada beberapa hiasan yang boleh mencantikkan lagi meja bekerja anda itu dengan lebih menarik!
Kalender meja anda bukan lagi seperti kebiasaannya, dengan bentuk reka dan gaya estetiknya yang cantik menunjukkan lagi keistimewaan dan unik pada meja anda. Sudah tentunya ia menjadi satu tarikan buat anda tambahan lagi untuk melihat tarikh pada setiap hari!
Bagi mereka yang gemar melihat suasana atau ada ‘taman hijau’mini di meja, pasu pokok mini ini sesuai untuk anda! Lihatlah bentuk dan reka bentuk yang unik menambahkan lagi satu gaya sofistikated.
Siapa yang ingin papan notis mini boleh dapatkan papan arkilik bercahaya ini yang cukup comel dan minimalis. Bukan sahaja menghiasi meja anda, malah nak tulis nota pun bergaya!
Tiada lagi pen atau sticky note yang bersepah-sepah atas meja, anda perlukan organizer ini untuk semua alat tulis anda. Lihatlah reka bentuk yang minimal itu berfungsi dengan baik untuk meja yang lebih kemas.
Buat mereka yang selalu bersiap di pejabat kerana lambat, wajib ada cermin LED ini! Nak simpankannya juga cukup mudah kerana boleh di lipat dan simpan di dalam laci!
Link: Shopee | Lazada
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Orang wanita memang tak lari dari rasa nak tampil cantik. Apa juga petua pasti akan dicuba. Cuma, adakah semua yang kita buat itu dibolehkan dalam Islam?
Misalnya mencukur buku kening. Ramai yang buat lebih-lebih jika bulu kening berserabut hingga mencacatkan riasan wajah.
Dalam hal ini hukumnya adalah HARAM bagi wanita yang menghilangkan atau mencukur bulu kening.
Rasulullah SAW mengutuk orang yang mencukur bulu keningnya dan orang yang diupah untuk mencukur bulu kening wanita.
Para ulama menyatakan bahawa hadis tersebut adalah berkenaan dengan orang yang mencukur bulu kening bagi wanita.
Larangan ini termasuklah membentuk bulu kening, mencabut untuk mencantikkan bulu kening dan mencukur adalah perbuatan yang dilarang dan haram apabila melakukannya.
Terdapat pelbagai lambakkan produk kecantikan di pasaran untuk mendapatkan kulit yang cantik dan mulus. Impikan muka glowing ala artis Korea memerlukan rejim kecantikan yang mempunyai pelbagai langkah.
Salah satunya langkah adalah produk pelembab yang memainkan peranan penting untuk menghidrat dan mengembalikan kelembapan pada kulit muka terutama untuk anda yang mengalami masalah kulit kering.
Pilihlah produk bersesuaian dengan jenis kulit muka dan yang paling penting bahan kandungan pelembap tersebut. Elakkan memilih produk yang mempunyai bahan kimia seperti alkohol, paraben, pewarna dan pewangi tiruan, yang akan menyebabkan kulit bertambah iritasi serta kemerahan.
Ciri-ciri kulit sensetif biasanya mudah berasa panas ,mudah gatal atau merah bila salah pemilihan pelembab atau kosmetik dan pelembab tersebut mestilah tanpa bahan pewangi,tanpa bahan pewarna atau bahan pengawet dan lain-lain baham yang menyebabkan kulit sensetif.
Sekiranya anda sudah memakai pelembab tapi belum rasa kulit betul-betul seimbang itu bermaksud pelembab anda mempunyai air sedikit dan belum mampu memberi kelembapan maksimum.
Ada yang takut nak pakai pelembab sebab kulit makin naik jerawat. Ok ini alasan untuk mereka tidak memakai pelembab. Selalunya mereka tersalah memilih pelembab yang berat dan jenis krim. Untuk mereka yang ada masalah jerawat saya selalu cadangkan agar memilih pelembab water based.
Iklim panas lembab di negara kita adalah salah satu faktor ramai yang memiliki kulit berminyak terutamanya di kawasan T zone iaitu di kawasan dahi hidung dan dagu tetapi kwasan kulit amat kering.Keadaan ini alan menyebabkan kulit mudah berlaku pigmentasi dia bahagian yang kulit kering.
Berikut adalah beberapa produk pelembab khusus untuk kulit kering yang boleh anda cuba:
Produk wajah terbaik untuk kulit kering dan sensitif
Terbukti secara klinikal bahawa ia mempunyai penghidratan dan melembap kulit kering dan memperbaiki kulit sensitif selama 24 jam. Moisturizer ini mempunyai tekstur berkrim yang dapat membantu untuk melegakan kulit kering dan sensitif dengan meningkatkan penghidratan serta membantu menambah kandungan lipid pada kulit. Yang penting, tidak mengandungi bahan kimia merbahaya serta bebas paraben.
Moisturizer jenama Korea terbaik
Produk yang diterbangkan khas dari Korea ini sangat terkenal di kalangan pengguna wanita disana kerana bahannya yang alami untuk kulit wajah. Krim pelembap ini sesuai untuk anda yang mempunyai kulit bermasalah terutamanya kulit teramat kering.
Tekstur krim ini yang sangat lembut dan ringan dengan formula konsentrasinya menggunakan daun teh hijau dari kepulauan Jeju, kulit wajah anda akan kekal terhidrat sepanjang hari. Dengan mengandungi asid amino, ianya tidak akan membuatkan kulit wajah anda terasa pedih dan produk dari Innisfree ini, ideal untuk kulit kering.
Terbaik untuk kulit bermasalah seperti kering dan kombinasi
Diperkaya dengan Aloe Vera untuk memberikan kelembapan, Winter-Cherry serta esktrak pokok Kino India mampu memberikan pelindungan pada kulit dari pencemaran dan cuaca kering. Campuran herba semulajadi yang mampu mengembalikan keanjalan kulit dengan formulanya ringan dan tidak berminyak, sangat sesuai untuk kegunaan seharian.
Tambahan pula, Winter Cherry berfungsi untuk penumbuhan sel kulit yang baharu kerana ia bertindak sebagai agen anti-stress dan antioksida.
Untuk kulit yang tampak kusam, kering dan keletihan
Produk ini sesuai untuk kulit kering kerana teksturnya yang tidak berminyak, menyuburkan serta kekal lembap untuk waktu yang lama. Ia membantu untuk membaik pulih sistem kelembapan pada kulit wajah. Dihasilkan dengan Vitamin E, plumping Hyaluronic Acid dan minyak Wheatgerm, ianya sangat sesuai untuk kulit kering.
Produk dari jenama Body Shop ini dapat menjadikan kulit bertambah segar, lebih lembut dan tampil berseri dari jauh.
Pelembap berasaskan air terbaik untuk kulit yang kering dan menggelupas
Produk ini kaya dengan dua jenis asid iaitu Power-Nano Hyaluronic Acid dan asid Hyaluronik. Ia amat bagus untuk menambah dan mengekalkan kelembapan, sambil memberikan penghidratan pada kulit tanpa henti. Produk ini terbaik kepada mereka yang mempunyai kulit yang terlampau kering sehingga menyebabkan rekahan.
Pelembap yang mengandungi Aloe Vera – murah dan sesuai untuk remaja
Produk ini diformulasikan daripada pokok Lidah Buaya atau lebih dikenali sebagai Aloe Vera. Ia mampu melembutkan serta melicinkan kulit, dan ternyata untuk mengembalikan kelembapan kulit secara natural. Harganya mampu milik, sesuai untuk kegunaan remaja yang mempunyai masalah kulit kering.
Pelembap dengan SPF untuk lindungi kulit wajah
Produk ini bertindak untuk mencegah tanda-tanda penuaan pada kulit wajah dengan formula SPF 18 yang mampu melindungi kulit daripada cahaya matahari. Ia memberikan 15 tindakan yang mampu melembap, menegangkan, tona kulit tidak sekata, mencerah, melembut, melicin dan meringkan kulit wajah.
Dengan mengandungi 2 kombinasi bahan aktif sebagai dwi-tindakan untuk mencerahkan kulit wajah iaitu Melano-Block dan Vitamin C. Juga Pro-Retinol A yang dapat menyerap masuk ke dalam lapisan kulit untuk memperbaiki secara dalaman tanpa merosakkan lapisan kulit luaran.
Moisturizer untuk memutihkan wajah terbaik dari drugstore
Produk ini diperkaya dengan vitamin C dan arbutin yang dapat menghilangkan jeragat dan meratakan tona kulit tidak sekata untuk kulit yang lebih cerah berseri. Kandungan Hyaluronic Acid nya membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit, membuatkan kulit berasa licin dan lembut.
Formulanya ringan, tidak berminyak, tahan lama serta bebas daripada pewangi, minyak mineral, alkohol dan pewarna yang boleh menyebabkan iritasi.
Tidak akan menyebabkan iritasi pada kulit dan bebas alkohol
Pelembap ini yang terkenal di pasaran Malaysia mengandungi ekstrak daun teh hijau (Green Tea) dan kaya dengan kompleks anti-penuaan, dapat melembut dan menyuburkan kulit, serta mengurangkan kedutan dan tompokan pada wajah. Selain itu, ia juga dapat melembap dan menyeimbangkan tona kulit tidak sekata dan melindungi kulit daripada kerosakan dengan bahan antioksida.
Terbaik untuk jejaka – sesuai untuk kulit kering berjerawat
Diformulasi daripada pH sebenar kulit, menjadikan pH kulit lebih stabil dan tidak terlalu berminyak atau terlampau kering. Pelembap muka yang mengandungi tea tree oil (Melaleuca Alternifolia) ini membantu melindungi kulit secara semulajadi daripada jerawat. Formulanya yang bebas minyak atau berasaskan air ini dapat membantu melegakan dan melembapkan kulit.
Sumber: productnation & safi
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Impian pengacara popular Awal Ashaari untuk membuka sebuah kedai kopi, The Great Coffee Club akhirnya menjadi kenyataan apabila berjaya membuka cawangan pertama di Menara U, Seksyen 13, Shah Alam, hari ini.
Awal berkata, kopi memiliki nilai sentimental kepada dirinya memandangkan air kegemaran ramai itu turut menyatukan hubungannya dengan isteri tercinta, Scha Al Yahya.
Tidak dinafikan waktu yang terluang bersama di sebuah kedai kopi boleh menyatukan dua hati menjadi satu. Begitu jua pasangan dua sejoli ini.
“Saya dan Scha memang penggemar kopi. Kalau nak ‘throwback’ kisah cinta saya bersama Scha dulu pun, kami selalu ‘dating’ di sebuah kedai kopi di Bangsar.
“Jadi boleh dikatakan kopi ini menyatukan saya dan Scha kerana kami berdua berkongsi air minuman yang sama.
“Malah setiap kali kami melancong ke luar negara, perkara pertama yang kami akan kunjungi adalah kedai kopi kerana nak rasa kelainan di setiap lokasi.
Memiliki sebuah kedai kopi, impian menjadi kenyataan. Dibuka secara rasminya pada 22 Mac lalu ternyata The great Coffee mendapat sambutan ramai.
“Hari ini saya sangat terharu kerana impian yang dah lama saya tunggu akhirnya menjadi kenyataan dan segala proses berjalan dengan pantas,” katanya ketika ditemui pada majlis pembukaan cawangan pertama kedai kopi, The Great Coffee Club, Seksyen 13, Shah Alam.
Menurut Awal, dia memilih Shah Alam sebagai lokasi pertama kedai kopi miliknya kerana menepati target pasaran dan lokasinya yang strategik.
“Saya memilih Shah Alam kerana lokasinya yang dekat dengan beberapa buah universiti selain menepati target pasaran.
“Kalau kita lihat tidak banyak kafe atau kedai kopi yang seumpama dengan kedai saya. Jadi sebagai permulaan saya pilih Shah Alam.
“Malah kedai kopi ini juga boleh menjadi lokasi untuk pelajar universiti ‘healing’ atau bersantai. Sebab itulah rekaan kedai kopi ini sangat dekat dengan jiwa muda selain semua orang boleh datang nikmatinya,” katanya.
Meniti mama sebagai pengacara yang serba boleh, Awal mempunyai pelbagai rancangan di masa akan datang. Memanfaatkan kedai kopinya, bukan sekadar kedai kopi, Awal memberitahu, dia kini sedang dalam perancangan untuk menjadikan kedai kopi itu sebagai lokasi program poscast kendaliannya, The Great Coffee Talk.
“Insha-Allah perancangannya selepas Aidilfitri ini. Saya nak buat podcast yang akan disiarkan di platform YouTube dan media sosial.
“Mengikut perancangan awal saya nak jemput individu yang dapat memberikan inspirasi setiap minggu untuk berkongsi kisah hidup dan kejayaan mereka,” katanya.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.