“Dah cuci muka pun, masih tak bersih. Paling degil nak buang maskara daripada bulu mata!” Aduh, memang susah nak tanggalkan mekap kalis air ni khasnya tanpa produk yang betul. Tapi jangan risau, kali ni Hijabista kongsikan produk terbaharu Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water yang sangat berkesan membersihkan mekap dengan serta-merta.

Meskipun ada banyak produk berasaskan Micellar Water di pasaran, namun Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water terbukti lebih baik kerana sifatnya yang langsung tak memedihkan atau mengeringkan kulit.

Semakin anda membersihkan semakin anda rasa terhidrat. Tak payah risau walaupun anda terpaksa menanggalkan solekan anda beberapa kali sehari.

Sangat mudah dipakai, kini lupakan saja makeup remover lain yang ‘memaksa’ anda menggosok muka berkali-kali untuk mencuci mekap kalis air. Itulah puncanya kedutan wajah dan garis-garis halus!

 

Dengan teknologi mikro-molekul pembersihan kulit yang unik, ia sangat berkesan untuk membersihkan semua jenis mekap kalis air di bahagian wajah, mata dan bibir. Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water juga turut dirumus dengan bahan-bahan yang melembap dan menyihatkan kulit.

IKLAN

Antaranya:

  1. Rose water: Merawat dan mencerahkan tona kulit.
  2. 2 jenis asid hyaluronik: Untuk lembapan berganda.
  3. 2 jenis lipid (Phospholipids + Sphingolipids): Berfungsi sama seperti ceramida untuk menguatkan jaringan kulit dan meningkatkan lembapan.
  4. Protein susu: Untuk menyihat, melembut dan melembapkan kulit.
  5. Double enzymes: Untuk menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati dan mencegah masalah blackhead atau jerawat.

Formulasi unik produk ini menepati ‘Cara Pembersihan Wajah Jepun’ iaitu liang pori dibersihkan dengan sempurna tanpa mengeringkan kulit, malah mampu melembapkan lagi kulit selepas cucian.

 

PENGGUNAAN

IKLAN

 

 

IKLAN

Dengan menggunakan pad kapas, oleskan Pore Refining Micellar Cleansing Water ke seluruh muka termasuk bahagian bibir dan kelopak mata. Ia dengan mudah dapat menanggalkan mekap jenis kalis air umpamanya maskara dan lipstik dengan berkesan.

Paling penting, kulit rasa selesa selepas digunakan. Ia tidak mengering atau membuat kulit tegang kerana dirumus untuk membersih sambil melembapkan. Selain itu, produk ini juga mampu menghalang liang pori tersumbat, menyingkirkan sel kulit mati, mengurangkan jerawat, mengecilkan saiz liang pori serta melembut dan menganjalkan kulit

Produk Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water tidak diuji ke atas haiwan, bebas alkohol, pewangi atau pewarna tiruan. Ia terbukti sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif dan berjerawat.

Jadi tunggu apa lagi, dapatkan Hada Labo Pore Refining Micellar Cleansing Water anda sekarang. Untuk maklumat lanjut, layari info Hada Labo seperti yang tertera.

Website: Hada Labo Malaysia
Facebook: MY Hada Labo

#HLMicellarWater
#UnleashYourTrueBeauty
#HadaLaboMalaysia
#HadaLabo

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI