Sejak semalam, berita pelancaran tudung jenama Naelofar Hijab di sebuah kelab malam terkemuka di ibu negara hangat diperkatakan di laman sosial. Pelakon, pengacara dan usahawan, Neelofa teruk dikecam netizen gara-gara pelancaran  tersebut. Malah, Neelofa juga turut menerima nasihat dan teguran daripada pelbagai golongan seperti Profesor, Ustaz/Ustazah dan juga Imam Muda.

Apa yang menimbulkan kemarahan netizen adalah kenyataan Neelofa yang seakan-akan tidak kisah akan pandangan orang ramai, asalkan dia tahu apa yang dilakukannya. Setelah ramai netizen yang mengecam, pihak Naelofar Hijab akhirnya telah membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai. Pihak Naelofar Hijab memberi penerangan tentang mengapa memilih tempat tersebut dan juga turut memohon maaf kepada semua individu yang turut dikaitkan dalam majlis pelancaran tersebut.

Artikel Berkaitan: Ramai Yang Kritik & Cemuh Neelofa, Tapi 7 Teguran Mufti Wilayah Ini Tak Ubah Macam Bapa Didik Anak

IKLAN

Berikut merupakan kenyataan media daripada pihak Naelofar Hijab:

Kami memohon jutaan maaf, terutamanya kepada penyokong kuat jenama kami dan juga semua individu yang telah terjejas oleh insiden baru-baru ini. Majlis perlancaran yang sepatutnya menjadi acara yang istimewa untuk jenama kami, telah menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Sepanjang majlis pada malam itu , kami telah mengambil setiap langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol-botol minuman keras, gelas serta perkakas diasingkan dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat tersebut sebelum berlangsungnya majlis. Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup dan merokok adalah dilarang sama sekali sepanjang majlis tersebut. Kami juga mendapatkan katerer luar untuk menyajikan makanan halal. Semua perkasas termasuklah sudu, garfu dan gelas yang digunakan oleh para tetamu juga disediakan oleh katerer tersebut.

IKLAN

Kami telah membuat keputusan untuk mengadakan majlis pelancaran ini di tempat berkenaan kerana kemudahan yang ditawarkan dan mereka juga menawarkan ruang untuk disewa sebagai ruang acara pada setiap hari Ahad dan Isnin oleh kerana ruang ini tidak dibuka untuk kunjungan umum. Sistem pencahayaan yang memberi efek neon, sistem bunyi, paparan LED, serta sokongan teknikal adalah antara kemudahan yang diperlukan oleh kami untuk menjayakan majlis ini, dan kesemuanya didatangkan dalam satu pakej yang ditawarkan oleh pihak ruang acara.

IKLAN

Untuk makluman, kami kini telah mengambil langkah segera untuk membetulkan situasi ini. Tiada yang lebih penting dari mendapatkan kembali kepercayaan dan keyakinan semua. Kami mengambil serius dan mendengar semua komen mengenai isu ini, dan kami akan menggunakannya untuk membimbing kami secara positif bagi mengelakkan insiden yang sama berulang. Kami akan pastikan isu keagamaan dan kebudayaan akan dititikberatkan dalam setiap keputusan yang dibuat pada masa hadapan dan kami amat berharap agar diberi peluang untuk memperbaiki diri dan memperbetulkan keadaan.

Yang ikhlas,
Noor Nabila Mohd Noor
Pengarah Urusan,
NH Prima International Sdn Bhd

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI