Pernahkah anda tertanya, mengapakah masalah kulit seperti jerawat, jeragat, kulit kering dan kusam masih menghantui anda walaupun sudah meningkat usia? Dikatakan tidak menjaga kulit, tidak juga kerana penjagaan kulit itu penting dalam rutin harian persiapan diri anda, bukan?

Sumber gambar: Roman

Jangan menggaru kepala. Team Hijabista kongsikan sebab sebenar anda masih mengalami masalah kulit.

Sumber gambar: Ekaterina

1. Penjagaan yang tidak menyeluruh

Untuk pengetahuan anda, penjagaan kulit tidak terhenti pada rahang anda sahaja ya. Ia juga termasuk dengan bahagian leher dan dada. Walaupun leher dan dada merupakan bahagian yang kurang terdedah pada cahaya matahari berbanding muka, ia juga berpotensi untuk mengalami masalah penghidratan dan penuaan. Untuk solusi yang terbaik, setiap kali anda memakai serum, krim muka atau krim tabir suria, sapukannya sehingga ke leher dan di dada pula sapukan pelembap.

2. Tidak mencuci berus solekan

Berapa kali anda mencuci berus solekan anda? Berapa kali anda menukar berus solekan anda? Ha! Pasti ramai yang tersentap dengan soalan ini kerana ramai diantara kita yang hanya mengambil ringan mengenai hal ini. Mengapa perlu membersihkan berus solekan? Penggunaan berus solekan yang kotor mungkin menyebabkan pembiakan bakteria dan liang pori-pori tersumbat. Jadi jangan pandang remeh dan tidak mengendahkan perkara sebegini kerana ia mungkin penyumbang terbesar dalam masalah kulit anda.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

3. Tangan kerap menyentuh kulit

Orang kata tangan tu gatal sahaja mahu memegang muka! Tahukah anda tangan kita mempunyai banyak bakteria. Ini boleh dikatakan tabiat yang biasa dilakukan. Walau sebersih mana pun tangan anda perlu diingat pasti ada kuman. Kuman tersebut secara tidak langsung akan berpindah pada kulit wajah lantas mengakibatkan kerengsaan dan akhir sekali terjadilah jerawat. Jika ini merupakan tabiat yang memang sukar dijauhkan, sapu ‘hand sanitizer’ sekerap yang mungkin atau anda boleh memegang stress ball.

Baca juga: Bila Tengah Hari Je Kulit Berminyak! Ini 8 Petua Ringkas Untuk Atasi Masalah Kulit Berminyak!

IKLAN

4. Pengelupasan kulit berlebihan

Pembersihan yang terlalu kuat atau kasar dan pengelupasan yang berlebihan boleh mengakibatkan penghasilan minyak yang berlebihan dan kesan yang lebih teruk adalah menyebabkan bakteria merebak. Untuk alternatif lain gunakan glycolic peel tiga kali seminggu.

5. Pengambilan makanan ringan

IKLAN

Siapa tidak suka makanan ringan, bukan saja kanak-kanak menggemarinya, boleh dikatakan orang dewasa juga tidak lengkap harinya tanpa makanan ringan sebagai kudap-kudapan. Kajian dari American Academy of Dermatology menyatakan makanan yang mengandungi bahan MSG yang tinggi akan menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat lantas menghasilkan insulin yang banyak. Insulin itu kemudiannya mengaktifkan kelenjar minyak yang menghasilkan hormon androgen, yang akan mengakibatkan penumbuhan jerawat.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI