Pasti ramai yang mengalami masalah kulit berminyak apabila tiba waktu tengah hari. Bukan sahaja memberikan rasa tidak selesa kepada kulit malah solekan akan mula tampak bertompok dan tidak rapi. Apakah solusi terbaik untuk mengawal masalah kulit berminyak ini?

Sumber gambar: Angela

Terlebih dahulu, kenal pasti faktor yang menyebabkan kulit anda berminyak. Pelbagai faktor yang harus diambil kira apabila kulit berminyak dengan teruk. Antaranya adalah:

  • Faktor pemakanan
  • Produk penjagaan kulit yang tidak sesuai
  • Alat solek yang tidak serasi
  • Ketidak stabilan hormon

Bagaimana untuk atasi permasalahan ini?

Sumber gambar: Good Housekeeping
  1. Pastikan anda memilih produk penjagaan kulit yang berasaskan mineral kerana ia membantu mengurangkan minyak pada wajah.

2. Apabila anda ingin mengunakan produk ‘toner’, pastikan anda menggunakan kapas supaya minyak tidak terhasil dengan banyak.

3. Dapatkan khidmat  nasihat dari jurujual alat solek sebelum membelinya. Paling penting, pemilihan bedak asas yang sesuai dengan kulit kamu sangat membantu mengatasi kulit berminyak.

IKLAN
Sumber gambar: Cottonbro

4. Amalkan masker muka daripada campuran pisang, madu dan susu sekurang-kurangnya dua minggu sekali bagi membantu mengecilkan liang pori pada wajah.

5. Minum air dengan secukupnya untuk memastikan kulit anda sentiasa lembap. Malah, kandungan air yang mencukupi dapat memberikan kulit lebih sihat dan berseri.

IKLAN
Sumber gambar: Cosmopolitan

6. Sentiasa membawa kertas lap minyak supaya anda boleh mengelap minyak yang berlebihan pada wajah anda di saat kecemasan!

7. Membasuh muka dengan kerap juga boleh menyebabkan minyak di kulit berlebihan. Pastikan anda mempunyai rutin penjagaan muka yang betul mengikut kesesuaian kulit anda!

IKLAN

8. Elakkan makanan yang berminyak dan juga kekacang kerana ia juga boleh menyebabkan minyak terhasil dengan banyak pada kulit wajah.

Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.

Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI