Selebriti yang cantik jelita iaitu Daphne Iking,41, curi perhatian ramai di laman sosialnya apabila memuat naik fotonya mengenakan hijab di Instagram.
Mengenakan tudung sewaktu mengacarakan sebuah majlis, ramai yang terpesona melihatnya dan memberikan pujian buat Ratu Cantik Unduk Ngadau Sabah 2003 itu.
Walaupun hanya memakainya di acara tersebut, penampilan bertudung itu sangat sesuai dengan dirinya malah ada yang mengatakan ‘umpama bidadari syurga’.
Pemenang pelakon wanita Festival Filem Malaysia (FFM) 2010 itu bergelar mualaf pada Januari 2011, selepas berkahwin dengan ahli perniagaan Azmi Abdul Rahman.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek sememangnya sinonim dengan tudung bawal yang menjadi pelengkap dalam setiap penampilan formal mahupun kasualnya.
Biarpun nampak ringkas dan sederhana namun gaya Ahli Parlimen Nibong Tebal serta Ketua Wanita ini sering menjadi perhatian ramai.
Lebih-lebih lagi ketika beliau menggayakan kurung pesak mahupun moden, penampilannya nampak sangat manis dan ‘awet muda’ pada usia 46 tahun!
Sebelum ini, beliau pernah berkongsi hantaran di akaun media sosialnya di mana beliau menyarungkan pakaian hasil jahitan pelajar Kolej Vokasional (KV).
Biarpun berstatus VIP beliau tetap memilih tudung, baju dan beg karya pelajar kolej kemahiran itu. Malah, beliau juga adalah peminat setia kepada hasil-hasil jahitan institusi tersebut.
Terbaharu, beliau telah memuat naik satu hantaran di mana beliau menyarungkan tudung bawal keluaran kolej tersebut.
Dalam hantaran itu, beliau mengenakan kemeja polos berwarna biru muda dilengkapi dengan tudung bawal warna senada. Ia digayakan dengan kemas mengikut syariat.
“Begitulah eloknya kejadian tudung bawal yang dikeluarkan oleh Kolej Vokasional ini apabila dipakai.
“Ada pelbagai warna dan corak dikeluarkan oleh Kolej Vokasional bagi koleksi bawal mereka.”
Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan hasil produk inovasi keluaran Kolej Vokasional KPM yang sangat berpotensi untuk pasaran komuniti.
“Di Kolej Vokasional KPM, kami sentiasa berbangga dengan produk inovasi keluaran KV kerana ia adalah hasil tangan anak tempatan yang sebenarnya sangat baik untuk pasaran komuniti.
Malah, menurut beliau ia juga mampu memberi inspirasi keusahawanan untuk lepasan Kolej Vokasional meneruskan perniagaan sendiri selepas tamat graduasi.
Warga maya tertarik dengan penampilan beliau dan meluahkan rasa bangga dengan hasil keluaran Kolej Vokasional.
“Semoga keluaran KV terus cemerlang.”
“Sejak YB berkongsi berkenaan baju-baju yang YB pakai adalah hasil pelajar-pelajar KV.. saya sangat terinspirasi.. dan sekarang tudung pula.. tahniah YB kerana usaha murni YB menaikkan nama KV.. semoga dipermudahkan semua urusan YB.. Aamiin.”
“KV antara produk KPM yang berharga di pasaran kerja dan masyarakat..”
Sumber: Facebook Fadhlina Sidek
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Lumrah kehidupan, pasti ada naik, turunnya. Begitulah perjalanan hidup kita di muka bumi ini. Namun segala dugaan dan tekanan yang dilalui perlulah dihadapi dengan tenang. Kita perlu bijak mengurus tekanan agar ia tidak menjadi ‘barah’ yang membinasakan secara senyap.
Ada banyak cara untuk menguruskan stres dan tekanan. Antara langkah yang boleh diambil ialah bercerita masalah dengan rakan baik atau ahli keluarga yang dipercayai dan paling rapat, berjumpa pakar kaunselor atau mendapatkan nasihat daripada pihak pakar psikiatri.
Jangan biarkan diri terus hanyut dengan perasaan sebaliknya berusahalah untuk merawat tekanan yang dialami. Justeru Hijabista berkesempatan menemubual, pelakon jelita Mira Filzah berhubung bagaimana dia menangani tekanan yang dihadapinya sebagai wanita bekerjaya, berkeluarga, seorang ibu, isteri dan menantu. Ini yang dikongsikan Mira.
Menurut mira, sekiranya kita diuji dengan tekanan dalam kehidupan hanya dua perkara penting yang perlu dititikberatkan. Pertama, adalah cuba untuk menjjaga dan mengawal ketenangan mental dan emosi agar sentiasa berada dalam keadaan tenang dan stabil dari mengelakkan kita melakukan perkara-perkara yang berbahaya dan tidak diingini.
“Kesihatan Mental dan Emosi sangat penting! Kalau rasa tertekan, stress or uncertainty cari seseorang untuk bercakap.
“Mereka yang mengalami tekanan perlu, meuahkan perasaan yang terbuku di hati dan jangan pendam,” katanya.
Selain itu, mencari teman untuk meluahkan perasaan, jelas Mira lagi mereka juga boleh melakukan meditasi dengan cara duduk dan melakukan refleksi diri atau mungkin boleh sibukkan diri dengan melakukan perkara-perkara atau sesuatu yang disukai.
Mengulas isu sama, Mira turut mengesyorkan agar mereka yang berada dalam fasa tekanan agar mendekatkan diri kepada Allah yang maha esa. Dan memohon agar segala masa sukar diberi kemudahan untuk melewatinya. Tambahnya, setiap keinginan pasti akan terkabul dengan izin Allah.
“Apa-apa hajat dan keinginan, kita perlu minta kepada Allah, untuk mendapat kesihatan yang baik, ketenangan fizikal dan mental yang sempurna.
“Kadang kita dah berusaha, tapi Allah yang menentukan ada je orang yang sangat aktif dan fit dari segi fizikal dan mental tetapi tetap juga diuji dengan perkara lain,” ujarnya.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.