Ramadan sudah sampai ke penghujungnya. Allahuakbar…begitu sayu sekali kerana Ramadan akan ‘pergi’ meninggalkan kita.
Peluang yang masih tersisa ini gunakanlah sebaik mungkin. Burulah Lailatul Qadar. Lajukan ‘pecutan’ untuk mengejar pahala.
Seperti yang dikongsikan oleh Ustazah Dr Norhafizah Musa ini, terasa begitu sayu sekali dan menyentuh jiwa.
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG
Ads
TAZKIRAH DARI HATI KE HATI USTAZAH DR NORHAFIZAH MUSA. *…… MENANGISLAH…….* Menangislah….menangislah Di hujung Ramadan ini…. Tangisanlah menjadi penawar untuk penyakit hati…. Menangislah……. Tangisan melembutkan hati yang keras….. Menangislah….. Untuk hati yang belum bisa memaafkan…… Menangislah….. Untuk hati yang belum redho…. Menangislah….. Untuk hati yang belum bersyukur
Menangislah…. Hati yang masih lupa tujuan hidup…. Menangislah… Hati yang sibuk dengan dunia…. Juga untuk hati yang dikecewakan manusia…. Mudah-mudahan jadi kaffarah yang sempurna….. Menangislah…… Untuk hati yang tidak pandai menyayangi dan menghargai ……. Menangislah….. Mudah-mudahan dengan tangisan itu mata hati lebih jernih……. Menangislah
Untuk ramadhan yang telah disia-siakan…… Menangislah….
Mana tangisanmu untuk kematian yang semakin mendekat tapi bekalmu semakin menipis……. Menangislah…….
Untuk setiap tangisan yang tidak ada makna hanya kerana makhluk ……. Menangislah….
Untuk matamu yang kering tanpa airmata walau rukuk dan sujud di hadapan Allah…
Ads
Ya Allah berapa banyak tangisan yang akan menyelamatkan…… Dari jurang hina dan binasa…
Ads
Ya Rabb…. Kurniakan kami airmata yang Engkau redhoi…. Bersyukurlah…… Andai saat ini Allah datangkan jalan untuk menangis kerana kasihNYA kepada kita……. Renung-renungkan.
Siapa tidak kenal Maryan Younarae, wanita Korea yang juga isteri kepada Youtuber terkemuka Durian Kimchi, Ryzal Ibrahim yang telah memeluk Islam dan memutuskan untuk berjinak-jinak mengenakan Hijab setelah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Rina.
Terbaharu, Maryam menzahirkan rasa kesal apabila dia disuruh membuka tudung dan bakal menerima bayaran lumayan, bagi tujuan menjayakan sebuah ‘photoshoot’ untuk jenama terkemuka di Malaysia.
Perkara berkenaan dimaklumkan Maryam menerusi satu muatnaik hantaran di laman Instagram miliknya, beberapa jam lepas.
Dalam hantaran berkenaan memaparkan gambar dirinya sedang menjalani sebuah pengambaran bagi sebuah produk minuman sambil tersenyum bahagia mengenakan hijab.
“Maryam reject buka tudung untuk photoshoot sebab diorang cakap, kalau orang tanya cakap saja photoshoot tu buat sebelum saya pakai tudung.
“Allahuakhbar saya tak sanggup buat macam tu so saya reject terus,” tegas Maryam menerusi kapsyen pada hantaran tersebut.
Jelas Maryam lagi, dirinya tidak menyangka bahawa jenama berkenaan langsung tidak mempunyai rasa hormat kepada dirinya yang sudah memeluk agama Islam dan berniat mahu menutup aurat dengan sempurna sepenuhnya.
“Saya rasa macam tak percaya brand ni minta saya buat macam tu. Walaupun jenama terkemuka di Malaysia. Mana rasa hormat? Awak ingat duit boleh beli segalanya?
“Awak suruh saya buka tudung sebab jenama besar? Awak nak bayar seratus ribu ke sejuta ke, itu bukan alasan untuk suruh saya buka tudung!,” tegas Maryam.
Malah, Maryam seolah tidak percaya perkara seperti ini berlaku kepada dirinya, walhan sekarang sudah tahun 2023.
Bagaimanapun, Maryam tidak mendedahkan dengan jelas jenama mana yang berani memberi tawaran sedemikian rupa kepadanya.
Setiap wanita mahu memiliki kulit yang cantik, cerah dan berseri. Demi untuk mendapatkan kulit yang cantik, tentunya anda sanggup mencuba dan melakukan apa sahaja rawatan yang disarankan oleh rakan-rakan anda.
Tetapi tahukah anda sebenarnya hanya dengan mengamalkan doa, anda pun boleh nampak cantik dan berseri. Bukan sahaja cantik, malah dapat pahala lagi. Antara doa yang sering dikaitkan dengan kecantikan adalah doa Nabi Yusuf. Nabi Yusuf digambarkan sebagai nabi yang paling tampan dan berseri-seri wajahnya.
Seperti yang kita semua tahu, doa Nabi Yusuf memiliki banyak keistimewaan dan salah satunya adalah menjadikan wajah anda tampak lebih cantik dan berseri. Tetapi, kecantikan hati juga perlu dijaga. Jangan hanya pentingkan penjagaan luaran sahaja.
Buat anda yang mahukan wajah yang cantik berseri, cuba amalkan potongan ayat 4 dari Surah Yusuf ini:
Maksud surah Yusuf, ayat 4:
“(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku.”
Setelah membaca surah, teruskan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa, ayat 39.
Maksud surah Thaahaa ayat 39:
“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasanKu.”
Amalkan doa penyeri wajah ini dengan niat yang baik terutama bagi isteri yang mahukan suami menyayanginya.
Heliza Helmi salah seorang artis yang kini dilihat begitu aktif dalam melakukan misi kemanusiaan. Melalui laman sosial instagramnya, penyanyi dan pengacara ini cukup aktif membuat kerja amal. Salah satunya adalah membantu misi kemanusiaan di Rohingya. Ternyata Heliza cukup terkesan dengan penderitaan yang dialami oleh masyarakat Rohingya yang ditindas di negaranya sendiri. Heliza dengan kerjasama MUSLIM Care Malaysia baru-baru ini telah berlepas ke Dhaka, Bangladesh untuk memberi bantuan kepada pelarian di sana.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Misi ini turut disertai Presidennya, Zulkifli Wahijan, sukarelawan yang disertai Exco Muslim Care dan juga empat doktor. Misi bantuan adalah bertujuan untuk membina 20 telaga tiub bagi kegunaan lebih 200,000 pelarian di Kem Balukhali dan KutuPalong di Cox’s Bazar Bangladesh. Juga turut memberikan rawatan perubatan juga pengagihan pek makanan di kem pelarian terbabit.
Melihat gambar-gambar dikongsi bersama Heliza, menunjukkan penyanyi comel ini sanggup mengetepikan penampilan glamour, untuk sama-sama menghulurkan bantuan bagi masyarakat Rohingya di sana.
Dalam satu postingnya, membuat netizen cukup terharu apabila melihat sekeping gambar Heliza sedang memeluk seorang kanak-kanak perempuan. Dia memberitahu dia bukanlah orang yang mudah menangis tetapi pagi itu air matanya bergenang sambil mengenangkan apa yang kanak-kanak ini makan untuk pagi, lenakah tidur mereka dan 1001 pertanyaan yang menganggu mindanya.
Dia juga yang bertindak sebagai sukarelawan misi kemanusiaan ini menceritakan pengalamannya yang tidak sempat untuk makan minum dan rasa haus yang hanya Tuhan yang tahu. Namun dia bersyukur kerana Allah beri kekuatan hingga tidak sedar seharian tidak menjamah makanan dan minuman.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Langsung Heliza terfikir bagaimana pula dengan pelarian yang berjalan 4 hari tanpa makan dan minum dengan membawa barang berat dan juga anak-anak. Berjalan bukan dekat tetapi hampir beratus-ratus kilometer mencari tempat perlindungan.
Ternyata pengalaman berada di sana hampir lima hari sebagai sukarelawan begitu menginsafkan Heliza. Mengenang betapa beruntungnya kita yang bangun sahaja tidur insya-Allah ada rezeki untuk makan dan minum, tetapi mereka belum tentu tidak. Kalau kita sakit ada ubat, tetapi masyarakat Rohingya ini hampir dikatakan tiada bantuan perubatan dan tidur mereka juga hanya berlantaikan tanah. Bumbung mereka pula beratapkan plastik dan juga sampah sarap. Meletakkan daun sebagai penyejuk khemah. Hatta mahu minum air putih juga agak sukar sekali untuk mendapatkannya.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Dia cukup terkesan melihat rata-rata anak-anak kecil tidak berbaju dan berseluar. Apatah lagi keperluan ‘pampers’ atau lampin, memang tidak ada di sana. Usahkan itu, berus gigi juga belum tentu ada. Segala-galanya ‘tiada’ yang tinggal untuk mereka.
Menurut Heliza lagi, ujian yang mereka lalui cukup hebat dan luar biasa. Malah mereka ini dilabel sebagai insan luar biasa. Dalam pada itu, Heliza cukup terharu sambutan yang baik diterima apabila anak-anak kecil mendahului mereka untuk memberi salam. Baginya setiap ujian yang hebat ini adalah untuk mendekatkan diri dengan pencinta dan tanda Allah sayang pada mereka.
Dalam catatannya lagi Heliza memberitahu dalam serba kedaifan itu di kem KutuPalong, terdapat sebuah pondok tahfiz kecil dan kedengaran suara merdu sedang mengalunkan ayat suci Al-Quran.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Biarpun status sebagai pelarian, tetapi tidak menghalang mereka untuk dekat dengan Al-Quran. Mereka belajar, menghafaz dan bacaan yang diperdengarkan sungguh sedap. Sekali lagi Heliza tidak mampu membendung air matanya yang tumpah di pipi ketika merakamkan mereka yang sedang membaca Al-Quran.
Dan dalam perkongsian ini turut dipaparkan bagaimana rupa telaga yang dibangunkan oleh Muslim Care sedalam 500 kaki dan dapat digunakan untuk keperluan harian, mengambil wuduk dan juga kegunaan lain. Air yang mengalir itu ibarat pahala buat anda yang telah menyumbang kepada penubuhan telaga ini sebagai bekalan di akhirat kelak.
A post shared by ?H E L I Z A H E L M I ? (@nurhelizahelmi) on
Perkongsian pengalaman Heliza ke sana mendapat respon cukup positif dari netizen. Rata-rata mendoakan agar usaha dilakukan dipermudahkan Allah.
@njwa.nsuha21_ Ya Allah , kau permudahkan lah urusan mereka , bantu lah mereka yg dalam kesusahan,kesakitan,penderitaan dah kedukaaan.. Amin Ya Rabbal Alamin.. Terima kasih kak ija bawak hati kami ke sana
@marialove82 Moga Allah permudahkan usahamu sis….insyaalah sya berdoa semua umat Islam selamat sejahtera dimna jua…..
@amirrasy Allahu,,terima kasih kak heliza,,perkongsian yg sgt menyentuh hati dan menyentap fikiran untuk kembali mengenangkan betapa susahnya orang lain berbanding kita yg senang lenang ini,,di manakah syukur kita,?di manakah doa kita untuk mereka,?ayuh sama samalah kita,,
@surianisaedah Mashaallah tabarakallah.. Sungguh beruntungnya dirimu duhai adinda dapat mencurahkan bakti buat hamba2 Allah yang di dalam kesusahan. Mudah2an ganjaran syurga buat dik @nurhelizahelmi dan team. Semoga sentiasa berada dalam perlindungan Allah walau di mana saja kalian berada. Amin.. Allahuakbar!
Admin menyokong usaha yang dilakukan oleh Heliza walaupun dia seorang wanita dan juga selebriti. Usaha dan niatnya itu cukup murni. Penyanyi kecil molek ini juga turut mengalu-alukan sumbangan/bantuan yang boleh kita sebagai Muslim salurkan untuk masyarakat Islam Rohingya di sana.
Dulang girls Muslim dalam majlis bukan Islam mencetuskan persoalan. Mufti menjelaskan hukum perlu dilihat berdasarkan tujuan, konteks dan unsur ritual.