Banyak perkara yang berlaku dalam kehidupan ini yang bertukar menjadi satu penderitaan. Namun, sampai bila kita mahu untuk memendam dan tidak mahu rasa bahagia dalam kehidupan yang singkat ini?
Jom kita bersama menelaah perkongsian yang dibuat oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fazilah Kamsah tentang bagaimana seseorang itu boleh menukarkan ‘penderitaan’ kepada ‘kebahagiaan’.
Dato’ Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah menukilkan satu bebenang (thread) di Twitter mengenai tip bagi anda yang ingin menukarkan ‘derita’ kepada ‘bahagia’ dalam kehidupan. Ini adalah beberapa langkah yang boleh anda lakukan:-
1. Tukar rutin harian anda
Menurut beliau, anda cuba mulakan hari pada seawal 4.30 pagi. Ketika itu, kita sedang bersendiri dan tiada apa gangguan yang akan mengacau. Jadi disarankan untuk dekatkan diri beribadat dan lakukan aktiviti yang produktif seperti bersenam atau menambah ilmu (penyelidikan dan sebagainya).
Ads
2. Hidup dengan cara minimalis
Cuba perhatikan sekeliling rumah anda–jika kelihatan terlalu banyak benda itu tandanya anda perlu untuk mula mengemas! Kadangkala, persekitaran yang terlalu ‘sesak’ akan membuatkan anda rasa terlalu ‘sesak’ sehinggakan tiada ruang untuk bernafas. Ambil plastik dan asingkan barang yang tidak perlu!
3. Lakukan pemeriksaan kesihatan
Ramai yang alpa untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dan sering mengambil endah tentangnya. Anda boleh cuba amalkan untuk lakukan setiap 3-6 bulan sekali. Ini boleh membantu anda untuk perhatikan keseimbangan diet dan menambah apa yang berkurang.
4. Cari ‘true calling’ dalam hidup
Apakah yang dimaksudkan dengan ‘true calling‘? Ianya bermaksud anda perlu mencari satu objektif atau goal dalam kehidupan. Sesuatu yang membuat anda berinspirasi dan ingin kecapi. Itulah satu semangat yang bakal menguatkan diri anda untuk jadi lebih konsisten dalam kehidupan!
Ads
5. Jaga kesihatan mental
Kesihatan mental perlulah dijaga sebaik mana anda menjaga kesihatan fizikal. Mental ini penting kerana ia banyak mempengaruhi cara kita berfikir dan interaksi bersama sesuatu perkara. Jadi elakkan untuk terlalu overthinkingdan gunakan minda untuk berfikir tentang sesuatu yang lebih indah.
6. Perbaharui kehidupan sosial
Cuba dekatkan diri anda dengan circle atau kumpulan kawan yang lebih cenderung membuat anda rasa selesa dan stress-free! Susah juga jika anda cuba untuk fit-in meski pun mereka layan anda ala kadar. Ingat…anda adalah berharga dari mereka yang toksik!
Adakalanya kita tidak perasan suasana atau tempat kerja itu sendiri akan membuatkan diri ini pada tahap yang sama. Jika anda berfikir sebegitu–ubah pekerjaan dan mula mencari sesuatu yang lebih menjaminkan masa depan anda!
Sejarah telah tercipta apabila Lt. Maysaa Ouza melaporkan diri di Tentera Udara Amerika Syarikat (US Air Force) pada awal bulan ini sebagai pegawai Air Force’s Judge Advocate General’s Corps pertama yang memakai hijab.
Seperti yang dilaporkan oleh US Department of Veteran Affairs, “Becoming the first to wear hijab in the Air Force”, siaran oleh NBC News.
Lt Ouza yang merupakan graduan undang-undang dari University of Toledo telah membuat rayuan kepada pihak atasan tentera udara bagi mendapatkan pertimbangan khas agama (religious accomodation). Alhamdulillah, urusannya dipermudahkan apabila tentera udara meluluskan permohonan tersebut dan beliau menyertai latihan dan berkhidmat dengan mengenakan hijab.
Menurut ACLU, sebelum ini tentera udara telah memberikan kelulusan yang sama kepada pegawai Sikh. Selain itu, tentera udara juga telah mengambil langkah-langkah ke arah meluluskan dan melaksanakan polisi bagi memudahkan pegawainya memohon pertimbangan khas agama.
Berdasarkan laporan Air Force Times, Lt Ouza merupakan pegawai yang cemerlang dan telah dianugerahkan “Airman of the Week” oleh rakan sejawatannya dan pegawai latihan beliau. Kata mereka, beliau merupakan pemimpin sejati yang menyumbang kepada kejayaan tentera udara.
Lt Ouza yang berasal dari keluarga imigran Lebanon di Dearborn, Michigan mahu menyumbang kepada negara melalui kerjayanya dalam tentera udara. Lt Ouza akan melaporkan diri untuk latihan lanjutan di Alabama pada Julai ini. Apabila tamat latihan, beliau akan dinaikkan pangkat sebagai Kapten.
Dengan perkembangan sebegini, pasukan tentera udara Amerika Syarikat telah melakukan satu pembaharuan dan lembaran baru kerana meraikan diversiti tanpa mengira kaum, bangsa dan agama. Tahniah diucapkan!
Dewasa ini banyak sangat kes kita dengar kes membabitkan sumbang mahram antara ayah dengan anak. Adik dengan abang atau cucu dengan datuk. Dalam kes ini, mangsa yang masih kecil (kanak-kanak perempuan) sering menjadi mangsanya. Oleh kerana usia masih kecil dan rasa takut, segala perbuatan itu akan hanya disimpan sahaja.
Kadang-kadang tanpa kita sedari walaupun dalam rumah ada batas aurat yang perlu kita jaga. Maklumlah segala perlakuan sumbang mahram ini memang banyak bermula dari rumah lagi. Mungkin keadaan rumah yang kecil dan tidak selesa menyebabkan abang atau bapa atau datuk yang liar matanya memandang aurat anda walaupun ia adalah muhrim.
Malah pengertian tentang aurat juga menyebabkan faktor ‘haruan makan anak’ ini yang semakin berleluasa di negara kita. Ini ditambah dengan pengaruh asing dalam dunia fesyen yang mudah mempengaruhi kaum wanita hingga meminggirkan soal-soal agama.
Apa yang kita fahami tentang aurat. Melalui penerangan daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), aurat diambil dari perkataan Arab ‘Aurah’ yang bererti keaiban. Manakala dalam istilah feqah pula aurat diertikan sebagai bahagian tubuh badan seseorang yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan.
Di dalam Islam terdapat beberapa keadaan di mana masyarakat Islam dibenarkan membuka aurat dan ia hanya pada orang-orang yang tertentu.
Perintah menutup aurat telah difirmankan oleh allah s.w.t dalam surah al-ahzab ayat 33 yang bermaksud :
“Dan hendaklah kamu tetap diam di rumah kamu serta janganlah kamu mendedahkan diri seperti yang dilakukan oleh orang-orang jahiliyah zaman dahulu, dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat, dan taatilah kamu kepada allah dan rasulnya. Sesungguhnya allah (perintah kamu dengan semuanya itu) hanyalah kerana hendak menghapuskan perkara-perkara yang mencemarkan dari kamu wahai “Ahlu Bait”, dan hendak membersihkan kamu sebersih-bersihnya (dari segala perkara yang keji).”
Daripada penerangan ayat di atas, jelaslah kepada kita bahawa hukum menutup aurat adalah wajib sebagaimana wajibnya perintah mengerjakan sembahyang,berzakat dan perintah-perintah yang lainnya.
Dengan menutup aurat, wanita Islam mudah dikenal dan dapat mengelak dari diganggu oleh mereka yang ingin mengambil kesempatan.
Islam telah menggariskan batasan aurat pada lelaki dan wanita. Aurat asas pada lelaki adalah menutup antara pusat dan lutut. Manakala aurat wanita pula adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat lelaki pada bila-bila masa dan apabila bersama-sama sesiapa pun adalah sama iaitu antara pusat dan lutut. Tetapi bagi wanita terdapat perbezaan dalam beberapa keadaan antaranya :
Aurat wanita ketika sembahyang adalah menutup seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan.
Aurat wanita ketika mereka bersendirian adalah bahagian anggota pusat dan lutut. Ini bererti bahagian tubuh yang tidak boleh dilihat antara pusat dan lutut.
Pada asasnya aurat seseorang wanita dengan mahramnya adalah antara pusat dan lutut. Walau pun begitu wanita dituntut agar menutup mana-mana bahagian tubuh badan yang boleh menaikkan syahwat lelaki walaupun mahram sendiri.
Perkara ini dilakukan bagi menjaga adab dan tatasusila wanita terutama dalam menjaga kehormatan agar perkara-perkara sumbang yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Oleh itu, pakaian yang labuh dan menutup tubuh badan dapat menutup syahwat lelaki. Pakaian yang digalakkan walaupun semasa bersama mahram adalah pakaian yang lengkap dan labuh.
Syarak telah menggariskan golongan yang dianggap sebagai mahram kepada seseorang wanita iaitu :
2. Ayah,termasuk datuk belah ibu dan bapa
3. Ayah mertua
4. Anak-anak lelaki termasuk cucu sama ada dari anak lelaki atau perempuan.
5. Anak-anak suami
Dalam perkara ini Islam mengharuskan isteri bergaul dengan anak suami kerana wanita tersebut telah dianggap dan berperanan sebagai ibu kepada anak-anak suaminya.
6. Saudara lelaki kandung atau seibu atau sebapa.
7. Anak saudara lelaki kerana mereka ini tidak boleh dinikahi selama-lamanya.
8. Anak saudara daripada saudara perempuan.
9. Sesama wanita sama ada kaitan keturunan atau seagama.
10. Hamba sahaya.
11. Pelayan yang tidak ada nafsu syahwat.
12. Anak-anak kecil yang belum mempunyai syahwat terhadap wanita. Walau pun begitu, bagi kanak-kanak yang telah mempunyai syahwat tetapi belum baligh, wanita dilarang menampakkan aurat terhadap mereka.
Dalam membicarakan soal pakaian wanita, Islam tidak menetapkan pakaian tertentu tetapi wanita Islam perlu mengikuti garis panduan syarak seperti berikut:
i. Pakaian itu hendaklah menutup aurat.
ii. Pakaian itu hendaklah longgar, tidak sempit atau ketat hingga menampakkan susuk tubuh badan.
Usamah bin Zaid pernah menceritakan bahawa rasulullah s.a.w telah menerima hadiah sejenis kain Qibtiah yang kurang tebal daripada seorang yang bernama Dahiyah Al-Albi dan rasulullah s.a.w pula menghadiahkan kain tersebut kepada beliau (Usamah bin Zaid) , untuk dibuat pakaian tetapi Usamah memberikan kepada isterinya.
Suatu hari Rasulullah S.A.W bertanyakan Usamah : “Kenapa engkau tidak memakai kain Qibtiah itu?” Usamah menjawab :” Saya telah berikan kepada isteri saya”. Lalu Rasulullah S.A.W bersabda kepada Usamah :” Suruhlah isterimu mengalaskan kain tersebut dengan kain yang lain di bawahnya, kerana aku bimbang jika kain Qibtiah itu tidak digalas, maka akan kelihatanlah besar kecil tulang-tulang badan isterimu (bentuk tubuh badan isterimu)”.
iii. Pakaian itu diperbuat daripada kain yang agak tebal, tidak nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan.
Selain daripada itu, pakaian wanita hendaklah dibuat dari kain yang tidak terlalu licin dan lembut hingga melekat di tubuh dan membayangkan kulit pemakainya. Pakaian yang dibuat daripada kain-kain tersebut boleh mempamerkan rupa bentuk anggota badan wanita yang boleh mengghairahkan lelaki yang memandangnya.
iv. Pakaian itu tidak berbentuk hiasan yang boleh menarik perhatian orang melihatnya.
v. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian lelaki.
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan bahawa rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesiapa jua wanita yang memakai minyak wangi kemudian melintasi khalayak ramai dengan tujuan dihidu bau yang dipakainya, maka dia dikira berzina”.
vii. Pakaian itu tidak menyerupai pakaian orang-orang kafir atau musyrik.
Dengan memakai pakaian yang menutup aurat, seseorang wanita telah menunjukkan harga diri sebenar seorang wanita dan sekali gus menghindari perbuatan tidak senonoh di kalangan para lelaki terhadap wanita.
Wanita yang menutup aurat dan berpegang teguh dengan ajaran Islam akan mendapat keredhaan Allah S.W.T dan lelaki akan memandang mereka dengan penuh rasa hormat dan memberi penghormatan yang tinggi bersesuaian dengan sifat mereka yang pemalu dan bersopan santun.
Menghadiri sebarang majlis ilmu adalah amat dituntut di dalam Islam, hingga Rasulullah SAW bersabda barangsiapa dikalangan umatku yang menghadiri majlis-majlis ilmu itu, umpama mereka berada di dalam taman-taman syurga di atas muka bumi ini, dengan dilimpahi rahmat dari Allah SWT.
Baru-baru ini penampilan menakjubkan pelakon jelita, Wan Sharmila yang menggayakan pakaian ‘patuh syariah’ ketika menghadiri majlis ilmu di salah sebuah Masjid di sekitar Shah Alam telah berjaya mempersona wagamaya sehingga ada yang mengakui cair! Saat melihat figura jelita itu menutup aurat dengan sempurna.
Terbaharu, satu video tular di laman sosial memaparkan Wan Sharmila yang menutup aurat dengan sempurna untuk menghadiri majlis ilmu berjaya meraih perhatian warganet.
Wan Sharmila atau lebih mesra disapa Lala itu terlihat manis dan ‘sejuk mata memandang’saat menggayakan tudung litup lengkap dengan gandingan jubah longgar dan niqab.
Hijabista difahamkan bahawa pelakon cantik itu, berpakaian sedemikian kerana ingin menghadiri satu majlis ilmu, dimana video berkenaan turut memaparkan Lala dengan latar belakang Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
“Saya tak ada ramai kawan. Tapi DIA Maha Baik datangkan orang-orang yang sudi jemput saya ke majlis ilmu tanpa mengukur pangkat, darjat sekaligus saya jadi ada ramai kawan bila didalam majlis ilmu.
“Sudi bertegur sapa, senyum, mendoakan walau baru berjumpa. Alhamdulillah.” tulis Lala ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Penampilan Lala yang luar biasa cantik di saat mengebakan tudung litup membuatkan ramai peminat dan wargamaya meluahkan rasa teruja sebaik sahaja menyaksikan penghijrahan dan perkembangan positif Lala dalam video tersebut. Malah, muatnaik video berkenaan kini telah meraih lebih 600 ribu tontonan dan 70 ribu likes.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen, dimana rata-rata warganet akui jatuh cinta dan cair saat melihat penampilan aktress kegemaran mereka kini.
Lebih menarik lagi, ada yang terinspirasi hingga mahu menjadikan lala sebagai role-model dan idola. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen pada hantaran tersebut:
“Bila dapat tahu Sharmila in reality macam ni..Jadi suka kat dia. Sbb dalam lakonan personality dia lain”
“Alhamdulillah banyak sudah artis2 pintu hatinya dibuka oleh Allah. Semoga dipermudahkan segala urusan dan kuat istiqomah Lala”
“Kita yang pompuan pun tengok camni leh cair..Jatuh sayang kat Wan Sharmila..Sejuk je hati tengok dia”
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.