Gaya pemakaian hijab hari ini sangat kreatif dan kalau anda perasan, wanita berhijab bijak mengayakan hijab mereka dengan pelbagai gaya. Namun, ada wanita yang lebih selesa untuk mengayakan gaya hijab yang simple tanpa lilitan yang sukar.
Tidak kiralah hijab bawal ataupun shawl, untuk tampil dengan lebih ringkas tetapi masih nampak stailo anda boleh cuba gaya tutorial shawl tanpa menggunakan pin ini.
Tarik shawl sebelah kiri dan lilitkan diatas kepala dengan kemas (kelepetkan bahagian yang kurang kemas). Kemudian letak peniti di bahagian tepi.
Langkah Keempat
Ambil shawl yang dibawa ke belakang tadi, letakkan terus diatas kepala ( secara loose ) Letakkan peniti supaya ianya terletak. Kemaskan mengikut keselesaan kamu.
Langkah Kelima ( option )
Anda juga boleh pinkan shawl pada bahu supaya kelihatan lebih kemas dan shawl terletak. Siap !
Selamat Mencuba !
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Kulit wajah yang sihat, bebas cela, segar dan bersih sememangnya menjadi dambaan para wanita diluar sana! Malah ramai diantaranya yang berlumba-lumba menggunakan filter di media sosial hanya demi memuaskan keinginan dan impian memiliki kulit yang halus dan mulus.
Justeru, di sini Hijabista tergerak untuk berkongsikan tiga cara mudah untuk anda miliki kulit idaman anda, dengan satu syarat perlu amalkan secara konsisten dan yakin dengan penuh kesabaran bahawa amalan ini bakal membuahkan hasil. Lepastu, dah boleh laa sis ucapkan selamat tinggal Filter!
Meskipun anda tidak keluar kemana-mana dan hanya berada di rumah sahaja, kulit wajah masih terdedah dengan debu dan kotoran yang tidak dapat dilihat.
Justeru, amalan mencuci muka menggunakan teknik double cleansing adalah amat penting! Terutamanya apabila anda menatarias wajah menggunakan solekan.
Oleh itu, melakukan double cleansing sebelum mencuci muka adalah langkah yang tepat untuk membersih dan merawat kulit.
Apa yang hijabi perlukan adalah pembersih wajah berasaskan air, seperti micellar water atau cleansing milk bagi hijabi yang memilpunyai kulit sensitif.
Setelah mencuci muka, penggunaan toner dan moisturizer juga adalah amat penting! Tidak perlu membazir wang ringgit semata-mata untuk membeli penjagaan wajah high-end. Anda hanya perlu menggunakan toner dan moisturizer yang sesuai dengan keperluan kulit anda.
Jika anda memiliki jenis kulit wajah yang kering, Hijabista cadangkan anda gunakan toner dan moisturizer, kerana toner membantu menyeimbangkan nilai ph kulit wajah, sementara moisturizer akan meghidrat kulit wajah hijabi agar tidak terlalu kering.
Selain itu, bagi hijabi yang mempunyai masalah kulit berminyak pula, anda boleh memilih untuk menggunakan salah satu samada moisturizer atau toner. Namun, pakar kulit mencadangkan adalah lebih baik memilih untuk menggunakan moisturizer.
Cara terakhir untuk melindungi kulit wajah adalah menggunakan sunblock ketika anda keluar dari rumah. Iklim negara Asia seperti Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun bakal membuatkan kulit anda mudah dehidrasi dan menjadi kering. Lebih memburukkan keadaan apabila kulit muka akan lebih cepat terbakar atau terkena sunburn
Justeru, untuk mengelakkan masalah ini menjadi lebih parah, Hijabi perlu sentiasa menggunakan sunblock dengan SPF yang tinggi, contohnya SPF 50 kalau tak nak kulit wajah menjadi rentung dijilat panas mentari, jangan abaikan penggunaan sunblock dan jadikan rutin dalam penjagaan kulit wajah anda, ya!
Hujung tahun adalah masa untuk jualan besar-besaran, pelbagai jenama barang kecantikan menghidangkan harga runtuh yang boleh membuat anda makan hati jika tidak memilikinya.
Inilah masanya untuk menambah koleksi mahupun membeli untuk teman yang dan keluarga tersayang. Namun adakah kekangan bajet atau kewangan yang membuat anda melepaskan tawaran keemasan ini begitu sahaja. Argghh rugi sangat! Ya itu yang kita tidak mahu terjadi, anda akan terbayang-bayang betapa ruginya tidak memiliki barangan kegemaran dengan tawaran hebat.
Nah! Tak perlu risau lagi, peruncit kecantikan berprestij Perancis Sephora Malaysia telah bekerjasama dengan jenama beli sekarang bayar kemudian terkemuka di Asia, Atome, untuk memperkenalkan penerimaan beli sekarang bayar kemudian di seluruh laman web, aplikasi mudah alih dan 18 kedainya di seluruh Malaysia.
Setiap saat adalah pengalaman untuk dihargai. Ia membolehkan kenangan kita berkumpul dan menari sambil mengenang fikiran gembira sambil mencari keindahan dalam setiap saat setiap nostalgia, unik dan abadi.
Musim Percutian ini lebih bermakna apabila Sephora Malaysia meraikan 10 Tahun Kecantikan, menghormati detik-detik kegembiraan, keseronokan dan positif yang tidak berkesudahan sambil menemui kuasa kecantikan anda dan melancarkan keajaibannya kepada dunia. Sephora telah bekerjasama dengan Atome, perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian yang terkemuka yang akan meningkatkan pengalaman membeli-belah anda, membolehkan anda mencipta detik pemberian yang lebih bermakna untuk anda dan orang tersayang.
Menawarkan pilihan pembayaran yang lancar, fleksibel dan mudah kepada pelanggan di seluruh tapak web e-dagang Sephora, aplikasi mudah alih dan kedai di seluruh negara, Atome membolehkan anda membahagikan pembelian anda kepada tiga pembayaran tertunda sifar faedah yang sama. Mulai hari ini, pilihan pembayaran Atome di Sephora akan membantu meringankan beban pada dompet anda sambil menyimpan stok koleksi terkini musim kilauan.
Dengan kit percutian yang menggembirakan dan tawaran istimewa perayaan yang tersedia di kedai dan dalam talian, detik pemberian hadiah anda semakin cerah dan lebih bermakna dengan Sephora dan Atome.
Dilancarkan pada suku terakhir 2020 di Malaysia, rangkaian pedagang Atome di Malaysia telah berkembang kepada lebih 500 peruncit dalam talian dan luar talian merentas kategori kecantikan, fesyen, perjalanan, perkakas rumah dan gaya hidup. Atome baru-baru ini mengumumkan duta jenama selebriti globalnya yang pertama, kumpulan K-pop popular ASTRO, serta pelancaran kempen #OwnTheExtraordinary di Malaysia, yang berlangsung sehingga akhir tahun ini.
Untuk meraikan pelancaran rasmi, pelanggan Sephora di Malaysia akan menikmati diskaun tambahan 10% (terhad pada RM100) dengan perbelanjaan minimum RM200 dalam talian, aplikasi mudah alih dan dalam kedai apabila mereka membayar dengan Atome semasa promosi hujung minggu eksklusif Black Friday antara 24 hingga 28 November.
Dengan kit percutian yang menggembirakan dan tawaran istimewa perayaan yang tersedia di kedai dan dalam talian, detik pemberian hadiah anda semakin cerah dan lebih bermakna dengan Sephora dan Atome.
Set kecantikan peribadi
Nikmati keperluan harian dari penjagaan kulit, penjagaan rambut, solek dan bauan yang lazat yang akan membawa anda ke tahun baharu kelihatan dan berasa seperti diri anda yang terbaik. Lagipun, cinta diri adalah bentuk cinta yang muktamad.
Momen bersama
Berpisah dengan orang tersayang menjadikan detik-detik yang dihabiskan bersama lebih istimewa. Tunjukkan kepada mereka betapa mereka bermakna kepada anda dengan memberikan produk dan alatan kegemaran kultus yang akan menjadikan rutin kecantikan mereka lebih istimewa.
Terpersona
Temui warna-warna hebat yang membolehkan anda mempesonakan dalam definisi tinggi sambil diri terbaik anda bersinar di saat-saat kegembiraan dan perayaan. Eksperimen dan bermain dengan solek yang membolehkan kuasa kecantikan anda menerangi bilik, membuat kesan yang berkekalan.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Anda mungkin pernah merasa semut-semut, sakit saraf pada tapak tangan sehingga sukar tidur atau terlepas objek yang digenggam secara tiba-tiba tanpa sebarang punca?
Sekiranya pernah, jangan dibiarkan tanpa menjalani pemeriksaan kerana berkemungkinan anda sedang mengalami sindrom carpal tunnel yang boleh menjejaskan kualiti hidup seharian.
Ramai mengabaikan kesakitan yang dialami selama bertahun tahun tanpa mendapatkan rawatan kerana menyangka keadaan itu bukan satu penyakit yang perlu diatasi.
Kesakitan ini semakin serius pada waktu pagi selepas bangun dari tidur sehingga merebak ke bahu.
Ini MUNGKIN gejala Carpal Tunnel Syndrome, sejenis masalah saraf yang berlaku akibat pergerakan yang berulang ulang di pergelangan tangan yang akibatkan saraf terhimpit.
Carpal Tunnel Syndrome (CTS) merupakan kesakitan Saraf Median akibat tekanan yang berpanjangan. Himpitan saraf Median pada pergelangan tangan berlaku dalam tempoh yang berbeza-beza (minggu, bulan dan tahun) turut diistilah sebagai Cumulative Trauma Disorders.
Bagaimana Carpal Tunnel Syndrome berlaku?
Majoritinya disebabkan oleh pergerakan sama yang berpanjangan dan berterusan, postur tidak sihat, tekanan berlebihan (menekan pada permukaan keras) dan gegaran
Tendon pada kawasan terlibat akan menjadi bengkak dan menekan pada saraf Median
Akibatnya, kesakitan dan kekebasan akan berlaku pada pergelangan yang terlibat
Apakah gejala Carpal Tunnel Syndrome?
Sakit di pergelangan tangan, meningkat pada waktu malam dan mengganggu tidur. Kadang kala sakit dirasai pada waktu pagi.
Sakit semasa melakukan aktiviti seperti menulis, menaip dan mengemas rumah
Kebas di kawasan yang dihitamkan seperti di Gambar 1
Implikasi pergerakan tangan
Siapakah golongan berisko?
*Pekerja yang menaip sepanjang hari di pejabat berisiko tinggi untuk mendapat masalah ini.
*Tukang jahit
*Tukang masak
*Ahli music
*Pekerja salon
*Tukang gunting rambut
Carpal Tunnel Syndrome selalunya boleh dirawat:
1 .Letakkan tangan anda di luar katil dan lakukan beberapa goyangan apabila merasai simptom pada waktu tidur
2. Pemakaian splint semasa bekerja akan dapat mengurangkan simptom pada gerakan tertentu.
3. Anda dinasihatkan berehat seketika semasa bekerja bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal
4. Occupational Safety and Health Administration (OSHA) menasihatkan tip berikut bagi mengurangkan ketidakselesaan Muskuloskeletal:
a) Lakukan regangan jari, tangan dan lengan dengan kerap dan berkala
b) Rehat seketika dan berkala
c) Berehat, berdiri dan berjalan setempat secara berkala
d) Kerap menukar kerja berkomputer dengan bukan berkomputer apabila berkesempatan
e) Lakukan perubahan pada susun atur tempat kerja
.
5. Kesakitan akan berkurang dalam tempoh 2 minggu dan pulih dalam tempoh antara 4 hingga 6 minggu
6. Anda dinasihatkan untuk melakukan senaman seperti di atas secara berterusan sehingga 6 hingga 8 minggu bagi mengelak simptom yang berulangan.
Cara terbaik untuk mencegah adalah dengan memastikan postur yang betul semasa melakukan kerja. Jangan lupa berehat dan lakukan regangan setiap 20 minit.
Dapatkan rawatan jika masalah berterusan dan semakin serius.
Sunburn hijabi boleh menyebabkan kulit merah, pedih, panas dan menggelupas akibat pendedahan kepada sinaran UV. Ketahui 8 cara berkesan untuk meredakan selaran matahari dan melindungi kulit dengan selamat.