Sekarang ini kita dapat melihat trend penggunaan spray gun yang dikatakan mahu mencegah penularan wabak covid-19. Ia sudah menjadi seperti sebuah kewajipan pula untuk kita memiliki dan menggunakannya di rumah.

Namun begitu, adakah penggunaannya benar-benar berkesan dan mampu menghapuskan virus covid-19? Apa pula risikonya? Ikuti penjelasan penuh bermakna yang dikongsikan oleh Dr. Izzar Anwari ini.

SPRAY GUN UNTUK LAWAN COVID-19? BERKESAN KE?

Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.

Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat-alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.

CDC tak kata dia menggalakkan atau tidak menggalakkan penggunaan alat-alat ni untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.

IKLAN

Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :

Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
Menggunakan chemical disinfection yang approved
Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.

IKLAN

Fahami risiko :
Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak-anak bermain.
Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19. Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya..

IKLAN

So, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares

Tak sangka risiko penggunaannya begitu tinggi sekali buat kita semua. Oleh itu, elakkanlah daripada terus menggunakannya dan jangan terikut-ikut hanya kerana viral semata-mata. Selidik dahulu dan ikutilah saranan doktor yang ternyata lebih mudah dan selamat.

kredit: ig @izzar

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI