Seperti yang kita ketahui, apabila sudah disahkan dijangkiti Covid-19, tiada sesiapa lagi yang boleh menemani. Terasing, keseorangan, pendek kata seolah ‘terputus’ hubungan dengan ahli keluarga dan dunia luar.
Bagi seorang anak, tentulah sesuatu yang memilukan apabila langsung tidak dapat bertemu lagi ibu yang telah dijangkiti wabak tersebut. Kasih seorang anak terhadap ibunya mana mungkin dapat dinafikan namun demi keselamatan, perasaan rindu itu terpaksa dibuang jauh-jauh.
“Tak boleh ke saya nak jumpa mak saya doktor? Sekejap pun jadilah.”
Sayup-sayup suaranya di hujung talian. Yang pasti, ianya berselang seli dengan bunyi esakan tangisan kesedihan.
“Minta maaf puan. Buat masa ni memang kami tak dapat benarkan sesiapa pun masuk ke sini. Kita tak boleh ambil risiko kerana ia boleh jadi berpunca dari virus bahaya yang boleh berjangkit.”
Aku terpaksa menerangkan lagi buat kesekian kalinya.
Seperti mana kebanyakan hospital lain, wabak virus maut yang melanda memaksa kami di sini mengubah cara kerja seharian. Ada sebahagian ruang di jabatan kecemasan perlu ditutup sepenuhnya kepada waris dan keluarga pesakit.
Langsung tak dapat benarkan mereka untuk masuk.
Bahkan tak semua kakitangan kesihatan diberikan keizinan berada dalam ruang tu.
Hanya beberapa orang staf saja dalam satu-satu masa yang akan bertugas merawat pesakit di situ.
Ads
Itu pun kami perlu berpakaian perlindungan lengkap yang menutupi seluruh anggota badan. Siap wajib mengenakan penutup kepala dan juga perisai muka (face shield).
TAK BOLEH CUAI
Panas, berpeluh lencun, tak dapat nak bernafas dengan selesa disebabkan topeng muka, semua tu terpaksa ditahan. ‘Zero’ tolak ansur.
Kecuaian mungkin akan menyebabkan jangkitan pada si perawat sendiri.
Segala urusan perhubungan dengan waris dilakukan melalui telefon atau pun rakan kami yang bertugas sebagai ‘runner’ di luar.
“Tak apalah doktor. Tapi tolong ya, berikan rawatan yang terbaik untuk mak saya. Saya masih nak jumpa dia lagi.”
Sayu benar rayuannya.
“Baik puan. Kami usahakan yang terbaik. Selebihnya kita serah pada Tuhan. Puan sekeluarga teruskan berdoa.”
Lantas aku meletakkan talian kemudian berpaling ke arah tubuh emak kepada wanita tu. Jasad tua itu terlantar lesu di atas sebuah katil.
Ads
Tiub pernafasan jelas terletak antara mulutnya bersambung ke mesin bantuan pernafasan.
Turun naik pergerakan dadanya, patuh mengikut aturan setting pada mesin tersebut.
Dia tiba sebentar tadi dalam keadaan hampir tak sedarkan diri. Nafasnya termengah-mengah dan bila dadanya diaskultasi, bunyi paru-paru kedengaran terlampau sempit menggambarkan proses pernafasan yang teramat sukar.
Rawatan awal segera diberikan namun keadaannya masih serupa.
KAMI TERPAKSA…
Lantas kami terpaksa memasukkan salur tiub ke dalam saluran pernafasan lalu menyambungkannya ke mesin bantuan pernafasan.
Terpaksa.
Demi mengelakkan bebanan melampau pada tubuh yang boleh mengakibatkan degupan jantung terhenti secara tiba-tiba.
Kisah ini hampir sama dengan apa yang sedang berlaku di kebanyakan tempat di negara kita.
Ads
Ada pesakit yang tak bernasib baik. Dijangkiti entah dari mana. Demam, batuk, selsema lalu kemudian keadaan merosot secara tiba-tiba.
Serangan teruk pada fungsi pernafasan hingga akhirnya bergantung pada mesin bantuan.
Yang paling menyakitkan, mereka terpaksa lalui semua itu seorang diri.
PERJALANAN YANG SUNYI
Bermula sejak tiba ke hospital, berpindah ke unit rawatan rapi atau ke wad pengasingan, ianya menjadi sebuah perjalanan yang teramat sunyi.
Tiada ahli keluarga yang dapat menemani.
Tiada kawan mahupun sahabat handai yang hadir menjenguk.
Dan jika ditakdirkan penyakit tersebut meragut nyawa, maka hanya pasukan dari bahagian kesihatan saja yang mengurus jenazah.
Tiada waris yang melihat dan mendekati jenazah hinggalah selesai pengkebumian.
Percayalah.
Selagi mana rantaian virus ni tak diputuskan, selagi itulah kesedihan begini akan terus berulang.
Dan ia boleh berlaku pada aku sendiri, kau dan kita semua.
Mereka yang bersyukur sentiasa memuji Allah SWT, menunaikan setiap suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya. Golongan yang bersyukur juga mengakui kebesaran Allah SWT.
Kelebihan orang yang bersyukur dan sentiasa menghargai pemberian Allah SWT termasuk nikmat usia, kesihatan, harta benda, anak serta keluarga, akan merasa kebahagiaan hidup.
Alhamdulillah adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.
Photo by Gabby K from Pexels
Hidup tidak selalu indah seperti yang manusia ingin. Tetapi, dalam ketidakindahan itu ada indahnya jika manusia redha, sabar dan tidak putus-putus bersyukur. Syukur dan sabar adalah perisai untuk berhadapan dengan roda kehidupan. “Sesungguhnya jika kamu bersyukur pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadaMu”~(Surah Ibrahim:7)
Jadi sahabat, jangan berdoa sebelum bersyukur. Kerana doa tak akan mampu merubah hidup orang yang tidak bersyukur. Hidup ini terasa menderita bukan kerana kurang kurnia tapi kurang syukur. Kurnia ALLAH ada disetiap saat. Bersyukur bukan hanya sebatas ucapan “Alhamdulillah”. Bersyukur adalah sikap, gaya hidup dan cara berfikir.
Syukuri nikmat ALLAH. Lihatlah kepada orang yang dibawah kalian dan jangan melihat orang yang lebih di atas. Melihat yang di atas akan membuat kalian tidak menghargai nikmat ALLAH. Buka dan ikatlah kebahagian dengan rasa syukur. Syukur adalah awal kebahagian. Syukur adalah awal dari kelimpahan hidup. Kadangkala ALLAH membuat hambaNYA tersungkur, agar ia akrab dengan rasa syukur.
Photo by Hebert Santos from Pexels
Bila anda ditimpa musibah, jangan beri ruang di hati anda untuk mengeluh. Bandingkan nikmat2 yang telah anda terima dari ALLAH. Syukuri hidup ini, jangan menyesal apa yang terjadi. Masih ada waktu memperbaiki diri.
TIGA TANDA SYUKUR:
1.Syukur dengan hati. Hati sentiasa ingat kepada ALLAH di atas segala kurnian nikmatNYA.
2.Syukur dengan lidah dengan berzikir memuji ALLAH.
3.Syukur dengan perbuatan dengan bersedekah dan melakukan amal soleh. Setiap hari semuanya teramat indah jika kita pandai bersyukur.
Membicarakan topik Sedekah Sebagai Lifestyle, pengacara Hana Ismail dan pendakwah terkenal, PU Amin berkongsi sedikit sebanyak tentang betapa banyaknya manfaat yang kita akan peroleh apabila memberi kepada orang lain walaupun sedikit.
Ujar PU Amin, kita haruslah ada rasa untuk lebihkan orang lain kerana semuanya milik Allah.
“Bukan semua yang kita miliki adalah milik kita. Harta kita pangkat kita. Kita hanya menikmati, tidak memiliki semua itu. Kena kongsi sekeliling. Inilah hebatnya orang yang beriman dan berharta.
“Nak selamat dunia akhirat, sedekahlah. Nikmatnya tak macam lain sebab kita lebihkan orang walaupun tahu diri ini tidak cukup dan serba kekurangan,” ujarnya.
Tambahnya lagi, segala nikmat ini akan dirasai apabila kita meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah Yang Maha Kaya.
“Nak jadikan sedekah dan lifestyle, kita kena berbalik kepada kepercayaan kita. Apa yang Allah telahjanjikan sebagai nikmatnya.
“Kalau kita tahu Allah janjikan yang terbaik untuk kita dengan amalan sedekah, Insyaallah kita pastinya akan fokus amalan sedekah dengan kefardhuan yang lain. Insyaallah dari segi itu agama kita dah lengkap. Apa yang kita persembahkan pada Allah itu dah cantik dah.
“Tapi yang menjadi masalahnya hari ini apabila kita dah buat pelbagai kebaikan tapi terselit sifat sombong, kedekut.
“Yang Allah kecam adalah orang yang kedekut, sombong, takut harta habis. Jadi perkara ini kita perlu campak jauh-jauh untuk jadikan sedekah sebagai lifestyle hidup kita,” jelasnya lagi.
“Jadi kepercayaan kita kena utuh. Kita kena percaya apabila kita memberi, Allah Taala akan memberikan berpuluh-puluh kali ganda kebaikan dalam hidup kita, di dunia mahupun akhirat,” tambah Hana.
Untuk pengetahaun pembaca, siri Tazkirah2U: The Power of Giving ini merupakan satu kerjasama di antara Hijabista dan juga Kenanga Investors Berhad. Semoga dengan perkongsian ini, sedikit sebanyak menyuburkan minda dan juga jiwa kita sebagai manusia dan hambaNya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tontoni video penuhnya di sini:-
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pada masa kini, isu buka tudung hangat diperkatakan. Ramai yang mula menanggalkan tudung di kepala dengan alasan tak mahu hipokrit dengan diri sendiri serta merasakan tiada faedahnya jika tidak ikhlas.
Di Twitter, @shah_biebs98 telah menulis perkongsiannya yang menarik mengenai ceramah yang didengarnya di radio mengenai isu buka hijab. Jom kita baca!
“Terpaksa bertudung kerana ayah suruh, adakah saya munafik?”
“Sukar bagaimanapun, tapi kerana itu kewajipan jadi harus paksa diri”
Petunjuk sudah ada depan mata, hanya kita sahaja yang tak mahu ikut…
Semoga perkongsian ini membuka jalan untuk kita lebih sujud kepadaNya. InsyaAllah, jika niat kita baik, Tuhan akan mudahkan segalanya. 🙂
SimplySiti jenama kecantikan terkemuka Malaysia yang diasaskan oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dengan bangganya melancarkan rangkaian produk baharu serta memperkenalkan kempen amal SimplySiti Sejuta...