Setiap individu mempunyai kecantikan yang berbeza. Ada yang senang mengamalkan perawatan secara moden, dan ada juga yang lakukan secara alami. Namun begitu, tujuannya hanya satu. Untuk kelihatan cantik dan sihat. Fitrah seseorang wanita, yang sukakan dirinya kelihatan cantik dan berhias sempurna.
Bukan untuk menunjuk, sebaliknya itulah kepuasan yang dicari. Hijabista berkongsi cara si cantik Wawa Zainal menjaga kesihatan dan kecantikan wajahnya.
Dia juga kurangkan pengambilan minuman berais dan minuman manis. Manakala bagi penjagaan wajah, untuk elak jerawat timbul, Wawa akan mencuci bersih wajahnya setiap hari setelah disolek tebal.
Selain itu isteri kesayangan Aeril Zafrel dan ibu kepada dua cahaya mata ini juga turut menjaga kecantikan fizikalnya dengan mengamalkan senaman yang mudah diikuti.
Pelakon Mia Ahmad mengenang momen sewaktu pertama kali hatinya terdetik untuk berhijrah ke arah yang lebih baik.
Menurut Mia atau nama sebenarnya Samihah Ahmad Baderi, kisah hijrahnya bermula selepas dia memutuskan untuk berhenti berkerja dari sebuah syarikat penerbangan tempatan.
Ulasnya lagi, berkat didikan yang diberikan oleh kedua ibu bapa, dia nekad untuk mendalami lagi ilmu agama.
“Kita semua ada zaman kegemilangan itu. Bagi saya, kisah hijrah saya bermula selepas saya berhenti daripada sebuah syarikat penerbangan dengan uniform skirt merah.
“Waktu tu saya masih mencari cari diri saya sebenarnya tapi sebab basic pengetahuan ilmu agama yang diberi oleh ibu bapa dari kecik, saya tahu perubahan besar ni akan memberi impact besar juga dalam hidup saya,” tulisnya.
“Betul la, bila kita menuju ke jalan Allah, satu satu Allah bukakan jalan untuk kita.
“Masa tu tak berhijab lagi, tapi niat tu dah ada cuma kerja dah tak ada waktu tu dengan commitment yang tinggi, hutang credit card lagi nak bayar (waktu spend dulu tak ingat) memang saya lost tapi saya percaya dengan rezeki dan pertolongan Allah S.W.T,” kongsinya lagi.
HIJABISTA sempat menjengah ke ruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen kagum dengan kisah tersebut selain turut mendoakan agar Mia akan terus kekal istiqamah dalam hijrahnya.
“Semoga Allah kurniakan hidayahnya untuk Mia tanpa henti hingga akhir usia. Moga diberikan kekuatan dan terus istiqomah.
“Love your hijrah journey babe.
“Love dengan Mia dari awal kemunculan dalam bidang seni hingga kini.
“Semoga Allah sentiasa permudahkan urusan awak,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sekadar info, Mia dan Izham telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 13 Januari 2017.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun itu, pasangan merpati dua sejoli ini dikurniakan empat orang cahaya mata sebagai penyeri hidup mereka.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Media Hiburan.
Hampir semua perempuan mendambakan untuk memiliki kulit yang glowing, sihat dan bercahaya. Justeru, untuk mendapatkan kulit yang glowing ini pastilah mendisiplinkan diri dengan menjaga pola pemakanan yang sihat, mendapatkan tidur yang cukup, bersenam, serta menggunakan produk kecantikan kulit yang tepat.
Bagaimanapun, selain melakukan perkara-perkara diatas hijabi juga boleh mendapatkan kulit glowing dalam satu malam sahaja! Tetapi dengan syarat rajin untuk melakukan empat rutin yang Hijabista senaraikan di bawah ini!
Haa.. kalau nak tau, cuba amalkan dulu sis. Lepas dah amalkan empat rutin mudah ni secara konsisten, mesti sis dapat miliki kulit glowing seperti yang diimpikan selama ini.
1. Lulur Beras dan Bijan
Salah satu cara mudah untuk mendapatkan kulit glowing hanya satu malam adalah dengan menggunakan beras dan bijan sebagai masker. Ini kerana, kandungan yang terdapat dalam butiran beras amat efektif untuk membersihkan, menanggalkan sel kulit mati, dan menghaluskan kulit. Ditambah pula dengan bijan yang mampu memberi nutrisi pada kulit dan dalam masa yang sama mencegah penuaan.
Cara membuat masker ini amat mudah! Anda hanya perlu rendam beras dan bijan dalam jumlah yang sama semalaman.
Setelah di rendam, toskan butiran beras dan bijan berkenaan sebelum ditumbuk sehingga menjadi scrub halus.
Setelah itu, sapukan masker beras dan bijan itu ke seluruh tubuh dan wajah, biarkan selama satu hingga dua minit. Kemudian bilas wajah menggunakan air sehingga bersih.
2. Susu
Cara kedua, lebih mudah untuk dijadikan rutin. Hijabi hanya perlu menggunakan sebarang susu yang ada di rumah. Tak kisah la, susu segar, susu rendah lemak atau susu skim. Tapi jangan pula gunakan susu pekat atau susu lemak manis untuk di sapukan pada wajah ya.
Ramai yang cakna berhubung manfaat susu kepada tubuh badan, namun sedikit yang mengetahui bahawa susu merupakan salah satu cara alami dan mudah untuk membuatkan kulit menjadi glowing dan mulus.
Cara nak amalkan rutin ini pun tersangatlah mudah, anda hanya perlu sapukan lapisan nipis susu pada wajah.
Kemudian dab-dap susu tersebut dengan urutan ke atas secara menegak hinggalah susu benar-benar terserap ke dalam lapisan kulit dan tidur. Setelah pagi, cuci wajah dengan pencuci muka dan keringkan. Pasti anda akan rasakan perbezaanya!
Sekadar info, susu tidak hanya membantu menghilangkan bintik hitam pada wajah, susu juga mampu memberi nutrisi ke dalam lapisan kulit ketika anda tidur. Tetapi, kadangkala jika rutin ini tidak sesuai dengan kulit anda, ia akan menjadi punca jerawat. Jadi sebagai alternatif mencegah jerawat, hijabi boleh mencampurkan susu tadi dengan jus lemon sebelum disapukan pada wajah.
3. Face Oil
Ketika negara mengalami musim tengkujuh, atau hujan sepanjang hari adalah amat bersesuaian untuk melakukan rutin ini. Hanya perlu sapukan face oil untuk membantu kulit mendapatkan nutrisi yang sewajarnya. Jika anda mempunyai jenis kulit kering, hijabi boleh prep muka dengan menggunakan face oil semalaman dan membersihkannya dengan scrub secara lembut di waktu pagi untuk mendapatkan kulit yang glowing pada keesokan harinya.
Bagaimanapun, untuk jenis kulit normal, cukup hanya membiarkan face oil pada wajah sekitar satu jam dan kemudian terus bersihkan dengan scrub secara lembut sebelum tidur.
Setelah bangun, anda hanya perlu membersihkan wajah dengan pencuci muka bebas paraben dan SLS, dan bilas wajah menggunakan air sejuk sehingga bersih. Untuk hasil kulit glowing yang lebih memuaskan boleh lah spray facemist setelah membersihkan wajah!
Haa.. Dah tahukan tiga cara mudah untuk membuat kulit glowing hanya dalam satu malam. Selamat mencuba!
Siapa pula yang bakal mengikuti perjalanan seorang bintang seperti Fattah Amin ataupun Nadhir Nasar? Persoalan ini bakal terjawab di Hero Remaja 2021. Program kesukaan semua, Hero Remaja kembali lagi dengan membariskan anak-anak muda yang bukan sahaja memiliki bakat yang terpendam, namun berintelektual tinggi!
Untuk menghangatkan lagi debaran menanti barisan 12 peserta finalis, kami hadiahkan kepada kamu semua program Prelude Hero Remaja 2021 yang menjanjikan pelbagai reaksi menarik dari peserta dan semestinya memberikan sebuah kelainan kepada anda semua!
Prelude Hero Remaja 2021 ini bakal disiarkan bermula pada 3 Julai 202, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD. Apa yang menariknya, program ini akan dihoskan oleh juara Dewi Remaja 2019/20, Shaza Bae dan dibarisi oleh pihak juri yang sememangnya begitu berpengaruh dalam industri seni negara!
Pelbagai aksi menarik yang dipertontonkan dari sesi pendaftaran hinggalah kepada sesi penjurian! Telatah dan gelagat peserta sememangnya menjadikan program Prelude Hero Remaja 2021 ini wajib ditonton.
Program prelude ini mempunyai 8 episod dan bakal membawa penonton menyaksikan pengenalan dan persiapan 12 orang finalis sebelum mengharungi cabaran utama dalam menentukan juara Hero Remaja 2021. Jadi, jangan ketinggalan untuk menyaksikkan kesemua episod kerana dalam salh satu episod akan diumumkan 12 finalis terbaik Hero Remaja 2021! Mana satu pilihan kamu? Ayuh kita tonton bersama! Selamat menonton!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.