Malam tadi menyaksikan penyanyi bersuara unik, Kaka Azraf atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff, 29 tahun, selamat diijab kabulkan bersama pasangannya Adam Azriff di kediaman sebelah perempuan di Klang. Apa yang menariknya pada majlis akad nikah itu, telah mengangkat tema Melayu Klasik apabila penyanyi ini tidak memilih dress moden sebaliknya mengenakan baju kebaya klasik yang cukup cantik dan menyerlahkan lagi aura pengantin baru.
Menyarung baju kebaya klasik dari rona putih krim ini digayakan bersama aksesori seperti cucuk sanggul dan juga gelang tangan serta kaki dari Tangsitujuh serta solekan cukup sempurna yang menyerlahkan lagi kejelitaan Kaka Azraff.
Malah netizen turut memuji penampilan Kaka Azraff malam itu hasil sentuhan jurusolek Juliana Nazar seperti seorang Perempuan Melayu Terakhir.
Sementara itu pasangannya Adam Azriff juga turut mengenakan baju Melayu rona sama lengkap bersamping dan juga songkok.
Dalam majlis berkenaan Kaka dan suami menzahirkan rasa syukur mereka pada Allah dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak atas doa restu serta ucap selamat dalam meraikan penyatuan kasih mereka.
Menyingkap kisah percintaan pasangan ini, Kaka memberitahu dia mengenali rapat jejaka berasal dari Kuala Lumpur itu sejak setahun lalu dan mula menjalin hubungan cinta kira-kira tiga bulan lalu.
Ads
Malah Kaka turut mendedahkan dia yang melamar Adam selepas merasakan teman lelakinya itu menepati ciri-ciri yang dicari untuk dijadikan pasangan hidup.
Hijabista ucapkan tahniah dengan perkahwinan ini dan moga keduanya kekal bahagia till jannah.
Pelakon jelita berbakat besar yang dahulunya sering mewarnai industri hiburan tanah air, Wan Sharmila Wan Muhamed atau lebih dikenali sebagai Lala kini terus menjadi inspirasi ramai apabila terus berjuang gapai istiqamah dengan mengenakan penampilan ‘patuh syariah’ sejak memutuskan untuk berhijrah.
Malah, semakin hari penampilan aktres ini semakin ‘sejuk mata memandang’. Tidak hanya itu, dia juga dilihat sering menyibukkan diri dengan menghadiri majlis-majlis ilmu keagamaan untuk mengisi kekosongan jiwa dan rohani agar dapat menjadi lebih baik menuju jalan yang diredhai Allah SWT.
Perkara berkenaan menjadi buah mulut, apabila sebuah video dimuatnaik di laman Tiktok milik kelab peminat Wan Sharmila, baru-baru ini telah berjaya meraih perhatian wargamaya.
Video berkenaan memaparkan Lala yang momen-momen indah sewaktu aktres itu menjejakkan kaki di Tanah suci Mekah dan Madinah.
Setakat artikel ini ditulis, hantaran video berkenaan telah meraih sebanyak 729 ribu jumlah tontonan, 83.2 ribu tanda suka berserta 818 komen.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati rata-rata peminat menzahirkan rasa syukur diatas perubahan yang semakin hari semakin baik yang ditonjolkan oleh Lala.
Malah, dia disifatkan sebagai artis yang sentiasa berjuang untuk kekal istiqamah sebaik sahaja beliau memutuskan untuk berhijrah dahulu.
Selain itu, warganet juga menyatakan bahawa mereka kini lebih menyukai penampilannya Lala sekarang, kerana lebih ayu dan sopan.
Ada juga yang terinspirasi dengan hijrah yang dilakukan Lala dan mendoakan agar dirinya berjaya mengapai istiqamah hingga ke akhirnya. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan netizen.
“Antara artis yang paling aku obsessed dengan hijrahnya. Semoga istiqamah selalu buat Wan Sharmila, love sangat”-kata mereka,” ujar warganet.
“Alhamdulillah, berserinya muka Wan Sharmila”, kata netizen.
“Yang baik itu baik dikekalkan dalam mencari husnulkhotimah. insyaallah amin”-tambah mereka,” tulis wargamaya.
Sekadar info, Wan Sharmila telah banyak membintangi drama, telefilem, serta filem tempatan. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, 7 Hari Mencintaiku dan banyak lagi.
Pelakon berusia 42 tahun anak kelahiran Johor Bharu ini mula bergiat aktif dalam bidang lakonan sejak tahun 2005 sehingga kini.
Semalam berita tentang tiga beranak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, ditemukan lemas begitu meruntun jiwa.
Mangsa ialah Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5.
Kereta jenis Proton Persona yang dinaiki tiga beranak itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Biasa dengar orang mati lemas bila kereta terbabas ke dalam sungai/tasik? Anda tahu tak hampir mustahil untuk anda buka pintu kereta bila kereta baru tenggelam masuk air?
Bahagian hadapan kereta adalah bahagian paling berat disebabkan kewujudan enjin. Jadi bahagian hadapan kereta akan tenggelam terlebih dahulu.
Bila dalam keadaan cemas macamni, instinct pertama anda mesti nak buka pintu dan keluar. Tapi hakikatnya, pintu tak akan boleh dibuka selagi air tidak penuh dalam kereta!
Bila kereta anda sedang dalam keadaan dimasuki air, pressure air daripada luar menyebabkan anda tidak boleh buka pintu kereta.
Air masuk = pressure in
Buka pintu = pressure out
1. Lari ke tempat duduk belakang
2. Percahkan cermin pintu kereta
3. Keluar melalui tingkap pintu kereta
Sebab bahagian depan akan tenggelam terlebih dahulu. Jadi anda ada lebih masa jika di tempat duduk belakang.
Sekiranya anda tak ada glass breaker, anda boleh gunakan headrest kereta. Tanggalkan headrest, umpilkan celah cermin pintu, insyaAllah cermin pecah.
Sebab kalau anda tunggu kereta penuh air baru nak buka pintu, berkemungkinan anda sudah makin tenggelam ke dasar. Jadi untuk anda berenang semula ke permukaan, lagi jauh lebih-lebih lagi dalam keadaan cemas.
Sama juga kalau anda nak selamatkan orang dalam kereta yang tenggelam. Sekali cuba buka pintu tak dapat, terus pecahkan cermin. Dari luar baling batu pun boleh pecah cermin itu. Lagi senang penumpang nak keluar.
Anda perlu tahu bahawa windshield glass ini memang direka untuk tidak bersepai. Pecah pun masih dalam keadaan sekeping. Cermin pintu ini pula, sekali pecah hancur berderai.
Anda yang memiliki wajah berminyak, claymask boleh menjadi solusi untuk mengawal sebum berlebihan. Masker wajah dari susunan abu vulkanik atau lumpur bumi ini kuat menyerap minyak sehingga dikategorikan sebagai drying agent. Ada beberapa jenis clay mask yang selamat untuk kulit normal, kering, dan bahkan kulit sensitif.
Pelbagai jenama di pasaran yang boleh menjadi pilhan anda tetapi sebelum membeli kenali jenis-jenis clay mask dan fungsinya pada wajah anda. Jangan beli sebarangan takut ada efek sampingan pada wajah anda.
Apa itu claymask? Sejenis masker yang mampu menyahtoksinkan kulit. Komponen tanah liat atau enapan kaya mineralnya mengangkat lebihan minyak wajah. Apabila pori-pori besar menjadi masalah anda, claymask sanggup menghilangkan kotoran yang tersumbat di dalam pori-pori.
Umumnya, claymask berasal dari kaolin clay dan bentonite clay. Kedua bahan tersebut biasa dipadukan untuk kurangkan minyak wajah, meredakan kulit iritasi dan beberapa produk dilengkapi moisturizer untuk memberi efek hydrating. Di samping itu, kaolin dan bentonite, jenis clay lain yang juga digunakan antara lain French green clay, Fuller’s earth clay, dan Rhassoul clay.
Clay mask tidak sama dengan mud mask meskipun keduanya berasal dari lumpur bumi. Mud mask cenderung difungsikan sebagai skin healing agent, sedangkan claymask digolongkan ke dalam drying agent. Selain berguna untuk merawat wajah, claymask boleh juga diaplikasikan untuk badan dan rambut.
Setelah memahami formula claymask, berikut ciri-ciri dan fungsi mengikut jenis-jenis clay, poin-poin pemilihan claymask yang boleh merawat kulit wanita dan lelaki mengikut eperluan kulit
Clay mask berasal dari banyak sumber clay, seperti kaolin clay, bentonite clay, French green clay, Fuller’s earth clay, dan moroccan rhassoul clay. Sebaiknya kenali keberkesanan dari jenis-jenis clay ini.
Clay ini dikenali juga sebagai white kaolin clay atau nama lain China clay kerana clay ini terkenal di negara China. Berformula dasar kaolin sempurna untuk menghilangkan kotoran tanpa mengeluarkan minyak berlebih. Kaolin clay lebih sesuai untuk kulit kering dan sensitif. Kandungan utama kaolin clay adalah mineral-mineral seperti zinc, calcium, magnesium, dan silica. Selain kaolin berwarna putih, ada lagi variasi kaolin clay berdasarkan warna, seperti kuning, merah, atau pink.
White kaolin clay dinilai paling ramah untuk kulit mudah iritasi. Daya angkat minyak yang tidak begitu kuat menjadikan produk ini gentle di kulit wajah. Bagi anda yang memiliki jenis kulit kering dan sensitif, claymask boleh digunakan bersama beberapa titisan essential oil supaya kesannya kulit lebih anjal dan lembut.
Bagi kulit berminyak yang sering kali mengalami mekap luntur atau dihantui masalah jerawat, cuba gantikan masker biasa dengan claymask yang bahan utamanya bentonite clay. Bentonite clay sudah digunakan sejak ribuan tahun sebagai perawatan kulit.
Cara kerja clay ini seperti sponge yang menyerap kotoran dan minyak secara bersamaan. Hanya dengan satu kali perawatan, sebum muka dikurangkan secara drastik dan bebas dari risiko jerawat. Selain itu, bentonite clay bersifat antibakteria dan antiinflamasi yang membantu menyembuhkan keadaan alergi kulit.
French green clay pertama kali ditemukan di Perancis. Greenclay yang sama boleh ditemukan di Amerika Syarikat, Cina, dan sebagian lain di Eropa. Dikenali dengan sebutan sea clay, jenis sedimen ini kaya mineral seperti magnesium, iron, selenium, calcium, manganese, silicon, phosphorus, dan copper.
Jika kulit anda jenis berminyak, French green clay akan mengatasi masalah kulit anda. Clay ini juga menyingkirkan kotoran dari permukaan dan pori-pori kulit terbuka. Hasilnya wajah bersih, halus, dan sirkulasi darah semakin lancar. Tidak disarankan untuk kulit kering atau sensitif kerana bahan yang kuat dalam clay ini.
Performa Fuller’s earth clay tidak jauh beza dengan French green clay. Clay ini dijadikan alternatif untuk menanggulangi produksi minyak wajah yang cukup parah, serta pori-pori besar. Bahan komposisi Fuller’s earth clay kebanyakannya aluminum magnesium silicate. Fuller’s earth clay dapat skongan lain multan mitti, atau “lumpur dari Multan”’, yang berasal di Pakistan di mana clay tinggi mineral. Selain berkemampuan mujarab menyerap minyak dan kotoran wajah, jenis clay ini dipercayai juga akan fungsinya memperbaiki skin tone dan complexion, serta meredakan radangan kulit.
Rhassoul clay mengandungi magnesium dan potasium berkadar tinggi. Boleh juga digunakan clay ini untuk merawat kulit dan rambut. Ciri khas rhassoul clay terletak pada warnanya yang cokelat. Menurut catatan, clay ini hanya boleh didapatkan di sebuah lembah di pegunungan Atlas di Maroko. Sebab itu jenis clay ini lebih sering disebut Moroccan rhassoul clay.
Istilah “rhassoul” berasal dari bahasa Arab yang bererti “untuk mencuci/membersihkan”. Walaupun belum banyak studi yang membuktikan keberkesannya, rhassoul clay turun temurun sejak ribuan tahun lalu dijadikan bahan kosmetik.
Untuk kulit, rhassoul clay bertindak mengembalikan kekuatan skin barrier. Kemudian, beberapa beauty guru menyebut kadar magnesium tinggi pada rhassoul clay boleh bersihkan kotoran dan tingkatkan keanjalan kulit. Clay ini juga sangat baik untuk menyahtoksinkan racun dari kulit.
Hampir sebagian besar claymask bukan hanya mengandung clay, namun juga disokong dengan bahan lain untuk perawatan kecantikan dan pemeliharaan kesihatan kulit. Jadi, perhatikan juga ketersediaan bahan-bahan aktif yang prestasi utama menyokong produk.
Claymask lebih baik apabila digabungkan dengan essential oil. Oleh itu, pengeluar sering menambah bahan berasaskan sokongan seperti minyak alami, seperti tea tree oil, peppermint oil, jojoba oil, chamomile oil, rosemary oil, atau spearmint oil. Bacalah komposisi produk dan pilih claymask yang diperkaya dengan pelbagai bahan penyokong.
Lelaki juga perlu untuk rawatan kulit, aktiviti padat yang dijalani kebanyakan lelaki berisiko menurunkan kesihatan wajahnya. Jika anda lelaki yang pentingkan penampilan, jagalah selalu keadaan kulit wajah anda dan banyak juga pilihan untuk lelaki.
Pada umumnya claymask ideal digunakan lelaki dan wanita. Akan tetapi, produk khusus lelaki sebaiknya tetap disesuaikan ciri-ciri kulit. Di samping itu ada perkara lain yang tidak kurang pentingnya, iaitu memilih topeng claymask yang tidak akan merosakkan rambut wajah seperti misai dan janggut.
Clay mask berbahan dasar britishkaolin dan bentonite clay ini memiliki exfoliating beads sangat kecil untuk memaksimumkan penyingkiran kekotoran. L’oreal Paris menjamin exfolating beads, selamat untuk wajah berkulit sensitif tidak perlu ragu menggunakannya. Teksturnya padat, namun tetap lembut di jari serta tidak sulit diratakan ke seluruh wajah. Gunakan selama 10 minit atau hingga mengeras, lalu masker dibilas sampai bersih, dan anda akan merasakan kulit wajah halus tanpa tekstur serta kekusaman sirna seketika.
Berfungsi melawan minyak dan wajah yang berpotensi kemunculan jerawat. Claymask buatan Freeman ini ekstak lemon yang tergantung di dalamnya merupakan agen antiinflamasi yang berfungsi meredakan peradangan kulit akibat jerawat. Sementara itu bentonite dan kaolin clay, bersinergi mengurangkan jumlah minyak berlebihan. Harga yang mampu milik clay mask ini wajib menjadi pilihan anda dengan fungsi lain mencerahkan dan mengecilkan pori-pori ini bertesktur lembut, meratakannya tidak sukar.
Formula utama Jeju volcanic scoria salah satu clay mask yang popular di Asia. Super Volcanic Pore Clay Mask sangat mudah ditemukan di counter atau marketplace. Tuntutan sebum penyerap prestasi unggul adalah kunci kepada populariti produk ini.
Jika masalah wajah anda bukan sekadar minyak berlebih, tetapi juga kulit kusam akibat bintik-bintik noda pigmentasi, claymask keluaran Innifsree mampu mencerahkan kulit dengan menyingkirkan kotoran hingga lapisan pori terdalam. Tekstur clay lembut tidak membuat kulit terasa tegang, serta menjamin wajah terhindar dari kekeringan selepas rawatan.
Formula mask 4-in-1 ini mengecilkan pori, mencerahkan kulit kusam dan memberi natural glow hanya dalam 10 minit. Organik Liquorice merangsang pengeluaran sel baru, sementara Old Man’s Weed mengatasi masalah pigmentasi. Aloe Vera adalah astringen secara semula jadi mengetatkan liang dan menenangkan iritasi pada kulit wajah manakala ekstrak delima pula meningkatkan pengeluaran kolagen untuk kulit yang anjal.
Umbrian Clay Purifying Mask dengan tanah liat Umbrian ini adalah rawatan 3-in-1 dapat digunakan sebagai pembersih harian atau untuk mengurangkan cela kecil. Ia membantu mengecilkan pori-pori serta menyahtoksin kulit tanpa menghilangkan lembapan asli untuk menampakkan kulit yang seimbang dan sihat. Minyak Sandalwood dan Chamomile juga membantu menenangkan kulit akibat iritasi.
Kombinasi ramuan seperti lidah buaya, minyak biji jojoba dan brokoli memberikan kelembapan pada wajah, mengurangkan kemerahan pada kulit dan membersihkan sisa-sisa pada kulit wajah. Bagi yang merasai kulit mukanya kelihatan kusam, produk ini sememangnya sesuai untuk anda kerana ia juga membantu dalam mencerahkan kulit wajah. Manakala bagi yang berkulit sensitif dan kering, penggunaan produk ini amat disarankan kerana ia juga membantu memelihara kulit wajah anda dari masalah.
Bukan hanya sleeping mask yang tersohor, Laneige juga mengeluarkan masker clay yang digemari ramai. Buat anda yang memerlukan claymask untuk mengecilkan pori-pori, Mini Pore Waterclay Mask sangat dicadangkan. Produk asal Korea Selatan ini bertekstur sangat kental. Namun, kerana dikeluarkan dalam bentuk gel, claymask kemasan jar ini mudah diaplikasikan. Gel berwarna kelabu ini juga cepat menyerap serta meninggalkan kelembapan kulit. Selain membantu treatment pori, produk ini efektif mengurangi minyak berlebih, mencegah pembentukan jerawat, dan nyahkan sel-sel kulit yang mati.
Membuka liang pori yang tertutup dan meyerap lebihan minyak
Clay mask bermutu tinggi untuk membantu menyerap lebihan minyak untuk jenis kulit normal, kering, gabungan dan berminyak. Kandungan kaolin clay membantu menghilangkan kekotoran dan mengelupas sel kulit mati manakala smectite clay, menyerap lebihan minyak dan membuka liang pori.
White clay mask ini lembut membantu mengeluarkan kekotoran dari kulit dan meningkatkan kawalan minyak. Tanah liat kaolin dari INKEY List lembut, jadi sangat sesuai untuk semua jenis kulit sebagai pembersih mendalam sekali hingga dua kali seminggu. Kulit berminyak? Kaolin ini boleh digunakan lebih kerap seperti yang diperlukan tanpa mengeringkan kulit.
Clay mask ini dengan ramuan dan ekstrak tumbuhan, menghasilkan kulit yang lebih cerah, membersihkan pori-pori yang tersumbat, mengurangkan keradangan kulit dan mengencangkan kulit. Ia diformulasikan dengan Mediterranean Rose Clay dan Canadian Willow Herb untuk mengembalikan kejernihan kulit dan melakukan tindakan pembersihan yang mendalam. Manik-manik Jojoba mengelupas untuk kembalikan kulit yang awet muda dan lebih halus.
Produk Naruko adalah antara clay mask mampu milik. Berperanan sebagai masker wajah, produk anda hanya perlu menggunakan selama 5 minit dan boleh membersihkan wajah dengan menggunakan clay mask ini.
Jika Anda mencari claymask yang teruji secara dermatologi, produk 2 in 1 ini memenuhi kriteria tersebut. Bahkan, formula bebas paraben membuat produk ini semakin selamat digunakan. Selain menjaga keseimbangan minyak dan membersihkan wajah, produk dengan ekstrak rempah alami ini berfungsi melambatkan penuaan, membuat kulit lebih tegang, serta mencegah produksi noda hitam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Safi Youth Gold Rania memperkenalkan Fasha Sandha sebagai wajah baharu menerusi kempen Semarakkan Seri Keremajaan yang meraikan keyakinan, kekuatan dalaman dan kecantikan wanita Malaysia.