Bagi wanita berhijab, penggayaan tudung sangat penting dalam memberikan kesan yang on point, terutama ketika merakamkan gambar kenangan di Aidilfitri. Jika salah pilih tudung yang tidak kena dengan bentuk muka akan menyebabkan penampilan nampak hodoh dan tidak begitu stailo.
Jadi sebelum menggayakan apa juga hijab, paling penting kenali dulu bentuk wajah. Pilih hijab yang sesuai dengan bentuk wajah dan hasilnya pasti akan membuatkan gaya anda sentiasa vass.
Penggaya hijab selebriti yang popular, Didiyana Ehsan berkongsi tip memperagakan tudung mengikut empat jenis bentuk wajah seseorang itu.
Wanita yang bermuka bujur memiliki ukuran vertikal wajah yang lebih panjang sedikit berbanding kelebaran wajahnya. Wajah bujur adalah bentuk muka yang universal dan ramai wanita memiliki bentuk wajah seperti ini. Anda bertuah kerana sesuai mengayakan semua jenis style hijab.
Jika anda memiliki muka yang lonjong pula, panjang ukuran vertikal wajah anda lebih ketara berbanding kelebarannya. Wanita yang berwajah lonjong harus elak mengenakan tudung yang mempunyai awning tinggi agar tidak membuatkan muka anda lebih panjang. Cuba gunakan inner untuk membuatkan bentuk muka anda kelihatan lebih seimbang.
Mereka yang bermuka bulat memiliki panjang dan lebar wajah yang sama dan tidak mempunyai suduh di bahagian rahang. Gaya tudung yang sesuai dengan anda adalah jenis flowy kerana dapat menyorok bahagian pipi dan penampilan akan lebih trendy jika dipadankan dengan sepasang cermin mata hitam.
Bentuk rahang pada wajah wanita yang memiliki bentuk muka petak agak tajam dan mereka mempunyai lengkok yang minimum di setiap ‘bucu’ wajah. Gunakan tudung daripada warna-warna pastel atau lembut untuk mengurangkan garisan rahang yang membuatkan wajah anda kelihatan maskulin. Anda juga boleh memakai tudung paling hampir dengan garisan dahi (sedikit tinggi) untuk menampakkan wajah lebih panjang.
IKLAN
Selain tujuan utama mengenakan hijab adalah untuk menutup aurat, golongan wanita juga harus bijak menyesuaikan gaya yang diingini dengan bentuk wajah mereka agar penampilan jadi lebih menarik.
Pemilihan gaya tudung yang sesuai akan menyerlahkan lagi keanggunan seorang wanita.Mudah-mudahan dengan petua ini, ia memberi panduan untuk anda memilih tudung sesuai. Tentu sekali suami atau si dia akan lebih terpesona dengan penampilan baharu anda bersama tudung yang sesuai.
5 Hijab Yang Wajib Anda Miliki Untuk Aidilfitri 2021
Jika anda terlepas sesi Instagram Live bersama Didiyana Ehsan, anda boleh tonton di sini atau di laman Facebook dan Instagram Bazaarlokal dan di mana anda boleh dapatkan kod-promo bernilai RM1,000 yang boleh digunakan untuk berbelanja di Bazaarlokal.
Raikan warna Aidilfitri dengan tudung Argania asas, dengan pelbagai warna untuk dipilih seperti Lilac Lemonade, Cream Puff, Sugar Plum, dan banyak lagi yang tidak akan pernah anda jemu! Sekarang hanya di bawah RM60, dapatkan Tudung Argania Asas dengan harga MYR59.00 sahaja! Menggunnakan material Matte Satin 100%, tudung ini sangat ringan, selesa dan sesuai untuk cuaca panas di Malaysia. Tambahan pula, tudung ini juga sangat sesuai untuk penampilan minimalis setiap hari.
Anda boleh “wow“-kan penampilan Raya anda dengan shawl daripada Arianna Rose, by Lisa. Shawl Malika ini tidak perlu diseterika dan menggunakan material seakan-akan jersi, menjadikan tudung kelihatan lebih kemas dan tersusun. Dengan kristal yang menutupi jilbab, Shawl Malika ini menampilkan look yang mewah dan anggun. Harga sehelai ialah RM89, tetapi beli 3 dengan harga RM250.
Untuk yang berminat dengan corak atau print, Rose Satin Silk Shawl dari Kamoora mungkin akan menarik minat anda! Corak bunga yang sangat cantik dan terperinci akan menyerlahkan raya look anda. Rose Satin Silk Shawl daripada Kamoora dibuat dengan menggunakan material sutera satin yang selesa dipakai, lembut, senang dibentuk dan dipertingkatkan lagi dengan design yang eksklusif. Dengan harga RM99, ini adalah satu Shawl yang wajib anda miliki!
Floral Silk Shawl daripada Kamoora diperbuat dari material satin silk yang selesa dipakai, lembut, mudah dibentuk dan diserikan lagi dengan design yang ekslusif dan cantik. Dengan jahitan baby seam, shawl ini menjadi salah satu pilihan terbaik untuk penampilan Hari Raya Aidilfitri anda tahun ini! Harga RM99.
Argania Printed Scarves adalah satu pilihan bagi mereka yang sukakan corak atau print. Scarf daripada Argania ini adalah tudung yang sempurna untuk dipadankan dengan baju kurung yang plain atau simple. Tudung ini adalah versatile dan boleh digayakan dengan banyak cara gaya dan boleh dipasangkan dengan pakaian yang berbeza sepanjang hari dan malam. Ia juga direka untuk setiap bentuk muka dan tona wajah yang sesuai untuk setiap individu. Selain itu, ia juga mengawal bau dan antibakteria anda; tudung yang sempurna untuk digayakan ketika anda sedang terburu-buru! Dapatkan sekarang dengan harga RM89 sahaja!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Sudah menjadi trend terkini hijabi membeli busana dengan rekaan pleats seperti seluar, dress ataupun skirt. Gaya ini memang semakin digilai untuk di suai padankan dengan busana lain agar tampil lebih effortlessly stylish.
Namun begitu, busana yang mempunyai rekaan begini amat sukar untuk dijaga. Malah teksturnya mudah berubah setelah dicuci dan hasilnya memang tidak sesempurna ketika pertama kali membelinya. Memang sakit hati dan terasa seperti membazir dan mahu membuang terus pakaian begini.
Hijabi yang gemar rekaan yang tengah trending ini usah risau atau panik kerana admin mahu kongsi cara penjagaan pakaian yang berunsurkan rekaan pleated. Cuba lakukan beberapa langkah di bawah ini.
Cara Mencuci
Cara paling mudah untuk merapikan dengan kemas pakaian pleated adalah dengan cara cucian dry cleaning. Dengan dry clean, risiko lipatan baju rosak kerana terkena air, proses mencuci dan menggosok dapat dielakkan. Ataupun jika rajin cara untuk mengembalikan kedutan adalah dengan cara merendamnya dalam air yang diletakkan pencuci. Jangan sesekali merenyok, sebaliknya cukup sekadar membilas dengan berhati-hati. Elakkan juga dijemur terlalu lama di bawah sinaran matahari, terus angkat sebaik kering supaya tidak merubah tekstur pleats.
Cara Menggosok
Sebaiknya gunakan steamer untuk merapikan baju pleats setelah dicuci. Lebih-lebih lagi sekiranya pleats adalah dari jenis fabrik sifon atau satin. Tetapi jika mempunyai seterika biasa, cara menggosoknya adalah dengan gerakan searah agar tidak mengganggu bentuk lipatan. Dan kalau ada sisi yang lipatannya terlepas (rata), bentuk kembali secara manual dengan menggosok mengikuti bentuk pleats lainnya.
Menyimpan
Jangan menyimpan baju pleats dengan cara dilipat dan diletakkan bersama lipatan baju lain kerana akan menyebabkan kedut dan lipatannya rosak. Gantung saja dengan hanger, simpan dalam almari yang bersih dan beri jarak antara baju pleats dengan lainnya untuk mencegah kedutan.
EKSTRA TIP:
Gunakan pin rambut material besi (elakkan dari pin material plastik), klipkan kain di hujung dan tarik pangkal skirt. Mulakan dari atas bahagian pinggang sehingga ke bawah dengan arah sehala.
NOTA: [su_highlight background=”#99b0ff”]Teruskan menyusun pleat di atas papan seterika secara sistematik. Gosok ikut rentak untuk kembalikan bentuk asal susunan pleated.[/su_highlight]
Bagi material viscose dan wool ketika menggosok jangan tekan terlalu kuat. Gunakan kain lapik yang lebih nipis supaya kain tidak berlubang dan mudah terbakar.
Nampaknya tidak sampai 10 hari lagi kita akan menyambut Syawal. Dan pastinya segala persiapan dari ‘top to toe’ sudah tersedia. Malah sudah berkira-kira padanan hijab bersesuaian dengan busana yang dibeli. Jika memakai tudung bawal atau instan pasti tiada masalah. Tetapi bagaimana pula yang memakai ‘shawl’. Masih tercari-cari gaya tutorial mana bersesuaian untuk digayakan di pagi raya.
Usah risau kerana Hijabista menyenaraikan tutorial paling trending yang sering jadi carian paling popular di alam maya.
Jadi bagi yang tidak tahu gaya selendang mana sesuai digayakan, boleh cedok gaya dari beberapa jenama popular masa kini.
Tanpa dua insan mulia yang bergelar Ibu dan Ayah… siapalah kita. Kata orang, Kasih Ibu Membawa Ke Syurga, Kasih Ayah Sepanjang Masa.
Seorang ibu, sanggup bertarung nyawa melahirkan kita bagi mengenal apa itu dunia. Bapa pula mungkin luaran nampak tegas, tetapi dia merupakan insan yang sentiasa mengambil berat dalam diam. Kasih seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja untuk memberikan yang terbaik untuk anaknya. Sebagai seorang anak pula, kita pasti mahu membuat kedua orang tua kita bangga.
Tak berhenti menangis
Baru-baru ini tular satu video di laman Tiktok seorang gadis yang berkongsi momen pada hari graduasinya. Umum mengetahui hari graduasi atau saat majlis konvokesyen merupakan saat indah yang akan dikenang bagi setiap pelajar setelah bertungkus-lumus bertahun-tahun demi menjulang segulung ijazah.
Apa yang menarik perhatian netizen bukanlah gadis tersebut, namun reaksi bapanya. Melalui hantaran yang dimuat naik oleh gadis yang dikenali sebagai Ika itu, dapat dilihat bapanya tidak berhenti menangis akibat sebak.
“Selamanya akan menjadi ‘puteri’ ayah (i’ll forever be your princess). Sebab ayah lah Ika berjaya belajar dari dulu sampai dah Ijazah. Ayah suruh Ika buat sampai phD kan? Ika cuba ya untuk ayah” tulisnya.
Melalui video tersebut, dapat dilihat graduan Universiti Malaya tersebut sedang menyeka air mata ayahnya sebaik sahaja menerima skrol semasa majlis konvokesyen.
Difahamkan, si ayah tidak dapat menahan sebak sejurus melihat anaknya dek bangga dengan pencapaian gadis itu. Ika cuba untuk menenangkan ayahnya dengan memberikan pelukan, namun ayahnya tidak berhenti menangis. Gadis itu dilihat tidak berhenti memujuk ayahnya serta memberikan kucupan.
Hasil tinjauan Hijabista, ayahnya mempunyai penyakit parkinson iaitu satu penyakit pada sistem saraf yang mengganggu kemampuan tubuh dalam mengawal gerakan dan keseimbangan.
Disebabkan itu, ayahnya dilihat tidak banyak bergerak dan memberikan reaksi dalam video tersebut. Menurut Ika, bapanya kini tidak berdaya untuk memegang cawan.
“Tak tahu la nak rasa apa,rasa berbeza bila tangan yang selalu gagah pimpin tangan Ika sekarang nak pegang cawan pun tak terdaya” katanya.
Video yang tular tersebut telah mendapat lebih 631K jumlah tontonan serta 116K tanda suka daripada netizen. Rata-rata netizen turut berasa sebak, ada yang turut mengimbau kembali kenangan bersama ayah mereka dan turut menitipkan pesan kepada gadis tersebut agar menjaga ayahnya dengan baik.
“Bangga ayahnya tengok anak graduate sampai sebak. Congratulations miss”
“You can never be besar for them, you’re always their little baby”
“Hmm ulang balik pun tetap air mata keluar…. bestnya Sis masih dapat peluk ayah”
“Ala ikut nangis juga kita kat sini”
“Utamakan lah orang tua kita , Semoga dipermudahkn segala urusan sis”
Terdahulu, beliau juga pernah tular akibat timbulnya dakwaan bahawa dia suh menukar agama di India sedangkan, Jasmine pernah mengakui bahawa dia menghadiri kelas tahfiz anjuran rakan selebriti, Neelofa.