Hajat dihati ingin menunaikan umrah namun apakan daya bajetnya tiada. Bila tengok kawan-kawan berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah, hati dipagut sedih kerana teringin juga hendak ke sana tetapi kekangan dari segi kewangan menjadi halangan.
Berikut perkongsian daripada Ustaz Abdul Razzaq Moga ia bermanfaat untuk kita semua.
TIP RINGKAS KUMPUL DUIT NAK MENUNAIKAN UMRAH
Biasanya kita berharap dan berdoa agar dilimpahkan rezeki ke tanah suci. Namun, adakah kita mulakan langkah ke arah itu atau kita duduk saja berdoa dan tunggu rezeki jatuh begitu saja.
Pertama sekali, NIAT. Ya, niat. Kalau kita tak ada niat nak pergi, agak-agak sampai ke kita ke sana? Niatkan “Duhai Allah, Saya nak pergi umrah tahun 2023. Insya Allah.”
Ads
Kedua, DOA. Minta pada Allah. Allah Maha Kaya, Maha Berkuasa. Minta agar kita dapat mengerjakan umrah 2023. Minta spesifik, bulan berapa, kos berapa, dengan siapa, bagaimana, minta apa yang anda nak minta. InsyaAllah yakinlah ALLAH akan makbulkan.
Ketiga, SIMPAN.
Kita ini bukan orang yang ada duit 6, 7 angka dalam bank. Jadi, kena ada effort mula menyimpan. Nak simpan kena istiqomah. Sediakan tabung, masukkan setiap hari.
Caranya, simpan ikut tarikh. 1hb RM1, 2hb RM2, 3hb RM3 sehingga 30hb RM30. Jadi, 1+2+3+4+5+…+29+30 = RM465.
Daftarkan akaun simpanan di mana-mana bank pilihan ataupun daftar terus umrah. Masukkan duit setiap bulan, tup-tup dah nak cukup. Sebulan sudah dapat RM465, setahun (12 bulan) RM5580. Ketika hendak pergi In Shaa Allah ada saja rezeki lebih lain Allah nak bagi. Ada saja rezeki yang tak disangka-sangka.
Ads
Photo by shams-alam-ansari from Pexels.
Apabila sudah hendak cukup duit untuk buat umrah, In Shaa Allah tambah lagi sikit sahaja, campur bonus, duit daripada suami/isteri/anak cukuplah duit untuk belanja semasa umrah nanti.
Agak-agak boleh buat tak macam ini? Susah tak? Kalau hendak tahu, cubalah buat. Istiqomah. Setiap hari solat 5 waktu doakan agar dipermudahkan jalan untuk pergi menunaikan umrah. InsyaAllah, anda akan memperoleh jalan untuk ke menunaikan umrah.
Ads
Ini sekadar perkongsian, anda mungkin ada cara lagi baik. Dan mungkin ada bajet yang lebih lagi. Sehari RM30/sehari RM50 dan lain-lain. Yang penting mulakan tindakan, doa, usaha, ikhtiar dan tawakal.
Sumber kredit: Ustaz Abdul Razzaq Top image: Photo by mustafa-fathy- from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Bertuah mereka yang berpeluang menjadi tetamu Allah musim haji kali ini. Seharusnya jemaah haji yang telah berpeluang menjadi tetamu Allah pada tahun ini menginsafi dan bermuhasabah diri terhadap peluang dan anugerah yang telah diberikan oleh Allah SWT.
Betapa ramai yang masih menunggu giliran dan menanti dengan penuh sabar untuk dimenjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah. Gunakanlah peluang ini sebaik mungkin untuk melakukan sebanyak-banyak amal ibadah.
Berikut perkongsian Najmi Farisham tentang amalan-amalan yang boleh dilakukan ketika menjadi tetamu Allah.
Kawan-kawan yang sedang berada di Tanah Haram Mekah, manfaatkanlah peluang ketika di sana sebaiknya. Sesungguhnya, kalian berada disebaik-baik tempat atas muka bumi ini.
Pulunlah berbuat ibadat di sana. Perbanyakkanlah solat sunat terutamanya di Masjidilharam. Punyalah besar rahmat Tuhan, sehingga memberikan gandaan 100 ribu kali tiap satu solat yang kita kerjakan.
Solat fardu, sudah semestinya berjemaah di masjid. Solat-solat sunat yang lainnya pula, buat banyak-banyak.
Kautlah pahala berlipat ganda ini semaksima mungkin. Anggaplah ini kali terakhir kita berada di sana. Persiapkanlah bekal yang utuh untuk dibawa bertemu Sang Pencipta.
Jika Ramadan lepas, kita sibuk meneka malam yang manakah Lailatul Qadar. Namun bagi kelebihan Tanah Haram Mekah ini, lain. Sudah jelas sejelasnya, bahawa di situlah tempat Tuhan melipat gandakan pahala kebaikan. Manfaatkanlah.
Sesungguhnya, tiap jiwa orang Mukmin sangat mengimpikan untuk beribadat di sana. Moga kita semua sempat merasai nikmat ini, insya-Allah.
HIJABISTA: Amalan ibadah haji yang telah dilaksanakan ketika di Tanah Suci biarlah terus berkesinambungan dan berkekalan dilaksanakan setelah kembali ke tanah air.
Sumber kredit: Najmi Farisham Top image: Photo by konevi from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Riak adakalanya hadir dalam keadaan yang bercampur-baur seperti beribadah kerana Allah, tetapi dalam masa yang sama terselit kemahuan untuk dihargai dan dipandang oleh manusia.
Banyak saluran merealisasikan sifat riak dalam amalan. Sebagai contoh, Contohnya, solat dengan niat untuk dikenali dan dilihat sebagai hamba Allah yang abid dan kuat beribadah. Kala membaca al-Quran, suara yang sedap lunak dan elok bacaannya. Menjadi qari yang disanjung, kemudian hanyut dengan pujian. Itu juga riak.
Sebahagian kisah ‘Perihal Riak’ yang kita rasa kita tidak terkena walhal kita mungkin sedang melakukannya. Baca perlahan-lahan dan berulang untuk dapat kefahaman. Riak adalah melakukan sesuatu atau meninggalkan sesuatu bukan kerana Allah.
Buat sesuatu/tinggalkan sesuatu (untuk menunjukkan diri kita tidak suka menunjuk-nunjuk atau tidak suka riak) juga termasuk dalam perbuatan riak. Eh, macam mana itu yer? Allahu Akbar. Begitulah halus jarum Iblis.
Al Qadhi Iyadh dalam Faid Al Qadhir menyebutkan sifat riak itu termasuk dalam dalil kebodohan, tanda buruknya amalan dan buruknya pandangan. Misalnya satu orang yang tidak suka memakai pakaian yang cantik-cantik dan mewah untuk menunjukkan kepada orang lain, bahawa dirinya tidak suka bermegah padahal dia orang-orang yang berharta, adalah termasuk perbuatan Riak.
Point utama di sini, ‘menunjukkan kepada orang bahawasanya dia tidak suka bermegah’. Sifat DIA TIDAK SUKA BERMEGAH itu pun, bila dia mahu buktikan kepada orang, maka itulah RIAK.
Tak perlu buktikan pada sesiapa pun bahawa dirinya tak suka menunjuk-nunjuk. Misalnya juga, satu orang yang ingin bersedekah RM100 tetapi sebab ada kawannya bersama, maka dia tinggalkan sedekah untuk tujuan menjaga hatinya supaya tidak menunjuk-nunjuk pada kawannya.
Biarlah nanti-nanti di belakang kawannya dia bersedekah. Lalu dia menunda kebaikan itu kerana kawannya tadi. Maka itu juga dikira riak. Sifat menunda-nunda kebaikan kerana kawan, itulah riak. Sedang Allah berfirman untuk bersegera dalam kebaikan semata-mata kerana Allah.
Inilah ikhlas. Kerana itu ikhlas hal yang paling tinggi dan teratas kerana seringkali riak akan mengambil tempat. Riak itu bukan sekadar menunjukkan harta dengan tujuan berbangga-bangga tetapi juga menunjukkan diri seolah-olah ‘zuhud’ , tidak berhajat kepada harta, supaya dipandang oleh manusia dengan pandangan begitu merendah diri, itu juga dikira riak.
Bila dia tidak perlu kepada pandangan manusia untuk melakukan amal-amal solehnya. Bila dia tidak perlu buat atau tinggalkan sesuatu kerana manusia. Pakai apa sahaja kerana Allah tetapi tidak sehingga mengundang fitnah.
Pakai juga mewah berjenama, bergaya asal patuh syariah atau sederhana kemas bersih, tetap patuh syariah sebagai tanda syukur atas nikmat Allah. Maka tidak ada dosa bahkan menjadi kecintaan Allah.
Apa sahaja kerana Allah. Dan Allah itu cantik. Tidaklah sesuatu yang mulia memakai pakaian-pakaian lusuh dan buruk, atau koyak sedangkan mampu, untuk menunjukkan bahawa dia zuhud, cukup apa yang ada, sedangkan dia kaya berharta.
Zuhud itu di hati bukan di pakaian. Jika Zuhud itu di pakaian, binatang seumpama kambing, lagilah lebih-lebih zuhud. Kerana langsung tidak perlu berpakaian.
Zuhud itu bukan pada pakaian. Kerana ramai orang berpakaian ala kadar, sederhana tidak menunjuk-nunjuk, tetapi nafsunya besar di dalam. Serakahnya dan sakit matanya melihat orang lain seolah-olah menunjuk-nunjuk walhal dia merasakan diri dia yang betul kerana tidak suka menunjuk-nunjuk.
Sesungguhnya hendaklah dia menzahirkan nikmat yang Allah beri pada dirinya dengan penuh takzim dan syukur lalu dia terlihat seperti orang yang ‘ memiliki’ agar orang-orang boleh meminta sesuatu darinya.
Hendaklah dia suka memberi bukan sahaja sedekah kepada orang jauh atau orang susah tetapi melazimi memberi hadiah dalam keluarganya sendiri, suami isteri, anak-anak, menantu, cucu, kerana memberi hadiah ini tanda syukur dan ia merupakan bahagian dari perintah Nabi untuk menjinakkan hati dalam berkasih syg dan Nabi amat-amat suka memberi dan menerima hadiah.
Begitu juga berapa ramai manusia tinggalkan solat atau lengahkan solat atau berhajat qadhokan solat atas sebab manusia lain dan urusan lain yang tidak mendesak pun yakni melibatkan nyawa (jika melibatkan nyawa sekali pun, ada kaedah tertentu untuk solat).
Utamakan solat dan segera dalam solat. Lebih banyak nikmat, lebih banyak syukur. Lebih banyak taat. Lebih banyak takut Allah. Lebih banyak mengajak manusia kepada kebaikan. Lebih banyak tinggalkan apa kata orang, tinggalkan apa pandangan orang. Tetapi terus kepada apa pandangan Allah terhadapku.
Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya. Dan Allah itu Maha Pemurah. Maka jadilah orang-orang kaya yang pemurah hati terutama pada anak-anak cucu, ibu ayah, adik beradik dan anak menantu. Dan janganlah menjadi orang-orang kaya yang membesarkan pandangan manusia di dalam hati. Juga jangan menjadi orang-orang kaya yang sombong merasa diri lebih bagus.
Serta jadilah orang-orang yang bersederhana atau orang-orang miskin, yang hatinya besar. Tetap suka memberi yang termampu dengan penuh syukur dan hanya berharap pandangan Allah terhadapnya. Juga tidak sombong dan menganggap orang kaya itu buruk bila mereka tidak mahu memberi.
Apabila berada dalam kesedihan, kita selalunya gagal melawan rasa ‘down’ yang kita rasai. Duduk termenung meratap nasib diri. Tertanya-tanya mengapa nasin jadi begitu, jadi begini.
Sabar dan terus sabar, itulah nasih yang sering diberikan oleh orang-orang terdekat. Ya! Bercakap memang mudah. Bagi yang melalui kesedihan itu, tidak mudah untuk ‘melawannya.’
Ustazah Norhafizah Musa, dalam ceramahnya ada mengajarkan satu ayat dan zikir yang mampu membantu buang hati yang pedih dengan takdir yang dihadapi. Seperti kata ustazah lagi, takdir tak pedih kita rasa pedih sebab hati kita kotor.
Apabila Allah datangkan sesuatu ujian, kita rasa pedih hati dan merungut. Berkeluh kesah itu tanda hati kita kotor!
Jadi, mari sama-sama kita amalkan ayat dan zikir yang diajarkan oleh ustazah Norhafizah Musa untuk buang pedih dalam hati atas takdir yang menimpa.
Inilah ayat dan zikir yang boleh dibaca dan amalkan selalu jika hati rasa risau dan pedih dengan takdir yang menimpa. Maksudnya, kita serah balik pada kebijaksanaan Allah dalam mengaturkan hidup kita. Yakinlah! Allah Maha Mengetahui.
Maksudnya: “…Sesungguhnya Tuhanku lemah-lembut tadbirNya bagi apa yang dikehendakiNya; sesungguhnya Dia lah yang Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” Surah Yusuf : 100
Lagi satu, jika rasa nak marah sangat pada anak-anak yang nakal dan selalu buat hal, jangan sebut yang bukan-bukan, sebaliknya bacalah ayat al Quran seperti di bawah:
Maksudnya: “InsyaAllah engkau akan mendapatiku termasuk orang yang sabar.”
Alhamdulillah. Terima kasih pada ceramah ustazah Norhafizah Musa yang menyebarkan ilmu yang amat bermanfaat ini. Semoga ibu bapa yang membaca perkongsian ini akan mendapat kebaikan yang banyak. Insyaa Allah. Wallahua’lam.
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!