Jika kita lihat masyarakat kita hari ini kalau boleh semua perkara mahu dikongsikan di media sosial. Pendek kata apa sahaja yang diperolehi tidak kiralah naik pangkat, dapat bonus, dapat hadiah barang kemas besar daripada suami, pindah rumah mewah dan sebagainya semuanya dikongsikan di platform media sosial.
Kesenangan dan kegembiraan dunia hanya bersifat sementara, malah penuh dengan tipu daya. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud: “Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahan dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya.” (Surah Ali ‘Imran, ayat 185)
BUKAN SEMUA NIKMAT DITAYANGKAN
1. Dialog Nabi Ya’qub dan Nabi Yusuf sangat menarik untuk direnungi. Nabi Ya’qub berpesan kepada anaknya Nabi Yusuf agar jangan menceritakan mimpi beliau kepada abang-abangnya kerana bimbang ia akan disalah erti atau nikmat yang dikurniakan kepadanya akan menimbulkan perasaan dengki dan iri hati.
“Wahai anakku! Janganlah engkau ceritakan mimpimu kepada saudara-saudaramu, kerana aku khuatir mereka akan menjalankan sesuatu rancangan jahat terhadapmu. Sesungguhnya syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia.” (Surah Yusuf: 5)
Ads
2. Ketika menghuraikan ayat ini, Sheikh al-Tantawi menjelaskan bahawa adakalanya nikmat yang dikurniakan kepada kita perlu untuk tidak ditayangkan, apatah lagi diceritakan kepada orang ramai kerana ia berupaya menimbulkan reaksi yang tidak dijangka.
Kata al-Tantawi:
أنه يجوز للإنسان فى بعض الأوقات أن يخفى بعض النعم التى أنعم الله بها عليه ، خشية حسد الحاسدين ، أو عدوان المعتدين
“Sesungguhnya harus bagi seorang insan itu dalam sesetengah keadaan untuk menyembunyikan nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya, kerana bimbang (nikmat tersebut berupaya) menimbulkan hasad dengki atau permusuhan dari orang yang memusuhi.” (Tafsir al-Wasit)
Ads
3. Perhatikan juga lafaz yang digunakan oleh Nabi Ya’qub ini adalah mengenai penyampaian secara verbal, iaitu jangan diceritakan perkara itu kepada orang lain. Apa yang berlaku pada hari ini terkadang bukan sahaja diceritakan malah ditayangkan dalam platform media sosial yang mungkin mengundang respon yang berbeza.
4. Pada hakikatnya tidak salah berkongsikan nikmat yang dikurniakan kepada kita. Namun sekiranya kita bimbang akan reaksi yang negatif, maka sewajarnya kita pertimbangkan semula hasrat tersebut.
Kata al-Imam al-Qurtubi:
Ads
وفيها أيضا ما يدل على جواز ترك إظهار النعمة عند من تخشى غائلته حسدا وكيدا
“Dan daripada ayat ini juga terdapat pengajaran bahawa harus bagi kita untuk meninggalkan (menjauhkan) diri dari menzahirkan nikmat yang dikurniakan kepada kita sekiranya kita bimbang dengan perkara tersebut akan menimbulkan hasad dengki dan tipu daya.” (Tafsir al-Qurtubi)
5. Dan ayat al-Quran ini ditutup dengan peringatan bahawa syaitan adalah musuh manusia yang nyata, yang berperanan meniupkan api kebencian dan dengki dalam jiwa manusia sehingga mereka saling berbalah sekalipun dalam kalangan adik-beradik sendiri. Semoga Allah membimbing kita.
Kemahiran komunikasi pada setiap individu bergantung kepada pengalaman dan kemahiran masing-masing. Sudah tentu, ia berbeza dari satu sama lain dan punyai pelbagai ragam dalam bersosial.
Setiap perkara di dahulukan dengan skil dan tatacara yang tertentu. Ini kerana setiap pertemuan anda haruslah memberikan impak kepada mereka yang anda temui.
Ramai yang leka dengan cara-cara untuk berkomunikasi dengan betul. Ada yang bersahaja dan tidak kisah tentang cara keterampilan mereka apabila berkomunikasi.
Sebagai seorang individu yang inginkan tampak lebih karisma dan bagus, anda perlu ketahui dan fahami skil yang mudah ini. Sudah pasti anda tidak akan menyesal!
1.Eye contact
Jangan malu untuk bertentangan mata dengan sesiapa anda berjumpa. Keyakinan anda terletak pada cara anda perhatikan sekeliling. Jika anda suka tengok kebawah atau keatas hanya kerana untuk mengelakkan pandangan mata bertentangan, anda telah menunjukkan bahawa anda tidak bersedia dan takut ketika itu.
2. Jaga dengan bahasa!
Berkomunikasi bukan sahaja bergantung pada percakapan malah cara anda membalas emel juga patut dititikberatkan. Jangan menggunakan bahasa pasar atau bahasa yang sukar difahami. Belajar untuk menggunakan bahasa rasmi dan juga senang untuk mesej disampai.
3. Terang sesuatu benda dengan mudah
Ada yang suka untuk menerangkan sesuatu dengan berpusing-pusing point mereka. Anda bukan sahaja membuang masa mereka yang mendengar, tetapi anda buang air liur juga!
Pastikan anda tahu apa yang ingin anda sampaikan, biar ia tepat dan kena pada point. Barulah orang senang faham dengan apa yang anda sampaikan.
Komunikasi bukanlah setakat anda yang memberi, anda juga perlu menjadi penerima yang bagus. Ya, mendengar pula apa yang disampaikan dari orang yang sedang bercakap dengan anda. Dari situ anda boleh belajar untuk hormati dan fahami point mereka.
Sumber: Hellodoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jenama hijab yan tidak perlu diperkenalkan lagi, Naelofar Hijab yang diterajui oleh selebriti terkenal Neelofa. 1 Oktober pelancaran butik berkonsep terbaharu Naelofar Hijab di One Utama Malaysia.
Tahun yang agak sukar meneruskan perniagaan, namun jenama ini terus kukuh membuka butik berkonsep terbaharu. Aqif adik kepada selebriti ini dan selaku Pengarah Urusan Naelofar Hijab adalah individu yang bertanggungjawab dalam penjenamaan Naelofar yang menyuntik hala tuju baru yang lebih moden dan segar.
Strategi Berbeza Ketika Pendemik Covid 19
Ketika rakyat Malaysia menghadapi pendemik covid 19, jenama Naelofar mengembangkan sayapnya bukan sahaja mengeluarkan pelbagai koleksi hijab malahan mengeluarkan pakaian sedia pakai RTW atas penjenamaan ini.
Mengimbau Kembali penubuhan syarikat ini, Neelofa sendiri akui, sebuah syarikat yang diterajui ahli keluarga pada asalnya hanya mempunyai kakitangan seramai 3 orang dan hanya berlokasi di rumah teres kini mempunyai 50 kakitangan dan 4 butik.
Pembukaan butik berkonsep terbaharu Naelofar bersempena ulangtahun ke 6, memberi pengalaman berbeza yang mengutamakan pelanggan. Rekaan butik dari segi warna dan perletakan memberi daya tarikan dan sudah pasti selesa untuk membeli-belah. Harapan Aqif pada pembukaan rasmi bukti, jenama Naelofar menjadi jenama terbaik untuk ‘modest fashion’ khas untuk hijabi.
‘Lalia’ Koleksi Sempena Ulangtahun ke 6
Alami keunikan pengalaman baharu yang menakjubkan dengan koleksi ini melalui 5 pacaindera. Hijabista sendiri mengalami pengalaman yang indah memasuki butik yang menenangkan ini.
Mendengar perkhabaran berkembangnya peniagaan di mana sebuah jenama yang sentiasa meletakkan sasaran untuk hijabi moden yang tiada limit untuk terus berfesyen. Merasakan satu pengalaman yang indah, anda akan terus teruja memasuki butik ini dengan haruman yang menyegarkan dan warna-warna kelembutan. Bahkan perasaan itu akan tetap kekal apabila anda membelek koleksi terbaharu ‘Lalia’.
Ayu Selebriti Mengayakan Koleksi Terbaharu
‘Lalia’ yang direka khas mempunyai 4 warna berbeza iaitu LALIA – medium dark red magenta, LALIA – light cream, LALIA – pale powder blue dan LALIA – darkest navy blue yang digayakan sendiri oleh Neelofa pada majlis perasmian butik terbaharu di One Utama dengan harga hanya RM99. Keindahan bunga tulip yang menghiasi rekaan ini menurut kumpulan kreatif Nealofar sendiri, ia mengambarkan kelembutan dan kecantikan pengasas jenama ini iaitu Neelofa sendiri.
Ternyata apabila beberapa selebriti mengayakan koleksi terbaharu ini menampakkan keayuan seorang hijabi moden.
Tren kolabrasi bersama salah seorang pereka terkenal di tanah air adalah dalam perancangan jenama ini di tahun hadapan. Menerima pelbagai tawaran, selebriti ini masih meletakkan status ini masih di peringkat perbincangan.
Sering mengayakan pakaian dan aksesori berjenama antarabagsa, Neelofa juga mempunyai impian untuk berkolabrasi dengan jenama-jenama tersebut sekiranya berpeluang. Naelofar telah terjual sebanyak 10 juta helai termasuk tudung, inner dan sejadah beberapa tahun yang lepas adalah bukti satu jenama yang kukuh dan insyallah terus kekal di pasaran.
Pembukaan butik berkonsep yang pertama ini, Aqif mensasarkan Naelofar terus ke peringkat global di masa akan datang dengan merancang membuka beberapa lagi butik berkonsep di tanah air mahupun di luar negara. Strategi meletakkan butik Naelofar bergantung pada permintaan dan di mana tumpuan ramai pengguna jenama ini.
Tidak kiralah sudah berapa lama kita berumah tangga, pasti ada sedikit pertelingkahan dalam perkahwinan yang dibina. Bergaduh itu tak salah, Cuma janganlah dipanjangkan.
Jadilah seorang isteri yang baik, solehah dan sentiasa menurut kata-kata suaminya. Jika masih tidak tahu bagaimana caranya, ikuti perkongsian 48 himpunan nasihat yang diberikan oleh pakar motivasi, Dato’ Dr Haji Fadzilah Kamsah. Insya-Allah rumah tangga dibina kekal ’till’ ke jannah.
Dalam hal ini, seorang isteri itu patut mengalah jika berlaku salah faham antara keduanya. Tidak ada gunanya terus terusan bermasam muka kerana isteri perlu tahu syurga itu terletak pada tangan suaminya. Jom semak pesanan Dr Fadzilah Kamsah yang senang dan muda untuk diikuti. Cuma no 23 tu kalau tak reti boleh belajar.
Tip Khusus Buat Isteri.
1. Apabila berbual bercakap atau berbincang, gunakan hubungan mata, gerak hati, pegang tangan erat-erat, duduk rapat-rapat, baring bersama dan bernafas serentak, ajak atau biarkan pasangan anda berbaring di atas ribaan.
2. Cuba masak yang paling sedap untuk suami setiap masa. Usah paksa suami komen apabila dia hanya berdiam diri.
3. Teman pasangan apabila melakukan kerja bersendirian pada waktu malam.
4. Letakkan barang-barang keperluan suami di tempat lazim agar mudah dia mendapatkannya.
5. Tolong bawa barang walaupun suami kita mampu membawa semua.
6. Bacakan berita yang menarik perhatian pasangan atau buat keratan berita yang disukainya daripada akhbar atau majalah.
7. Mengemas tempat tidur umpama baru kahwin.
8. Ceritakan karenah anak yang membuatkan anda gembira atau geli hati kepada pasangan.
9. Usah dera pasangan secara fizikal atau batin.
10. Tunjukkan minat mengenai perkara yang dilakukan pasangan, kerja yang dibuat dan orang yang ditemui.
11. Apabila pasangan kurang sihat, beri perhatian sewajarnya. Manjakan pasangan seperti kita memanjakan anak.
12. Beri tindak balas positif apabila mendengar pasangan bercerita.
13. Masuk tidur bersama-sama dengan pasangan. Jika kita ingin tidur dahulu, minta kebenaran daripada pasangan.
14. Salam/peluk/cium dan belai pasangan sebelum bertugas.
15. Cuba ketawa apabila pasangan buat lawak atau bercerita sesuatu yang melucukan.
16. Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat pasangan.
17. Cari masa untuk berdua-duaan sekali sekala.
18. Berkelah bersama pasangan.
19. Doakan pasangan supaya bahagia di dunia dan akhirat (tanpa pengetahuannya).
20. Pelawa pasangan berjalan-jalan tanpa anak.
21. Cuba berikan apa-apa yang pasangan hajati.
22. Nyatakan yang ada merinduinya bila berjauhan.
23. Sesekali buat kuih kegemaran suami.
24. Beribadah atau menyertai kegiatan di gimnasium bersama-sama.
25. Usah menghukum pasangan jika dia mengecewakan anda tanpa sengaja.
26. Maafkan pasangan jika dia terlupa buat sesuatu untuk anda.
27. Minta maaf dengan segera jika melukakan hati hatinya.
28. Cuba fahami pasangan jika dia membangkang atau enggang membantu.
29. Apabila suami minta maaf, terima dengan kasih sayang. Usah jual mahal sangat. Ingat, kebanyakan suami berasa sukar untuk meminta maaf daripada isteri.
30. Pamerkan keseronokan apabila berhubungan intim.
31. Tunjukkan simpati dan bantu pasangan mencari barang yang hilang atau tersalah letak.
32. Nyatakan dengan hikmah kepada suami jika anda tidak menggemari pilihannya seperti pakaian, tempat makan, lauk-pauk dan destinasi percutian.
33. Berkongsi perasaan negatif dengan pasangan secara terbuka tanpa menyalahkannya.
34. Jangan gesa suami melakukan sesuatu yang sememangnya ingin dilakukan kerana ini boleh menyebabkan suami tawar hati.
35. Elak memberi penjelasan dengan panjang lebar. Suami sering melenting apabila isteri “bersyarah” panjang lebar kerana ini menunjukkan seolah-olah isteri tidak percaya pada suami.
36. Elak menjadikan suami berasa tidak mampu, tidak layak dan tidak berkebolehan.
37. Ramai suami seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri. Justeru, isteri perlu sanggup berbual dan bercerita tanpa banyak tindak balas daripada suami.
38. Jangan cabar pasangan.
39. Apabila berselisih faham atau bertengkar, fokus pasa masalah yang sedang dibahaskan dan usah ungkit perkara lalu.
40. Beri dan perbaharui kepercayaan kepada pasangan sepenuhnya setiap masa. Jangan suka mengenang rekod lama dan usah melabel pasangan berdasarkan rekod itu.
41. Jangan ingkar mengenai perkara yang telah pun dipersetujui. Pasangan akan berkecil hati jika anda menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak seperti dipersetujui bersama.
42.Isteri mempunyai kelebihan dalam memahami suami. Justeru, jadilah si Kembang Cina. Fahami hakikat bahawa kebanyakan suami mengalami kesukaran memahami isteri.
43. Ramai suami berasa janggal dan malu menyatakan sayang pada isteri. Justeri isteri perlu membaca perlakuan suami yang menunjukkan kasih sayangnya. Usah paksa suami meluahkan perasaan. Sesungguhnya, “action speaks louder than words”.
44. Cemburu tanda sayang tetapi jangan keterlaluan kerana boleh menyebabkan pasangan anda menjadi rimas dan serba salah.
45. Untuk merangsang suami pamerkan kasih sayang dan puji selalu.
46. Elak menasihati suami jika tidak diminta. Isteri meminta nasihat untuk bermanja tetapi bagi suami itu satu kelemahan.
47. Apabila pasangan berkata atau berbuat sesuatu yang menyakiti hati, adalah lebih baik untuk mencari kepastian daripadanya. Usah membuat tanggapan sendiri yang mungkin tersilap.
48. Selepas berusah bersungguh-sungguh, berdoa dan bertawakal kepada ALLAH SWT semoga hidup kita bahagia di dunia dah akhirat.
Kini kita dapat melihat ramai golongan selebriti khususnya yang berhijab bergelar usahawan. Malah, mereka ini berjaya mengorak langkah dalam bidang perniagaan.Nycta Gina antara salah...