Sebuah penghijrahan itu pastinya memerlukan sebuah hati yang kuat serta bermula dari niat yang ikhlas. Baru-baru ini, Datuk Fizz Fairuz berkongsi sebuah klip video pendek isterinya yang juga seorang pelakon, Almy Nadia berimej baru dengan memakai hijab.

“Tiada Kapsyen, Hanya Sedih, Terima Kasih Allah..”- Fizz Fairuz Titip Rasa Syukur Almy Nadia Berhijab!

Perkongsian di laman Instagramnya itu disertakan dengan sebuah kapsyen ringkas namun bermakna, menzahirkan rasa syukurnya apabila isterinya mula berjinak-jinak menyarungkan hijab. Ternyata, ia merupakan salah satu doa yang dimakbulkan oleh Allah SWT yang membuatkan dirinya berasa sebak.

No caption..just sad..tq Allah.

Pelakon Almy Nadia yang pernah popular dengan drama Dunia Baru ini kelihatan ayu dan molek dalam video berkenaan. Video tersebut juga menunjukkan bahawa Fizz Fairuz sekeluarga berlibur di taman tema, Legoland, Johor Bharu. 

“Tiada Kapsyen, Hanya Sedih, Terima Kasih Allah..”- Fizz Fairuz Titip Rasa Syukur Almy Nadia Berhijab!

Bukan sahaja Fizz Fairuz, malah warganet juga turut berkongsi rasa teruja dan gembira apabila melihat imej baru Almy Nadia yang dikongsikan oleh suaminya itu di laman media sosial. Rata-rata pengguna media sosial memuji wajah Almy yang kelihatan comel dan berdoa agar Amly terus istiqomah dengan penampilan yang terbarunya itu.

“Comeiii..macam permaisuri agong pula…,” komen Luvajin77.

“Alhamdulillah..cantik Datin pakai tudung..Moga terus istiqomah,” komen Umie_leyla.

“Alhamdulillah..muka datin iras-iras Tuanku Permaisuri Agong..MasyaAllah..,” komen Aidil_Puteri_ Syantik.

“Tiada Kapsyen, Hanya Sedih, Terima Kasih Allah..”- Fizz Fairuz Titip Rasa Syukur Almy Nadia Berhijab!

Di samping itu juga, ada yang turut memuji Fizz Fairuz kerana berjaya menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan begitu cemerlang sehingga isterinya itu sudah mula menyarungkan hijab.

“MasyaAllah, suami yang berjaya menjaga isteri dengan sempurna, yang sabar, yang ikhlas menyayangi, Berkat kesabaran Allah kurniakan hidayah paling indah. Cantik sangat. Love,” komen Cikanna25.

Sekadar info, Fizz Fairuz dan Almy Nadia mendirikan rumah tangga pada 26 April 2014 di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang. Pasangan sejoli ini dikurniakan empat orang puteri hasil dari perkahwinan tersebut.

Sumber gambar: Instagram Fizz Fairuz

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI