Tersentuh apabila membaca luahan kata-kata Fasha buat ibu tersayang dalam satu hantarannya di Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Pelakon jelita ini menitipkan ucapan penuh bermakna sempena ulang tahun kelahiran ibunya pada 16 Mei 2025. Kebetulan pula berkongsi tarikh dengan sambutan Hari Guru. Bertuah ibu Fasha!

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh
Kredit Foto: Instagram ashasandha

Dalam kapsyennya itu, selain menitipkan ucapan hari lahir Fasha atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan turut berseloroh tentang kecantikannya dan adik beradik diwarisi daripada ibu mereka.

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

“Dearest Mama, ibu ku, ratu hatiku….

“Inilah ibu saya, jika ramai tanya, kenapa kami comel. Kami dapat comel ini daripada kecomelan ibu kami.

“Hari ini, 16 May, hari guru, juga hari lahir ratu kami….”

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

Berbeza Pendapat

Tulis Fasha lagi, walau mereka berbeza generasi dan sering berbeza pendapat namun hubungan antara ibu dan anak kekal utuh.

Sesungguhnya, besar pengorbanan seorang ibu yang mengandung, melahirkan dan membesarkan anak-anak sehingga berjaya.

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

“Dearest Mama, walau ada kalanya kami tidak sependapat, biasalah, Mama gen lain, kita semua kan gen Z. Mama gen lain jadi pemikiran kita selalu tak sama, …

“Adakalanya merajuk, tapi…. Ini ibu yang mengandungkan kita, yang membesarkan kita, jadi hati ini auto cepat sejuk bila dengan wanita bernama ibu (Semoga anak2 ibu juga sama macam ibu kelak…. )”

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

BACA JUGA: “Kecilnya Fasha! Nampak Muda Habis” Tampil Manis Bertudung & Berbaju Kurung Penampilan FASHA SANDHA Dipuji Cantik

Bagi selebriti berusia 41 tahun ini, posisi seorang ibu selamanya akan di atas walau apa pun perubahan yang berlaku.

“Sifat seorang ibu, semakin berusia semakin jadi budak2 balik, cepat touching, cepat merajuk, cepat membebel, itu lumrah seluruh dunia, tapi kerana doa2 ibu yang membuatkan rezeki kita mengalir tanpa henti, jadi kita tetap kena letakkan ibu kita di atas….”

Berterima Kasih Kepada Mama

Isteri kepada pelakon kacak Aidl Aziz ini turut menitipkan ucapan terima kasih buat ibu tercinta yang telah banyak berkorban tanpa soso seorang bapa sehinggalah menjadi siapa diriya sekarang.

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

“To Mama, the one who raised me up, without a father, i love you Mama. Terima kasih kerana membesarkan kami,dan manjadikan saya siapa diri Sha sekarang.

“Tanpa doa Mama, Sha tak akan berjaya. Semoga Mama diberikan kesihatan yang baik dan bahagia selalu.

“We love you Mama.

“Jom followers kesayangan ku mintak doakan Mama saya diberikan kesihatan yang baik.

“Jenuh kumpul gambar lama… memori. We love you mama HAPPY BIRTHDAY see you soon Insyaallah.”

Untuk info, Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019. Hasil daripada perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat comel iaitu Aisha Amaira yang kini berusia lima tahun.

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

‘Throwback’ Gambar Lama Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ibu, Luahan Hati FASHA Buat Ramai Tersentuh

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9.