Insiden yang menimpa bintang Selangor FC dan skuad Harimau Malaya, Faisal Halim yang disimbah asid di sebuah pusat beli belah baru-baru ini benar-benar menggemparkan khususnya industri bola sepak negara.
Faisal Halim, bintang Selangor FC dan skuad Harimau Malaya. Kredit Foto: faisalhalim.7
Ia turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan Malaysia, YB Fadhlina Sidek yang menitipkan doa dan kata-kata semangat buat Faisal Halim.
YB Fadhlina Sidek memuat naik satu hantaran di Instagram peribadinya pada semalam.
Hantaran itu memaparkan foto berdua beliau bersama Faisal Halim ketika kunjungan beliau ke Akademi Bola Sepak DNA Faisal Halim di Mengkuang Titi pada Januari 2022.
Selain itu, YB Fadhlina Sidek turut menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan ke atas Faisal Halim.
“Kejadian yang menimpa beliau ini merupakan suatu tindakan tidak berperikemanusiaan dan berniat jahat serta menuntut tindakan tegas secara perundangan.”
Menurut YB Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal ini, beliau bersama rakan-rakan sentiasa mendoakan agar Faisal Halim diberikan kemudahan dalam setiap urusan serta dikurniakan kesembuhan agar dapat kembali berbakti kepada negara.
Dalam hantaran yang sama, YB Fadhlina memaklumkan beliau turut menerima khabar daripada sahabatnya yang juga Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh bahawa Faisal Halim bakal menerima rawatan terbaik dan sokongan sepanjang proses pemulihan di Institut Sukan Negara.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh. Kredit Foto: hannahyeoh
Bagi YB Fadhlina Sidek, anak kelahiran Mengkuang Titi, Pulau Pinang itu sentiasa menjadi contoh dan kebanggaan anak-anak muda khususnya di Seberang Perai dan Pulau Pinang.
Ads
“Sama-sama kita doakan saudara Faisal Halim (a.k.a ‘Mickey’) agar terus kuat dan kembali sihat untuk meneruskan bakti kepada negara.”
Beliau turut mengajak orang ramai untuk sama-sama mendoakan rakan seperjuangan Faisal Halim iaitu Akhyar Rashid yang cedera akibat dipukul semasa disamun baru-baru ini.
“Doa kami buat para wira negara! Faisal dan Akhyar tetap kuat dan akan bangkit semula!”
Untuk info, (menurut sumber) pada petang kejadian Faisal Halim bersama isteri dan anak dikatakan sedang menuju ke kereta yang diparkir di pusat beli-belah sekitar Kota Damansara sebelum didatangi dua lelaki bermotosikal.
Faisal Halim bersama isteri dan anak. Kredit Foto: faisalhalim.7
Mereka menghampiri Faisal Halim dan salah seorang menyimbah asid ke arah Faisal. Akibat daripada insiden tersebut, pemain bola sepak berusia 26 tahun ini melecur teruk di badan.
Terkini, Faisal Halim disahkan melecur tahap 4 dan menjalani pembedahan kedua di salah sebuah hospital di Shah Alam.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular mengenai kisah pempengaruh terkenal, Syahmi Sazli bersama isterinya Annisa Faizul yang meniaga air balang di hadapan pejabat baharunya di Kubang Kerian, Kelantan.
Menariknya, jumlah keuntungan yang dicatatkan bukan biasa-biasa. Menurut ‘YouTuber’ tersebut, mereka telah berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM60 ribu lebih. Wow!
Biarpun ramai yang menganggap air jualannya laris dek kerana dirinya yang popular, namun bagi Syahmi ia tidaklah semudah yang disangka.
Menjawab persoalan ramai, Syahmi telah berkongsikan caranya kepada semua bagaimana dia dan isteri berjaya meraih keuntungan tersebut di halaman Facebook miliknya.
Alhamdulillah, selama 3 minggu dlm bulan puasa lalu pulangan bersih untuk jualan air balang Mi mencecah RM60,000 lebih.
Mi taknak cerita mcm mana resepi air yg Mi jual tu. Yg tu boleh tengok live yg Mi duk buat air tu. Posting ni Mi nak jawab beberapa persoalan/isu yg tercetus.
Jual santan tak jadi, jual foundation pun tak jadi
1) “Takpelah Syahmi dah ada nama, senang lah nak jual apa-apa. Jual air kosong pun ada orang beli”
– Mi rasa tak juga.. Sebelum ni Mi pernah 2 kali jual baju, rugi.. Jual santan pun tak jadi, rugi juga. Pernah bersama dgn isteri Mi jual foundation, pun tak jadi.
Dapat gajikan 23 pekerja di kampung hasil perniagaannya
2) “Kesian dekat peniaga lain, orang tak pergi beli. Orang pergi beli kedai Syahmi”
– Kalau mcm tu, Shopee pun Mi kena tutup jgk sbb alasan tu. Youtube pun Mi dh tak boleh buat sbb “kesian dekat Youtuber baru, takde org nak tgk”. Dan kalau Mi tutup kedai Mi sebab alasan di atas, siapa pula yg nak kesiankan pekerja Mi dah takde kerja dan gaji? Alhamdulillah, Mi dapat bagi kerja dan gaji kepada 23 orang pekerja air balang Mi bulan puasa lalu. Diorang terdiri dari anak beranak Mi dan orang kampung Mi..
– Pertama sekali, Mi tidaklah sebaik apa yg orang sangkakan.. Takde beza dengan pemuda di luar sana malah mungkin mereka jauh lebih baik.. Tapi boleh lah Mi nak bagi tips sikit apa yg Mi tahu.
– Kemungkinan rezeki tersekat disebabkan dosa-dosa kita. Jadi, cari cara mcm mana nak hapuskan dosa. Pertama, selalu amalkan istighfar. Antara kelebihan istighfar
“Mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, Sungguh, Dia Maha Pengampun, niscaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat dari langit kepadamu, dan Dia memperbanyak harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kebun-kebun untukmu dan mengadakan sungai-sungai untukmu.” (Surah Nuh 10-12)
“Barang siapa yang memperbanyakkan istighfar, nescaya Allah akan memberikan jalan keluar bagi setiap kesedihannya, kelapangan untuk setiap kesempitannya dan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (Sahih, Riwayat Ahmad)
“Sesiapa yang di akhir setiap solat bertasbih (subhanallah) kepada Allah 33 kali, bertahmid (alhamdulillah) kepada Allah 33 kali, dan bertakbir (allahuakbar) kepada Allah 33 kali yang mana jumlah seluruhnya menjadi 99 kali, dan dia menambahnya menjadi 100 dengan mengucapkan:
(Laa ilaaha illallah wahdahu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli sya’in qadir)
“Maka diampunilah kesalahan-kesalahannya walaupun seperti buih-buih di lautan.” (Shahih Muslim, no. 597)
ii. Zikir 2
“Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)
– Selain tu perbanyakkan doa. Cari waktu mustajab doa antaranya adalah ketika sujud. Tidak hanya sujud terakhir saja. Setiap sujud mana2 boleh.
“Tempat yang paling dekat bagi seorang hamba kepada Rabb-nya adalah sewaktu ia dalam keadaan bersujud. Karena itu perbanyaklah kalian berdo’a” (H.R Muslim dan Abu Daud).
Satu lagi, gerai air Mi dah buka terus ye sekarang.. Jumaat je cuti. Start pkul 1 tghari sampai habis barang.. Boleh waze: Syahmi Sazli Production Office Baru
Sungguh bermanfaat sekali perkongsian daripada Syahmi ini. Tak semestinya bila kita ada nama semua produk yang dijual akan laku. Tanpa usaha, semua ini tidak akan ada hasilnya. Dan yang paling penting, berdoalah kepada Tuhan selalu kerana Dialah yang Maha Memberi.
Nama aktor kacak Meerqeen semakin melonjak naik dan menjadi buah mulut ramai, setelah membawa watak utama dengan baik dalam drama berjudul ‘Melur Untuk Firdaus’.
Meskipun masih hijau dalam industri seni tanah air, namun Meerqee tidak menjadikan itu sebagai alasan untuk tidak menyerlah dan mengecapi kejayaan demi kejayaan untuk memantapkan lagi perjalanan karier seni milikya.
Baru Berusia 22 Tahun, Meerqeen Buktikan Diri Tempa Pelbagai Kejayaan!
Malah, di usia muda Meerqeen telah membuka mata ramai pihak dengan pelbagai pencapaian yang telah dicapai menggunakan bakat yang dimilikinya. Hingga membuatkan ramai dikalangan peminatnya yang mengagumi semangat dan usaha tekad Meerqeen untuk berjaya.
Begitu juga dengan pencapaian terbaharu Meerqeen yang menjadi sorotan wargamaya apabila berjaya membeli sebuah kereta dengan hasil titik peluhnya sendiri.
Berita gembira berkenaan dikongsikan oleh suami kepada pelakon jelita, Anzalna iaitu Hanif Zaki yang memuatnaik hantaran di laman Tik Tok miliknya, memaparkan foto dia sedang melakukan urusan jual beli kenderaan bersama Meerqeen.
“Gembira melakukan business dengan Meerqeen. Sopan dan pandai hormat orang,” tulis Hanif ringkas pada ruangan kapsyen hantaran berkenaan.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati kebanyakkan wargamaya teruja dan gembira terhadap pencapaian yang ditempa Meerqeen atau dikenali sebagai Meme.
Terdapat juga di dikalangan warganet meluahkan rasa bangga serta mendoakan agar rezeki pelakon kesayangan mereka ini terus berkembang kehadapan.
Justeru, Hijabi juga boleh menjadikan kegigihan, tekad dan keazaman Merqeen untuk sentiasa maju kehadapan sebagai role-model dan juga sumber inspirasi agar kita mampu mengecapi kejayaaam kehidupan!
“Be an inspiration, not an imitation” begitulah ungkapan inspirasi dari hijab influencer dan pereka fesyen busana Muslimah terkenal dari Indonesia, Dian Pelangi.
Satu nama yang suatu ketika dulu pernah mencetuskan fenomenanya dalam indusrti fesyen Muslimah bertaraf dunia.
Wanita jelita ini bukan saja menjadi inspirasi Muslimah seluruh dunia bahkan berjaya membuktikan busana Muslimah tetap terserlah cantik dan trendy walaupun menutup aurat.
Perjalanan kariernya menjadi lancar berkat doa dan restu ibu bapa. Berani ‘mengasah’ kreativiti dan yang paling penting berani menjadi lain daripada yang lain, itulah Dian Pelangi.
Dian Pelangi juga aktif dalam aktiviti sosial. Dia menubuhkan komuniti Muslimah muda iaitu Hijaber Community yang aktif berkongsi tip untuk belajar agama Islam serta cara berhijab.
Dian Pelangi kini bahagia dalam perkahwinan keduanya bersama suami tercinta, Sandy Nasution. Mereka bernikah pada tahun 2019 dan dikurniakan seorang puteri yang sangat comel bernama Rumi.
Kesimpulannya, wanita inspirasi seperti Dian Pelangi ini mempunyai kisah perjuangannya yang tersendiri sebelum temui kejayaan. Kisah yang memberi inspirasi yang positif kepada semua khususnya wanita.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Clean outfit menjadi trend sepanjang zaman yang memberikan kekemasan, keanggunan, dan kesederhanaan. Gaya pakaian ringkas namun stylish ini semakin popular terutama di kalangan selebriti.yang...