Mira Filza, antara artis muda yang kini semakin mendapat perhatian daripada pengarah kerana bakat lakonan yang cemerlang.

Antara lakonannya yang paling diingati ialah drama bersiri Eksperimen Cinta dan Cinta Si Wedding Planner.

Sebelum itu, beliau adalah model sambilan dan  muncul dalam drama televisyen pertamanya Dunia Lola di mana beliau memegang watak utama sebagai Lola, sebuah program Hijabista yang berkolaborasi bersama Syampu Sunsilk.

Kemudian Mira senyap seketika dalam bidang seni kerana menumpukan perhatian dalam pelajaran. Dia kembali semula setelah selesai pengajian di UTIM dalam jurusan Perniagaan Antarabangsa.

Mira Filzah, 24 tahun, bukan sahaja beruntung dikurniakan bakat lakonan, tetapi juga memiliki personaliti berhijab dan rupa paras yang cantik. Senyuman manis yang tak lekang dibibirkan membuatkan ramai jatuh hati padanya.

Mira Filzah juga tercalon dan memenangi Anugerah Meletop Era 2016 sebagai Artis Baru MeleTOP dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 (ABPBH) sebagai Artis Baru Wanita Popular.

Jika tiada aral, Mira juga bakal bergelar model di pentas antarabangsa sempena Minggu Fesyen New York.

Dia akan menyertai New York Modest Couture Fashion Week pada 8 hingga 10 September depan di Amerika Syarikat.

Jika dilihat, Mira antara artis muda yang bijak bergaya dan apa jua Out Fit Of The Day (OOTD) yang digayakan menjadi ikutan pengikutnya.

IKLAN

Mempunyai follower 2.2M di laman instagram, jadi tidak hairanlah setiap kali Mira muat turun gambarnya akan mendapat ‘liker’ cukup tinggi. Malah setiap OOTD yang ditampilkan tidak kiralah untuk majlis rasmi atau aktiviti sosial menyerlahkan sisi gadis yang riang, aktif dan ceria.

Admin nak kongsi antara 15 OOTD yang sering mendapat ‘liker’ tertinggi di laman IGnya. Tidak perlu gaya hijab keterlaluan, hanya dililit ringkas memang sedap mata memandang.

1. #62K

2. #58K

3. #72.8K

4. #53.3K

5. #65K

6. #47K

7. #51.8

8. #46K

9. #81.5K

10. #60.3K

11. #53K

12. #73K

13. #63.9K

14. #72.5K

15. #51.4K

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH