Walaupun pelakon serta pengacara popular ini sedang mengerjakan ibadah haji di Mekah, namun beliau juga turut tidak terlepas dari mengikuti perkembangan semasa yang berlaku di tanah air. Seperti yang kita maklum, rakan penerbitan syarikat kumpulan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dikatakan akah ditutup operasi.
Sebelum itu dikatakan kakitangan kumpulan Utusan hidup dalam kesusahan apabila tidak dibayar gaji untuk tempoh tertentu sehingga terpaksa meminta bantuan kewangan untuk meneruskan kehidupan.
Terkesan dengan situasi itu, Neelofa dalam tulisannya di twitter menzahirkan simpatinya dengan kumpulan akhbar yang sudah 80 tahun penubuhannya.
Menurutnya Utusan banyak membantu karier di awal pembabitan dalam bidang seni. Dan sebagai membalas jasa yang diberikan Neelofa menyeru kepada sesiapa dari bahagian Sumber Manusia atau mana-mana syarikat lain yang memerlukan pekerja supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada yang terbabit.
Ads
Tambah Neelofa yang sudah dua kali mengerjakan ibadah haji ini dengan kerjasama yang diberikan akan dapat membantu mereka mencari pekerjaan yang sesuai secepat mungkin.
Ads
Ternyata niat murni Ratu Trend ini mendapat pujian daripada netizen. Masing-masing memuji dan tidak kurang memberi maklum balas dengan memberitahu syarikat yang sedang mencari pekerja.
Jika kamu perhatikan rangkaian produk pencuci muka yang dijual di mana-mana gedung pasaraya, pastinya ia mengandungi Salicylic Acid.
Orang-orang di sekeliling juga ramai yang mengatakan bahawa Salicylic Acid ini benar-benar bagus untuk merawat jerawat. Tetapi, apakah sebenarnya Salicylic Acid?
Salicylic acid ialah salah satu jenis BHA yang paling banyak disarankan oleh pakar dermatologi untuk mengatasi jerawat. Hal ini disebabkan kerana salicylic acid mengandung ukuran molekul yang lebih besar sehinggakan kamu akan terasa lembut semasa mencuci wajah tanpa menimbulkan iritasi.
2. Salicylic acid terbukti dapat membersihkan pori-pori kotor yang menjadi punca jerawat
Ada tiga faktor utama penyebab timbulnya jerawat, iaitu minyak yang berlebihan, reaksi dari bakteria dan lubang pori-pori tersumbat. Oleh itu, Salicylic Acid boleh merawat masalah ini.
Salicylic acid membantu untuk membersihkan pori-pori yang tersumbat yang menyebabkan jerawat. Oleh disebabkan itu, salicylic acid ini juga dipercaya dapat mengatasi masalah blackhead dan whitehead serta memantu untuk membaikpulih sel kulit.
3. Salicylic acid sebagai exfoliator yang lembut
Salicylic acid juga dikategorikan dalam jenis keratolytic medication, yang sesuai dijadikana sebagai exfoliator. Keratolytic medication ini akan membuat kulit lebih lembut dan mengangkat sel kulit mati. Kesannya, kulit kamu akan menjadi lebih bersih, lembut dan kurang berjerawat!
Selain itu, salicylic acid juga berfungsi untuk mengurangkan produksi minyak berlebihan pada wajah yang sering menjadi penyebab tersumbatnya lubang pori-pori.
4. Membersih secara mendalam
Salah satu fungsi salicylic acid ialah menghancurkan desmosomes, iaitu sejenis bahagian yang melekat antara jaringan sel di lapisan luar kulit. Hal ini akan mendorong proses eksfoliasi kulit dan membuka pori-pori yang akhirnya akan menyebabkan timbulnya masalah jerawat.
Bukan itu sahaja, malah salicylic acid dapat mengurangkan produksi minyak dan sebum di wajah. Ini dapat mengurangkan kadar peratusan jerawat di wajah. Salicylic Acid ini juga bersifat anti-inflamasi yang akan membantu untuk melawan jerawat dan kemerahan di wajah.
5. Namun, ada tapinya….
Salicylic acid tidak sesuai dipakai untuk kulit yang kering kerana disebabkan fungsinya untuk mengurangkan minyak, maka ia akan menyebabkan kulit si pemakai akan menjadi lebih kering jika si dia mempunyai masalah kulit kering ataupun sensitif.
Seperkara lagi, pastikan kamu tidak memakai produk yang mengandungi salicylic acid ini lebih dari satu. Maksudnya, jika cleanser yang digunakan sudah memiliki salicylic acid, elakkan toner yang mengandungi kandungan yang sama kerana ia boleh menyebabkan iritasi pada kulit dan akhirnya menyebabkan masalah jerawat semakin teruk.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Viral di media sosial dengan kisah ‘dehijab’ yang mengundang perdebatan banyak pihak dan netizen. Ramai tidak bersetuju dengan isu wanita yang mulanya berhijab kemudiannya mengambil keputusan untuk membuka tudungnya. Salah seorang hijabi @IzzahAmirah turut berkongsi pengalamannya berkenaan isu ini di laman twitternya.
Sejak muat naik postingnya itu yang mendapat lebih 5 ribu retweet dan butang like pula lebih 2 ribu lebih hingga mengundang kesilapan tafsir satu artikel dalam portal lain (bukan Hijabista).
Bagi menjernihkan keadaan, dia juga telah menghubungi team Hijabista dan memberi penjelasan mengenai perkara berkenaan di laman sosial.
Saya mempunyai keturunan Cina dari sebelah bapa dan mempunyai kulit yang agak cerah dan mata yang sedikit sepet yang sedikit sebanyak dapat menyebabkan orang awam menganggap saya mungkin berbangsa Cina. Saya juga mempunyai ramai rakan-rakan berbangsa Cina.
Saya telah keluar bersama-sama rakan-rakan saya untuk makan tengahari dengan berpakaian seperti biasa (memakai tudung). Memandangkan saya tidak berniat untuk makan, maka mereka bercadang untuk makan tengahari di sebuah restoran Cina. Saya telah meneliti menu-menu yang disediakan di restoran tersebut dan tiada satu pun hidangan yang mengandungi makanan haram.
Rakan-rakan saya bersalah lalu mempelawa saya makan sejamah dua makanan mereka iaitu nasi ayam. Saya kemudiannya meminta daripada pihak restoran satu pinggan (perkara ini adalah pertama kali saya lakukan sepanjang hidup saya). Pihak restoran memberitahu saya bahawa nasi ayam yang dimakan oleh rakan-rakan saya mengandungi sesuatu yang tidak boleh saya makan.
Saya menyedari sesuatu, TUDUNG SAYA IALAH PENYELAMAT SAYA pada hari itu. Sekiranya saya tidak bertudung, kemungkinan besar pihak restoran tidak menegur saya sekiranya saya ingin berkongsi makanan. Saya menyedari bahawa kesilapan buat pertama kali saya ini bukanlah satu perkara yang memalukan tetapi mengajar saya nilai sehelai tudung, sebagai penyelamat, peningkat iman saya, pembeza saya dengan bukan Muslim dan pembantu saya dalam beribadah.
“sekiranya kita boleh mengajak perempuan memakai tudung, kita juga boleh mengajak perempuan membuka tudung”
insya Allah, saya percaya ke mana pun kita pergi, kalau ada iman dan islam di hati, takkan hanyut
Kebelakangan ini, seringkali kita dengar berita yang kurang enak apabila ramai golongan artis atau pempengaruh media sosial di Malaysia yang membuat pusingan ‘u-turn’ dengan alasan sukar untuk istiqamah dalam penghijrahan yang dilakukan mereka.
Sehubungan itu, Hijabista mencerap sudut pandang penyanyi yang mula melakar nama setelah membintangi rancangan realiti nyanyian Akademi Fantasia musim pertama, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana Mahazan berhubung isu istiqamah dan ini penjelasan yang diberikan oleh Nana.
Perkara sama, pernah dibincangkan Nana menerusi sesi Q&A yang dibuat menerusi insta stories miliknya baru-baru ini. Di mana dia membuka ruang untuk berkomunukasi bersama para peminatnya dan mereka bebas bertanyakan apa sahaja dan Nana akan memberikan maklum balas berdasarkan soalan yang diajukan.
Menurut Nana, untuk seseorang itu istiqamah dalam melakukan setiap amal kebaikan bukanlah satu perkara mudah. Namun, ianya satu proses yang perlu selari dengan usaha serta kehendak individu tersebut.
“Istiqamah actually is a process, ianya sudah tentu tidak mudah tetapi ianya harus disertakan dengan usaha.
“Disertakan juga dengan niat kita kena nak, kita kena mahukan, kita kena selalu ingatkan diri kita aku nak istiqamah. Aku kena konsisten buat perubahan dan letakkan usaha,” katanya.
Jelas Nana lagi, Istiqamah sukar untuk dikekalkan sekiranya seseorang individu tidak melakukan sebarang usaha untuk kearah yang lebih baik. Tegasnya lagi, setiap benda baik yang ingin kita lakukan adalah lebih susah dari melakukan tabiat buruk yang sering diamalkan dalam kehidupan.
“Kalau kita tak letak usaha, kita biar je tak buat apa-apa memang susah nak istiqamah. Dan nak jadi positif lebih susah dari nak jadi negatif.
“Sebab benda best dia memerlukan usaha. Dan Inshaallah bila kita letakkan usaha, tawakkal, pasti kita akan mendapatkannya. Yang penting jangan mengalah dan kena teruskan usaha.
“Macam Nana, selalu fikir benda yang seronok-seronok je. Sebab Nana nak benda yang baik-baik sahaja. Sentiasa fikir positif,” ujarnya.
Sekadar info, penyanyi dan pengacara Nana Mahazan mulai tampil berhijab sejak 15 Ogos 2021 yang lalu dan masih konsisten hingga ke hari ini.
Terdahulu, Nana menyifatkan penghijrahannya dan apa yang berlaku sebagai suatu perkara yang menggembirakan. Bagaimanapun, Nana memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai penghijrahannya. Kerana, ia bukan sesuatu yang perlu diraikan, cuma dia akui cukup gembira dengan perubahan dirinya.
Ketahui cara pilih gaya tudung ikut bentuk muka supaya penampilan lebih seimbang, manis dan yakin di Hari Raya. Panduan lengkap kenal 5 bentuk muka wanita.