“Alhamdulillah syukur. Mummy Dah pun masuk 36 tahun..”
Hijabista tertarik dengan dekorasi sambutan tersebut yang bertemakan warna-warna pastel. Sweet sangat!
Ads
Memey turut berterima kasih atas segala ucapan dan doa yang diutuskan kepadanya namun memohon maaf kerana tidak berkesempatan untuk membalas kesemuanya.
“Terima kasih banyak buat semua yang tak putus2 mendoakan & beri ucapan di IG, whatsapp, tiktok & FB. Maaf mummy tak sempat nak balas semua sebab mummy dr mlm smlm live 24 jam dgn team @normey.hq sempena birthday mummy.. ada peluang mummy tido.. lepas tu live lagi haha..Jadi tak fikir sgt pasal birthday..”
Rasa cukup dengan segala nikmat yang ada, Memey turut menitipkan penghargaan buat mereka yang sentiasa ada di sisinya selama ini.
Ads
“Alhamdulillah tahun ni tak payah buat apa2 pun.. cukup dah apa yang mummy ada.. tapi ……. terima kasih kesayangan semua yang selalu ada disisi, selalu ambil berat, selalu ada.”
Tak ketinggalan ucapan buat suami, anak-anak, keluarga serta sahabat tersayang.
“Terima kasih banyak suami, terima kasih rajin buat surprise walaupn selalu pesan tak nak. Terima kasih mak abah adik pun datang surprise. Terima kasih anak, terima kasih sahabat2 baik mummy, terima kasih orang kuat kesayangan mummy, terima kasih @normey.hq & semuanyalah.. semoga segala doa yang baik2 juga berbalik pada tuan empunya doa.”
Ads
Semoga Memey kekal bahagia dan ceria bersama keluarga, serta sukses sebagai usahawan.
Untuk info, selama 13 tahun berkahwin Memey Suhaiza dan Norman Hakim kini bahagia di samping tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan Mikayla Delisha Hakim.
Pasangan ini ligat menguruskan bisnes hijab bersama-sam iaitu yang dikenali sebagai Normey.
Dengan peningkatan usia, terdapat banyak perubahan pada kulit dan rambut. Ya, kulit yang asalnya tegang perlahan-lahan membentuk kedutan. Tetapi ia tidak berhenti di situ, selalunya uban juga muncul.
Rambut uban biasanya muncul apabila seseorang bermula antara umur 30 dan 40 tahun. Namun, berkemungkinan uban ini juga boleh muncul selepas umur 20 tahun.
Tekanan disebabkan oleh beberapa faktor. Daripada tekanan terdapat perubahan yang memberi kesan yang ketara kepada kehidupan kepada bimbang tentang perkara yang berbeza.
Tekanan adalah masalah yang agak sukar untuk dielakkan. Namun, apabila seseorang itu berhadapan dengan perasaan tertekan, terdapat risiko kesihatannya akan terjejas.
Tekanan tinggi juga mencetuskan perubahan dalam penampilan, seperti penampilan uban. Ini berlaku apabila seseorang mengalami tekanan dan norepinephrine dilepaskan dalam folikel rambut.
Malnutrisi juga boleh menyebabkan uban lebih cepat. Sekiranya badan kekurangan bekalan zat besi, kuprum, vitamin B dan asid lemak omega-3, risiko rambut beruban pada usia muda meningkat.
Sebaliknya, makanan segera juga memainkan peranan dalam pertumbuhan uban. Jadi jika anda tidak mahu perkara ini berlaku kepada anda, cuba perbaiki pemakanan anda.
Menurut kajian, kemunculan uban pada usia muda boleh disebabkan oleh faktor genetik. Seperti yang diterbitkan oleh Medical News Today, kaum dan etnik juga memainkan peranan dalam rambut beruban pada usia muda.
Walaupun ia tidak dapat dielakkan, anda boleh mula mengamalkan gaya hidup sihat supaya anda tidak menumbuhkan uban.
Walaupun ia menjadikan anda kelihatan lebih segar dan berbeza, mewarnai rambut anda boleh menyebabkan rambut anda kering dan mudah patah. Selain itu, mewarnakan rambut anda dari usia muda mencetuskan pertumbuhan uban.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Gaya fesyen para hijabi kini penuh dengan perincian dan ‘mood’ tersendiri. Ramai yang anggap hijabi hanya bergaya ala feminin sahaja, tidak sama sekali!
Sudah tentu ramai yang ingin juga mencuba gaya lain dari yang lain. Mungkin ada yang sudah bosan untuk menggayakan stail yang lebih kurang sama sahaja setiap hari.
Kini, kami temui seorang selebriti fesyen hijabi dari Indonesia, Vira Tandia, 29, yang banyak menjadi perhatian para hijabi di sana. Dia juga merupakan model yang cukup terkenal.
Apabila melihat gayanya yang sering dikongsikan di akaun Instagram miliknya, memang tidak dinafikan fesyen cukup versatil kena pada dirinya. Jadi ayuh kita tinjau gaya fesyen Vira Tandia yang boleh jadi inspirasi anda!
Vira sering menggayakan dirinya bersama jaket ataupun blazer yang memberikannya aura profesional serta bergaya. Padanan warna rona yang monotone juga tidak menampakkan gayanya itu terlalu menonjol namun tetap menjadi satu fashion statement!
Pilihan corak juga menjadi pilihan dan model ini tidak takut untuk menggayakannnya. Bukan sahaja tertumpu kepada corak, padanan warna hijab, inner, beg tangan, dan aksesori yang lain juga amat penting sepertimana Vira hanya menggunakan aksesori minimalis.
Ha? Maskulin? Bukan berpakaian seperti lelaki malah Vira sering memberikan sedikit gaya maskulin seperti memakai tie atau jaket kulit. Namun, dia memadankan lagi gayanya itu dengan kasut tumit tinggi yang berwarna ‘monotone‘ sebagai pemanis.
Tidak mudah untuk memadankan stail baju bersama aksesori yang pelbagai. Jadi bagi mereka yang ingin tampil simple tetapi lebih stylish, anda boleh ikuti gaya Vira Tandia ini. Ingat, fesyen kena juga patuh syariah compliance!
Pemakanan adalah suatu benda yang sangat penting dalam kehidupan seharian. Diet dan juga keseimbangan dalam makanan perlu di teliti supaya kesihatan terjamin.
Sering kita lihat tip-tip yang di sebut untuk menjaga pemakanan dan gaya hidup yang seimbang supaya kesihatan badan terjamin. Juga sudah tentu ada amalan pemakanan yang boleh kita ikuti seperti makanan kegemaran Rasulullah SAW.
Menjadi suatu panduan kita untuk mengikuti apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW. Bahkan, kita harus menyakini apa yang di lakukan oleh Rasulullah SAW bakal memberikan manfaat buat diri kita.
Jadi di sini kita ingin menyentuh soal gaya pemakanan Rasulullah SAW, sudah pasti Baginda mempunyai makanan kegemaran. Kita juga dalam tidak sedar mungkin sudah mmengamalkan makanan kegemaran Baginda dalam kehidupan seharian.
Mengikuti perkongsian dari portal rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, telah menerangkan tentang makanan kegemaran Baginda, antaranya:
Di perjelaskan oleh Imam at-Tirmizi melalui karyanya, al-Syamail al-Muhammadiyyah, antara makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah barli.
Ada juga di ceritakan dalam sebuah hadis sahih Bukhari:
“Jika ada seseorang keluarganya meninggal dunia lalu kaum wanita datang berhimpun di rumah dan setelah itu mereka pulang ke rumah mereka masing-masing, kecuali keluarga dan orang-orang terdekatnya maka dia (Aisyah) memerintahkan untuk mengambil seperiuk bubur talbinah untuk dimasak diambil roti untuk dipotong kecil-kecil dan bubur itu dituangkan ke atasnya.
Aisyah berkata, “Makanlah. Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “bubur Talbinah (bubur campuran tepung barli dan gandum) dapat melegakan hati dan menghilangkan perasaan dukacita.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Ya, sering menjadi perhatian kita ketika bulan Ramadan. Kurma merupakan makanan sunnah yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Baginda sering menjamah kurma memandangkan ia merupakan makanan ruji pada zaman baginda.
Sabda Nabi, “Tidak akan lapar penghuni rumah yang memiliki kurma.” (Hadis Riwayat Muslim)
Selain dari itu, melalui Saaid bin Abi Waqqas, baginda SAW juga turut bersabda:
“Sesiapa yang memakan tujuh biji kurma ajwah pada pagi hari, maka pada hari itu ia tidak akan terkena racun atau sihir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Buah tembikai yang sedap, manis, dan sangat melegakan tekak ketika panas hari dengan sensasinya yang nyaman. Ia juga menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Daripada Aisyah RA, “Adapun Nabi SAW pernah memakan buah tembikai bersama kurma basah.” (Hadis Riwayat Tirmizi).
Di nyatakan dalam sebuah hadis, Abdullah bin Abbas RA berkata bahawa Nabi SAW telah bersabda, yang berbunyi:
“Tidak aku ketahui satu minuman yang dapat menggantikan makanan selain daripada susu. Sesiapa dalam kalangan kamu yang minum susu, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wazidna minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan tambahkan buat kami daripadanya),
“Manakala sesiapa yang makan makanan, hendaklah dia mengucapkan: ‘Allahumma barik lana fihi wa at’imna khairan minhu’ (Ya ALLAH berkatilah kami dengan apa yang ada di dalamnya dan berilah kami makanan yang lebih baik daripadanya).” (Hadis Riwayat Ahmad)
Melalui hadi riwayat Tirmizi dan Ibnu Majah, Rasulullah SAW telah bersabda:
“Makanlah minyak zaitun, dan sapulah kulitmu dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati.”
Kita tahu bertapa bagusnya penggunaan minyak zaitun yang kaya dengan kandungan antioksidan yang tinggi serta dapat membantu melindungi sel-sel badan daripada rosak. Ia juga di jelaskan boleh mencegah penyakit strok malah menurunkan berat badan.
Daripada Anas bin Malik RA, beliau telah berkata mengenai amalan Rasulullah SAW yang sering minum air kosong. Beliau berkata, “Adapun Rasulullah SAW bernafas sebanyak tiga kali ketika minum. Baginda bersabda: “Itu lebih melegakan, bersih dan bermanfaat.” Anas berkata: Aku bernafas sebanyak tiga kali ketika minum.” (Hadis Riwayat Muslim).
Rata-rata makanan kegemaran Rasulullah SAW adalah makanan ruji yang sering menjadi juadah harian kita tanpa sedar. Alangkah bagusnya pemilihan pemakanan oleh Baginda SAW yang dapat memberikan manfaat serta kesihatan tubuh badan.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.