Tau Fu Fa antara makanan yang paling popular dan dicari ketika di bulan Ramadan. Sama ada di makan bersama gula putih mahupun gula melaka, tau fu fa memang menjadi sajian pembasah tekak yang cukup menyegarkan.
Selain gula putih, ada juga tau fu fa yang diperisakan dengan perasa pandan. Memang menyelerakan! Sebenarnya ada cara mudah untuk membuat sendiri tau fu fa. Dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja, anda boleh menikmati sajian tau fu fa sama seperti yang dibeli di bazar Ramadan mahupun di pasar malam.
BAHAN-BAHAN:
Agar-agar
Gula melaka
Soya dalam kotak
Daun pandan
Bahan-bahan yang diperlukan.
Air 1 cawan, agar-agar kalau 12 gram ambik separuh sahaja. Jika terlalu lebih, ia jadi keras seperti puding.
Ads
Apabila agar-agar sudah mula larut, boleh tuangkan 2 liter air soya atau bersamaan dengan 2 kotak besar air soya. Jika mahu tambah gula pun boleh.
Biar mendidih, kemudian tutup api. Tuang dalam bekas besar sebab nanti kita nak ceduk ala-ala pasar malam agak susah. Simpan peti sejuk selama 2-3jam.
Ads
Gula melaka 1 keping+ gula putih 2 sudu, air 3 cawan. Masukkan sekali daun pandan dan halia sedikit (jika suka). Jangan lupa tapis. Jika guna gula putih, langkahnya sama sahaja.
Ads
Inilah hasilnya selepas dimasukkan ke dalam peti sejuk selama 2- 3 jam.
HIJABISTA: Antara amalan baik yang dianjurkan Islam dalam bulan Ramadan adalah memberi makan kepada orang berpuasa. Ganjaran yang disediakan amat besar. Sabda Rasulullah bermaksud: “Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
Sebut sahaja nama, Anzalna Nasir pasti terbayangkan pelakon jelita yang dahulunya mempunyai rambut panjang mengurai yang cukup cantik, malah meskipun sudah berhijab Anzalna berjaya mengeluarkan produk rambut sendiri dibawah jenama Anzel Hair.
Terbaharu, isteri kepada Hanif Zaki ini telah membuatkan netizen tak kering gusi dengan kapsyen ‘berseloroh’ pada salah satu hantaran yang dimuatnaik Anzalna di laman instagram miliknya.
Anzalna Berani Cuba ‘Sky View’ Dubai! Titip ‘Wasiat’ Buat Keluarga Terlebih Dahulu
Menerusi hantaran berkenaan, Anzalna telah memuatnaik sebuah video berdurasi pendek, memaparkan dirinya sedang berdiri dan bersedia di dalam gelongsor kaca dipercayai ‘Sky View’ di Dubai yang merupakan salah satu aktiviti lasak yang tidak sesuai bagi mereka yang berjiwa lembut atau gayat.
Hijabista difahamkan dalam rakaman video berkenaan, Anzalna yang nekad merasai sendiri pengalaman menikmati aktiviti Sky View Glass Slide itu dan menggelongsorkan dirinya di dalam terowong kaca di tepi sebuah bangunan di Dubai, pada ketinggian 219.5 meter dari aras tanah.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah kapsyen ringkas yang ditulis oleh pelakon jelita ini sebelum dirinya menggelongsor dari tingkat 53 menara berkembar hotel Address Sky ke tingkat 52.
“Sebelum naik ni, I dah serahkan semua wasiat I kat keluarga tercinta di Malaysia. #JasmineVersionHijab,” tulisnya pada ruangan kapsyen hantaran itu.
Kapsyen yang berbaur ‘Wasiat’ itu dilihat berjaya mencuit hati peminat dan wargamaya sekaligus membanjiri hantaran berkenaan dengan pelbagai reaksi dan komen semangat untuk Anzalna.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati rata-rata peminat dan netizen akui terhibur sebaik membaca kapsyen yang ditulis Anzalna. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan oleh wargamaya.
“Hahaha wasiat eh? Kalau pecah tu dah macam final destination la hahaha seram!
“Caption lawak la. Sis tak gayat ke? Takut tengok hahahaha, i tengok pun berdebar 😂
“Memang kena hati kering, mata kena buat buat tak nampak bawah tu ye 🤣🤣🤣,” tulis netizen sebagai respon kepada hantaran Anzalna.
Amacam sis? Berani ke tak cuba kalau diberi peluang meluncur dari gelongsor langit ni?
Selepas 8 tahun mendirikan rumah tangga, pelawak terkenal dan juga ahli kumpulan Bocey iaitu Achey dan isteri, Nor Hasanah Yahaya atau lebih dikenali sebagai Anne telah mengambil bayi perempuan sebagai anak angkat yang dikatakan sebagai pelengkap bagi mengisi kekosongan sepanjang tempoh mereka berusaha bagi menimang cahaya mata. Pasangan ini juga baru menyambut ulang tahun perkahwinan ke lapan, Mei lalu.
Melalui akaun instagramnya @acheykintangkintung, Achey telah memperkenalkan bayi tersebut kepada umum yang dinamakan Nur Tiara Zinnirah Nasir.
Bayi comel itu telah dilahirkan pada 15 Mei yang lalu. Sebelum itu Achey dan isteri berada di kampung selama sebulan untuk menanti detik kelahiran anak mereka ini.
Walaupun masih kecil, tetapi si Tiara juga sudah ada akaun instagram sendiri. Malah sudah punya pengikut lebih 37,000 pengikut!
Raya tahun ini menjadi penuh bermakna buat Achey dan isteri kerana akan menyambutnya bertiga.
Achey juga berharap agar semua peminatnya mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga dan menerima baik kehadiran si kecil ini.
Malah dia juga berharap agar Tiara akan dapat menjadi aak yang soleh dan dia dan isteri dikurniakan kesihatan dan kudrat sebaiknya untuk menjaga anak kurniaan Allah ini. Didoakan Achey sekeluarga terus bahagia bersama.
Ada pelbagai cara yang dikongsi pengguna laman sosial bagaimana cara paling mudah untuk mendapat berat badan ideal. Lebih-lebih lagi menjelang Syawal, pastinya ramai yang memasang impian untuk memakai baju raya diidamkan. Ada yang menggunakan pil suplemen, suntikan dan juga cara serta petua tradisional.
Perkongsian wanita ini, Shienasan Abdullah di laman sosial facebook agak berlainan sedikit. Dia berkongsi petua menghilangkan berat badan menggunakan cara GM Diet yang boleh dilihat kesannya hanya dalam masa seminggu sahaja.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Dia menyarankan apa diet perlu diambil dari hari pertama hingga ke tujuh. Jika diamalkan secara konsisten, hasil ketara akan dapat dilihat dalam tempoh itu.
Assalamualaikum semua sahabat positif ina..mesti ramai yg sedang menunggu result penurunan berat badan ina selama 7 hari buat GM Diet kan maaf lewat sikit update sebab anak ina x berapa sihat..
Alhamdulillah berjaya juga ina habiskan misi 7 hari GM Diet dan dapat turunkn berat sebanyak 6.2kg
Ina hanya makan menu seperti yg di sarankn..sehari ina makan 3 kali..tidak ada tambahan Puasa Sunat atau IF atau OMAD atau yg selain nya..rasa lapar je boleh makan hingga kenyang..
perlu di ingatkn result penurunan berat setiap badan adalah berbeza..jika turun banyak tu rezeki..klau turun sikit jgn give up..teruskn saje diet seperti biasa hingga hari ke 7
okey bawah ni ina dah cuba translate kn info GM Diet dr bahasa indonesia ke bahasa kebangsaan kita..haa tgk tu gagah tau umi translate kn utk sahabat kesayangan semua lebih faham
APA ITU GM DIET??
GM DIET adalah :
General Motor Diet Diet GM pertama kali dikandung khusus untuk pekerja di General Motors, Amerika Syarikat. Program diet 7 hari ini adalah bidang yang diuji oleh Pusat Penyelidikan John Hopkins dan hasilnya telah diluluskan oleh pengurusan atasan General Motors.
Program diet ini berjaya meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan pengurusan General Motors, sekali gus meningkatkan daya saing produk General Motors
Diet GM dirancang untuk menurunkan berat badan sekitar 5-8 Kg dengan aman dalam satu minggu. Diet GM juga bersifat detoksifikasi serta memperbaiki pola makan serta emosi.
Diet GM adalah program diet 7 hari penuh dengan pelbagai jenis makanan setiap hari. Semasa diet harus minum sekurang-kurangnya 10 gelas air setiap hari dan tidak minum alkohol semasa program diet
Diet GM dapat diulang sekali sebulan tanpa mengganggu keseimbangan gizi. Berat badan ideal maksimal anda adalah 22,5 x Tinggi Badan (M) x Tinggi Badan (M).
Bila tinggi badan anda 162cm, maka berat badan maksimum anda adalah 22,5 x 1,62 x 1,62 = 59 Kg.
Ibu menyusu yang berlebihan berat badan, penderita diabetes mellitus, penderita penyakit jantung, penderita penyakit lambung (gastritis) sangat di sarankn untuk melakukan diet ini..
Hari Pertama: Buah-buahan, kecuali pisang. Pada hari pertama ia hanya dibenarkan makan buah-buahan. Apa-apa buah di benarkn kecuali pisang. Anda boleh makan sehingga anda kenyang. Ia disyorkan untuk mengambil lebih banyak tembikai dan buah rock melon.
Hari Kedua: Sayuran Hari kedua hanya dibenarkan makan sayur-sayuran. Apa-apa yang mentah atau di masak. Boleh dimasak tumis, sup atau direbus. Membuat pecal juga boleh digunakan selagi jumlah kacang adalah terhad. Tiada had untuk jenis sayuran dan boleh makan hingga kenyang.
Hari ketiga : Sayuran dan buah buahan Hari ketiga hanya dibenarkn makan sayur sayuran dan buah buahan sahaja kecuali buah pisang..tiada had pengambilan..boleh makan sehingga kenyang.
Hari keempat : Pisang dan susu rendah lemak Pada hari keempat, hanya 8 biji buah pisang dimakan dan meminum 3 gelas susu rendah lemak. Tidak makan jenis makanan lain. Jika anda alah kepada susu lembu (intoleransi laktosa), anda boleh menggantikannya dengan susu soya. Jika anda tidak makan buah pisang boleh gantikn dengan buah jambu, buah kiwi atau tembikai.
Hari Kelima: Daging, Ikan dan tomato Pada hari kelima, hanya dibenarkn makan Daging atau Ikan dan tomato 500 grm daging lembu dan 6 biji tomato adalah menu utama pada hari kelima. Daging Hamburger atau Meat Ball dibenarkan..Lebihkn minum air putih untuk membersihkan sistem pencernaan. Daging lembu boleh digantikan dengan ayam tanpa kulit atau tempe untuk vegetarian. Jika anda tak makan buah tomato boleh gantikan dgn buah belimbing.
Hari keenam: Protein dan sayur sayuran Pada hari ke enam hanya di benarkn memakan daging atau ikan dan sayur sayuran..tiada had pengambilan..boleh makan hingga kenyang.
Hari Ketujuh: Beras Merah, Jus buah, dan Sayuran
Di hari terakhir diet mulai kembali ke pola makan yang biasa dengan menu beras merah, jus buah serta sayuran.
Catatan Tambahan:
Resipi ini hanya dilakukan sebulan sekali. Perhatikan bagaimana anda tidak perlu menghabiskan banyak wang dan menjalani diet keras untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Diet GM boleh menjadi satu penyelesaian bagi mereka yang memerlukan diet dengan penurunan berat badan yang cepat tanpa perlu risau tentang kelaparan atau kebosanan kerana diet yang membosankan.
Diet GM ternyata berjaya mengurangkan tahap gula dalam darah pada orang yang menghidap diabetes mellitus. Ibu menyusu yang beratnya melebihi berat badan ideal boleh mengikuti diet ini.
Anda boleh kongsikan info diet ni pada kenalan, teman teman, saudara mara untuk membantu mereka mendapatkn berat badan ideal dan tahap kesihatan yg lebih baik.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Solekan natural Hari Raya untuk hijabi yang mahu nampak fresh tanpa makeup tebal. Ikuti 10 teknik mudah agar wajah kekal segar, manis dan berseri sepanjang beraya.