Rekaan menyerlah motif flora semestinya sempurna untuk penyeri elegan meraikan Aidilfitri. Sugarscarf Lovers bakal dipersembahkan dengan tiga edisi rekaan daripada koleksi Garden of Hurrem.
Kisah Roxelana, isteri kepada Sultan Suleiman I menjadi inspirasi kepada koleksi Aidilfitri Sugarscarf, Gardem of Hurrem. Simbolik personaliti Roxelana atau gelarannya, Hurrem Sultan yang masyhur pada era Empayar Turki Uthmaniyah melatari motif rekaan Sugarscarf. Ia juga kesinambungan daripada koleksi lalu yang mengangkat tema motif dari Maghribi.
Membuka tirai koleksi ialah varisi tudung mixed satin yang baru dilancarkan. Edisi Ibu &
Anak daripada seleksi material Japanese Cotton Voile pula akan mula dijual pada 31 Mac
2023 diikuti edisi Ironless Premium Pleats Scarves pada 7 April 2023.
Terkesima melihat kesemua wajah istimewa muncul jelita mempertontonkan koleksi Garden of Hurrem kepada hadirin. Rupa-rupanya, Sugarscarf menampilkan barisan pelanggan setia bagi memperkenalkan koleksi terbaharu. Mereka sebagai ‘wajah istimewa’ pada Sugarscarf Raya Showcase yang berlangsung baru-baru ini di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur.
Ads
“Pemilihan para pelanggan untuk memperagakan koleksi raya tahun ini adalah satu bentuk
penghargaan kami kepada mereka. Selama 13 tahun Sugarscarf bertapak dalam industri
fesyen tanah air, mereka antara pelanggan yang setia dengan jenama ini sejak ia bermula
sehingga hari ini.
“Tiada wajah yang lebih istimewa untuk kami tampilkan kerana mereka merupakan kekuatan Sugarscarf. Tanpa pelanggan setia ini, kami mungkin tidak dapat bertahan untuk tempoh lebih sedekad. Syukur kerana perjalanan Sugarscarf diiringi dengan pelanggan-pelanggan yang sentiasa menghargai dan menyokong usaha kami selama ini,” ujar pengasas Sugarscarf, Eyqa Sulaiman.
Dalam sejarah koleksi harga rendah
Istimewanya, Aidilfitri tahun ini juga, Sugarscarf melancarkan kempen Sugarscarf Riang
Tiktok yang memfokuskan terhadap koleksi harga rendah. Buat kali pertama dalam sejarah
Sugarscarf, pelanggan dapat membeli tudung jenama ini pada harga RM39. Sebanyak 10
rekaan dan warna akan dilancarkan.
“Ini merupakan kali pertama Sugarscarf melancarkan tudung pada harga serendah RM39.
Sebelum ini tudung kami memang dijual pada harga RM99 ke atas kerana kami amat
menitikberatkan kualiti.
Ads
“Kami juga membuka peluang kepada mereka yang ingin menjana pendapatan tambahan
raya tahun ini dengan menyertai Kempen Buat Duit Raya Ka-Ching! dengan menjadi
Sugarscarf Warrior.
“Menariknya, mereka yang menjadi Sugarscarf Warrior tidak perlu bersaing menjual dengan produk di butik memandangkan koleksi Sugarscarf Riang Tiktok hanya boleh dibeli pelanggan daripada mereka.
“Dengan pembelian minimum 50 helai bermodalkan RM1,300, mereka boleh membentuk
pasukan jualan sendiri; agen dan affiliate atau jual secara langsung kepada pelanggan.
Selain itu, setiap stokis juga dihadkan membeli 1,000 helai sahaja untuk setiap pembelian kerana kami mahu peluang ini dinikmati ramai, walaupun dengan modal rendah,” jelas Eyqa. Tambah Eyqa, keistimewaan menyertai Sugarscarf Warrior untuk kempen ini ialah margin jualan menarik RM5 hingga RM13 sehelai.
Stokis juga akan diselia dan dibimbing pasukan berpengalaman termasuk perkongsian material dan kandungan jualan serta pemasaran. Kualiti tudung yang ditawarkan juga bertaraf premium dengan signatur rekaan Sugarscarf dengan reputasi jenama yang kuat dalam pasaran.
Koleksi Garden of Hurrem boleh didapati di laman web rasmi Sugarscarf dan butik-butik
serta gedung fizikal jualan Sugarscarf, manakala koleksi Sugarscarf Riang Tiktok akan mula dipasarkan pada awal April 2023 dan boleh didapati menerusi Sugarscar Warrior; stokis agen atau affiliate. Untuk info terkini produk dan maklumat jenama Sugarscarf, ikuti Facebook, Instagram dan TikTok Sugarscarf.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/qy3X-OSC9yQ
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Jerawat, jeragat serta bintik hitam pada kulit wajah menyebabkan penampilan menjadi kurang menarik. Situasi ini tentunya menjadikan wanita berasa kurang yakin untuk berhadapan dengan orang ramai.
Jeragat terjadi apabila anda terlalu lama atau kerap membiarkan kulit dimamah pancaran sinar matahari. Tanpa mengenakan sebarang krim perlindungan, kesan pancaran ultra ungu akan menyebabkan kulit menjadi lebih teruk dan ia mengambil masa untuk dirawat.
Manakala jerawat pula adalah disebabkan beberapa faktor antaranya tersalah menggunakan produk perawatan wajah, stres, pemakanan dan sebagainya. Selain kos yang semakin bertambah, wajah berjerawat dan berjeragat kurang menyerlah walaupun selepas memakai alat solek.
Maka sebab itulah anda perlu melakukan detoks kulit wajah. Caranya mudah sahaja dan boleh dilakukan sendiri di rumah. Hanya dengan menggunakan dua bahan iaitu lemon dan air panas, hasilnya kulit bersih tanpa jerawat dan jeragat.
Amalkan detoks kulit wajah untuk mematikan dan mengeluarkan kotoran dari liang roma. Sangat sesuai untuk mereka yang ada masalah jerawat tidak kiralah jerawat batu, jerawat pasir atau apa-apa sahaja jenis jerawat, semuanya sesuai. Hasilnya kulit wajah kembali licin.
Hanya perlukan dua bahan sahaja. Air panas dan lemon. Lakukan dua minggu sekali atau bergantung kepada masalah jerawat dan jeragat yang anda alami.
Photo by Julia Zolotova on UnsplashPhoto by Karolina Grabowska from PexelsPhoto by Karolina Grabowska from Pexels
Selepas detoks, ambil kiub ais dan tonyoh pada kulit wajah. Buat seccara perlahan-lahan. Ais berfungsi untuk menutup kembali liang-liang roma yang terbuka semasa proses wap dilakukan.
Hanya perlu konsisten sahaja. Selepas itu boleh tengok hasil kulit anda yang semakin halus, lemmbut dan berseri. Tiada lagi jerawat dan jeragat. Paling penting anda perlulah rajin melakukan amalan ini, barulah ia memberikan hasil seperti yang diinginkan.
HIJABISTA: Rutin penjagaan wajah memerlukan proses eksfoliasi agar sel-sel kulit mati dapat disingkirkan selain merangsang sel-sel baru di bawah kulit. Eksfoliasi juga dipercayai sebagai kunci untuk memperoleh kulit yang lembut, tegang dan awet muda.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik, tapi dalam masa sama meningkatkan keyakinan diri terutamanya bagi wanita yang bekerjaya.
Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? Hijabista mendapatkan sudut pandang jurusolek, Bella Park tentang perkara ini. Ini respon yang diberikan.
Bergelar Jurusolek, Pernah Tak Bella Alami Masalah Kulit?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Apakah Masalah Utama Kulit Bella?
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jai memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Bella jadikan rutin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dan dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Bila Muka Breakout, Boleh Bersolek Ke?
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Dan bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini. Situasi ini menyebabkan harga minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan mengalami kenaikan.
Sebagai pengguna tentulah kita akan terkesan dengan kenaikan harga minyak apatahlagi minyak merupakan keperluan utama di dapur ketika memasak.
Photo by ron-lach from Pexels.
Lalu bagaimana cara untuk kita berjimat-cermat menggunakan minyak masak?
Berikut perkongsian daripada Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang bagaimana untuk berjimat menggunakan minyak masak. Moga ia membantu.
Photo by max-avans from Pexels.
Harga barangan dapur dah semakin meningkat, termasuk harga minyak masak. Jadi apakah yang boleh dilakukan sebagai langkah penjimatan?
1. Tukar menu gorengan kepada menu rebusan, singgang, renehan, atau stim. Selain lebih menjimatkan, ia juga lebih sihat.
2. Bakar atau panggang sebagai alternatif goreng. Ia gunakan minyak yang sedikit, tetapi masih boleh hasilkan makanan yang sedap.
3. Gunakan kuali kalis lekat(non-stick), untuk membolehkan anda membuat gorengan guna minyak yang sedikit (pan fry) tanpa lekat.
Photo by rodnae-productions from Pexels.
4. Boleh pertimbangkan untuk dapatkan “air fryer”. Harganya kini bermula sekitar RM150. Ini perlukan sedikit modal.
5. Jika “deep dry” makanan bersalut tepung, pastikan suhu minyak 180-190°C sebelum menggoreng untuk elak tepung menyerap minyak.
6. Jangan goreng makanan terlalu banyak dalam satu masa. Lebih banyak hendak digoreng serentak, lebih banyak minyak diperlukan.
7. Elak panaskan minyak sehingga terlalu panas kerana boleh merosakkan minyak dan menjadi ia tidak selamat untuk diulang guna.
8. Tak usah campurkan minyak baru kepada minyak lama. Ia akan mencemarkan minyak baru, dan memendekkan hayat selamatnya.
Photo by cottonbro from Pexels.
9. Tapis, sejukkan, dan simpan minyak yang hendak diulang guna di dalam bekas kedap udara. Pastikan tiada bahan terampai.
10. Menjual semula minyak masak terpakai untuk diproses menjadi biodiesel. Harga minyak masak terpakai adalah sekitar RM2-3/kg.
Dalam kita berjimat cermat dalam penggunaan minyak, kita masih perlu utamakan kesihatan. Elakkan terlalu banyak ulang guna minyak gorengan.
Apakah tanda-tanda minyak masak sudah tidak boleh digunakan lagi untuk ulang goreng?
◾️Warna bertukar perang pekat.
◾️Minyak menjadi lebih likat.
◾️Minyak berbau tengik.
◾️Banyak asap terhasil ketika dipanaskan.
◾️Warna makanan yang digoreng terlalu gelap.
◾️Rasa makanan yang digoreng tidak sedap.
HIJABISTA: Berbelanjalah secara berhemah. Dalam keadaan kenaikan harga barang jika boleh, beli barang-barang yang perlu sahaja.
Perhatian peminat drama kini tertumpu pada kehidupan isteri Faizal Hussein atau 'Walid', rupanya lepas tinggal dunia lakonan, Suhaila Sulaiman makin bahagia tanpa kontroversi.Bukan sekadar...