Dengan gaya yang ringkas tetapi bergaya, Sashfir berjaya mencipta gaya yang sesuai untuk pelbagai majlis bermula daripada santai sehinggalah ke acara formal.
Berikut beberapa idea OOTD stylish ala Sashfir yang boleh dijadikan contoh.
Gaya Earth Tone Dengan Jaket Coklat & Selendang Putih
Dalam penampilan ini, Sashfir kelihatan mempesona dengan gabungan jaket coklat gelap yang mempunyai aksen jahitan putih yang kontras lengkap dengan tali pinggang untuk menyerlahkan susuk tubuh.
Bagi menambah kesan elegan, Sashfir menggabungkan jaket dengan tudung putih polos dan seluar putih. Ia memberi keseimbangan antara gaya formal dan kasual. Aksesori cincin yang dipakai pada beberapa jari memberikan sentuhan feminin manakala latar padang pasir yang dramatik meningkatkan aura penampilannya.
Sashfir membuktikan dengan gaya monokrom minimalis, seseorang itu masih boleh kelihatan elegan. Dia memakai sut dua lapis. Penampilan ini digabungkan dengan tudung kelabu yang senada.
Bagi melengkapkan penampilan ini, Sashfir turut membawa beg tangan hitam kecil dan kasut hitam bertumit runcing yang memberikan sentuhan formal dan mewah. Gaya ini sangat sesuai untuk sis yang ingin kelihatan ringkas namun tetap bergaya di pelbagai acara.
Sashfir kelihatan bergaya dengan gabungan pakaian berwarna coklat terang yang memberi kesan santai namun tetap bergaya. Digabungkan dengan skirt putih ringkas, gaya ini mencipta kesan yang bersih dan elegan.
Ads
Aksesori cermin mata hitam dan gelang emas kecil mempermanis rupa, menjadikannya sempurna untuk suasana santai di laut mahupun percutian classy.
Dalam penampilan ini, Sashfir menggabungkan kesan ringkas tetapi elegan dengan pakaian serba hitam. Dia memakai jubah hitam polos dengan aksen sulaman terperinci di bahagian depan yang menambahkan sentuhan klasik.
Ads
Tudung hitamnya melengkapkan keseluruhan pakaian memberikan kesan anggun. Kasut hitam berkilat dan beg kulit kecil yang dibawanya menekankan rasa classy yang sesuai untuk pelbagai acara separa formal atau sekadar bersiar-siar namun tetap kelihatan bergaya. OOTD ini membuktikan, penampilan serba hitam tidak pernah gagal mencipta gaya yang elegan.
Warna neutral sering menjadi kegemaran Sashfir. Dalam OOTD ini, Sashfir kelihatan bergaya dengan pilihan pakaian berwarna neutral lembut. Dia menyarungkan outerwear labuh berwarna krim digabungkan dengan culottes longgar menghasilkan silhoutte yang anggun dan moden.
Pemakaian selendang putih polos memberikan kesan bersih dan segar. Beg tangan berwarna krim dengan perincian hitam pada pemegang adalah aksesori yang sempurna dan classy. Penampilan ini sesuai untuk acara santai tetapi masih kelihatan elegan dan stylish!
Pernah diejek gemuk kerana memiliki tubuh badan sedikit berisi. Malah dia juga turut dikatakan berwajah hodoh seperti jalan tar gara-gara jerawat yag tumbuh melata di pipi. Malah keadaan fizikal serba kekurangan itu menyebabkan dia ditinggalkan teman lelakinya. Tetapi gadis yang menamakan dirinya Zahara di twitter tidak putus asa. Dia cuba bangkit dan membuktikan dirinya mampu kelihatan cantik dan sempurna di mata semua orang. Perkongsian Zahara di laman sosial ini mengundang simpati netizen. Malah thread dibuat mendapat retweet hampir 9 ribu dan 7 ribu butang like.
Menurut Zahara dulu tubuhnya berisi sekitar 63 kg. Malah dia turut diejek seperti gajah.
Dia cuba bangkit memperbaiki diri. Daripada situ gadis ini rajin melakukan workout.
Tip lain daripadanya, minum air banyak.
Respon dari netizen. Cerita ini beri inspirasi kepada wanita lain.
Ada juga yang turut share kisah yang sama.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hari ini merupakan hari yang penting bagi seluruh rakyat Malaysia untuk keluar mengundi bagi menunaikan hak dan tanggungjawab masing-masing. Tahniah buat anda yang berjaya keluar mengundi pada hari ini. Undian anda amat bermakna demi menentukan masa depan negara. Sama-sama kita tunggu keputusan pada malam ini ya!
Bukan anda sahaja yang keluar mengundi, barisan selebriti Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab mereka. Tahniah! Walaupun sibuk, mereka tetap tidak lupa untuk membuang undi pada hari ini. Ayuh kita lihat barisan selebriti yang turut sama beratur dan berpanas demi memangkah parti pilihan mereka.
Siapa tidak kenal dengan pelakon cilik Puteri Balqis Azizi atau lebih mesra disapa Aqish. Kini, keadaan kesihatannya menimbulkan pertanyaan ramai apabila perkongsian di Instagramnya menggunakan hashtag #fightcancer. Aqish sebelum ini dilaporkan menghidap masalah jantung.
Gambar dan status yang dikongsi di akaun Instagramnya.
“Dia telah menjalani rawatannya petang ini. Alhamdulillah Puteri semakin pulih.”
Status tersebut dipercayai dikongsi oleh ibunya, Norashikin Mohd Aziz yang mengatakan keadaan anaknya semakin baik.
Norashikin mengesahkan anaknya yang merupakan Pemenang Pelakon Wanita Terbaik Asian TV itu menghidap kanser namun tidak menyatakan secara terperinci mengenai jenis barah yang menyerang anak kesayangannya itu.
Kami di Hijabista mendoakan agar Aqish cepat sembuh dan dapat terus aktif seperti biasa bagi mewarnai dunia seni tanah air. Ternyata Aqish sangat kuat menghadapi dugaannya ini. Jangan pernah mengalah wahai Aqish!
Bersedia untuk rasai pengalaman hidrasi luar biasa? Laneige, jenama kecantikan K-Beauty terkemuka yang terkenal dengan inovasi penjagaan kulitnya, kini mencuri tumpuan dalam kempen Water...