Tak semua jenis produk kecantikan itu sesuai dengan kulit kita. Sesetengah daripada kita mungkin alah terhadap beberapa jenis bahan di dalam kandungan sesebuah produk itu. 

Seperti yang kita tahu, cara cucian muka berganda ataupun dipanggil double cleansing memang sangat popular dan disarankan oleh ramai kerana ianya bagus untuk dapatkan kulit yang halus dan bersih. Cucian pertama biasanya dimulakan dengan pencuci berasaskan minyak. Namun, jika hijabi alah terhadap minyak, bolehlah cuba pencuci berasaskan susu ini.

Di facebook Izzahtul Atirah, dia telah berkongsikan beberapa jenis produk pencuci wajah berasaskan susu yang bagus untuk mereka yang alah dengan pencuci berasaskan minyak.

kredit: facebook IzZahtul Atirah

Tinggalkan Komen