Belum puas meneliti rekaan tudung terbaharu L by LCB, selebriti Laudya Cynthia Bella merancang untuk mengeluarkan pula rekaan baju kurung versi Malaysia tetapi dengan sedikit sentuhan dari negara asalnya, Indonesia.
Hijabista sempat bertanya sentuhan bagaimana dari Indonesia yang ingin dibawa dalam rekaan akan datang?
Menurut Bella yang ditemui ketika majlis pelancaran koleksi terbarunya itu, wanita cantik ini mahu mengilhamkan rekaan baju yang tidak mengikut bentuk badan.
“Alhamdulilah sekarang saya tidak lagi rasa selesa memakai baju yang ‘bodyfit’ atau mengikut bentuk badan.
“Ada juga yang bertanya kenapa tidak ada koleksi baju kecil yang mengikut bentuk badan. Tapi sebenarnya saya sendiri sangat selesa dengan baju longgar jadi bagaimana mahu menjual baju yang ‘bodyfit’,” ujarnya yang turut mendapat sokongan suami tercinta, Engku Emran.
Menurut Bella lagi, suaminya itu tidak menolak idea yang dikemukakan Bella sebaliknya menasihati.
“Suami pesan jika ingin mendapatkan pahala apabila ramai orang yang akan memakai baju yang kamu reka nanti. Pastikan baju berkenaan harus disesuaikan dengan syariat islam.
Ads
“Alhamdulilah dengan dorongan dari mertua, suami dan sokongan peminat rezeki saya mencurah-curah dan saya tidak mahu mereka mengikuti saya dengan stail yang akan menambah lagi dosa saya.”
“Mungkin dengan ini saya dengan perlahan-lahan akan berhenti untuk memakai seluar mengikut pinggul yang boleh menampakkan susuk tubuh,” tambahnya lagi.
Sementara itu, ibu mertuanya juga turut memberi pesanan kepada Bella jika mahu menjadi Muslimah yang baik, wajib memakai skirt berbanding seluar kerana seluar itu lebih menyerupai lelaki.
Menolak Dengan Baik Permintaan Produksi
Tidak melepaskan pesanan mertuanya berlalu begitu sahaja Bella terus istiqomah dengan menolak permintaan produksi yang ingin dia menggayakan pakaian mengikut bentuk badan.
Malah Bella sendiri membuat permintaan agar pakaiannya juga biarlah rekaannya besar dari tubuh.
Ads
Dalam pada itu, Bella yakin dengan ketentuan rezeki yang ada dan tidak akan berkurangnya rezeki Allah SWT. sekiranya dia menolak permintaan sebegitu.
Tetapi sekiranya sebelum ini dia telah mengikat kontrak bersama, tanggung jawab berkenaan akan dilunaskan mengikut permintaan
Momen Perjalanan Ketika Travel Inspirasi L by LCB
Pada majlis serba ringkas dan indah ini, pelancaran L by LCB di mana setiap hijab yang direka mempunyai inspirasi tersendiri iaitu idea yang tercetus ketika Bella sendiri melancong ke luar negara.
Momen dan perjalanan ketika travel adalah satu perasaan yang senang bagi Bella untuk diilhamkan dalam setiap rekaan tudungnya.
Ads
Bergerak secara pasaran di atas talian, Bella melangkah ke setapak lagi pertama kalinya Bella membuka fizikal stor yang menjual semua barangan di atas label L by LCB.
Fizikal stor yang di buka pertama di Robinson dan seterusnya di Publika Kuala Lumpur sekitar lima bulan lalu di atas permintaan ramai dan setelah menetap terus di Malaysia.
Tidak Meletakkan Sasaran Atau Kelas Tersendiri
Populariti yang dimiliki sebagai pelakon, Bella tidak meletakkan standard untuk mereka memiliki hijabnya.
Bagi Bella sesiapa sahaja mampu memilikinya walaupun fizikal stor L by LCB ini terletak di Robinson mahupun Publika Kuala Lumpur.
Bezanya kedua-dua stor ialah Robinson mempunyai pelanggan yang memang mahu membeli belah manakala Publika ramai yang mengunjunginya kerana tempat ini lebih santai dan strategik.
Selain daripada koleksi hijab, Bella juga mengeluarkan baju RTW, persediaan umrah, LBroochSwarovski dan yang menariknya kek chees Bandung Makuta yang segar dan sedap dari Bandung.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rezeki setiap individu berbeza-beza dan tidak sama. Tentunya setiap individu mahu diri mereka mendapat rezeki yang banyak tetapi itu semua bergantung kepada amalan yang kita lakukan setiap hari. Ada inidividu yang merungut mengapa rezeki terasa begitu susah untuk singgah. Jika ada, pasti akan cepat habis.
Untuk mendapat rezeki yang luas, cuba amalkan beberapa amalan ini kerana ia dikatakan mampu membuka pintu rezeki kita. Semoga Allah membuka pintu rezeki seluasnya buat kita semua. Cuma, anda perlu bersangka baik dengan Allah.
20 AMALAN INI BUATKAN REZEKI BERTAMBAH TANPA DISANGKA-SANGKA
Allah SWT memberikan jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
YAKINLAH REZEKI ITU JAMINAN ALLAH
1. MENYEMPATKAN DIRI BERIBADAH
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah R.A.)
2. MEMPERBANYAKKAN ISTIGHFAR
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyakkan istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. TINGGALKAN PERBUATAN DOSA
Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. SENTIASA INGAT ALLAH
Banyakkan mengingati Allah akan membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. BERBAKTI DAN MENDOAKAN IBU BAPA
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.: “Apabila hambaku itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. TUNAIKAN HAJAT ORANG LAIN
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. BANYAK BERSELAWAT
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. BUAT KEBAJIKAN BANYAK-BANYAK
Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. BERPAGI-PAGI
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. MENJALIN SILATURRAHIM
Nabi S.A.W. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.” (Riwayat Bukhari)
12. MELAZIMI KEKAL BERWUDUK
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda S.A.W. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. BERSEDEKAH
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas R.A.)
14. MELAZIMI SOLAT MALAM (TAHAJUD)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. MELAZIMI SOLAT DHUHA
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. BERSYUKUR KEPADA ALLAH
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. MENGAMALKAN ZIKIR DAN BACAAN AYAT QURAN TERTENTU
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadhilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan kefahaman agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. BERDOA
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. BERIKHTIAR SEHABISNYA
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. BERTAWAKAL
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah .
Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab R.A.)
KESIMPULAN
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah dengan membuat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
Selain itu diingatkan… rezeki bukan terhad kepada duit, harta ataupun kekayaan… rezeki iman, hati, Islam, kesihatan dan kebahagiaan serta ilmu yang bermanfaat adalah rezeki yang takde nilainya walaupun harta dan kekayaan menimbun sekalipun.
Sumber kredit: Mohd Ibrahim
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila sudah sepakat untuk hidup bersama maka bersatulah dua jiwa dengan ikatan perkahwinan. Majlis pernikahan tentunya menjadi momen paling indah buat setiap pasangan.
Maka sebab itulah kedua pasangan bakal mempelai perlu membuat persediaan yang cukup. Bakal pengantin lelaki seharusnya membuat lebih persediaan.
TIP UNTUK BAKAL PENGANTIN
1) Simpan semua dokumen keperluan dalam satu sampul dan kemudiannya disimpan dalam satu kotak bersama barang kemas/cincin, duit mas kahwin dan sebagainya agar tiada yang tercicir.
2) Perlu tidur awal kerana ianya memberi kesan terhadap emosi anda pada keesokan harinya. Pastikan anda mendapat tidur yang mencukupi agar anda nampak lebih selesa dan ceria. (Nak masuk gambar, seeloknya kenalah nampak ceria..Hahaha)
1) Cuba selesakan diri (ambil mood). Pastikan sentiasa ada teman berborak agar anda tidak terlalu memikirkan tentang majlis supaya anda tidak terlalu gemuruh.
2) Ketika berdepan dengan Imam/Juru Nikah. Sentiasa senyum dan cuba untuk bertenang. Ketika khutbah nikah dibacakan, beri perhatian dan sentiasa senyum.
3) Akad Nikah (ijab dan kabul). Jangan risau. Kebiasaannya wali akan membuat percubaan sebelum membacakan ijab yang sebenar. Pengantin lelaki tidak perlu mejawab tergesa-gesa sambil menahan nafas. Pada ketika ini, tetamu-tetamu yang hadir juga haruslah mengawal anak-anak untuk tidak berbuat bising dan menangkap gambar terlalu dekat sehingga mengganggu perhatian pengantin lelaki. Kebiasaannya jurugambar terlatih akan mengambil moment pengantin berjabat tangan dengan wali pada permulaannya dan berhenti menangkap gambar untuk memberi ruang pengantin lelaki menjawab qabul dalam keadaan tidak terganggu.
(selesai part ni pengantin lelaki dah buat muka lega dah..hahaha..tapi kena ingat, bacaan taklik pulak lepas ni)..
4) Bacaan Taklik. Jangan risau. Kebiasaannya ada disediakan teks bacaan taklik dalam tulisan rumi. Walaubagaimanapun, ada juga imam yang menyediakan teks dalam tulisan jawi.
Ni contoh bacaan taklik bagi negeri Perak:
“Bahawa adalah saya…….. dengan ini bertaklik jika saya tinggalkan isteri saya….. selama empat bulan qamariah atau lebih dengan sengaja atau paksa atau saya atau wakil saya tiada memberi nafkah yang wajib kepadanya selama yang tersebut pada hal dia taat kepada saya atau saya menyakiti tubuh badanya atau saya tidak mempedulikannya selama empat bulan atau lebih kemudian ia mengadu kepada kadhi/ hakim syariah dan manakala sabit aduannya dan ia memberi kepada kadhi/ hakim bagi pihak saya sebanyak RM 10.00 maka ketika itu tertalaklah ia dengan satu talak khuluk.”
6) Bersalam-salaman dengan ibu bapa, saudara-mara dan rakan-rakan.
7) Penyerahan Mas Kahwin dan Pembatalan Air Sembahyang. Jangan risau, start dari sini semuanya akan di “guide” oleh jurugambar sehinggalah tamat Majlis Bersanding dan sesi Outdoor.
Memegang Ubun-ubun Isteri.
Doa: Allaahumma innii as-aluka khayraha wa khayra maa jabaltahaa ‘alaihi wa a’uudzu bika min syarrihaa wa min syarri maa jabaltahaa ‘alaihi
Maksudnya : Ya Allah sesungguhnya aku memohon kebaikannya dan kebaikan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya. Dan aku memohon perlindungan kepada-Mu dari keburukannya dan keburukan apa yang Engkau ciptakan pada dirinya.
Perkara yang kadang-kadang nampak remeh tapi memberi kesan kepada seseorang pengantin kerana perkahwinan mungkin hanya berlaku sekali untuk seumur hidup dan kita mengharapkan perkara tersebut satu kenangan yang indah untuk dikenang.
Persediaan untuk mencapai sekali lafaz akad nikah:
1. Sebutan nama pasangan
Wajib. Wajib hafal nama bakal isteri/nama pengantin perempuan dengan tepat supaya tidak mengganggu atau tidak menjarakkan sebutan kerana kurang yakin dengan nama yang tepat.
2. Cuba kawal rasa gemuruh
Tidak dinafikan. Rasa gemuruh pasti ada kerana anda sedang berdepan dengan antara perkara penting yang ingin disempurnakan dalam hidup.TIPS. Untuk kurangkan rasa gemuruh, jangan hirau orang ramai yang berada di sekeliling. FOKUS. Fokus antara kita dengan wali/imam yang menjadi wakil wali sahaja. Jika merasakan diri gemuruh, jangan pandang orang di sekeliling atau kawan-kawan yang sedang mengusik di belakang. Hahaha. Pandang imam, bersedia dengan lafaz akad nikah seperti yang dipraktikkan sebelum hari sebenar.
Apa yang penting adalah lafaz perlulah TEPAT, JELAS dan TIDAK TERSEKAT-SEKAT/LANCAR untuk tempoh yang lama.
Sekiranya lafaz TEPAT , JELAS & LANCAR pasti anda berjaya menyempurnakan lafaz ijab kabul/akad nikah dengan sekali lafaz sahaja.
Begitulah serba sedikit tips yang ringkas tetapi boleh memberi sedikit gambaran kepada bakal pengantin lelaki supaya lebih fokus apa yang lebih penting untuk dipraktikkan.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat dijadikan sumber pengetahuan yang boleh diaplikasikan dalam majlis sebenar kelak.
Kulit yang sihat memerlukan produk mesra kulit yang datang daripada formulasi yang tepat. Jenama Paula’s Choice telah meningkatkan standard produk penjagaan kulit dengan pendekatan bebas pewangi, paraben, bebas kekejaman, selamat dan inovatif.
Paula Begoun melancarkan perniagaan yang berpangkalan di Seattle ini pada tahun 1995 dengan matlamat untuk membangunkan produk penjagaan kulit Paula’s Choice. Menggunakan bahan-bahan yang mempunyai sokongan saintifik, matlamatnya adalah untuk mencipta formula yang boleh berdiri sendiri tanpa bahan kimia yang boleh merengsakan.
Paula’s Choice terkenal dengan komitmennya terhadap formulasi penjagaan kulit yang disokong sains. Produk mereka dirumus berdasarkan penyelidikan dan bukti, memastikan bahawa bahan-bahan yang dipilih telah terbukti keberkesanannya.
Menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dalam produknya, diperoleh daripada pembekal yang bereputasi. Mereka mengutamakan kepekatan berkesan bahan-bahan utama, memastikan hasil yang optimum untuk pelbagai masalah kulit. Apabila memilih produk Paula’s Choice yang ideal anda, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada bahan aktif yang diketahui memberikan manfaat khusus yang anda cari.
Pelbagai jenis produk daripada produk Paula’s Choice tersedia untuk menangani pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, penuaan, hiperpigmentasi dan sensitiviti. Ini membolehkan orang ramai memilih item yang memenuhi keperluan penjagaan kulit mereka secara khusus.
Syarikat itu memberi pengguna maklumat menyeluruh tentang komponen yang digunakan dalam produknya supaya mereka boleh membuat pilihan yang berpendidikan. Untuk membina kredibiliti dengan pelanggan mereka, lalu meletakkan keutamaan yang tinggi pada ketelusan dalam perihalan produk.
Paula’s Choice ialah jenama bebas kekejaman, bermakna produknya tidak diuji ke atas haiwan. Mereka juga mengutamakan tanggungjawab alam sekitar, membuat pilihan sedar dalam proses pembungkusan dan pembuatan mereka.
Pilihan editor Hijabista kali ini adalah yang terbaik dari Paula’s Choice yang mesti anda cuba pada tahun 2023.
Membersihkan kulit secara menyeluruh untuk membuang semua kekotoran dalam liang-liang dan membantu mencegah jerawat, kemerahan, keradangan dan cela. Ia berfungsi dengan lebih berkesan jika digunakan sebagai produk pembersihan dua kali. Formulanya mempunyai tekstur gel yang menenangkan yang menyejukkan tanpa menyebabkan kerengsaan. Pembersih Paula’s Choice ini direka khusus untuk menangani keperluan khusus kulit berjerawat dan berjeragat.
Alami hasil penentangan usia dengan serum yang mempunyai formula ringan dan menghidratkan sesuai untuk semua jenis kulit, serum anti-penuaan termaju baharu ini terbukti secara klinikal dapat memperbaiki garis, perubahan warna & ketegasan dengan gabungan kuat hexylresorcinol, retinoid dan niacinamide.
Dicipta dengan gabungan inovatif lima penapis tercanggih untuk perlindungan muktamad terhadap sinaran UV yang merosakkan, pelindung matahari sintetik sahaja ini memerangi penuaan pramatang dengan menghalang kedutan, kehilangan ketegasan dan perubahan warna. Semuanya dengan kemasan yang lembut dan berembun. Tidak memutihkan wajah.
Diperkaya dengan emolien untuk meningkatkan tahap kelembapan kulit dan antioksidan untuk melindungi daripada radikal bebas yang berbahaya, Paula’s Choice Advanced Sun Protection Daily Moisturizer SPF 50 PA++++ ialah SPF yang menghidrat dan tidak berminyak yang sesuai untuk kegunaan harian.
Serum yang mengubah permainan yang merangsang penghidratan dan menawarkan cahaya semula jadi pada kulit. Formula berasaskan vitamin C menyuburkan lapisan kulit, mengurangkan bintik hitam dan mencerahkan kulit. Formula ini juga mengandungi vitamin E dan peptida yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan. Ia memenuhi kawasan kulit yang kering sambil menawarkan rasa yang lebih tegang.
Topeng Rawatan Penghidratan yang mengandungi vitamin A, C, dan E yang memberikan khasiat yang kuat kepada kulit. Topeng ini membaiki kekeringan dan kekusaman sambil menawarkan cahaya yang lebih sihat.
Formula ini menggabungkan beberapa emolien terbaik dengan antioksidan yang diperoleh daripada tumbuh-tumbuhan dan vitamin untuk memenuhi tujahan dehidrasi dan memperbaiki ketampalan. Ia membentuk semula kelembapan semula jadi kulit anda untuk menjadikannya lebih gebu dan lebih licin.
Asid hyaluronik dan lipid penting dalam formula mengekalkan penghidratan dan menjadikan kulit gebu. Minyak tumbuhan yang tidak wangi melicinkan kulit yang menggelupas dan menyerlahkan keseriannya. Antioksidan mempertahankan kulit daripada faktor persekitaran sambil menawarkan tekstur yang sekata.
Gel Mata Anti-Penuaan Paula’s Choice RESIST memberikan penghidratan yang mencukupi pada kulit bawah mata, mengurangkan kedutan dan garis-garis halus, serta meminimumkan bengkak. Gel mata bukan sahaja berfungsi pada muka tetapi juga pada leher, garis kaki, dan kedutan.
Formula mengandungi niacinamide, peptida, dan asid hyaluronik, yang menghidrat dan mengurangkan lingkaran hitam untuk memberikan cahaya segar dan sihat kepada kulit. Formula ini juga mempertahankan kulit daripada kerosakan alam sekitar sambil menguatkan penghalangnya.
Memandangkan musim cuti semakin hampir, Paula’s Choice sangat teruja untuk mengumumkan tawaran eksklusif yang akan membantu anda memulakan musim perayaan. Dengan pelbagai jenis kecantikan yang mesti ada dan keperluan penjagaan kulit, bulan September ini adalah peluang anda untuk mendapatkan tawaran terbaik untuk ruji Paula’s Choice kegemaran anda.
Mulakan musim pemberian hadiah dan jimatkan pembelian penjagaan kulit anda dengan kad hadiah diskaun. Inilah peluang anda untuk menyimpan barang kegemaran Paula’s Choice anda sambil menikmati penjimatan yang ketara:
Kad hadiah ini sah selama 2 bulan dari tarikh pembelian, membolehkan anda mempunyai masa yang mencukupi untuk memilih dan membeli produk dan hadiah Paula’s Choice kegemaran anda untuk orang tersayang anda.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.