Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.

Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.

Seorang guru pasti sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak didiknya cemerlang. Ada juga guru yang memberikan ganjaran buat anak muridnya sebagai tanda pembakar semangat. Reward ataupun ganjaran tersebut selalunya diberikan sebagai hadiah apabila anak didik mereka berjaya menjalankan tugas yang diberi ataupun mendapat keputusan yang cemerlang.

Artikel Berkaitan:Gagal 3 Subjek Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang, Hijabi Ini Terharu Dapat Anugerah Daripada Tun M 

Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @cikgupenyayang, menunjukkan momen dia memberikan anak muridnya hadiah. Apa yang mengejutkan adalah, anak muridnya itu tiba-tiba memanjat meja untuk memberikannya pelukan.

@cikgupenyayang Its important to have strong bonding between you and kids ❤️ #fyp#fypシ#tiktokguru_malaysia #tiktokmalaysia#foryoupage ♬ Bintang di Surga – Noah

“Its important to have strong bonding between you and kids” tulisnya di ruangan kapsyen Tiktok tersebut.

Di awal video, dapat dilihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru. Gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Arash,26, itu sempat memintanya menutup mata.

Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Dia pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya anak muridnya itu pandai membaca.

IKLAN

“Dia nak kereta control kalau dah pandai baca” tulis Cikgu Arash.

Apabila menerima hadiah itu, kelihatan anak muridnya sempat bersembang dengan gurunya dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun tiba-tiba, dia bertindak memanjat meja untuk memeluk gurunya sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.

“Berair air mata…”

Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 23.7 kesukaan. Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen sebak dan memuji usaha guru tersebut dalam mengajar anak didiknya itu.

“Ala sebak pulak part peluk tu”

IKLAN

“The way dia panjat n terus peluk tu aduhhhhh”

“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”

“Alhamdulillah tahniah cikgu. Moga anak murid dpt jd pemimpin ummah akan dtg. aaminnn.”

“Allahu… terharunya part dia datang peluk ticer tu. dia really appreciate

IKLAN

Artikel Berkaitan: Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi Akui Sebak Dihadiahkan Kereta

Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama akaun Cikgu Arash tular di laman TikTok, bahkan dia yang meminati pendidikan awal kanak-kanak itu mengakui memang suka membuat kandungan mengenai anak-anak muridnya itu.

“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.

“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya terdahulu melalui temu bual bersama Mstar.

Sumber: TikTok 

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI