Selain muka bulat, pipi tembam, masalah ‘double chin’ juga menjadi kerisauan buat wanita dan hijabi. Masalah dagu berlipat ini seringkali dikaitkan dengan masalah kegemukkan. Malah jika ada tanda-tanda begitu menyebabkan ramai yang rasa ‘down’ dan hilang keyakinan untuk berhadapan orang ramai.
Namun sebenarnya wanita yang kurus juga kadang kala mengalami masalah ini. Siapa kata nak hilangkan ‘doule chin’ ini kena buat diet yang ekstrim? Tak perlu!
Ada rahsia yang terbaik menghilangkan masalah dagu berlipat iaitu dengan melakukan senaman otot muka seperti berikut. Jom kita semak.
Senaman Otot Muka
Ulang 8 hingga 10 kali. Ini untuk memanaskan otot muka. Gerakkan rahang ke depan dan ke belakang, kemudian ke bahagian tepi.
Lakukan 8 hingga 10 kali
Gaya Mencedok
Buka mulut, dan letakkan bibir bawah pada bahagian atas gigi seperti dalam gambar. Bayangkan anda sedang mencedok air menggunakan rahang bawah. Dalam masa sama, gerakkan kepala seperti dalam pergerakan mencedok. Ulang langkah ini 5 hingga 7 kali.
Ads
Bayangkan seperti mencedok air.
Pipi kembung
Tarik nafas sedalam mungkin, penuhkan pipi dengan udara. Tekan pipi guna tapak tangan. Tahan dalam keadaan ini selama 5 saat, kemudian lepaskan udara dan bertenang. Ulang langkah ini 5 kali.
Membujur
Pusingkan kepala ke kiri, tarik rahang bahagian bawah ke depan. Anda akan dapat merasakan otot di leher sedang ditarik. Kemudian, pusingkan kepala ke kanan, dan ulang pergerakan yang sama. Ulang langkah ini 5 kali di setiap bahagian.
Ads
Merasakan otot di leher seperti ditarik.
Teknik Cium Zirafah
Pandang ke langit dan muncungkan mulut. Kekalkan posisi 5 hingga 8 saat kemudian lepaskan. Ulang 5 kali.
Pandang ke atas dan muncungkan mulut.
Genggaman Halangan
Letakkan tangan bawah dagu, kemudian gerakkan rahang ke bawah. Dalam masa sama, tegangkan otot sambil melawan pergerakkan rahang. Tahan dalam keadaan ini selama 3 ke 5 saat. Ulang 5 hingga 7 kali.
Ads
Letakkan genggaman tangan bawah dagu.
Senyum Terpaksa
Ketap gigi seperti dalam gambar, cuba senyum selebar yang mungkin. Tolak lidah ke atas lelangit. Saat ini, korang akan rasa tekanan yang kuat pada dagu, Kekalkan 5 saat, dan ulang 5 hingga 8 kali.
Putih telur boleh menganjalkan kulit, caranya oleskan wajah dengan masker putih telur yang dicampur dengan perahan lemon. Amalkan tip ini seminggu 2 kali, InshaAllah bahagian dagu akan menjadi tegang dan halus.
SUMBER: www.brightside.me
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Serbuk cahaya seperti udara yang memberikan cahaya yang dapat dibina untuk liputan penuh dengan kemasan lembut matte didatangi dalam 50 warna sempurna untuk semua warna kulit.
Rihanna terinspirasi untuk membuat Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation tanpa menyumbat lubang pori. Rihana sendiri tidak pernah dapat mencari foundation serbuk yang sempurna untuk memenuhi keperluannya. Setelah 3 tahun menyempurnakan formula ini, dia mengakui ini adalah yang terbaik. Serbuk yang masih kelihatan seperti kulit semula jadi tanpa cela dan berfungsi dengan semua warna kulit.
Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation menyatu dengan cepat, fleksibel, sempurna dan mudah digunakan. Foundation serbuk serbaguna ini menyempurnakan solekan anda semuanya hanya dalam beberapa langkah pantas.
Pembungkusan yang bergaya dan mudah alih adalah penapis yang sempurna untuk dibawa dalam perjalanan. Rihanna selalu mempunyai item ini di dalam beg tangannya bersama foundation cecair Pro Filt untuk liputan tambahan. Formula Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation yang mudah mengadun dan membina, segera tanpa menyumbat liang kulit, menetap pada garis-garis halus dan membiarkan kulit wajah melembap semulajadi.
Gabungkan Formula Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation dengan salah satu foundation Pro Filt’r memberi kesan cahaya pada wajah anda. Fenty Beauty mempunyai formula yang sesuai dengan setiap pilihan skintone, kerana setiap individu berhak untuk mempunyai kulit yang sempurna.
Padanan Warna:Pro Filt’rSoft Matte Powder Foundation hadir dalam 50 warna yang sama dengan Pro Filt’r yang asli, jadi jika anda mengetahui warna anda, mulailah dan sesuaikan mengikut keperluan.
Dari jauh, Pro Filt’r Soft Matte Powder Foundation ini kelihatan sempurna. Saya pasti perlu menambahkan dimensi dengan bronzer dan penyerlah untuk mencapai kemahuan di tempat yang saya mahukan tetapi ia telah meratakan warna kulit saya dan menutup semua cela dan kantung mata saya.
Terdapat dalam kotak ramping dengan cermin dan span untuk digunakan sebagai aplikator, menjadikannya mudah untuk digunakan di mana sahaja. Saya merasakan ia sangat halus dan tahan lebih lama daripada kebanyakan bedak asas lain yang telah saya cuba. Ia tidak terlalu tebal pada kulit, tidak berkilat, dan anda juga tidak mempunyai asas tambahan yang tersisa. Sangat kagum!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Hati sanubari anda kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”. Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi anda lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah: Seharusnya anda bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya anda masih ada hati kan?
Patah hati atau di kalangan melinial sebut, broken heart, itu biasanya kerana dua perkara, putus cinta atau ditolak pinangan / lamarannya.Tapi kalau dilihat pergaulan zaman sekarang, sebab patah hati kebanyakan adalah kerana cinta. Dan hubungan cinta couple ini sememangnya satu hubungan yang salah.
Kalau dilihat dari sudut mana pun, couple lebih banyak membuat patah hati daripada suka hati. Status hubungan pasangan atau couple ini tidak jelas, tidak sah dan yang pasti tidak serius. Malah banyak anak muda waktu ini terlanjur sehingga melakukan perkara yang melampau seperti zina. Paling kurang pun berpegang-pegangan tangan.
Buat yang gagal melamar / pinangan ditolak, bukannya yang kamu lakukan itu salah.Mungkin pasangan yang menolak kamu bukan jodoh kamu. Ingat, Allah sudah menjamin tiga perkara iaitu rezeki, ajal dan jodoh.
Dan jangan lupa Allah juga berfirman, ertinya: Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah untuk wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” — QS. An Nuur: 26
Jadi yang sedang berduka dan patah hati, masihada ubat untuk merawat penyakit ini. Jangan sesekali anda lupa bahawa yang sentiasa melihat perbuatan anda adalah yang di Atas sana. Ubatilah hati dengan jalan yang benar. Buntu mencari solusi segala penyelesaian rujuk lah pada Dia kerana segala yang berlaku ada hikmahnya.
Psikolog Dr Guy Winch, penulis How To Fix A Broken Heart, telah berkali-kali menangani mereka yang mengalami patah hati. Dengan menggunakan riset, makalah, dan pengalaman menangani banyak pasien patah hati, Winch merangkum beberapa masalah paling umum yang dihadapi saat patah hati ,dan cara menanganinya.
Kalau patah hati, tak perlu bersedihan terlalu lama. Hindari suasana yang membuat kamu menjadi sebak atau melankolis. Tak usah dulu mendengar lagu-lagu dengan tema patah hati, atau melakukan aktiviti lain yang membuatkan sesak hati. Itu sama sahaja menabur garam di atas luka. Pedih bukan?
Apatah lagi menyalahkan diri sendiri kerana perpisahan sebenarnya dapat membuat kita lebih sukar untuk move on, dan dapat menyebabkan kita larut dalam kesedihan. Kita pasti sering bertanya-tanya, “apa yang saya lakukan salah?”. Menyerah pada pikiran negatif dapat membuat usaha untuk memperbaiki patah hati sia-sia.
Solusinya jika hugungan itu ada kena-mengena dengan keluarga, kemungkinan besar memerlukan waktu yang lama untuk menerimanya. Abalisi segala tindak bala sekeliling tanpa membuat tindakan yang tergesa-gesa.
Ingat bahawa berputus asa itu dosa. Bahkan, hal-hal paling tidak penting pun boleh membuat anda menangis. Misalnya, saat anda lupa membawa payung ketika hujan, atau anda marah pada seorang teman karena hal yang remeh. Anda mungkin terfikir bahawa mental anda terganggu. Tapi, anda jangan sampai kehilangan akal dan berputus asa. Hormon stres kortisol yang berperanan besar dalam perilaku yang tak menentu itu.
Rasulullah bersabda:
Dosa besar itu adalah mempersekutukan Allah, putus asa dari kurnia Allah dan putus harapan dari rahmat Allah.” —HR. Al Bazzar dan Thabrani
Solusinya rasa sakit secara emosional akibat perpisahan sering mengakibatkan tubuh memproduksi kortisol yang tinggi dan menekan sistem kekebalan tubuh, serta mempengaruhi mekanisme penyembuhan. Menurut Winch, langkah pertama dalam memperbaiki masalah adalah memahami bahawa itu normal. Jadi, jika hal-hal yang paling kecil membuat anda putus asa, luangkan waktu untuk menyedari bahawa reaksi anda kemungkinan besar disebabkan oleh responnya tubuh terhadap perpisahan. Sedarilah, reaksi itu bukan kerana keperibadian tetap yang baru seperti sedih, marah atau penolakan akan cinta.
Otak tak boleh menerima kandasnya hubungan tersebut saat hubungan berakhir, anda seringkali tergiang suaranya, membaca kembali pesan lamanya atau melihat foto-foto yang mengabadikan momen indah bersamanya.
Anda mungkin juga mengurung diri dari dunia luar. Jangan menyendiri, cari teman-teman yang dapat support dan yang membuat anda bangkit bukan yang menjatuhkan anda pula. Ketika patah hati, otak merespons cara yang sama seperti ketagih ubat terlarang.
Solusinya anda perlu memahami mengapa perpisahan itu terjadi agar boleh move on dari kisah cinta yang kandas tersebut. Anda juga disarankan agar mendengarkan saat sang pencinta memberitahu mengapa anda harus berpisah. Dan, jangan membuat alasan sendiri yang boleh mengeruhkan keadaan.
Jika hubungan itu berakhir tanpa alasan yang jelas, jangan salahkan bekas kekasih. Anda juga tak perlu memaksanya untuk kembali bersama. Menghargai diri sendiri adalah keutamaan yang penting bagi menjaga mauah diri. Fahami alasan mengapa hubungan tersebut harus berakhir, anda pasti tak lagi berharap untuk kembali bersamanya. Hidup pasti akan diteruskan dengan lebih indah!
Kemungkinannya adalah ketika kita megikuti perkembangan bekas kekasih di media sosial, anda akan menemukan sesuatu yang tidak ingin dilihat. Hati pasti akan jatuh pada kecemburuan tak jelas yang semakin membuat kita susah melupakannya. Mengintip media sosial bekas kekasih hanya boleh membuat kita lebih sukar move on.
Solusinya kita harus menghapuskan godaan iti. Meskipun terlihat seperti kebudak-budakan untuk tidak berteman atau tidak mengikuti media sosial bekas kekasih, haruslah memikirkan diri sendiri. Selain itu, anda harus menutup akses untuk menyakiti diri sendiri dengan membuka luka lama. Sekat semua media sosial adalah cara kita membatasi akses bersama bekas kekasih. Secara otomatis, cara ini akan membuat kita merasa lebih baik.
Tak perlu pergi ke tempat yang penuh kenangan bersamanya. Membawa diri ke tempat-tempat di mana kenangan bersama semasa bahagia, mungkin terdengar sebagai solusi yang tepat. Tapi, ini hanya boleh membuat hati menjadi lebih buruk ke depannya.
Solusinya juga mengatakan bahawa cara tersebut adalah idea yang tidak berkesan. Sebaliknya, kita perlu “membersihkan” asosiasi kita dengan tempat-tempat tersebut. Anda boleh menyingkirkan kenangan lalu, dengan aktiviti lari marathon, berkebun atau berbasikal boleh dilakukan. Atau kegiatan yang paling positif adalah belajar tentang Islam, dan menyertai aktiviti dakwah.Insya Allah dapat melupakan sakitnya patah hati, kerana Islam itu lebih indah dari yang anda sangka.
Sebuah hubungan asmara adalah tentang “anda”. Tapi, apa yang terjadi saat anda harus kembali pada “diri sendiri”?
Solusinya jangan biarkan hati mengendalikan diri anda. Terus lakukan aktiviti biasa yang anda pernah lakukan bersama. Jadilah diri sendiri, apa menariknya mungkin anda boleh menukar penampilan anda.
Tiba masanya sekira anda tidak berhijab sebelum ini, ubahlah penampilan supaya lebih diredhai Allah.
Melihat kembali hubungan yang kandas tersebut, mudah bagi fikiran untuk menipu kita agar berfikir hubungan tersebut sebenarnya jauh lebih baik dari kenyataan. Tapi, hanya kerana kita tidak boleh mengingat kekurangan bekas kekasih, bukan bererti bahawa dia tidak memiliki kekurangan.
Solusinya anda harus memaksa diri untuk mengingat hal buruk dalam hubungan tersebut dengan jelas. Tapi, ini bukan bererti kita harus meyakinkan diri sendiri bahawa mereka sebenarnya adalah orang yang mengerikan. Sebagai gantinya, ubati patah hati, dengan mengingatkan diri sendiri tentang kekurangan dalam hubungan tersebut. Jangan melihat lagi hal indah dalam hubungan yang telah kandas itu. Ingatlah bahwa bekas kekasih kita adalah orang yang tidak sempurna. Cara ini akan menghentikan kegusaran kita untuk kembali bertemu denga orang baru yang mampu mengisi hati.
Kalau anda putus dari ikatan couple, itu bererti anda terbebas dari perbuatan mendekati zina. Anda harus bersyukur. Kalau memang sudah bersedia untuk bernikah, bernikah sahaja, tak perlu bercouple / bercinta sebelum kahwin ni. Buktikan anda serius. Buat yang ditolak lamaran / pinangan, itu tandanya calon itu sesuai dengan Anda. Anda belum ada rezeki, cuba lagi. Dan jangan lupa berdoa kerana Allah pasti akan memberi jalan keluar yang terbaik buat anda. Pasti!
“Cinta yang terpuji adalah cinta yang memberikan manfaat kepada orang yang merasakan cinta itu untuk kebahagiaan dunia dan akhiratnya. Cinta inilah yang menjadi asas kebahagiaan.
Sedangkan cinta bencana adalah cinta yang membahayakan pelakunya di dunia maupun akhirat dan membawanya ke pintu kenistaan serta menjadikannya asas penderitaan dalam jiwanya.”
Linda Hashim bakal bergelar mutawifah bermula tahun hadapan selepas mengikuti kursus sebagai persediaan membimbing jemaah wanita menunaikan ibadah umrah, sambil terus aktif dalam dunia lakonan.