Penghantar makanan wanita di Malaysia agak jarang kelihatan tetapi hakikatnya ada. Wanita kini mampu untuk melakukan segala kerja asalkan mendatangkan rezeki yang halal.
Walaupun jarang kita melihat kaum wanita yang memilih untuk bekerja sebagai penghantar makanan namun itu tidak bererti mereka tiada dalam bidang ini.
Bagi Farah Nur Syifa, 20, dia pada awalnya memilih untuk bekerja sebagai seorang penghantar makanan (Foodpanda) sejak habis praktikal hanya sekadar kerja sambilan.
Namun, memandangkan waktu sekarang susah untuk mendapatkan pekerjaan dia membuat keputusan untuk melakukan sepenuh masa.
“Saya kerja dengan Foodpanda sejak awal tahun lagi. Saya daftar tahun lepas masa tengah belajar dulu tapi baru dapat masuk awal tahun.
“Awal tahun pulak saya praktikal, jadi saya buat sambilan lepas dah habis kerja. Selepas praktikal, saya terus buat sepenuh masa sebab sekarang ini susah nak dapat kerja.
Ads
“Saya suka kerja ni, boleh dikira macam hobi juga la. Kadang kadang tu ada perasaan takut juga terutama waktu malam, saya pulak perempuan.
“Alhamdulillah sepanjang bekerja ni tak ada lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Minta dijauhkan,” jelasnya kepada Astro Gempak.
Ads
Selain itu, dia berasa seronok dan gembira dapat bertemu dengan pelanggan daripada pelbagai latar belakang yang rata-ratanya memberi layanan yang baik.
“Pengalaman yang menyeronokkan, pelanggan tak kira bangsa dan umur. Mereka ‘sporting’, ada yang bagi duit raya dekat saya.
“Paling seronok apabila pelanggan faham masa kita lambat hantar sebab kedai makan tengah ramai orang.
Ads
“Alhamdulillah, masa puasa haritu ada pelanggan sedekahkan air untuk saya berbuka. Masa tu tinggal dua minit lagi nak berbuka. Rasa dihargai sebagai ‘rider’ dan barisan hadapan,” kata Fafa.
Di samping itu, rupa parasnya yang cantik membuatkan Fafa tidak terlepas daripada diganggu oleh kaum Adam.
“Kadang-kadang tu ada ja tapi saya tak layan. Kalau nombor tak kenal, saya akan layan jika dia pelanggan perniagaan saya.
“Bukan hanya satu kerja saya buat, ada beberapa lagi yang saya sertai sebagai ejen. Saya juga tolong ibu jual laksa mee pangkor, setiap hari saya akan hantar di sekitar Ipoh,” kata pelajar Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) jurusan Terapi Kecantikan ini.
Hari Jumaat merupakan penghulu kepada segala hari. Selain itu hari Jumaat juga merupakan hari yang agung disebabkan ia mempunyai banyak kelebihan, keistimewaan dan kemuliaan berbanding hari-hari yang lain. Maka banyak-banyaklah berselawat dan berdoa pada hari Jumaat yang mulia ini.
Doa diertikan sebagai memohon dengan sepenuh hati kepada Allah SWT dengan permohonan yang mengharapkan kebaikan di sisi-Nya, memohon dengan rendah diri supaya apa yang diminta itu diperkenankan dan cita-cita termakbul.
Anjuran Dan Perintah Memperbanyakkan Doa
Doa menurut Imam al-Khattabi adalah permohonan hamba kepada Tuhannya dengan mengharapkan pertolongan-Nya dan juga bantuan daripada-Nya.
Firman Allah SWT:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: ‘Berdoalah kamu kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.’”
Ayat ini merupakan dalil yang menunjukkan bahawa Allah SWT menuntut para hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tiada khilaf dalam kalangan orang Islam.
Dalam agama Islam, doa bukanlah sesuatu perkara yang remeh tetapi mempunyai peranannya yang besar. Oleh sebab itu, ia sendiri dianggap sebagai ibadah. Hal ini adalah sebagaimana riwayat daripada al-Nu‘man bin Basyir bahawa beliau mendengar Nabi SAW bersabda:
الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ
Maksudnya: “Doa itu merupakan ibadah.”
Selain itu, kita sebagai seorang yang beriman perlulah sentiasa berdoa kepada Allah SWT kerana insan ini sifatnya lemah dan sentiasa mengharapkan bimbingan sang Penciptanya dalam setiap keadaan. Tambahan lagi, banyak doa-doa yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada kita untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Allah SWT berfirman:
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Maksudnya: “Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
Menurut Imam al-Qurtubi, ayat di atas menunjukkan bahawa Allah SWT bukan sahaja memerintahkan kepada para hamba-Nya untuk beribadah bahkan Dia juga memberikan jaminan bahawa doa tersebut akan dimustajabkan.
Kata Khalid al-Rib’ie: Sangat ajaib buat umat ini, dikatakan kepada mereka: “Berdoalah kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.” Allah memerintahkan kepada mereka untuk berdoa, serta menjanjikan kepada mereka kemustajaban tanpa ada sebarang syarat antara keduanya.
Kemudian Allah SWT berfirman dalam ayat yang sama:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.”
Ibn ‘Asyur di dalam tafsirnya menyatakan bahawa ayat ini menjadi dalil bahawa Allah SWT menuntut hamba-Nya untuk berdoa kepada-Nya berkaitan hajat-hajatnya serta ia menjadi dalil akan pensyariatannya dan perkara ini tidak mempunyai khilaf dalam kalangan umat Islam sendiri
Antara kelebihan dan fadhilat hari Jumaat, terdapatnya waktu di mana doa adalah mustajab. Hal ini berdasarkan hadith, Nabi SAW menyebut tentang hari Jumaat, sabdanya:
Maksudnya: “Pada hari tersebut ada satu ketika jika bertepatan seseorang Muslim yang mendirikan solat Jumaat memohon sesuatu kepada Allah SWT, nescaya Allah SWT memperkenankannya.”
Sambil bersabda, Baginda mengisyaratkan ketika yang sedikit itu dengan tangannya.
Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Berdasarkan soalan di atas, terdapat sebuah hadith yang sahih berkaitan hal tersebut. Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan juga imam Muslim di dalam sahihnya dengan lafaz yang sedikit berbeza:
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: “Pada hari Jumaat ini ada satu masa yang sekiranya ditepati oleh seorang muslim dalam keadaan dia bersolat meminta sesuatu daripada Allah SWT, pasti Allah SWT akan memperkenankan permintaanya itu.”
Melihat kepada hadis di atas, kita memahami bahawa Allah SWT telah meletakkan satu tempoh masa yang sangat istimewa pada hari Jumaat iaitu setiap permintaan hamba-hambanya akan dikabulkan pada waktu tersebut.
Dalam masalah ini, terdapat beberapa pendapat yang dinyatakan oleh para ulama’ sebagaimana yang disebut oleh Imam al-Nawawi berdasarkan pendapat al-Qadhi ketika mensyarahkan hadis ini di dalam sahih Muslim, antaranya:
Pertama: Waktunya adalah ketika khatib duduk di atas mimbar sehingga selesai solat.Pendapat ini disokong dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari.
Kedua: Waktunya adalah selepas asar sehingga terbenamnya matahari.
Ketiga: Waktunya adalah ketika solat didirikan sehingga ia selesai.
Keempat: Waktunya apabila imam keluar sehingga selesainya solat.
Sebelum ini kecoh di media sosial apabila bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee yang memuat naik gambar anaknya yang baru berusia tiga tahun dalam penampilan yang sedikit seksi. Foto dimuat turun dalam laman instagram personaliti ini mendapat kecaman netizen kerana beranggapan cara Farah Lee memakaikan anaknya, Maream Esabel tidak mengikut syariat Islam walaupun usianya masih muda. Namun sebagai ibu, Farah Lee kemudiannya menjawab segala kecaman memberitahu sebaliknya.
Jawapan Farah Lee mendapat komen positif dari netizen yang menyokong perbuatan Farah Lee dalam membesarkan anak perempuannya itu. Namun baru-baru ini komen dari seorang wanita di laman twiter turut menyelar sekali lagi perbuatan Farah Lee.
Menurut pengguna yang memakai nama @buyuluda, apa yang diperkatakan ramai adalah mengenai aurat. Malah dia memberikan pendapat bahawa bayi walaupun masih belum keluar sepatutnya sudah memakai tudung. Apatah lagi jika yang sambut doktor itu adalah doktor lelaki.
Malah dia turut menyindir kaum ibu yang sepatutnya pakaian bayi anda tudung dan seluar panjang sejak dalam perut lagi. Kedengaran memang lucu, tetapi ada kebenarannya. Walaupun sekadar pandangan tetapi kita juga perlu take note apa yang telah diperkatakannya.
Pendapatnya turut disokong netizen yang turut bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh @buyuluda. Apa sekali kata-kata yang dilemparkan ia adalah pandangan peribadi.
Namun penjelasan Ustaz Azhar Idrus mengenai aurat ini adalah anggota yang wajib ditutup dari pandangan manusia yang haram melihat. Dalam hal ini ustaz menjelaskan ada aurat yang tak haram dilihat seperti aurat kanak-kanak (berusia 3 tahun, 4 tahun atau 5 tahun) jika dilihat tidak bernafsu.
Walau bagaimanapun, rasanya menjadi tanggungjawab seorang ibu itu untuk memastikan dan menjaga batas aurat anak kecil mereka agar tidak ada mata-mata jahat yang akan melihat dengan pandangan bernafsu. Maklumlah dalam zaman media sosial ini, bimbang ada pelbagai kemungkinan terjadi sekiranya kita terlalu bebas memaparkan gambar anak dalam mood yang tidak bersesuaian.
Lihat sahaja beberapa selebriti yang mempunyai anak kecil tetapi sudah memakaikan tudung buat si cilik mereka terutama bila keluar bersantai. Mereka tetap comel dalam busana labuh serta hijab yang menutupi mahkota. Kata orang melentur buluh biar dari rebungnya.
Misalnya Oki Setianadewi dan Yatt Hamzah yang mana anak perempuan mereka dipakaikan tudung walaupun usianya masih kecil. Walaupun ada kalanya hijab digayakan senget, tetapi tetap terserlah kecomelannya.
Jom kita lihat beberapa selebriti yang ada anak kecil dalam gaya hijab yang sangat mencuit hati.
Selalunya sambutan hari jadi akan disambut dengan insan tersayang. Barulah terasa istimewa sambutan hari berkenaan. Namun ada juga antara insan yang ingin merasai sambutan hari jadi secara keseorangan. Mungkin kemeriahan tidak sama, tetapi keseronokan hanya empunya diri yang merasainya. Seperti perkongsian gadis ini d laman twitter di mana dia meraikan harijadinya seorang diri dengan cara tersendiri. Caranya ‘me time’ cukup berbeza dengan orang lain dan yang pasti kos digunakan tidak sampai RM100.
Gadis yang menamakan dirinya di twitter sebagai E.Geller atau @alyssazainal ini mengambil keputusan untuk sambut hari jadinya seorang diri di Kuala Lumpur. Menurutnya, ada beberapa perkara menarik boleh dilakukan. Perkara pertama dilakukan adalah membeli bunga untuk diri sendiri di Petaling Street. Boleh pilih sendiri bunga yang diingini dan ia pasti memberi lebih kepuasan.
Perkara kedua yang dibuatnya adalah pergike Central Market. Di mana di sini dia dapat melihat peniaga menjual batuan yang cantik dan juga deretan kedai dan kafe yang menarik. Juga jangan lupa untuk abadikan foto menarik di sini. Keadaan Central Market atau CM tidak seperti di awal 90an, tapak seni ini sudah diperbaharui dengan pelbagai kemudahan untuk pengunjung.
Untuk melengkapkan sambutan hari jadinya, gadis ini turut membelanja dirinya sendiri makan di sebuah kafe yang boleh menawarkan desert secara percuma. Caranya adalah hanya dengan menunjukkan kad pengenalan kepada petugas di kafe berkenaan. Dan anda akan mendapat kelebihan sempena sambutan hari jadi.
Perkara keempat yang dilakukannya adalah dengan melawat beberapa tempat menarik sekitar Kl. Antaranya adalah Balai Seni Lukis Negara yang menawarkan kemasukan secara percuma. Banyak kawasan menarik dan interaktiif zone boleh dilakukan dan paling pending juga boleh abadikan foto di tempat seni ini.
Satu lagi pilihan untuk sambutan hari jadinya adalah dengan mengunjungi KLPAC atau Istana Budaya ataupun panggung teater lain. Hanya dengan membayar tiket sebanyak RM50 atau lebih murah (jika tunjukkan kad pelajar), gadis ini boleh menyaksikan persembahan teater yang sedang berlangsung. Ia sangat berbaloi kerana boleh menonton persembahan mereka secara live.
Jadi pada hijabi di luar sana, jika terasa bosan melakukan sambutan yang sama setiap tahun, apa kata contohi apa yang gadis ini dilakukan. Bukan sahaja murah, tetapi juga berbaloi. Inilah yang dikatakan ‘me time’ lebih-lebih pada hari jadi anda. Tak rugi mencuba.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Selebriti yang kini sukses sebagai ahli perniagaan, Mila Jirin baru-baru ini memuat naik satu hantaran megimbau kembali detik permulaan serta cabaran dihadapi sebelum berada...