“Tak lama lagi menanti zuriat dari Allah S.W.T akan mendapatkannya, Allah pasti makbulkan segala permintaan hamba-Nya yang selalu yakin dalam berdoa Aamin Ya Mujib. Kurniakan mereka rezeki zuriat agar mereka dapat merasai kebesaran-Mu, Aamin.
Alhamdulillah kami dikurniakan rezeki yang sangat indah ini. Sentiasa doakan kami dan dipermudahkan segala urusan. Eid Adha dari kami dua setengah.” tulisnya.
Ads
Sementara itu, rakan-rakan rata-rata selebriti dan orang ramai mendoakan dan mengucapkan tahniah kepada pasangan itu ketika mengunjungi kaunter.
Sebelum ini, dalam temu bual pada 15 Jun lalu, Safawi mendedahkan isterinya hamil dan sudah mencapai usia kandungan enam bulan.
Ads
Mengimbas kembali, Syifa dan Safawi melangsungkan perkahwinan secara tertutup di hotel Hilton Petaling Jaya pada 28 November tahun lalu.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tural baru-baru ini seorang budak perempuan yang dikatakan paling cantik di dunia. Umurnya baru 8 tahun tapi berpotensi menjadi salah seorang wanita yang pastinya akan jadi kegilaan lelaki di luar sana pabila dewasa kelak.
Namun tidak mustahil kerana kecanggihan dunia sekarang menjadikan budak sekarang semakin advande dan mudah terdedah dengan pelbagai informasi terkini.
Tidak sama situasinya dengan ibu bapa zaman dahulu yang tidak begitu peduli dengan penampilan anak mereka. Maklumlah zaman kanak-kanak, kita memang comot dan agak selekeh. Tetapi ibu bapa sekarang, sudah mendidik anak-anak mereka menjadi lebih matang berbanding usia.
Ella Gross yang baru berusia 8 tahun dari Los Angeles ini menjadi viral kerana kecantikan dan kecomelannya bagai anak patung bernyawa. Malah kecantikan Ella Gross menjadi bualan sehingga gambarnya menjadi model jenama terkemuka menjadi bualan ramai.
Jom selidik beberapa fakta menarik mengenai Ella Gross.
2. Bernaung di bawah pengurusan model terkemuka, L.A. Models yang turut dinaungi gadis tercantik di dunia Kristina Primenova.
3. Sudah ditawar menjadi model pakaian kanak-kanak berjenama. Antaranya GAP Kids, Zara Kids, Abercrombie & Fitch, Levi Dan Lacoste.
4. Pandai bergaya dan senyumannya bisa membuatkan hati orang cair melihatnya.
5. Sangat berbakat dalam bidang modeling dan memasang impian untuk bergelar model Berjaya. Ella Gross juga bijak memberikan pose menarik dengan menurut konsep yang telah diberikan.
6. Memilik wajah natural yang sangat classy. Memiliki mata yang besar, hidung mancung, kulit yang putih dan halus terutama apabila melemparkan senyuman.
7. Bukan sahaja terkenal di Amerika dan Korea tetapi juga di rantau Asian.
8. Seperti juga kanak-kanak perempuan lain, Ella Gross juga turut menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain. Dia begitu gemar menari, dan bermain muzik instrument.
9. Mempunyai follower di laman IG 166K. Laman sosialnya ini diuruskan oleh ibunya dan setiap hari akan update foto dan aktiviti terbaru Ella Gross.
SUMBER:KOREABOO.COM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Apabila menjadi ratu sehari, pastinya kita mahu kelihatan cantik jelita daripada hari-hari biasa. Iyelah, bukannya selalukan dapat rasai momen begini. Namun, saat itu boleh bertukar menjadi mengecewakan jika ia tidak berjalan seperti yang diharapkan.
Seperti yang berlaku kepada Yana Nazaruddin, dia berkongsi rasa sedihnya apabila tidak mendapat solekan seperti yang diharapkan daripada jurusolek yang diupah.
Tambah menyakitkan hati, jurusolek tersebut tidak berasa bersalah padanya dan hanya berdiam diri apabila dihubungi.
Bagaikan pelangi yang muncul selepas hujan, posting yang dimuat naik oleh Yana itu telah mencuri tumpuan jurusolek terkenal iaitu Mua Bellaz.
Rasa simpati terhadap Yana, Mua Bellaz berniat mahu menaja solekan dan busana perkahwinan yang baharu bagi menggembirakan dirinya.
Viral bebeberapa hari lepas apabila seorang pengulas fesyen menyelar mereka yang berbadan besar untuk tidak hadir ke majlis pertunjukkan fesyen. Ini kerana menurutnya daging berlebihan di kiri kanan peha akan terlepas pada kerusi bersebelahan menyebabkan orang yang duduk di situ tidak akan rasa selesa. Ramai yang mengecam kenyataan berani dari pengulas fesyen wanita ini.
Tidak salah sebenarnya mereka yang berbadan besar untuk hadir ke majlis sebegitu, asalkan tahu cara atau etika berpakaian yang sesuai. Diambil dari blog Lala Rahim yang sudah 9 tahun dalam dunia blogger, memberi tip fesyen bagaimana sesuai untuk mereka yang berbadan besar supaya nampak kurus.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada mereka bertubuh Plus Size memilih pakaian bersesuaian dan tidak akan diperlekehkan atau rendah diri dalam setiap majlis yang dihadiri.
Bagi mereka yang berbadan besar, montel aka chubby ni bolehlah ikut tips berpakaian bagi nampak kurus. Aku saja je nak kongsi macam mana cara berpakaian dengan betul supaya nampak effect slim! Plus, aku rasa orang acah-acah gemuk tapi kurus pun boleh la cuba tips ni. Actually pakaian kita sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seharian.
1) Black is sexy
I mean not just black jelah tapi baju yang berwarna gelap tu boleh bagi effect kurus tau. Ada pendapat mengatakan pakaian berwarna hitam memberi ilusi kurus. Warna gelap boleh menyembunyikan bentuk tubuh atau punggung yang besar. Ya. Tepat sekali. Namun, jangan menghadkan diri korang untuk memakai pakaian berwarna hitam sahaja. Sebaliknya cuba warna-warna gelap yang lain seperti ungu gelap, merah hati atau biru gelap.
2) Pilih fabrik material chiffon bukan spandex
Hindari diri korang dari mengenakan fabrik yang melekat di tubuh seperti spandex. Spandex atau lycra lah material dia ketat tu. Pilih fabrik yang selesa yang boleh memberi efek flowing seperti Chiffon, kain kapas dan Crepe dan banyak lagi. Tak susah pun hendak mencari. Cuma memerlukan sedikit kerajinan dalam diri dalam usaha tampak cantik meskipun bertubuh gempal.
3) Cetakan berjalur menegak bukan melintang
Salah satu perkara yang mungkin korang terlepas pandang adalah dengan menggayakan pakaian yang mempunyai cetakan jaluran melintang. Ia akan menampakkan tubuh badan korang lebih besar. Sekiranya korang peminat cetakan ini, pilih jaluran menegak. Namun jaluran menegak yang tebal juga tidak sesuai untuk korang yang bertubuh besar. Untuk tubuh gemuk, elakkan memakai motif atau corak yang bersaiz besar supaya tubuh tidak kelihatan semakin melebar.
4) Aksesori Pilihan
Untuk kelihatan lebih langsing, korang boleh memakai perhiasan atau aksesori seperti rantai, gelang dan anting-anting dengan warna terang. Meskipun sebagai pelengkap penampilan, aksesori ini juga dapat membantu korang kelihatan lebih ramping. Pakai rantai yang panjang dan menjuntai ke bawah. Rantai panjang akan membuatkan tubuh korang kelihatan lebih tinggi sehingga korang akan nampak lebih ramping dan langsing.
Selain itu korang boleh juga memakai gelang tangan besar berwarna coklat kerana ia akan membuatkan pergelangan tangan korang kelihatan kecil. Begitu juga dengan anting-anting, saiz yang besar akan memberikan ilusi mata iaitu kepala korang akan nampak lebih kecil. Di samping itu juga, korang disarankan agar menghindari memakai tali pinggang yang lebar kerana ia akan membuatkan korang kelihatan semakin pendek. Elakkan juga mengikatnya terlalu kuat sehingga menampakkan timbunan lemak diperut korang itu. Sebaiknya pilih ikat pinggang bersaiz kecil.
5) Nak pakai jeans atau skirt?
Buat penggemar jeans atau seluar denim, pilih denim potongan lurus. Ini memberikan efek lebih kecil pada kaki korang. Jangan gunakan denim seperti seluar skinny kerana ia akan membuatkan siapa yang melihat akan tertumpu pada peha dan kaki korang. Tambahan pula potongan seluar seperti ini sudah sudah tidak memberikan pengaliran udara untuk kaki korang. Keselesaan berpakaian juga diambil kira. Jangan lupa denim pun perlu berwarna gelap ya! Entah la tapi kalau ikutkan aku, bagi yang berpunggung besar seeloknya pakai lah kain barulah nampak ayu sikit haha. Kalau nak pakai skirt pun biarlah skirt berwarna gelap juga.
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.