Bersaing di peringkat adalah suatu benda yang sukar buat seseorang. Kepandaian serta strategi untuk menonjol itu perlu mahir pada seseorang individu itu untuk lebih tertampil kehadapan dari yang lain.
Baru-baru ini, Malaysia dikejutkan lagi dengan kemenangan seorang gadis berumur 17 tahun dari Sabah dalam Pertandingan Menulis Puisi Haiku anjuran Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina. Pelajar dari kolej Vokasional Keningau, Sabah ini membuktikan lagi kehandalan pelajar tempatan.
Hebat! Kalahkan ramai peserta dari beberapa negara
Sumber dari Dr Sirhajwan Idek
Kemenangan dari seorang gadis, Siti Nur Hanisah Omar Hashim yang berumur 17 tahun telah menangangkat nama Malaysia pada peringkat antarabangsa selepas menjadi juara dalam Pertandingan Menulis Haiku di Festival Seni ‘Argentine Gathering‘ yang dianjurkan oleh Monolits Festivals di Buenos Aires, Argentina.
Lebih dikenali sebagai Hanisah, merupakan seorang pelajar yang menuntut di Kolej Vokasional Keningau di Sabah. Dia mengambil jurusan Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Ads
Menurut laporan di SabahMedia, Pengarah Kolej Vokasional Keningau, Sabah, Encik Johari @ Jaibet Sabin menjelaskan bahawa Hanisah menjadikan ibu dan bapa serta suasana sekolahnya sebagai sumber inspirasi. Terhasil dari itu, dia berjaya menghasilkan 10 puisi haiku yang dipersembahkan melalui saluran Youtube Dr Sirhajwan Idek.
Dia difahamkan menjalani beberapa bengkel menulis haiku yang dianjurkan oleh sekolahnya dengan pantauan oleh jurulatih dari negara Britain dan Amerika Syarikat. Bukan berlatih biasa, tetapi dia berlatih secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meet sahaja.
Ads
“Haiku merupakan puisi yang berasal dari negara Jepun dengan format tersendiri. Ianya terdiri dari tiga barisan ayat dengan suku kata spesifik iaitu lima suku kata bagi ayat pertama tujuh suku kata bagi ayat kedua dan lima suku kata bagi ayat terakhir. Dua ayat pertama merupakan pembayang bagi ayat ketiga yang menyampaikan maksud atau mesej sebenar pusi tersebut,
“Puisi haiku yang dianggap sebagai salah satu warisan budaya sastera negara Jepun selalunya bertemakan alam semulajadi,” begitulah penjelasan Encik Johari dalam satu kenyataan semalam berkenaan kemenangan pelajar di kolej vokasionalnya.
Pihak kolej Vokasional Keningau, Sabah turut berbangga atas kejayaan yang diperoleh oleh Hanisah dan mengucapkan tahniah buatnya. Sebagai pengarah Kolej Vokasional itu, Encik Johari mengharapkan agar lebih ramai pelajar yang mampu menghasilkan karya seni serta memelihara budaya serta menguasai bahasa Inggeris.
Sebagai manusia normal, tekanan adalah perkara biasa. Hanya manusia kurang normal yang mungkin tidak merasai tekanan. Namun begitu, bagaimanakah cara kita menghadapi tekanan?
Setiap orang pasti mempunyai cara tersendiri menghadapi tekanan di tempat kerja, sekolah, dengan pasangan dan sebagainya. Perkara ini penting untuk membuatkan minda kita melupakan seketika segala kesukaran yang dihadapi, membantu kita bertenang dan memberi semula kekuatan untuk menghadapi tekanan (stres) itu.
.
Panduan Menghilangkan Stres
Oleh kerana kita hidup di dunia terbuka, kita meluah masalah di media sosial. Apabila media datang untuk temu ramah, habis segala masalah rumah tangga kita londehkan.
Kita meluahkan segalanya kepada kawan yang ternyata tidak mampu menyelesaikan masalah kita, sebaliknya memanaskan lagi keadaan.
Walhal, Islam mengajar agar kita merujuk kes kepada ahli keluarga dan minta ahli keluarga yang bincangkan secara penuh kasih dan santun.
.
Percayalah, ketika kita beremosi, elakkan diri daripada bercakap. Kerana percakapan kita tidak berpandukan akal. Kita lebih berpandukan emosi dan perasaan yang kacau bilau.
Bersabarlah, berzikirlah, kerjakan solat. Percayalah, dengan mengadu kepada Allah Taala, akan ada jalan penyelesaian yang lebih konstruktif.
Dan percayalah, media sosial akan lebih merosakkan.
BERIKUT DIKONGSIKAN CARA MENGURUS STRES SEPERTI YANG DIKONGSIKAN OLEH IMAM MUDA HASSAN ADLI YAHYA
1. Bersukan
Jika terlalu banyak ‘beban’ dalam kepala pada satu masa, saya mengambil masa untuk bermain badminton bersama teman. Dengan bersukan, ia membantu mengurangkan tekanan dengan banyak cara.
Bukan sahaja melepaskan endorfin dan membantu melancarkan peredaran darah, malah memberi saya ruang untuk berfikir dan mencari ilham. Malah saya seperti ‘terlupa’ sebentar perkara yang membebankan kepala ketika itu.
Selalunya saya meninggalkan rumah dengan kepala yang serabut, tetapi pulang semula ke rumah dengan penyelesaian kepada masalah sebelum itu. Oleh itu amalkan bersukan, sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu.
2. Rehat dan tidur
Tidur yang cukup dan pada waktu yang ideal memainkan peranan yang penting dalam mengimbangi emosi dalam kehidupan seharian kita.
Tidur yang cukup umpama mengecas tenaga kita sepenuhnya dan mengekalkan kestabilan emosi. Malah boleh menjadikan kita seorang yang optimis selain membuatkan kita segar selepas mendapat tidur yang cukup.
Saya mencadangkan anda supaya mengamalkan tidur seketika pada waktu siang iaitu sebelum masuk waktu Zuhur. Malah ia adalah sunah yang diamalkan Baginda SAW. Tidur ini tidak lama, hanya sekitar 15 hingga 30 minit sahaja.
Mengikut kajian, satu minit Qailulah kualitinya bersamaan dengan 45 minit waktu tidur kita pada waktu malam. Jadi, cukup sekadar dapat 15 minit Qailulah, ia mampu mengembalikan banyak tenaga kepada badan kita.
Namun, jika di pejabat dan waktu rehat kita adalah jam 1 hingga 2 petang, jangan pula tidur dengan alasan mahu mengamalkan sunah. Sebaliknya, ambil masa selepas makan tengah hari dengan bersandar di kerusi dan melelapkan mata sebentar.
Tetapi harus diingat, tidur berlebihan akan memberi impak yang kurang baik kepada anda dan mungkin menjadi lebih stres selepas itu.
3. Luangkan masa dengan keluarga dan sahabat
Meluangkan masa dengan sahabat dan keluarga akan ‘mencairkan’ masalah. Orang yang membawa kita kegembiraan mungkin tidak tahu tentang beban sebesar gunung yang kita tanggung apabila hanya duduk di meja dan bersandar merenung siling.
Ketawa, bercerita dan berkongsi tekanan yang kita hadapi ketika itu akan membuatkan kita lebih baik dan masalah akan lebih terkawal.
Jika kita masih mempunyai ibu dan ayah, lawatlah mereka. Jika tidak mampu, telefon mereka bertanya khabar. Insya-Allah, tiada apa yang lebih menenangkan dan mampu meleraikan keserabutan di kepala melainkan suara mereka yang tercinta.
4. Bersolat dan berdoa
Solat adalah antara perkara mudah yang sering dirasakan susah oleh sesetengah orang. Ia adalah cara paling mudah dan efisien untuk mengadu terus segala masalah kita yang sebesar gunung kepada Sang Pencipta.
Apabila kita bersolat, kita berhubung secara terus dengan Allah dan Allah mendengar segala perkara yang kita keluhkan. Pada ketika bersujud berdoalah bersungguh-sungguh kerana pada ketika sujudlah Allah paling hampir dengan kita.
.
Selesai solat, tarik nafas dan pejamkan mata. Kemudian berselawatlah dan beristighfar. Insya-Allah diberikan ketenangan.
5. Membaca al-Quran
Mulakan hari kita dengan membaca al-Quran. Sebaik-baiknya selepas solat Subuh, pada waktu pagi sebelum memulakan kerja.
Al-Quran adalah mukjizat yang terbesar, insya-Allah dengan membacanya pasti mampu melunakkan hati dan memberi ketenangan kepada sesiapa yang membacanya. Kita juga boleh mendengar bacaan ayat al-Quran di tempat kerja.
Dalam Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
.
Mendengar bacaan al-Quran dengan baik, dapat menghiburkan perasaan sedih, menenangkan jiwa yang gelisah dan melunakkan hati yang keras serta mendatangkan petunjuk. Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah, yang diberikan kepada orang yang mendengarkan bacaan al-Quran dengan baik.
6. Bersedekah
Bersedekah adalah antara cara terbaik untuk kita bermuhasabah. Bersedekah mengajar kita untuk melihat kembali orang di bawah kita.
Ketika kita sering mengeluh tertekan dengan kerja dan sering membanding-bandingkan dengan orang lain di atas kita, bersedekah ‘memaksa’ kita untuk tunduk dan melihat orang lain.
.
Ketika kita tertekan, kita masih mempunyai wang untuk makan dan menguruskan diri. Bagaimana pula dengan mereka yang terpaksa meminta-minta hanya kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup?
7. Berjalan-jalan melihat alam
Melangkahlah keluar rumah, hirup udara sedalamnya dan lihatlah langit. Nikmatilah bagaimana waktu matahari tenggelam. Anda pasti terpaku dan kagum dengam keindahan lukisan Allah.
Insya-Allah perkara ini akan lebih membuatkan kita mengingati Allah, kagum terhadap kekuasaan-Nya dan kita akan berasa bersyukur terhadap segala nikmat yang telah dilimpahkan.
Lama-kelamaan, rasa bersyukur dan takjub terhadap nikmat Allah ini akan membawa pergi rasa tekanan secara perlahan-lahan, jauh daripada kepala kita.
Sumber kredit: Mohd Dzul Khairi Mohd Noor dan Imam Muda Mohd Hassan Adli Yahya via Harian Metro
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Dayah Bakar, satu figura dan nama yang tidak asing lagi dalam arena pengacaraan negara, wajah manis ibu kepada seorang cahaya mata ini seringkali menghiasi kaca-kaca televisyen bagi pelbagai program kewanitaaan dan kerohanian.
Terbaharu hari ini, wanita muda yang cukup hebat ini telah melancarkan satu muzik video berjudul ‘Jarak’ yang dinyanyikan sendiri olehnya, hasil daripada pengalaman peribadi ketika terpaksa berjauhan dengan suami dan keluarga sewaktu pandemik melanda dunia.
Ketika dihubungi Hijabista, Dayah berkata, tujuan melancarkan single terbaharu ini adalah untuk memberi semangat dan suntikan ‘sense of belongings’ buat insan-insan diluar sana yang terpisah oleh jarak.
Menurut Dayah, Jarak merupakan sebuah hadiah yang dihasilkan khusus buat mereka yang berdepan hubungan jarak jauh bersama insan tersayang (LDR).
Tambahnya lagi, jarak mempunyai maksud yang meluas dan tidak terbatas kepada hubungan jarak jauh antara pasangan suami isteri atau jarak percintaan sahaja.
“It could be, jarak anak dan ibu bapa, jarak sahabat karib, jarak antara adik beradik, jadi maksud Jarak ini sangat meluas.
“Sejujurnya memang saya berkongsi rasa untuk mereka yang melalui LDR, jadi sebab itu lagu ‘Jarak’ ini di cipta,” ujarnya ketika dihubungi Hijabista.
Selain itu, Hijabista difahamkan single ‘Jarak’ ini merupakan single kedua yang dinyanyikan oleh Dayah Bakar, selepas single pertamanya empat tahun lalu yang berjudul ‘Imamku’ yang dikarang khas buat suami tercinta.
Meskipun gementar dalam keterujaan melancarkan muzik video kedua ini, Dayah akui dirinya turut berasa lega dan gembira, melihat sambutan positif dan menggalakkan yang diterima dari peminat dan orang ramai.
“Alhamdulillah.. Lagu Jarak ini mendapat sambutan yang baik, the comment is overwhelming, walaupun baru sangat dilancarkan.
“Saya tak sempat nak baca secara details lagi, sebab Instagram saya dibanjiri dengan Tagged dan komen sebab orang baru lepas dengar lagu Jarak.
“Saya tak pernah fikir yang lagu Jarak ini akan meletup, tapi apa yang saya mahu adalah orang ramai dapat betul-betul feel lagu saya dan appreciate walaupun sikit saya sangat gembira.
“Walaupun saya sangat gementar dan teruja untuk melihat reaksi orang ramai, saya amat galakkan para peminat untuk menonton muzik video Jarak sambil merakam diri sendiri.
“Ini kerana saya mahu melihat reaksi mereka, ada yang kata dah menangis sampai keluar air mata macam pili Bomba,” jelasnya.
Mengulas berkenaan perancangan selepas single kedua ini, Dayah berkata dia merancang untuk mengeluarkan single ketiga yang lebih catchy dan rancak pada penghujung tahun ini!
“Hopefully, lepas ini mungkin saya akan keluarkan single lagu yang lebih rancak, sebab dah dua lagu sedih, pertama lagu ‘Imamku’ dan kedua lagu ‘Jarak’.
“Kedua-duanya lagu ‘slow’ perhaps more music in future, tanpa perlu menunggu beberapa tahun untuk single seterusnya.
“Saya harap dan doakan juga, semoga tahun ini kita akan berjaya keluarkan satu lagi single, InshaaAllah,” ujarnya.
Walaubagaimanapun, ketika ditanya adakah dia akan beralih arah ke bidang nyanyian, Dayah berkata bidang pengacaraan adalah ‘passion’ baginya dan akan diteruskan kerana itu kerjaya hakiki sejak azali.
Namun, bidang nyanyian juga akan diteruskan atas dasar berkarya. Meskipun sedikit gentar dengan penerimaan orang ramai, Dayah tetap mahu terus berkarya agar dapat berkongsi sisi lain dirinya yang penuh dengan penceritaan dan emosi.
“I would love to do this. Jika lagu ini tidak meletup, dan sekadar diterima baik oleh orang ramai, saya okay! Kerana itu bukanlah ukuran saya untuk saya terus berkarya,” tegasnya.
Justeru, Dayah berharap agar lagu Jarak ini mampu menjadi pembakar semangat kepada mereka yang sedang menjalani hubungan jarak jauh, kerana lagu ini dicipta dari lubuk hati terdalam.
Min dah tonton muzik video lagu ‘Jarak’ ni, sedap! Dah level-level OST drama dah, apa pandangan hijabis?
Kalau anda dah dengar bolehlah kongsikan cerita anda kepada Dayah Bakar menerusi video atau gambar dengan menggunakan lagu ‘Jarak’ sebagai latar muzik! Lepas tu jangan lupa hashtag #Jarak #JarakDayahBakar
Sekadar info, lagu ‘Jarak’ boleh di stream di Youtube dan semua platform sosial media seperti Tik Tok dan Instagram Reels.
Setakat dua jam dilancarkan, video ini telah ditonton seramai 1.5 ribu orang dengan 400 tanda suka.
Anak-anak ketika pandemik hanya terperuk dekat rumah, menghadap laptop, ipad sampai tahap perkembangan IQ dan EQ mereka terbantut dan terganggu. PakNil sebagai public figure yang disenangi oleh kanak-kanak, berasa simpati jika ini masih berlaku.
PakNil tak sabar nak tengok anak-anak kembali aktif dan explore banyak benda sekeliling mereka, tambah-tambah lagi bila kita dah beralih ke musim endemik ni, anak-anak dah boleh kembali ke sekolah, dah boleh buat macam-macam aktiviti.
Syarikat Bumiputera sepenuhnya, Eskayvie Sdn Bhd yang menjadi peneraju dalam penghasilan suplemen kesihatan tempatan bersama dutanya, Datuk Aznil Hj Nawawi telah melancarkan produk kesihatan berkualiti iaitu i- Qids di Glenmarie Hotel & Golf Resort dalam majlis sambutan ulang tahun Eskayvie yang ke-13 baru-baru ini.
“i-Qids merupakan vitamin “brain booster” yang diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid (ALA), multivitamin dan mineral bagi menyokong proses perkembangan sel-sel otak si manja sekaligus menyokong proses pembelajaran mereka,”
“Formulasi i-Qids ini amat istimewa kerana ia mengandungi superfood terdiri daripada 22 ekstrak buah-buahan serta sayur-sayuran, Moringa dan Prebiotik yang sangat bagus untuk mengisi jurang keperluan nutrisi daripada diet yang tidak seimbang serta melindungi otak daripada kesan stres dan kerosakan.”
Septikal ibu bapa yang masih mengaggap suplemen boleh membahayakan anak mereka, PakNil menyeru mereka supaya tidak perlu takut jika produk itu selamat diamalkan bagi melindungi anak-anak anda.
“Kekangan pandemik dahulu telah memaksa mereka untuk sentiasa berkurung di rumah, tak boleh keluar bermain, tak boleh hadir ke sekolah jumpa rakan-rakan malah proses pembelajaran pun dilakukan atas talian. Hal ini boleh menjejaskan interaksi sosial dan mengganggu perkembangan otak dan daya tumpuan anak-anak. Jadi, i-Qids ini diformulasikan untuk membantu merangsang dan meningkatkan sel-sel aktif dalam otak anak-anak untuk saling berhubung,”
“Sekarang, kita sedang beralih ke fasa endemik dan anak-anak pun dah mula bersekolah. Oleh itu, kami melihat i-Qids ini sebagai inisiatif terbaik untuk bantu ibu bapa di luar sana meningkatkan fokus dan daya ingatan serta memori anak-anak mereka. Selain itu, i-Qids juga dapat membantu emosi anak-anak dan menceriakan mood mereka setiap hari,”
Syarikat bumiputera yang sentiasa menghasilkan produk yang berkualiti dan mempunyai strategi pemasaran yang utuh memberi jaminan setiap produk Eskayvie ada sijil Halal, GMP, dan mendapat kelulusan BKKM di bawah KKM sebelum ia dipasarkan.
“Suplemen berbentuk tablet dengan rasa coklat yang lazat ini pastinya digemari anak- anak berusia 2 hingga 12 tahun,” ujar formulator produk itu, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri.
“Eskayvie akan terus hasilkan lebih banyak lagi produk-produk berkualiti tinggi dengan harga yang mampu milik dan sesuai untuk diamalkan oleh pelbagai peringkat umur. Ini seiring dengan visi Eskayvie iaitu untuk memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah,” kata Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.
Kehadiran produk baru ini membuka lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan tempatan serta mereka yang terkesan akibat kehilangan punca pendapatan. Eskayvie Nexus adalah sebuah platform yang tepat dengan peluang terbaik untuk mulakan bisnes tanpa modal kerana semuanya boleh dilakukan secara atas talian dari mana saja,”
“Meskipun dunia dilanda pandemik serta pelbagai krisis ekonomi, Eskayvie sehingga kini telah berjaya melahirkan lebih 70,000 usahawan yang mampu menjana pendapatan bersih empat ke enam angka sebulan tanpa modal,”
“Pakar ekonomi menjangkakan kadar inflasi pada tahun 2022 ini akan menjadi lebih tinggi disebabkan berlakunya peningkatan terhadap permintaan barangan runcit dan keperluan asas. Malah, dijangka rantaian bekalan global bakal berkurangan serta berlakunya peningkatan harga komoditi di seluruh dunia bermula pertengahan tahun 2022 ini,”
“Eskayvie melihat ini sebagai peluang terbaik untuk terus bantu memberikan ruang serta peluang kepada mereka di luar sana agar dapat keluar daripada kemelut kewangan berikutan masalah inflasi ini,” ulas Pengarah Urusan Eskayvie, Puan Kartika Wati Mohamed.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Brisk walking 15 minit sehari membantu meningkatkan kesihatan jantung, kecergasan dan tenaga harian. Ketahui manfaat serta panduan memulakan rutin berjalan laju dengan mudah.