Hari pernikahan merupakan antara detik terindah dalam hidup kita apabila akhirnya dapat disatukan bersama insan yang kita cintai. Namun, kesedihan itu pasti jua dirasai kerana kini seorang gadis itu akan ‘dilepaskan’ dan berada di bawah tanggungjawab suaminya pula.
Pastinya ayah kita merupakan antara insan yang paling terkesan dalam situasi ini kerana perlu melepaskan puteri kesayangannya. Seperti video yang dikongsikan di twitter oleh @snasmn_ ini membuatkan semua yang melihatnya turut berasa sebak apabila melihat momen mengusik jiwa sebegitu.
Diam tak diam sudah hampir 40 hari pengasas komsetik Dnars Skincare Allahyarham Hajah Faziani Robhani bertemu Maha PenciptaNya. Dan tiga hari lepas telah diadakan majlis tahlil untuk mengingati pemergian Allahyarhamah.
Dalam status dimuat naik anak perempuannya, Irdiena Hakim, 16 tahun turut memberitahu amalan yang tidak akan dilupakan oleh arwah ibunya itu.
Antaranya adalah bersedekah dan memberi makan walaupun kepada musuh. Jika melihat instagram anak perempuan Allahyarham bagaikan dalam melihat semangat juang dalam dirinya.
Malah dalam satu posting dimuat turut juga dia memberitahu bahawa kesedihan itu bukan penamat segalanya, tetapi permulaan kepada sebuah kebangkitan.
dnarfaziani kesedihan bukanlah penamat buat segalanya ,namun ia adalah sebuah permulaan bgi sebuah ‘KEBANGKITAN
Biarpun kehilangan insan paling disayangi, tetapi gadis muda ini kelihatan sudah bersedia untuk memikul tanggung jawab meneruskan legasi perniagaan keluarga yang telah dimulakan oleh ibunya ini.
Sekali imbas seperti melihat diri Allahyarhamah Faziani, malah wajah kedua-duanya juga juga hampir sama.
Seperti kebanyakan hijabi lain, dia yang baru berusia 16 tahun uga bijak bergaya dengan #OOTD yang digemarinya. Memang saling tak tumpah seperti ibunya sendiri.
Maafkan saya abang FoodPanda, saya ambil gambar ni curi-curi, sebab saya terlalu kagum dengan abang yang keluar seawal pagi selepas subuh untuk mencari rezeki dan membawa bekalan untuk diberikan pada kucing di bakul hadapan. 😭
Kerana saya pencinta kucing, jadi saya macam emo sedikit.. Saya sempat melambai tangan pada abang ni, dalam hati saya,saya doakan agar abang dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan…
Siapa yang kenal abang ni, tolong DM saya please please, saya ada perasan number plate je, number 5513. Please DM ya 💖 🐼
I love FOODPANDA. Terima kasih FOODPANDA , anda adalah hero kami ❤️
Di ruangan komen, ramai pengikut laman sosialnya yang turut bersetuju dengan kenyataannya sambil mendoakan kesejahteraan buat para ‘rider‘ penghantar makanan yang gigih berusaha mencari rezeki yang halal ini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sukar sebenarnya untuk menerima hakikat kehilangan insan tersayang. Insan yang sebelum ini pernah susah senang bersama. Lebih menyedihkan jika kita jadi orang terakhir tahu mengenai penderitaan yang dialami. Perasaan sama dikongsi oleh model popular, Mia Ali yang kehilangan salah seorang rakan baiknya yang juga seorang model popular di tahun 90-an, Noor Wahyu Zulkifly Chan.
Dalam posting yang ditulis di laman sosial facebook Mia memberitahu dia cukup terkilan apabila menjadi orang terakhir tahu penderitaan dialami rakan baiknya itu. Sedangkan orang lain termasuk suaminya sendiri tahu penyakit dialami arwah.
Setelah berbulan sakit mengalami kanser dan sepanjang tempoh itu memang mereka tidak berjumpa sehinggalah semalam hanya dapat menatap jenazahnya saja semalam.
Walaupun tahu ia adalah kehendak arwah, tetapi ia amat menyakitkan diri. Dia boleh terima jika disisihkan tetapi bila tak dapat bersua muka di saat akhir kehidupan orang yang disayangi tidak kira keluarga atau kawan-kawan memang menyakitkan dan sangat meremukkan hatinya.
Namun begitu Mia turut berterima kasih kepada arwah Noor Wahyu kerana pernah menceriakan hari-harinya sepanjang mereka berkawan. Ternyata Allah lebih sayangkan arwah. Baginya arwah seorang yang sangat baik luar dan dalam.
Ketika dihubungi Mia turut memberitahu sepanjang lebih 10 tahun mereka berkawan arwah seorang yang baik, peramah dan tutur kata dijaga elok.
“Bukan itu sahaja dari segi kerja atau soal disiplin, sikapnya juga sangat menyenangkan. Bagilah apa saja baju atau job atau apa pun dia boleh buat. Arwah juga antara senior model yang lama buat modeling,” ujar Mia ketika dihubungi.
Sebagai seorang sahabat, Mia yang juga bekas finalis Dewi Remaja 2010 mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang yang beiman.
Al-Fatihah NOOR WAHYU BT ZULKIFLY CHAN.. semoga ditempatkan dikalangan golongan org yg beriman..
terkilan sgt . Allah saja yg tau. . Suami..kwn2 tau. Ya Allah..Tapi..kenapaaa….suami tau mcm mana i syg kwn2 i..wlupun i jauh..y they all buat mcm i ni nothing. setelah berbulan u sakit..kite x jmpe..smlm dpt jumpa jenazah u je.. fair ke utk i?i faham mereka ckp itu kehendak u..tapi it hurts me so so bad disisihkan i blh terima lg..tapi bila xdpt sua muka disaat2 akhir kehidupan org yg i syg x kira family or kwn2.. sgt2 sakit i xblh nak ckp apa..remuk hati i.. im sorry.. terima kasih sbb pernah menceria kan hari2 i..Allah lebih sayangkan u noor wahyu..u seorang yg sgt2 baik luar dan dalam…Semoga damai di sana wahai sahabat..
Al-fatihah
Dalam pada itu sahabat modeling lain juga turut memberi ucapan takzih atas kehilangan Noor Wahyu.
Oil gritting viral dikatakan mampu menghilangkan blackhead dengan mudah. Namun, pakar dermatologi menjelaskan risiko dan alternatif yang lebih selamat.