Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Benarlah kata peribahasa Melayu, nilai kerjasama sentiasa memberikan hasil yang baik. Bencana banjir yang melanda negara baru-baru ini menjadi bukti rakyat Malaysia tidak pernah pudar semangat kerjasama dalam diri. Bukan sahaja orang awam malahan golongan artis juga turut sama membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Antaranya ialah penyanyi popular, Nabila Razali.
Menerusi rakaman video yang dimuat naik di laman Instagram penyanyi ini, Nabila, 29 berkongsi momen manis saat dirinya membantu untuk membersihkan limpahan lumpur rumah mangsa yang terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.
View this post on Instagram
Tiada apa yang glamor tentang hal ini. Ia hanyalah bantuan dari manusia ke manusia yang lain. Jika anda mempunyai peluang untuk melakukannya, rebutlah peluang itu. Tak dapat bagi duit bagi tenaga. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan-Nya. Amin.
Benar apa yang dikatakan oleh Nabila. Jika kita tidak mampu untuk menyumbang wang, maka sumbanglah dari segi tenaga agar dapat meringankan beban mereka yang terkesan akibat bencana banjir. Rakaman video pelantun lagu Peluang Kedua ini juga turut mendapat komen positif dari netizen.
Ada juga yang sempat memujinya cantik walaupun sedang bertungkus-lumus membersihkan limpahan lumpur.
Bukan hanya Nabila, malah selebriti tanah air lain seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander serta Ajak juga turut sama menyumbang bakti membantu mangsa-mangsa banjir.
Sumber gambar dan video: Instagram Nabila Razali
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI