Selebriti terkenal iaitu Neelofa telah mengumumkan pengundurannya sebagai pengacara rancangan MeleTOP pada malam semalam sewaktu siaran langsung rancangan tersebut.
Selepas tujuh tahun menjadi hos untuk program tersebut, dia mengatakan bahawa Disember ini adalah bulan terakhirnya bertugas sebagai hos di MeleTOP.
Neelofa dilihat turut menitiskan air mata sewaktu membuat pengumuman tersebut di saluran Astro Ria malam semalam.
Menurutnya, keputusan itu diambil kerana dia mahu fokus kepada perancangan lain dalam kerjayanya.
Ujarnya, ia sungguh sukar untuk dilakukan memandangkan dia sudah lama dan serasi dengan program berkenaan namun terpaksa kerana bakal terbabit dengan program baru yang dirancang oleh pihak Astro.
Ads
Telah bersiaran sebanyak 370 episod, Neelofa mula mengendalikan rancangan MeleTOP pad 30 Oktober 2012 bersama pasangan pengacaranya iaitu Nabil Ahmad.
Ads
Menyentuh mengenai siapa bakal menggantikan tempat Neelofa, Astro memaklumkan bahawa perkara itu akan diumumkan pada bulan Januari nanti.
Di laman sosial, ramai yang turut bersedih dengan pengumuman itu kerana berasakan Neelofa sudah terlalu sinonim dengan MeleTOP selain telah menjadi inspirasi buat kebanyakan penonton setia program tersebut.
.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Malam yang sarat dengan bintang berlian, kilauan inspirasi, dan pengiktirafan kepada wanita Malaysia yang luar biasa, Nona Superwoman Award 2024 mengukir sejarah baharu dengan penganjuran kali keempat. Bertemakan “Diamonds Are Forever”. Acara yang berlangsung di M World Hotel Petaling Jaya ini meraikan tokoh-tokoh wanita hebat yang telah membawa impak besar kepada komuniti dan negara dalam pelbagai bidang.
Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin mencemar duli untuk menyampaikan anugerah utama malam ini adalah simbolik kepada penghormatan tertinggi yang diberikan kepada kejayaan dan dedikasi wanita. Turut diserikan dengan kehadiran kerabat diraja, tokoh masyarakat, dan pemimpin-pemimpin terkemuka. Majlis ini menjadi perayaan keberanian, kecekalan, dan pencapaian yang luar biasa.
Majlis ini turut menyaksikan kehadiran tetamu kehormat yang terdiri daripada YAM Tengku Puteri Dato’ Sri Hajah Zahariah Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Al-Haj, YM Che Puan Temenggong Perlis Datin Seri DiRaja Farinawati, YM Tengku Sharifah Ariel Budriah Jamallulail, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluargadan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Zurainah Musa, Mantan Ahli Dewan Negara, Ms. Cynthia Seow, Chairman Nu Ideaktiv & Director Customer Experience & Digital Astro dan En. Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawai EksekutifNu Ideaktiv Sdn Bhd.
“Platform Transformatif untuk Wanita!” Itulah kata-kata pertama Syamil Fahim Mohamed Fahim, Ketua Pegawa iEksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd ketika ditemui di majlis Nona Superwoman Award 2024.
Beliau menyatakan, “Nona Superwoman Award bukanlah sekadar untuk memberi penghormatan tetapi ia adalah platform transformatif yang membolehkan wanita memandang semula perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka, dan mencipta peluang baharu. Kejayaan seorang wanita bukan hanya miliknya seorang, ia adalah milik keluarga, komuniti, dan negara. Nona Superwoman Award adalah manifestasi penghargaan terhadap keupayaan wanita untuk mencorakkan masa depan dengan keberanian, daya tahan, dan kecemerlangan.”
“Dari sebuah entiti penerbitan terkemuka dan kini platform digital & audiens, kami telah menjadikan pengiktirafan dan penghormatan kepada wanita sebagai salah satu tunjang misi utama kami. Acara ini mungkin dilihat secara dasarnya adalah satu malam penghargaan, namun secara ringan dan relevan, kami cuba untuk menjadikan ia sebuah platform yang mengangkat kisah mereka kepada dunia.
Wanita-wanita ini telah membuktikan bahawa di sebalik setiap cabaran, terdapat peluang untuk mencipta kejayaan luar biasa. Majalah Nona bukan sahaja meraikan kejayaan mereka tetapi turut menyediakan ruang dan jaringan yang memperkasakan perniagaan mereka untuk menjangkau lebih ramai pelanggan, lebih banyak peluang, dan lebih besar impak.”
Syamil juga mengaitkan kejayaan ini dengan impak kepada Nu Ideaktiv: “Melalui Nona Superwoman Award, kami bukan sahaja memperkukuhkan jenama kami sebagai pelopor dalam memperkasakan wanita tetapi juga menyumbang kepada kestabilan perniagaan melalui jaringan kepercayaan yang dibina bersama usahawan dan tokoh yang berjaya. Anugerah ini adalah lambang komitmen kami terhadap transformasi sosial dan ekonomi yang lebih inklusif selain dapat meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan terhadap jenama kami. Ini bukan sahaja memperkukuh hubungan kami dengan komuniti wanita tetapi juga membuka peluang baharu untuk kolaborasi dan inovasi.”
Kiffy Razak, Editor Pengurusan (Wanita) Nu Ideaktiv Sdn Bhd, memberikan ucapan yang penuh inspirasi.
“Setiap wanita yang diraikan malam ini adalah seperti berlian yang terbentuk daripada tekanan, mereka telah melalui perjalanan sukar, mengharungi rintangan, tetapi akhirnya bersinar sebagai permata yang tiada bandingannya.”
“Anugerah ini adalah simbol keberanian dan keazaman. Ia bukan hanya meraikan pencapaian, tetapi menyokong wanita untuk terus melangkah ke hadapan, mencipta perubahan, dan menjadi pemimpin dalam bidang masing-masing. Nona Superwoman Award adalah janji untuk terus memberikan ruang kepada wanita untuk berkembang, berinovasi, dan meninggalkan legasi.”
Malam penuh gemilang ini dikemudi oleh Hunny Madu, seorang pengacara berbakat yang juga tampil menerus iprogram Borak seeNI di Astro. Dengan sentuhan profesionalisme dan pesona, Hunny memastikan setiap momen majlis ini berjalan lancar dan meninggalkan impak mendalam kepada para hadirin.
Selain anugerah yang dinanti-nantikan, majlis ini turut diserikan dengan persembahan eksklusif daripada penyanyi hebat seperti Datin Alyah, Amir Masdi, dan Aina Abdul. Keseluruhan acara penganugerahan ini distrim secara langsung menerusi Facebook, Youtube dan TikTok Majalah Nona.
Sebanyak 39 kategori anugerah telah disampaikan yang mengiktiraf wanita hebat dari pelbagai latar belakang.
Bagi menghangatkan gelombang Fenomena Nona Superwoman Award 2024, Nona turut tampil dengan terbitan naskhah eksklusif Majalah Nona yang telah menjadi tradisi setiap edisi Superwoman berlangsung. Naskhah eksklusif kali ini membariskan wanita-wanita yang melakar prestasi luar biasa sepanjang tahun 2024.
Antaranya kisah wanita kedua dilantik ke jawatan Gabenor Bank Negara, Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus serta anak penoreh getah yang kini bergelar Datuk Bandar Kuala Lumpur, Dato’ Seri Dr Maimunah Mohd Sharif dan ramai lagi; Majalah terbitan eksklusif ini boleh didapati di laman web Karangkraf Mall, www.karangkrafmall.com.my dengan harga RM15.90 sahaja.
Sebagai mercu tanda dalam pengiktirafan wanita selama 38 tahun, Majalah Nona terus komited untuk memperkasa wanita. Nona Superwoman Award akan terus menjadi platform untuk mengangkat suara, pencapaian, dan potensi wanita Malaysia. Dengan setiap langkah yang diambil, wanita Malaysia membuktikan bahawa impian besar adalah asas kepada masa depan yang gemilang.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Isteri Tunku Mahkota Johor, Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam telah dilantik sebagai Pro Canselor baharu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berkuat kuasa pada 12 Julai lalu hingga 11 Julai 2024.
Menurut UTM, istiadat pemasyhuran baginda dijadualkan berlangsung pada 23 Oktober depan sempena Majlis Konvokesyen Ke-64 UTM.
“Pihak UTM merafak sembah tahniah dan menjunjung kasih di atas perkenan Che’ Puan Besar untuk menerima lantikan sebagai Pro-Canselor UTM.
“Dengan pelantikan ini, pihak UTM yakin baginda akan dapat menyumbang di dalam usaha ke arah merealisasikan misi UTM untuk menjadi peneraju dalam pembangunan modal insan dan teknologi inovatif demi pengkayaan khazanah negara selain meneruskan khidmat kepada masyarakat selaras dengan inisiatif ‘UTM Mensejahterakan Kehidupan’,” jelas UTM menurut kenyataan yang dikeluarkannya.
Memiliki empat orang cahaya mata iaitu dua putera dan dua puteri, baginda fasih bertutur dalam bahasa Melayu dan Inggeris serta sedikit sebanyak menguasai bahasa Sepanyol.
Che’ Puan Besar Khaleeda diketahui ramai sebagai seorang yang aktif dalam pelbagai aktiviti kemanusiaan dan merupakan Penaung Diraja Persatuan Bola Jaring dan Persatuan Badminton Negeri Johor.
Baginda yang dilahirkan pada 16 Julai 1993 di Hospital Besar Kuala Lumpur menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Seri Gombak, Selangor pada tahun 2001 hingga 2003.
Seterusnya, baginda melanjutkan pelajaran di Sekolah St George’s Hanover Square, London, Sekolah Menengah Westminster Academy, London dan Sekolah Sri Utama, Kuala Lumpur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Alhamdulillah. Tahniah diucapkan kepada pengasas Bella Ammara, Belle Al-Yahya yang telah selamat melahirkan anak keduanya pada 24 Mei 2018 bersamaan 9 Ramadan 1439H. Berita kelahiran ini dikongsi oleh Belle sendiri menerusi akaun Instagramnya semalam.
Belle turut berkongsi saat-saat terakhir sebelum dia selamat melahirkan seorang bayi lelaki. Menurutnya, kelahiran kedua ini lebih awal daripada tarikh jangkaan sebenar tetapi Belle bersyukur kerana semuanya berjalan dengan lancar.
Semuanya bermula pada jam 5.20 petang, ketika Belle sedang asyik berborak bersama suaminya, Carl dan anak pertamanya, Ammara, tiba-tiba air ketubannya pecah. Agak panik juga kerana tiada sebarang persediaan yang dilakukan.
Kemudian, Belle sekeluarga terus pergi ke hospital yang terletak di Kuala Lumpur. Dengan kesesakan lalu lintas, Belle tiba di hospital satu jam selepas itu. Dia bernasib baik kerana tiada contraction yang terjadi sepanjang perjalanan ke hospital.
Tiba di hospital, jururawat terus melakukan pemeriksaan terhadap kandungannya dan mendapati bayinya itu berada di dalam keadaan songsang. Lalu, dia terpaksa melakukan emergency ceaser demi keselamatan bayinya.
Belle kemudian masuk ke dalam bilik pembedahan pada jam 8.45 malam dan tepat jam 9.30 malam, Belle selamat dilahirkan dengan berat 2.6kg. Namun, bayi tersebut perlu dimonitor kerana dia merupakan bayi pramatang.
Bayi comel tersebut diberi nama Umar Khalif. Menerusi Instagram suaminya, mereka menamakan bayi lelaki ini Umar Khalid sempena nama sahabat Rasulullah Saidina Umar RA dan Khalif itu pula bermaksud pemimpin – Khalifah.
Belle juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatannya dan baby Umar. Alhamdulillah semuanya selamat dan dia cukup terharu dengan doa-doa anda semua. Selamat berpantang diucapkan kepada Belle. Semoga Umar Khalif membesar menjadi anak yang soleh.
Cushion cepat oksida boleh membuatkan solekan menjadi kusam dan tidak sekata. Ketahui 7 cara mudah untuk mengelakkan masalah ini supaya makeup kekal segar dan tahan lama.