Masih sibuk pergi beraya penuhi tuntutan jemputan Aidilfitri, sampai tak sempat ke salon untuk membelai rambut kesayangan anda?

Jangan susah hati sis, anda masih tetap boleh memanjakan diri dan membelai rambut ketika me-time dengan merawat rambut seperti salon mahupun hair spa sendiri di rumah ketika cuti. Hanya dengan menggunakan empat bahan-bahan semulajadi ini sahaja!

1. Urang Aring

Pasti anda sering mendengar nama urang-aring, walaupun belum pernah melihat ataupun mengenali bentuknya. Khasiat urang-aring amat baik untuk melembutkan dan membuatkan rambut kekal terurus sejak ratusan tahun lalu. Tumbuhan ini juga dikenali dengan nama saintifiknya iaitu false daisy, turut dipercayai mampu membuatkan rambut menjadi hitam berkilauan.

Ternyata khasiat urang-aring tidak hanya menghitamkan rambut, juga kaya dengan kandungan vitamin E dan vitamin D, dilengkapi dengan magnesium, kalsium, dan zat besi, berkhasiat untuk menjaga kesuburan dan kesihatan rambut dari akarnya. Sekaligus mencegah kelemumur dan menunda munculnya uban.

Caranya:
Anda perlu mengurut kulit kepala menggunakan minyak urang-aring, pastikan minyak melitupi setiap helaian rambut dengan sekata. Kemudian, lakukan seperti proses creambath iaitu membungkus rambut menggunakan tuala suam atau balutkan rambut menggunakan shower cap selama 1 jam agar minyak urang aring dapat meresap. Selepas itu, syampu dan bilas rambut anda sehingga bersih. Pastikan tiada lagi sebarang minyak yang melekat pada kulit kepala dan rambut.

Sekadar peringatan, minyak urang-aring akan memberi kilauan hitam secara semulajadi kepada rambut anda. Sekiranya anda memiliki rambut yang diwarnai, maka warna rambut mungkin akan luntur dan lebih mudah memudar atau menggelap.

IKLAN

2. Lidah Buaya (Aloe Vera)

Kandungan asid lemak yang terkandung dalam lidah buaya mempunyai kebaikan seperti anti radang, sekaligus mampu merawat dan memberi kelegaan kepada kulit kepala yang sering terasa gatal terutamanya bagi wanita berhijab kerana rambut akan terperap di dalam anak tudung dan tudung. Penggunaan lidah buaya juga mampu mencegah kulit kepala dari masalah kelemumur.

Kandungan vitamin A, B12, C, E, asid folik, dan kaya dengan kolagen yang membantu memperbaiki rambut yang kering, kasar, bercabang dari dalam akarnya akibat terdedah di bawah sinar mentari yang terlalu lama. Jika rambut rosak dan kering itu dirawat, maka rambut yang baharu dan lebih halus serta mudah diurus akan tumbuh dengan lebih suburnya.

Artikel berkaitan: Cuaca Panas Menyebabkan Sukar Menjaga Rambut? Ikuti Petua Ini!

IKLAN

Caranya:
Mudah saja! Anda hanya perlu membersihkan lidah buaya dengan mengupas kulit hijau yang keras dan berduri itu, kemudian gunakan sudu untuk mengambil bahagian isi lidah buaya yang berbentuk gel berwarna putih dan berlendir.

Sapukan gel tersebut pada kulit kepala dan rambut, kemudian lakukan urutan ringan dan rehatkan selama satu jam. Akhiri dengan mencuci rambut menggunakan syampu hingga bersih. Untuk hasil yang lebih optimum anda digalakkan untuk melakukannya dua hingga tiga kali seminggu.

3. Zaitun

Molekul minyak zaitun yang kecil dan ringan, amat mudah untuk menyerap ke dalam helaian rambut serta menjaga kelembapan dan tekstur rambut. Penggunaan minyak zaitun juga boleh mencegah rasa gatal yang berpunca dari kulit kepala kering hingga mengakibatkan kelemumur.

IKLAN

Malah, Kandungan vitamin A, asid oleik, asid palmatik, dan asid squalene dalam minyak zaitun mampu melindungi keratin yang terdapat dalam rambut dan membuatkan rambut menjadi sihat berkilauan. Malah, ia juga mengurangkan pengeluaran minyak semulajadi rambut secara berlebihan yang boleh merencatkan pertumbuhan rambut.

Caranya:
Anda hanya perlu mencampurkan 1-2 sudu makan minyak zaitun ke dalam perapi atau masker rambut dan sapukan di kepala. Pastikan merata di setiap helaian rambut. Bagi yang mempunyai masalah rambut bercabang, hijabi boleh fokuskan untuk meletakkan masker atau perapi itu pada setiap hujung rambut yang bercabang. Tapi pastikan masker atau perapi itu tidak disapu sehingga menyentuh kulit kepala kerana bimbang merosakkan akar rambut.

Kemudian balut rambut dengan tuala suam dan lembap dengan teknik creambath selama 20 minit. Kemudian bilas rambut sehingga benar-benar bersih. Lakukan 2-3 kali sebulan untuk hasil yang maksima.

Artikel berkaitan: Trend Bilas Rambut Dengan Air Beras, Hasilnya Rambut Berkepok Lebat Berseri.

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI