Kebelakangan ini, jika kita buka sahaja media sosial. Pasti tidak terlepas dengan dihidangkan berita-berita negatif seperti penceraian, kritikan kecaman dan sebagainya. Terutamanya apabila ia melibatkan golongan selebriti tanah air. Jika kelakuan ‘menyakiti’ mata netizen pasti mengundang kecaman.
Sehubungan itu, pelakon jelita Syifa Melvin tidak berdiam diri, dia bertindak memberi teguran khusus buat segelintir individu yang amat gemar menyingkap kain orang lain dan ‘bercakap buruk’ tentang perihal orang lain.
Menurut isteri kepada Safawi Rashid itu, jadilah individu yang menjaga mulut dan tidak toksik meskipun tidak dikurniakan rupa paras yang cantik mahupun kaya dengan wang ringgit.
Jangan Kutuk Orang Macam Besar Sangat Salahnya Pada Anda!
Terdahulu, perkara berkenaan pernah dikongsikan oleh Syifa menerusi Insta Story (IGs) miliknya, untuk tujuan sekadar memberikan teguran kepada mereka yang suka mencari kesalahan serta kekurangan orang lain.
“Kita ni biarlah rupa paras biasa-biasa, biar lah tak berduit tera mana tapi, jangan lah mengutuk orang lain tak tentu hala. Macam orang tu, buat salah besar kat hang.
Ads
“Yang sedih dah lah kutuk, kita tak kenal pun orang tu dan orang tu pun tak kenal kita. Satu rasa rugi sebab sakit hati sorang, satu lagi rasa lawak,” tulisnya panjang lebar pada hantaran berkenaan.
Menerusi hantaran sama, Syifa atau nama penuhnya, Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, turut mengambil kesempatan mengingatkan individu sekeliling agar sentiasa menggunakan akal fikiran demi mengelakkan diri dari mempunyai sifat iri hati, hasad dengki dan berperangai toksik.
“Kita yang lain ni Allah SWT masih kurniakan akal yang waras. Masih boleh berfikir, punya hati yang baik tak payah lah nak mengata orang tu, orang ni okay.
“Orang yang kita kutuk tu tak rasa apa pun kat kita. Kita ja sorang dok bara tak semena-mena. Moga hidayah milik mereka yang berlidah puaka,” katanya.
Ads
Sekadar Info, Syifa Melvin berkahwini bersama pemain bola sepak sayap JDT, Safawi Rasid, pada 28 November 2022. Hasil perkongsian hidup selama dua tahun itu, perkahwinan pasangan sama cantik sama padan ini telah diserikan lagi dengan kehadiran seorang cahaya mata lelaki bernama Saif Sulaiman Muhammad Safawi pada 30 September tahun lalu.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Selain penjagaan wajah, rambut juga anggota tubuh kita yang perlukan perhatian. Walaupun berhijab, tidak semestinya kita mengabaikan penjagaannya. Malah jika tidak dijaga dengan sempurna, rambut akan berbau hapak, tidak bermaya, kurang seri dan ada juga mengalami masalah rambut gugur yang teruk.
Seperti perkongsian gadis ini, yang mencadangkan produk bersesuaian digunakan untuk mengatasi masalah rambut yang hampir nak botak disebabkan keguguran.
Sekadar satu posting pendek di laman twitter menggunakan akaun nama @qheese tetapi telah mendapat 16K retweet dan 23K butang komen.
Malah perkongsiannya ini juga mendapat respon pengguna lain di laman sosial apabila ada yang turut mencadangkan produk bersesuaian untuk mengatasi rambut gugur.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Ketika kulit tampak kering dan kusam, penyebabnya belum tentu kerana kurang penghasilan minyak. Kulit anda mungkin sedang mengalami dehidrasi, dan keadaan ini Penting untuk anda ketahuia apa berbezaan antara kulit kering dengan dehidrasi, kerana cara mengatasinya berbeza.
Siapa saja boleh memiliki kulit dehidrasi. Begitu juga pada mereka yang memiliki kulit berminyak. Moisturizer yang hanya melembapkan permukaan kulit tentu tidak cukup untuk mengatasi kulit dehidrasi yang kekurangan air. Agar perawatan kulit menjadi lebih efektif, berikut perbezaan antara kulit kering dan kulit dehidrasi yang perlu anda ketahui:
Kulit kering disebabkan kerana kurangnya produksi minyak semulajadi dari folikel rambut. Kondisi ini bersifat genetik, tetapi mereka berusia 40 tahun ke atas juga boleh mengalaminya kerana produksi minyak akan menurun seiring bertambahnya usia.
Kulit dehidrasi disebabkan oleh pelbagai faktor. Penyebab yang paling umum adalah kurang minum air. Akan tetapi, kulit pun boleh mengalami dehidrasi akibat suhu panas atau dingin, kurang tidur, kurangnya kelembapan udara, serta pancaran sinar matahari.
Perbezaan lain antara kulit kering dan dehidrasi terdapat pada ciri-cirinya. Kulit yang kering cenderung berkedut. Kulit biasanya juga terasa gatal, kemerahan, dan terdapat lapisan kulit mati berwarna putih seperti yang boleh anda lihat pada siku.
Sementara itu, kulit yang mengalami dehidrasi terasa lebih anjal dan tidak berkarat. Anda juga dapat melihat pori-pori kulit dengan jelas disertai tekstur yang kering, kasar, bersisik serta mudah membentuk serpihan kulit.
Produk pelembap kulit dilengkapi dengan pelbagai bahan dengan kegunaan tersendiri. Hyaluronic acid dan ceramide misalnya, dapat digunakan untuk mengatasi kulit kering mahupun dehidrasi. Namun, tidak semua bahan sesuai untuk kedua-duanya.
Perbezaan ini turut menentukan cara anda mengatasi kulit kering dan dehidrasi. Sebagai panduan, berikut beberapa bahan dalam pelembap yang sesuai untuk jenis kulit:
Cara paling mudah untuk mengenali perbezaan antara kulit kering dengan kulit yang dehidrasi adalah dengan uji dengan cubitan. Ujian ini mungkin tidak memberikan hasil yang mutlak, tapi cukup berguna untuk menunjukkan tanda-tanda umumnya.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:
Kulit boleh menjadi kering seperti seluruh badan anda. Sayangnya, terkadang ramai yang salah memahami perbezaan antara kulit kering dan dehidrasi sehingga keliru menangani masalah kulit.
Untuk mengelakkan dehidrasi, memenuhi keperluan air anda dan melindungi kulit anda dari pelbagai perkara yang boleh mengurangkan kelembapannya. Gunakan moisturizeruntuk melindungi permukaan kulit dan humidifier untuk menjaga kelembapan udara di sekitar anda.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebagai seorang individu Islam, kita digalakkan untuk memberi inspirasi kepada orang ramai dalam melakukan kebaikan dan perubahan dalam kehidupan. Namun, yang sedihnya apabila masyarakat kini gemar mengkritik antara satu sama lain sehingga menimbulkan aura yang negatif.
Jangan begitu! Ia merupakan aktiviti yang tidak sihat hingga boleh mencetuskan pergaduhan. Perkara ini perlu dihentikan kerana ia memberi impak yang tidak baik seterusnya membuatkan orang ramai memandang rendah terhadap Islam.
Tetapi tahukah anda bahawa terdapat beberapa individu Islam berpengaruh yang berjaya mempengaruhi kehidupan individu lain dan dalam masa yang sama memberi impak positif kepada orang ramai terhadap Islam. Ayuh kenali mereka.
Dilahirkan di Amerika Syarikat, Noor Tagouri merupakan salah seorang graduan lulusan universiti Kewartawanan yang terkemuka sewaktu berusia 20 tahun dan kini sedang berusaha menggapai impiannya untuk menjadi penyampai berita Muslim berhijab yang pertama di Amerika Syarikat.
Dia kini bekerja sebagai wartawan di Newsy, sebuah rangkaian berita dan video berasaskan Missouri yang menyediakan berita di seluruh Amerika Syarikat.
Noor menggalakkan orang ramai untuk memecahkan segala halangan dan membantu orang ramai untuk mengenal nilai sejati dalam masyarakat yang berbilang budaya. Baru-baru ini, Noor telah melancarkan #TheNoorEffect, rangkaian pakaian yang memperkasa wanita dan memerangi perdagangan seks.
Sekiranya anda merupakan peminat sukan kriket, anda pasti mengenali seorang yang digelar “the beard that’s feared”, iaitu Moeen Ali yang merupakan pemain kriket antarabangsa untuk England.
Sentiasa memberi pencapaian yang luar biasa hingga menjadi bualan hangat dalam dunia sukan kriket dan dianggap sebagai salah seorang pemain kriket terbaik di England, Moeen datang jauh daripada kampung halamannya di Birmingham.
Selain daripada menjadi hero dalam kriket, Moeen juga merupakan duta bagi StreetChange, mengajar dan bermain kriket bersama kanak-kanak daripada kawasan miskin di sekitar UK dan duta jenama global untuk NGO Orphans antarabangsa di Need – malah dia juga mempunyai logo di kayu kriketnya.
Harry Fear merupakan seorang wartawan penyiaran yang telah memenangi anugerah, pembikin filem dokumentari dan penceramah awam. Dia dikenali menerusi liputan unik video live streaming terhadap konflik Gaza – Israel pada tahun 2012, di mana dia telah tercalon di dalam pelbagai anugerah.
Dia juga telah mengembara ke lebih daripada 29 buah negara dan merupakan seorang jurugambar: sempena musim panas ini, dia telah mengembara ke Cairo dan berkongsi kisah pengembaraannya di Instagram (@harryfear) dan Facebook. Harry telah berkongsi gambar-gambar masjid yang cukup indah yang telah dikunjunginya.
Muniba Mazari merupkan seorang artis, model, pengacara televisyen, aktivis dan penceramah motivasi. Selepas mengalami kemalangan kereta yang menyebabkan dia lumpuh ketika berusia 21 tahun, dia tekad untuk tidak menjadikan ia sebagai alasan yang melemahkan semangatnya, memberi ceramah yang digelar sebagai TED Talk di mana dia berkongsi tentang bagaimana pengalaman itu mengubah dirinya.
Menjadi model Pakistan pertama yang berkerusi roda serta pembaca berita untuk televisyen kebangsaan Pakistan, dia pastinya telah membunuh segala stereotaip berkaitan dirinya.
Muniba juga merupakan duta PBB pertama Pakistan untuk wanita, sanggup menghabiskan waktunya untuk berkhidmat kepada orang ramai dan membantu negara luar yang datang daripada dunia gelap untuk kembali mencari sinar dalam kehidupan dan cinta.
Dilahirkan di Somalia, Yasin merupakan seorang jurugambar berusia 25 tahun di Toronto. Karyanya berkisar tentang krisis kemanusiaan global membuatkan dia menjadi tumpuan antarabangsa dan pada tahun 2016, dia telah tersenarai sebagai salah seorang pencetus perubahan Toronto yang layak dicontohi.
Dengan meminjam kamera telefon ibunya, Yasin mula memotretkan gambar kejiranannya, kawasan yang dikenali dengan kemiskinan, keganasan dan dadah.
Pada tahun 2015, Yasin memulakan projek #ShootForPeace – permainan perkataan yang bijak! Menggunakan segala ilmu dan cintanya terhadap kamera, dia telah mengajar dan memberi inspirasi kepada anak-anak muda untuk mengambil gambar yang hebat seperti dirinya, sambil berkata: “Anak-anak dalam komuniti ini mempunyai banyak sokongam dan saya ingim melihat mereka mengekspresikan diri mereka secara kreatif dan berkongsi beberapa emosi yang ada di dalamnya. Disebabkan fotografi merupakan kegemaran saya, saya tidak dapat memikirkan medium lain untuk mengekspresikan diri.
Anda boleh lihat laman webmya atau follow dia di media sosial (@yescene / @shootforpeace) untuk mengetahui perkembangan terbarunya.
Lagu debut Mona yang hebat bertajuk ‘Wrap My Hijab’ menjadikan ia disenaraikan sebagai 25 lagu feminis terkemuka! Lebih menakjubkan lagi adalah dia sedang hamil 8 bulan dalam video tersebut. Wow!
Sejak dari usia muda lagi, Mona sememangnya suka berpuisi. Video muzik itu tercipta selepas terjadi satu insiden negatif di dalam pesawat – hingga menyebabkan dia menterjemahkan insiden itu kepada sebuah seni yang cukup mengagumkan. Sejak daripada itu, Mona menjadi idola bagi wanita Islam yang berhijab untuk memakai hijab dengan bangga dan tanpa sebarang penghakiman.
Semak videonya di YouTube di sini!
Mona bukan sahaja dikenali menerusi muziknya. Malah dia mula dikenali apabila namanya mula viral melalui satu inisiatif dikenali sebagai “Ask A Muslim” bersama-sama suaminya, menawarkan kopi, donut dan bunga secara percuma kepada semua individu yang lalu di hadapannya demi menyebarkan persepsi positif terhadap agama Islam sebagai saah satu cara memerangi Islamophobia.
Selain itu, dia juga mengadakan kelas tentang kerohanian Islamik, penulisan kreatif dan puisi.
Seorang intelektual yang rendah diri, lucu dan genius yang kreatif – Riz Ahmed mencipta sejarah ketika dia menjadi orang Asia dan Muslim pertama yang membawa pulang Lead Actor Emmy Award. Dalam kebanyakan filemnya, beliau sering menangani isu-isu yang berkaitan dengan keganasan. Walaupun dia tidak berada di skrin besar, dia telah melakukan rap bersama pasangannya bertajuk ‘The swet shop boys’.
Dia juga terlibat secara mendalam terhadap penyebab kemanusiaan global, bergabung dengan DEC untuk mengumpul dana bagi krisis Rohingya dan berjaga mengumpul lebih daripada $200,000 untuk pelarian Syria pada Hari Pelarian Dunia 2017.
Tahun lepas, beliau telah dijemput ke Parlimen UK untuk menyampaikan kuliah kepelbagaian tahunan dan memberi ucapan yang penuh bersemangat mengenai kepentingan perwakilan Islam di dalam media.
Amani adalah seorang yang berwawasan apabila berkaitan dengan hal yang menyokong wanita Islam. Sebagai seorang guru teknologi, dia telah mencipta satu website, “MuslimGirl.net” sewaktu berusia 17 tahun. Bermula dengan hanya hits 1000 sebulan, kini dia berjaya mencecah 100 juta hits setahun.
Segala kerja yang dilakukannya berkembang di Amerika Syarikat, di mana ia merupakan satu kesusahan bagi Muslim – terutamanya bagi golongan muda dalam mengharungi perjalanan mereka melalui zaman remaja. Beliau telah menerbitkan buku pertamanya bertajuk ‘Muslim Girl – A Coming of Age’ pada Oktober 2016.
Beliau juga telah mencipta Hari Wanita Islam – 27 Mac 2017; di mana beberapa platform media termasuk; MTV, Teen Vogue & Cosmo telah memenuhi internet dengan cerita positif dan kepelbagaian tentang wanita Islam.
Paul Pogba merupakan antara pemain bola sepak termahal di dunia. Ibunya, Yeo Mariba, yang merupakan seorang ibu tunggal telah membesarkan dia dan adik-beradik kembarnya. Yeo telah diangkat oleh Paul sebagai sumber inspirasinya – dia memeluk agama Islam selepas diperkenalkan oleh ibunya.
Beliau merupakan sebabagian daripada kempen respect UEFA yang mempromosikan kemasukan, kepelbagaian dan aksesibiliti dalam bola sepak. Membanteras segala bentuk perkauman merupakan asas daripada kempen tersebut.
Dia mempunyai 18.9 juta pengikut di laman Instagram (@paulpogba), dan sering berkongsi gambarnya di masjid, mesej tentang Ramadan dan beberapa gambar yang mengagumkan ketika sedang menunaikan haji.
Tengku telah disenarai di Forbed 30 di bawah 30 untuk usahawan sosial Asia, untuk pengasas bersama Skolafund, laman web crowdfunded dengan misi untuk menjadikan pendidikan tinggi dapat diakses untuk semua orang. Ini merupakan kemudahan kepada para pelajar, terutama yang memerlukan, menggunakan dana untuk membiayai yuran mereka ke universiti.
Skolafund bercita-cita untuk menjadi platform kewangan terbesar di Asia dengan memberikan pelajar alternatif kepada penyelesaian kewangan, dan mereka sememangnya berada dalam keadaan yang baik: laman web ini dimulakan pada tahun 2015 dan berjaya meraih lebih daripada USD5000 dalam tempoh masa 4 bulan untuk 6 orang pelajar!
Bayangkan jika semua Muslim muda yang hebat ini berada di dalam sudut yang sama – ia akan mengubah dunia! Pengaruh positif yang dibawa oleh mereka tidak dapat dinafikan, dan ini menjadi sumber inspirasi untuk generasi akan datang.
Sumber: Have Halal, Will Travel
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.