Berpuasa adalah Rukun Islam yang ketiga. Setiap umat Islam wajib melaksanakannya. Namun dalam keadaan tertentu seperti uzur syarie, haid bagi wanita dan masalah kesihatan maka terpaksalah seseorang itu tidak berpuasa.
Walau bagaimanapun puasa yang ditinggalkan wajib diqadakan di samping perlu membayar fidyah (JIKA TIDAK MAMPU MENGGANTIKAN PUASA HINGGA TIBA RAMADAN BERIKUTNYA).
Jika seseorang itu meninggalkan puasa Ramadan atas sebab-sebab tertentu, maka dia wajib mengqadakan puasanya itu mengikut bilangan hari yang dia tinggalkan.
Firman Allah SWT:
وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ
Maksudnya: Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.
Surah al-Baqarah, 2:185
Jika dia merupakan seorang yang memiliki uzur syarie, seperti sakit, lalu dia meninggalkan puasa Ramadhan dalam keadaan dia mampu untuk menggantikannya pada bila-bila waktu selepas Ramadhan, kemudian dia mati. Maka ke atas wali/warisnya untuk menunaikan puasa bagi pihak dia.
Daripada Aisyah R.anha bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ مَاتَ وَعَلَيْهِ صِيَامٌ صَامَ عَنْهُ وَلِيُّهُ
Maksudnya: Barangsiapa yang mati sedangkan ke atasnya ada puasa (yang perlu diqadakan) maka walinya berpuasa bagi pihaknya.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Daripada Ibn Abbas RA, beliau menceritakan:
جاء رجلٌ إلى النبيِّ صلى الله عليه وسلم فقال: يا رسولَ اللهِ إن أمي ماتتْ وعليها صومُ شهرٍ، أفأقضِيه عنها ؟ قال: نعم ، قال: فديْنُ اللهِ أحقُّ أن يُقْضَى
Maksudnya: Telah datang seorang lelaki kepada Nabi SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya ibuku sudah wafat dan ke atasnya ada sebulan puasa yang perlu diqada, bolehkah aku menunaikannya bagi pihak beliau? Berkata Baginda SAW: Boleh. Adalah hutang kepada Allah itu lebih berhak untuk dilangsaikan.
Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Wali bererti kaum kerabat dan keluarga. Perlu diperhatikan bahawa fidyah hanya dibayar jika seseorang yang meninggal sebelum sempat mengqadakan puasanya sedangkan dia mampu untuk berbuat sedemikian ketika hidup.
Para ulama membahagikan kaedah penentuan bilangan hari untuk puasa qada kepada dua; tahdidi dan taqribi. Tahdidi bererti menentukan dengan tepat bilangan hari yang ditinggalkan, manakala taqribi ialah menggunakan anggaran berapa hari yang ditinggalkan kerana seseorang itu lupa berapa hari puasa yang telah dia tinggalkan.
Guru kami, Syeikh Muhammad bin Muhammad al-Mukhtar al-Shinqiti menjelaskan kaedah penentuan secara taqribi ini ialah dengan bertanya kepada seseorang itu seperti ini:
“Adakah telah tinggalkan 50 hari?”
“Terlalu sedikit”
“90 hari?”
“Terlalu banyak”
Maka jumlah taqribinya ialah 75 hari. Berkenaan dengan fidyah, hendaklah seseorang itu berusaha mengqadakan puasanya setiap hari yang mungkin terlebih dahulu. Ini lebih bersifat ihtiyati (berhati-hati) dalam urusan agama berbanding terus membenarkan membayar fidyah sehingga mengabaikan tuntutan qada’.
Selain daripada itu, boleh juga ditanya kepada mufti negeri masing-masing untuk kepastian lanjut.
Semoga usaha kita untuk mengqada puasa-puasa yang lalu menjadi muhabasah kita untuk meraih kebaikan yang lebih besar daripada Allah SWT pada masa akan datang.
Wallahua`lam.
Sumber kredit: Laman Web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Benda Boleh Baiki Buat Apa Nak Ganti, Macam Hidup Suami Isteri Masing-masing Pun Tak Sempurna
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri. Adatlah dalam rumah tangga, adakalanya berselisih faham. Namun jangalah jadikan alasan untuk beralih arah.
Tiada manusia yang sempurna. Setiap manusia ada kekurangan masing-masing. Tidak perlulah terus-terusan mencari yang sempurna kerana sampai bila-bila pun kita tidak akan berjumpa dengan insan yang sempurna.
Dalam rumah tangga, suami dan isteri itu saling memerlukan. Suami melengkapkan isteri manakala isteri melengkapkan apa yang kurang pada suami. Itulah sebenarnya tujuan sesebuah perkahwinan. Jika kesempurnaan yang dicari maka sampai bila-bila pun kita tidak menemui kesempurnaan yang diimpi-impikan.
Berikut perkongsian Mizan Dzai tentang mengapa dalam rumah tangga perlu ada toleransi kerana suami dan isteri itu saling melengkapi antara satu sama lain.
BENDA BOLEH BAIKI JANGAN DIGANTI
Ada isteri lembut bicara menyambut suami di depan pintu sambil menunggu kucupan di dahi tapi masak air pun boleh kering, sudahnya bungkus tomyam dan kailan ikan masin di kedai Kak Yah Utara.
Ada isteri yang garang bak singa tapi setiap kali memasak mulut terkumat-kamit membaca selawat dan doa agar rumahtangga bahagia melalui kesedapan masakannya.
Ada isteri pandai melawa, segak bergaya sendat berbalut nangka tapi bila bab melayan suami, bukan main payah sampai nak kena suami mengamuk baru nak dengar kata.
Ada isteri sekadar cukup muka berpelembab dan pencuci tapi hidup di dunia dan akhiratnya demi redha suami, setiap nafas, bangun dan tidurnya hanya buat syurga yang kekal abadi.
TAK SEMPURNA
Sebab itu kita yang lelaki dan suami ni jangan la tak sudah-sudah pandang orang lain yang kononnya lebih baik dari isteri di sisi. Takkan pernah habis kalau nak dicarinya kekurangan isteri.
Kereta rosak pandai baiki. Kereta dah lama pandai pula dimodifikasi tapi isteri gemuk lonyot sana sini terus dicari ganti. Tuan puan, ini kita panggil bangang abadi.
Suami, sesekali rajinkan diri jenguk cermin kat rumah tu. Entah-entah kita punya kekurangan lagi banyak dari isteri. Silap-silap isteri yang banyak berkorban sepanjang hidup bagai hamba abdi.
Ini tidak, nampak bini orang lain lawa, dijelingnya si isteri.
Nampak bini orang lain manja, dibanding-bandingkannya dengan si isteri.
Nampak bini orang lain ada bisnes atau kerjaya masyuk bergaji, dikutuk-kutuknya isteri sendiri.
Nampak bini orang lain sempurna serba serbi, gatal juga kepala nak berpoligami kononnya melengkapi kekurangan si isteri.
LAYAKKAH NAK BERPOLIGAMI
Dalam sedar atau tidak, ramai sebenarnya cemburukan kehidupan yang kita miliki. Sebab tu kena banyakkan bersyukur, hargai apa yang sudah tentunya jelas depan mata sendiri.
Kita yang lelaki ni kalau nak berpoligami tapi keluarga sedia ada pun masih porak peranda, isteri pun kita tak pernah ajak solat bersama, isteri bahagia atau pun tidak sepanjang bernikah pun tak pernah kita bertanya, tak usah la.
Poligami itu tak salah, yang selalunya salah adalah cara yang kita guna pakai untuk ke arah berpoligami. Perhalusilah poligami itu sebaiknya, bukan semata-mata mampu kewangan, mampu kebatinan.
Nak mengurat pengganti atau madu buat isteri, tunjuklah kita hebat bukannya sebat semua kebodohan dunia dengan menceritakan aib dan keburukan isteri. Bukan dengan meletakkan semua kesalahan pada isteri sebagai lesen untuk kita berpoligami.
Kalaupun dah tak sayang dah tak cinta, sampaikanlah niat pada walinya. In shaa Allah bapa, abang atau saudara lelakinya akan bawa dia pulang ke rumah keluarga.
JADILAH LELAKI YANG BERTANGGUNGJAWAB
Bukannya diseksa dengan menyakiti hati atau batang tubuhnya. Be a gentleman. Lelaki yang kuat adalah lelaki yang mampu menahan talak atau perasaan marah pada isterinya.
Lelaki yang sabar pula ialah lelaki yang mampu mendidik dan membentuk isterinya manakala lelaki yang rugi adalah lelaki yang menjandakan isteri mereka untuk janda pilihannya.
Sabar, baik isteri mahupun suami.
Jadilah pasangan yang kuat menghadapi dugaan hidup dalam menjalani bahtera cinta sejati. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak lelaki kita kagumi. Jadilah lelaki contoh untuk anak-anak perempuan kita kahwini nanti.
Tidak pernah wujud isteri yang sempurna, apatah lagi suami yang cukup segalanya. Jangan dibuka ruang buat haiwan yakni pihak ketiga yang menunggu saat dan detik untuk menyondol rumahtangga kita.
Perkahwinan adalah institusi yang menemukan pasangan dan rakan kongsi hidup yang sehati dan sejiwa untuk sama-sama mengharungi segala suka dan duka erti kehidupan.
Selami serta hayati makna sebuah perkahwinan, iaitu saling bertoleransi dan melengkapi bukannya sesukahati mencari pengganti.
Sumber kredit: Mizan Dzai
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Secanggih Mana Telefon Memori HP Pasti Penuh, Cuba 13 Tip Ini Atasinya Dengan Mudah, Dijamin Berkesan!
Untuk menyelesaikan masalah memori HP penuh, anda mesti tahu dan faham cara mengurusnya. Terdapat banyak kes apabila memori dalaman telefon pintar penuh walaupun anda jarang memasang aplikasi atau mengambil gambar atau video.
Memang diakui, memori dalaman adalah aspek penting dalam telefon pintar kerana di sini anda boleh menyimpan pelbagai jenis fail seperti aplikasi, permainan, foto, video dan lagu. Namun, selalunya memori dalaman penuh dan tidak boleh digunakan untuk menyimpan data lagi. Tetapi, jangan risau, petua dan cara menangani memori HP penuh ini membantu anda supaya tidak kehabisan memori lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Elak Gangguan Mesej Masuk, Ini Cara Sembunyikan Status ‘Online’ Di Aplikasi WhatsAap. Mudah Jer!
Menyebabkan Memori HP Penuh
Apakah sebenarnya yang menyebabkan storan HP penuh? Jawapan yang paling sah adalah, sudah tentu, kerana data yang disimpan pada telefon bimbit telah melebihi had kapasiti memori.
Biasanya, pengeluar telefon pintar mengeluarkan memori dalaman dalam gandaan 4. Memori terkecil pada masa ini ialah 32GB yang biasa ditemui dalam telefon pintar peringkat permulaan. Manakala yang terbesar pada masa ini pada 512GB pada telefon bimbit kelas perdana.
Sebenarnya, isu ini boleh diatasi dengan menggunakan slot memori luaran. Walau bagaimanapun, hari ini banyak telefon bimbit Android dan iPhone tidak menggunakan ciri ini. Akibatnya, kita hanya boleh bergantung pada memori dalaman.
Punca kehabisan memori HP sering berlaku disebabkan oleh perkara berikut:
- Muat turun aplikasi yang besar
- Rakam video dengan resolusi tinggi supaya saiz data menjadi besar
- Fail tersembunyi atau cache jarang “dibersihkan”
- Storan media daripada aplikasi sembang atau media sosial masih lagi automatik
1. Bersikap selektif dalam memasang aplikasi
Seperti yang dinyatakan di atas, punca utama memori HP penuh ialah saiz fail aplikasi yang terlalu besar. Terutama apabila kita bercakap tentang permainan kelas berat seperti Genshin Impact, yang menggunakan sekitar 17GB ruang storan.
Sungguh sukar untuk menghalang diri daripada memuat turun permainan. Lebih-lebih lagi jika anda seorang yang sukakan bermain permainan. Namun, sekurang-kurangnya anda boleh lebih selektif dalam memilih permainan. Pastikan anda tahu permainan mana yang anda benar-benar mahu main dan mana yang tidak. Masalahnya, selain daripada berpotensi memakan storan, memuat turun permainan berat juga boleh menyedut kuota anda.
2. Padam aplikasi dan permainan yang tidak diperlukan
Bagaimana jika anda telah memasang banyak aplikasi/permainan besar dengan saiz data jumbo? Jika ini berlaku, anda hanya perlu memadam aplikasi /permainan yang anda rasa tidak diperlukan.
Ini boleh dianggap sebagai kebiasaan untuk hampir semua pengguna telefon bimbit. Merasa bahawa memori HP masih banyak, jangan terlalu leka ! Malah, pada akhirnya lebih banyak yang hanya dipaparkan daripada benar-benar digunakan.
3. Matikan pilihan kemas kini automatik Gedung Google Play
Bagi anda pengguna telefon bimbit Android, Gedung Google Play menyediakan ciri tetapan APL automatik. Ciri ini biasanya digunakan supaya kita tidak perlu bersusah payah membuka Gedung Google Play untuk mengemas kini.
Malangnya, kehadiran ciri ini juga boleh membawa bencana, terutamanya apabila memori telefon bimbit anda penuh. Jika anda mempunyai ini, anda harus mematikan ciri kemas automatik supaya anda boleh menetapkan sendiri apabila anda akan mengemas kini.
4. Bersihkan cache atau fail sampah secara berkala
Jadi, inilah yang dimaksudkan sebagai ancaman “halimunan” yang membuatkan memori HP tiba-tiba penuh. Data ini boleh dikatakan sebagai sampah pada telefon bimbit. Saiznya memang sangat kecil, tetapi jumlahnya juga besar sehingga boleh membuatkan memori HP meletup.
Tiada apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan dua sampah ini. Kerana, walaupun ia telah dipadamkan, kedua-duanya tiba-tiba boleh muncul semula. Oleh itu, cara paling berkesan untuk menangani masalah ini adalah dengan membersihkannya dengan kerap. Anda boleh melakukannya dengan cara berikut:
- Buka menu tetapan/setting.
- Masukkan menu aplikasi
- Pilih aplikasi yang anda mahu kosongkan cache.
- Klik Kosongkan Cache pada menu Maklumat Apl.
5. Gunakan aplikasi yang lebih bersih dan antivirus
Selain daripada kaedah manual, anda juga boleh memadam fail cache dan sampah pada telefon bimbit anda secara automatik. Caranya ialah memasang aplikasi pembersih atau antivirus.
Bukan sahaja membersihkan sampah, beberapa aplikasi pembersih juga berfungsi untuk banyak perkara. Contohnya seperti membersihkan RAM HP supaya boleh digunakan untuk multitasking. Aplikasi cadangan yang berfungsi membersihkan storan seperti CCleaner untuk Android. Semak pautan muat turun di bawah!
ARTIKEL BERKAITAN: 7 Cara Membuka Tapak Web Yang Disekat, Kaedah Dijamin Berkesan!
6. Padamkan foto dan video yang tidak diperlukan
Telefon bimbit masa kini biasanya mempunyai kamera yang canggih dengan resolusi yang besar. Kualiti kamera dan hasil foto yang baik selalunya membuatkan kita lupa untuk foto tanpa memikirkan memori yang tinggal. Ingat, lebih besar resolusi kamera, lebih besar imej dan saiz fail. Terutama jika anda menggunakan banyak kesan seperti mod malam.
Jangan lupa juga, video boleh menjadi punca masalah kehabisan memori HP. Khas untuk anda yang suka bermain TikTok atau Instagram Stories. Anda pasti akan lebih kerap menyimpan video pada telefon bimbit. Kaedah yang anda perlu lakukan adalah sama seperti merawat fail sampah atau cache. Semak galeri anda untuk sebarang foto atau video besar yang anda tidak perlukan lagi, kemudian padamkannya.
7. ‘Back up’ fail ke Google Drive atau PC/komputer riba
Sebenarnya ada cara untuk menangani memori HP penuh lain yang boleh menjadi pilihan terbaik. Daripada memadamkan fail APKL, foto atau video, anda masih boleh mengalihkannya atau menyandarkannya ke tempat lain.
Tempat yang dimaksudkan mungkin Google Drive atau PC/komputer riba yang anda miliki. Disyorkan membuat ‘back up’ ke Google Drive kerana ini bermakna anda tidak perlu bersusah payah melakukan perkara yang sama nanti jika memori PC/komputer riba anda penuh. Walau bagaimanapun, menyimpan di Google Drive juga mempunyai kelemahannya. Dengan mengalihkan telefon bimbit anda ke Drive, yang secara kebetulan ialah storan ‘cloud’, ini bermakna anda akan menggunakan kuota internet.
Walaupun begitu, penjimatan di Google Drive adalah sangat penting. Selain menjadikan telefon bimbit anda lebih luas, anda boleh mengakses data yang anda sandarkan di mana-mana dan pada bila-bila masa!
8. Matikan media muat turun automatik dalam Whatapps
Jadi, inilah puncanya yang menjadikan memori telefon bimbit anda penuh tanpa amaran. Sama seperti ciri kemas kini automatik di Gedung Google Play, ciri whatapps ini membuatkan anda memuat turun media yang dihantar secara automatik di Whatapps secara automatik.
Satu-satunya cara ialah mematikan ciri muat turun automatik. Agak menyusahkan untuk memuat turun satu persatu media yang dihantar. Namun, yang positifnya ialah anda boleh memilih kandungan mana yang penting dan tidak.
9. Kosongkan data YouTube
Selain WA, YouTube juga boleh menjadi punca masalah memori HP yang cepat penuh. YouTube memang menyediakan ciri luar talian untuk menjimatkan kuota penstriman. Walau bagaimanapun, ciri ini menimbulkan masalah baharu kerana ia menambah fail besar pada HP.
Masalah ini akan menjadi sangat menjengkelkan jika video YouTube luar talian yang anda simpan adalah kualiti HD 1080p. Oleh itu, anda juga perlu rajin menyemak video yang anda rasa tidak lagi penting, kemudian padamkannya. Berikut ialah cara untuk memadamkan data video luar talian di YouTube:
- Buka APL YouTube.
- Pergi ke menu Profil.
- Pergi ke Tetapan > Muat Turun > Alih Keluar Muat Turun.
10. Strim yang lebih baik!
Cara seterusnya untuk menangani memori HP penuh adalah dengan mengutamakan keperluan. Jika anda menghadapi masalah dengan memori HP penuh, ini bermakna adalah lebih bijak jika anda menstrim video atau muzik daripada memuat turunnya.
Dengan cara ini, kuota internet anda lebih cepat habis. Walau bagaimanapun, ingat, keutamaan anda sekarang ialah mengurangkan memori pada telefon bimbit anda. Jadi, sudah tentu penstriman adalah penyelesaian terbaik daripada memuat turun kandungan.
11. Alih keluar aplikasi bloatware
Bloatware atau aplikasi lalai pada telefon bimbit boleh menjadi momok yang menjengkelkan. Ini kerana jumlah bloatware pada HP agak besar. Masalahnya ialah majoriti daripada ia mempunyai fungsi yang tidak berguna.
Persoalannya, bolehkah kita memadam aplikasi lalai pada telefon bimbit? Biasanya, APL seperti ini benar-benar tidak boleh dihapuskan daripada telefon bimbit. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa cara untuk mengakalinya, sekurang-kurangnya mengurangkan beban memori pada HP.
12. Menggunakan memori luaran
Cara menangani memori HP penuh, ini adalah cara terbaik. Walau bagaimanapun, kini banyak telefon bimbit Android dan iPhone tidak mempunyai slot memori luaran yang dibenamkan jadi anda hanya boleh bergantung pada memori dalaman.
Jika anda bernasib baik kerana mempunyai telefon bimbit yang masih menyediakan slot memori luaran, gunakan teknologi ini dengan bijak. Beli mikroSD dengan saiz minimum 1TB supaya anda tidak kehabisan memori dengan cepat.
13. Reset semula
Jika anda tidak mahu diganggu atau tidak mempunyai masa untuk menyusun fail, cara paling mudah sebenarnya ialah melakukan tetapan semula telefon. Walau bagaimanapun, cara menangani memori HP penuh ini adalah cara terbaik apabila alternatif lain tidak lagi berkesan.
Dengan tetapan semula telefon, telefon bimbit anda akan kembali ke tetapan telefon supaya semua data padanya akan dipadamkan. Telefon bimbit itu berasa seperti telefon bimbit baharu. Tetapi ingat, semua data pada telefon bimbit akan dipadamkan jadi lebih baik anda membuat ‘back up’ terlebih dahulu.
Untuk cara menetapkan semula kilang pada HP, anda tidak perlu bersusah payah memasang APL pihak ketiga. Hanya ikut kaedah di bawah:
- Buka menu tetapan HP.
- Pilih pilihan Perihal atau Perihal.
- Cari dan pilih menu Tetapan kilang atau Tetapan semula kilang.
Itulah perbincangan tentang cara menangani memori HP penuh yang paling lengkap dan paling mudah untuk tahun 2023. Dengan cara ini, anda tidak perlu risau lagi apabila anda kehabisan memori dalaman kerana anda sudah boleh mengelak dan mengendalikannya!
Sebenarnya, ada satu lagi cara yang lebih “ultimate” untuk menangani memori HP penuh, iaitu root. Malangnya, pilihan ini sangat berisiko kerana ia menyebabkan telefon bimbit anda kehilangan jaminannya.
+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
SUMBER: JALAN TETIKUS
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Imam Muda Hassan Beri Tip Supaya Lebih Banyak Connection Pada Otak, Tapi Mesti Buat Waktu Pagi
Waktu pagi adalah masanya untuk kita cergas supaya dapat menjalankan aktiviti harian dengan lebih baik.
Maka sebab itulah waktu pagi kita perlu diisi dengan aktiviti yang menjana semangat agar dapat dijadikan pencetus energi sepanjang hari.
Berikut perkongsia Imam Muda Hassan Adli sebagai panduan.
APA NAK BUAT BILA BANGUN PAGI?
Teman listkan beberapa perkara yang boleh kita buat pada waktu #PAGI supaya lebih banyak connection terbentuk pada brain kita:
1. Mesti kena ucapkan #SYUKUR. Ini #wajib. Ini Nabi ajar kat kita semua. Baca doa bangin tidur dan pahamkan maknanya. Sebab bersyukur ni boleh menyalakan bahagian hadapan otak kita.
Bahagian depan otak ni sangat crutial sebab ia mengawal emosi, cognitive skills, percakapan kita dan pelbagai lagi. So kalau kita dah betulkan emosi in the right way, in shaa Allah sepanjang hari kita akan rasa seronok dan akan menghargai apa yang kita ada di sekeliling kita.
2. Cuba buat perkara-perkara yang rare dan jarang-jarang sangat kita buat. Tapi pastikan yang tak mengarut la ye. Contoh mudah, kalau pagi-pagi selalu kita mandi air panas, cuba tukar pulak mandi air sejuk. Ataupun boleh tukar-tukarkan suhu air, kejap panas kejap sejuk…
Otak kita akan aktif dan adapt benda baru. So otak akan lebih aktif. Contoh lain, boleh juga gosok gigi guna tangan kiri, tapi make sure mulakan dengan tangan kanan dulu, then tukar tangan kiri pula. Memang susah kan, tapi paling tidak kita dah bagi otak kita suatu pengalaman yang baru.
3. Lepas solat Subuh, bacalah Al Quran. Bila kita baca Al Quran bertajwid ni akan membuatkan otak kita mengira panjang pendek ayat, baris bawah, atas, depan, yang mana perlu dengung mana yang tak boleh dengung, huruf nak keluar kat mana, bibir ke, rongga mulut ke, halkum ke, so memang amazing, tanpa kita sedar otak kita sedang ligat bekerja.
Thats why kebiasaannya orang yang rajin baca Al Quran dia susah nak dapat penyakit nyanyuk bila dah tua nanti, sebab otak dia sudah aktif sejak dari dulu lagi. Jadi, wajibkan pada diri untuk membaca Al Quran selepas solat Subuh. Dan kalau lebih baik sebelum Subuh lagi kita dah baca Al Quran
OK setakat itu dulu ya. Pagi esok dah boleh cuba.
Sumber kredit: Instagram Imam Muda Hassan Adli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI