Debaran siapakah yang dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 bagi menggantikan Raysha Rizrose, Dewi Remaja 2014/2015 akhirnya terjawab. Shaza Bae telah ditakhtakan sebagai juara Dewi Remaja 2019.
Selain gelaran juara Dewi Remaja 2019, Shaza juga menerima wang tunai sebanyak RM10,000, sebentuk tiara dan trofi selaku pemenang.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Adriana Ghafar yang membawa pulang wang tunai sebanyak RM7000 dan trofi manakala tempat ketiga disandang oleh Nynaa Harizal yang menerima wang tunai sebanyak RM5000.
Tempat keempat dimenangi oleh Syamira Izzati dan tempat kelima jatuh kepada Shatirah Amanda.
Sementara itu, kategori Dewi Inspirasi jatuh kepada Nina Amin yang dipilih berdasarkan nilai semangat dan mampu menjadi inspirasi buat remaja di luar sana. Gelaran Dewi Favourite pula dimenangi oleh wakil tunggal dari Sabah, Sharlina Gilbert Mojinun hasil undian peminatnya di laman web Majalah Remaja.
Ads
Namun apa yang menarik tentang Dewi Remaja kali ini ialah di antara lima peserta akhir Dewi Remaja 2019, salah seorangnya berhijab. Nursyamira Izzati Mohd Nazir atau lebih dikenali sebagai Syamira merupakan seorang finalis yang berjaya memecahkan rekod pencarian Dewi Remaja. Gadis ini menjadi peserta berhijab pertama yang beraksi di pentas final sekaligus memenangi tempat ke empat pencarian Dewi Remaja 2019.
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 14, 2019 at 7:08am PST
Sepanjang penganjuran Dewi Remaja selama 10 musim terdahulu, banyak perubahan telah berlaku. Antara perubahan tersebut ialah apabila edisi 2014/2015 yang dimenangi oleh Raysha Rizrose memecah sejarah menjadi edisi pertama yang membenarkan peserta berhijab untuk menyertai pencarian Dewi Remaja.
"Alhamdulillah saya telah berjaya membuktikan bahawa peserta berhijab juga mampu untuk bersaing dalam pertandingan seumpama ini. Secara jujurnya tidak mudah kerana menjadi finalis itu sendiri pun, ada ramai yang memandang tingkah laku kami. Apa lagi, saya seorang yang berhijab. Tapi pada saya, apa yang penting kamu perlu tahu yang kamu bukan hanya seorang yang berhijab tetapi kamu adalah seorang Muslim,"
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 15, 2019 at 12:30am PST
"Pada saya ini bukan soal menjaga nama wanita berhijab, tetapi ia lebih kepada menjaga nama agama. Jadi kalau kamu membawa diri sebagai seorang Muslim, insyAllah semuanya akan baik-baik sahaja," "Kalau ada tersilap sana sini tu biasalah, kita hanya manusia biasa. Tiada yang sempurna," jelas anak bongsu dari dua beradik ini. Bercerita tentang pengalamannya dengan Dewi Remaja, gadis ini mengakui bahawa sewaktu umurnya 17 tahun, disebabkan ingin berjumpa dengan Neelofa, dia telah pergi ke sesi uji bakat Dewi Remaja ketika itu.
A post shared by Majalah Remaja, MY (@majalahremaja) on Dec 15, 2019 at 12:26am PST
"Saya tahu memang tidak akan terpilih kerana pada waktu itu umur saya baru berusia 17 tahun. Namun begitu, disebabkan Neelofa menjadi juri dan saya teringin benar untuk berjumpa dengannya, saya pergi juga uji bakat, " jelasnya sambil tertawa kecil.
Ads
"Saya ingat lagi Neelofa pesan nanti dah habis belajar awak datang semula. Saya terlepas sesi uji bakat tahun lalu dan Alhamdulillah, tahun ini saya telah dipilih menjadi salah seorang daripada finalis Dewi Remaja,"
"Mula-mula saya rasa macam tak percaya sudah sampai hingga ke tahap ini. Tapi, saya tetap rasa gembira dan bersukur kerana telah diberi kepercayaan untuk menonjolkan bakat yang ada," tambahnya lagi.
Malam kemuncak Dewi Remaja 2019 turut dihadiri oleh alumni keluarga Dewi Remaja seperti Pushpa Narayan (2002/13), Datin Rebecca Nur Al-Islam (2005/06) Ramona Zam-Zam (2009/10) dan Raysha Rizrose (2014/15).
Turut kelihatan ialah finalis Dewi Remaja seperti Natrah Khalid, Fify Azmi, Arena Wan, Anna Jobling, Zeera Azizi serta finalis Hero Remaja 2017; Farhan Asri, Ikmal Amry dan Safwan Nazri.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidur dalam gelap merupakan satu mimpi ngeri buat sesetengah dari kita. Sudah tentunya untuk selamat, mereka buka lampu yang ada supaya mereka boleh bertenang dan tidur dengan lena…
Tapi tahukah anda terdapat punca masalah kepada kesihatan jika anda buat sedemikian? Apakah penyakit itu dan ciri-ciri kesihatan sudah terjejas?
Rasa Macam Tak Boleh Kalau Tidur Dalam Gelap!
Sumber dari Canva
Bukan sahaja lampu bilik, malah, berjaga malam menggunakan komputer riba atau peranti elektronik seperti telefon dan tablet juga boleh menganggu anda. Tidur dalam keadaan lampu terbuka bukanlah satu pilihan yang baik.
Pernah anda dengar tentang buka lampu ketika tidur merisikokan diri dengan kanser? Menurut portal HelloDoktor, satu kajian dari MIT mendapati bahawa dua gen yang bekerja untuk mengatur dan memahami masa punyai satu keupayaan untuk menyekat tumor. Akibat daripada kekeliruan pada sumber cahaya dan kegelepan boleh menyebabkan penyekat tumor berkurangan serta membuat tumor berpotensi lebih buruk.
Mereka yang sering bekerja syif malam juga berpotensi untuk mendapat kanser akibat terdedah kepada cahaya di kala malam. Juga dinyatakan bahawa cahaya pada waktu malam adalah faktor risiko yang signifikan dengan mebangunkan kanser payudara menurut kajian semula data dari 1,679 wanita yang tercata di Chronobiology International.
Mengundang Masalah Penyakit Lain!
Ada juga beberapa masalah yang boleh diundang jika kita jadikan ini sebagai satu habit. Antaranya seperti:
#1. Masalah jantung
Sumber dari Canva
Menurut Harvard Health Publications, terdapat satu kajian yang telah menunjukkan satu hubungan antaras komplikasi jantung yang kurang selesa apabila cahaya mempengaruhi kualiti tidur. Ia menybebakan seseorang individu itu terjaga kerana kemampuannya boleh menghancurkan melatonin.
Tidur seseorang akan terganggu akibat kesan cahaya yang menganggu peraturan otak untuk kawalan emosi. Kajian yang dilakukan oleh ahli biologi dari John Hopkins diterbitkan dalam jurnal Nature mengisahkan bahawa cahaya mempengaruhi struktur neurologi otak yang terlibat dengan emosi. Cahaya yang terlalu banyak ketika waktu tidur sememangnya tidak sesuai dan boleh ganggu kualiti tidur dan menyebabkan faktor kemurungan.
Bagi mengelakkan risiko penyakit yang boleh menganggu kesihatan anda, pastikan anda tidur dalam keadaan lampu yang tertutup. Dapatkan lampu malam yang bercahaya sedikit malam yang boleh anda gunakan di dalam bilik supaya tidak terlalu terang dan boleh ganggu kualiti tidur anda.
Sumber: HelloDoktor
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Hebatnya penangan wanita bernama Neelofa ini. Bukan sahaja cantik, bijak, kaya juga seorang yang begitu pandai bergaya. Kecintaan dalam fesyen jelas boleh dilihat setiap kali foto yang dimuat turut dalam laman sosialnya. Pengikut pelakon yang memiliki follower di instagram ini melonjak ke 5.2M yang setia mengikuti segala perkembangannya.
Kini sudah hampir 5 tahun Neelofa menjadi pengacara Meletop bersama Nabil. Setiap kali bersiaran, dia akan tampil dengan #OOTD yang cukup memukau. Neelofa memang bijak mix & match padanan sepanjang 1 jam siaran berkenaan. Walaupun ada yang mengutuk, tetapi Neelofa tetap tegar dengan apa yang dilakukan.
Ayuh kita tinjau 10 #OOTD Neelofa sepanjang siaran di MELETOP yang memang tak puas mata memandang. Penampilannya memang superb dari ‘top to toe’. Netizen juga turut menyukai apa jua #OOTD yang digayakan oleh duta bagi beberapa produk antarabangsa ini. Dilabel ikon fesyen, ada sahaja gaya baru yang ditampilkan Neelofa. Sesuai dengan dirinya yang masih muda, energetic dan happy go lucky.
Bagi yang masih tercari-cari fesyen apa yang sesuai, boleh cedok #OOTD Neelofa ini. Admin rasa ia ‘simple’ tetapi menawan sekali. Padanan aksesori seperti kaca mata dan ‘sling bag’ melengkapi penampilan si cantik jelita ini.
Walaupun anda semua menyukai dan sentiasa mencari ‘beauty hack’ yang terbaik untuk merawat masalah kulit wajah, namun terdapat beberapa godaman penjagaan kulit yang popular yang sebenarnya tidak perlu diikuti.
Terdapat banyak helah yang anda lihat di media sosial yang tidak patut anda ulangi. Kecantikan semula jadi sememangnya menjadi kegilaan. sekarang, tetapi semula jadi tidak selalu lebih baik, dan pakar menjelaskannya 3 ‘beauty hack’ yang paling popular di kalangan penggemar kecantikan tidak perlu diletakkan dalam rutin kecantikan dan cadangan penggantinya.
Jangan gunakan madu untuk jerawat
Ganti: Benzoyl Peroxide
Madu memang mempunyai ciri antibakteria, ia dipanggil emas cair atas sebab tertentu! Tetapi kesannya terhad dan anda boleh melakukan lebih banyak kerja dengan lebih sedikit kerja. Sebaliknya, cuba cadangan beberapa pakar menggantikanya dengan benzoyl peroksida. Walaupun madu boleh membantu menyembuhkan luka kulit, benzoyl peroksida telah terbukti secara klinikal sebagai rawatan baris pertama yang berkesan untuk jerawat. Mungkin simpan madu untuk teh anda? Baik juga untuk diet sihat.
Jangan gunakan jus lemon untuk bintik hitam
Ganti: Tretinoin, hydroquinone dan asid azelaic
Serum Vitamin C selalunya digunakan untuk bintik-bintik gelap, jadi jus lemon yang kaya dengan vitamin C sepatutnya berfungsi sebagai gantinya, bukan…? Pakar dermatologi berkata untuk mengelakkan penyelesaian sitrus ini, kerana ia boleh menjadi perengsa besar-besaran pada wajah mulus anda. Daripada membuat limun penjagaan kulit daripada lemon, cuba gunakan tretinoin, hidrokuinon, asid azelaik.
Tretinoin ialah retinoid berkekuatan preskripsi yang boleh menggalakkan perolehan selular, sekali gus membantu mencerahkan kulit dengan menghalang pengeluaran melanin. Hydroquinone adalah satu lagi produk preskripsi yang melunturkan kulit manakala asid azelaic adalah asid lembut yang boleh membantu meringankan hiperpigmentasi yang disebabkan oleh jerawat.
Jangan gunakan pita untuk kedutan
Ganti: Tretinoin dan SPF
Jadi, pita boleh mengehadkan pergerakan muka (bunyi seperti Botox), tetapi seperti madu, menggunakannya untuk melicinkan kedutan anda mempunyai keberkesanan yang terhad. Tukar kepada tretinoin atau retinol yang “lebih dan penyelesaian dermatologi muktamad iaitu pelindung matahari. Kajian dari masa ke masa telah menunjukkan bahawa SPF mempunyai kuasa untuk melambatkan penuaan, malah boleh membalikkan tanda-tanda penuaan. Sapukannya setiap hari dan anda akan dapat mengelakkan kedutan dari masa ke masa, yang bermakna anda tidak perlu memikirkan menggunakan pita pada muka anda dalam jangka masa panjang.
Untuk tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa. Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kesempatan bertemu dengan pengacara dan pelakon cantik Uyaina Arshad pada acara sebuah majlis pertunjukan fesyen bau-baru ini membuka peluang kepada Hijabista untuk mencungkil rahsia...