Apabila usia sudah bertambah, pasti akan ada garis halus atau kedutan yang terbit pada wajah. Selain menggunakan rawatan sapuan seperti masker, anda juga sebenarnya boleh cuba mengamalkan minum susu emas atau kunyit. Resipi susu ini berdasarkan resepi Ayurvedic (India Kuno). Jika anda bertanyakan kepada rakan-rakan India anda, mereka pasti akan tahu mengenai resepi ini. Bahan utama minuman ini adalah kunyit dan bahan ini sememangnya penuh khasiat dan tidak boleh disangkal kebaikannya.
Kebaikan Susu Emas (Kunyit)
1. Menghilangkan jerawat/eczema dan menjadikan kulit lebih sihat, bersinar dan bebeas cela kerana ia memiliki properti anti-bakteria, anti-septik dan anti-radang.
2. Efek anti-penuaan – mengurangkan kedutan dan garis-garis halus pada wajah.
Ads
3. Membakar lemak dengan mempercepatkan sistem metabolisme, membaiki sistem penghadaman dan mengurangkan angin dalam badan.
4. Menghalang peningkatan berat badan di masa hadapan.
5. Membantu pertumbuhan rambut dan merapikan kulit kepala dengan menghilangkan kelemumur.
Ads
6. Menghalang keguguran rambut berlebihan.
7. Mengurangkan kesakitan senggugut.
8. Meningkatkan imunisasi untuk menghalang radikal bebas menyerang sistem tubuh.
Ads
Susu emas ini juga dapat mengurangkan kekerapan anda sakit (selsema atau demam). Jadi apa anda tunggu lagi? Mari lihat resepi ini di bawah.
Whitehead atau (bintik putih) dan blackhead (bintik hitam) sering terjadi pada wajah, dahi dan hidung. Biasanya akan disertai dengan kehadiran jerawat. Ia terjadi akibat pengumpulan kotoran di bahagian bawah lapisan kulit. Whitehead terjadi akibat pengumpulan lebihan sebum atau minyak di dalam liang roma kulit.
Manakala blackhead pula adalah disebabkan oleh pori-pori tersumbat. Blackhead berada betul-betul di bawah permukaan kulit, Blackhead pada kulit sangat mudah dikenalpasti. Ia kebiasaannya muncul sebagai benjolan kecil dan sedikit timbul serta kelihatan hitam di atas permukaan kulit.
Selain mendapatkan rawatan di spa, ada cara mudah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah untuk menghilangkan whitehead dan juga blackhead.
MINYAK BAYI/ BABY OIL
Menghilangkan whitehead dan blackhead menggunakan baby oil cukup mudah. Caranya keringkan wajah terlebih dahulu, kemudian usapkan baby oil pada wajah dan tunggu selama 30-60 minit. Setelah itu wajah dilap hingga bersih dari minyak, lalu bilas dengan air hangat.
UBAT GIGI
Cara ini sangat mudah. Caranya, cukup dengan oleskan ubat gigi secara merata. Biarkan selama 15 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Dicadangkan untuk menggunakan ubat gigi yang berbahan herba.
LIDAH BUAYA
Oleskan gel yang ada di tengah lidah buaya secukupnya dan secara merata pada bahagian kulit yang terlibat, biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih. Lidah buaya juga bermanfaat untuk mencerahkan kulit wajah, menyegarkan wajah, dan mengecilkan pori-pori wajah.
TUALA SUAM
Cuci wajah atau letakkan tuala kecil yang sudah direndam dengan air panas. Biarkan tuala suam, kemudian letakkan di atas permukaan wajah. Ia akan membuatkan pori-pori kulit membesar sehingga whitehead dan blackhead jadi lebih mudah untuk dibersihkan. Gunakan alat pencungkil wajah untuk membuang whitehead dan blackhead. Penggunaan tuala yang direndam dengan air panas juga mengurangkan risiko adanya infeksi ketika proses mencungkil whitehead dan blackhead.
PUTIH TELUR DAN MADU
Oleskan campuran putih telur dan madu pada wajah, biarkan selama 20 hingga 30 minit, lalu bilas dengan air suam. Campuran ini efektif untuk menghilangkan dan mencegah terjadinya whitehead dan blackhead.
Putih telur mengandungi nutrisi yang bagus untuk kulit dan sangat sesuai digunakan sebagai masker wajah. Selain itu bahan tersebut dapat mengecilkan kan pori-pori pada kuli wajah.
TOMATO
Kupas tomato dan oleskan di bahagian wajah yang ada whitehead dan blackhead sebelum tidur. Biarkan semalaman, kemudian bersihkan dengan air suam di pagi hari. Tomato memiliki sifat antibakteria alami yang dapat menghilangkan whitehead dan blackhead. Tomato juga mengandung lycopene yang memberikan efek antioksidan pada kulit dan menghilangkan semua radikal bebas penyebab kerosakan kulit.
CUKA EPAL
Bersihkan wajah terlebih dahulu, celupkan kapas muka ke dalam cuka epal dan tempekkan kapas tersebut pada wajah. Fokuskan di bahagian wajah yang ada whitehead dan blackhead. Biarkan sehingga kering. Anda boleh membiarkannya tanpa membilas selama beberapa jam atau semalaman. Jika memiliki kulit sensitif, campurkan cuka epal dengan sedikit air. Lakukan setiap malam. Sifat antibakteria dalam cuka epal dapat membersihkan pori-pori pada kulit wajah.
Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Tular di TikTok cara menurunkan berat badan hanya perahkan sebiji lemon segar (atau limau nipis) ke dalam secawan kopi hitam. Wow menarik bukan! Rata-rata mendakwa helah ini telah membantu mereka kempiskan perut dan menurunkan berat badan.
Adakah helah ini betul-betul berfungsi dan apa kata pakar? Sebelum itu lihat dahulu beberapa cabaran yang tular di aplikasi TikTok
Teruskan menonton vidoe tular cabaran lemon kopi di aplikasi TikTok
Terdapat beberapa bukti bahawa kafein boleh bertindak sebagai penahan selera makan, serta meningkatkan kadar metabolisme anda melalui peningkatan thermogenesis (pengeluaran haba yang membakar kalori), jelas pakar. Tetapi hanya kerana anda minum kopi tidak bermakna anda akan menurunkan berat badan. Berada dalam defisit kalori harus menjadi keutamaan utama apabila berusaha ke arah matlamat penurunan berat badan. Tambahan jika anda minum secawan kopi pagi anda dengan lebihan krim, gula, sirap manis atau krim disebat, lebih sukar untuk mengalami defisit kalori.
Kafein juga boleh membantu meningkatkan tahap tenaga dan jika anda boleh bersenam atau bergerak lebih banyak kerananya, maka itu akan menjadi sebab kafein paling membantu metabolisme anda.
Satu-satunya cara lemon boleh membantu dengan penurunan berat badan, jika anda menambah lemon ke dalam air dan membantu anda minum lebih banyak. Sama ada air yang anda minum berperisa dengan lemon atau tidak, air minuman boleh membantu dalam penurunan berat badan kerana kadang-kadang kita tersalah anggap dahaga sebagai kelaparan. Malahan, air dengan sendirinya boleh membantu penurunan berat badan dengan mengekalkan badan terhidrat, yang boleh membantu mengurangkan keinginan untuk makan dan kelaparan.
Jika anda suka rasa jus lemon dalam kopi anda, kenapa tidak. Tetapi jika anda ingin mengurangkan lemak badan, makan diet seimbang yang merangkumi makanan yang anda gemari dan fokus pada defisit kalori yang sederhana. Buat perubahan kecil yang boleh diurus dan pastikan ia adalah perkara yang anda suka lakukan supaya anda boleh kekal dengannya.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee dan Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shopee
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Mati itu pasti dan setiap individu pasti akan merasai kematian. Setiap amalan anda di dunia akan dihisab oleh Allah Taala, tidak kira sama ada amalan yang baik ataupun sebaliknya.
Sebenarnya, tidak sukar untuk mendapatkan pahala meskipun anda sudah pergi menghadap Ilahi. Malah, dengan lakukan 6 cara ini, pahala anda tetap akan mengalir jika ia bermanfaat untuk semua orang.
TIada istilah sudah terlewat kerana realitinya, kita masih belum terlambat. Moga inisiatif kita diambil kira Allah SWT. Mudah-mudahan.
InsyaAllah, amin.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di