Rambut yang sihat, hitam dan berkilat tentunya menjadi idaman setiap orang tidak kira wanita mahu pun lelaki.

Namun selalunya masalah yang sering terjadi ialah rambut gugur. Puas sudah memakai pelbagai jenis syampu produk-produk perawatan rambut yang lain namun masalah rambut gugur tetap juga belum dapat di atasi.

Pakar rambut menganggarkan kira kira 50 ke 100 helai rambut akan gugur setiap hari. Namun setiap folikel rambut yang gugur tadi akan tumbuh rambut baru. Walau bagaimanapun apabila folikel tidak sihat, tidak cukup nutrien, rambut sukar tumbuh. Lama kelamaan rambut tidak akan tumbuh terus.

Photo by skitterphoto from Pexels.

Ini satu tip untuk mengelakkan rambut makin hari makin nipis. Kalau hendak rambut kuat dan lebat, makan kacang Brazil. Kacang ini kaya dengan selenium. Ia merupakan mineral penting untuk pertumbuhan akar rambut. Sangat membantu bagi mengelakkan rambut kerap gugur.

Kacang Brazil mungkin tidak sepopular kacang pistachio tetapi kacang yang satu ini juga mengandungi banyak khasiat yang sihat. Malah terdapat pelbagai manfaat kesihatan kacang Brazil.

IKLAN

Kacang Brazil juga merupakan sumber lemak, protein, serat dan selenium yang sihat. Tidak hairanlah, jika kacang ini juga diramalkan mempunyai banyak manfaat kesihatan. Kacang Brazil adalah sejenis kekacang yang berasal daripada pokok yang dipanggil Bertholletia excelsa. Pokok Bertholletia excelsa sendiri adalah endemik kepada hutan Amazon, hutan hujan terbesar di dunia, yang kebanyakannya terletak di Brazil.

IKLAN

Minyak kacang Brazil memiliki kandungan Omega-6 dan Omega-9 yang tinggi. Ia membantu merangsang penghasilan sebum di bahagian kulit kepala. Kacang Brazil ada sejenis ejen penguat rambut yang dikenali sebagai phosphatidylcholine.

Photo by deena from Pexels.

Kacang Brazil juga membantu menggemburkan rambut secara semula jadi. Ia juga berfungsu sebagai pelembap agar rambut bersinar. Formulasi kacang Brazil ini juga ada terdapat dalam produk syampu. Ia juga membantu pertumbuhan kuku yang sihat bagi mengelakkan kuku menjadi rapuh.

IKLAN

Setiap hari tidak perlu makan banyak. Cukup dua hingga  tiga biji. Hal ini kerana kacang Brazil ini besar. Tidak kecil seperti kuaci dengan pistachio. Apa kata anda makan dari awal? Barulah rambut tidak ‘say goodbye’ awal-awal.

Sumber kredit: Dr Rizal Abu Bakar Top image: Canva

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

https://youtu.be/56nQrka4s8k

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI