Penyampai berita terkenal, Ezreena Amir Hamzah kini tampil jelita dengan imej berhijab bermula pada 1 Mac yang lalu yang kebetulan juga jatuh pada tarikh peristiwa Hari Israk & Mikraj.
Berkongsi di laman Instagramnya, Ezreena mengakui bahawa dirinya sudah lama memasang niat untuk mengenakan hijab namun hatinya belum terbuka lagi sebelum ini.
“Apa yang membuat saya berubah? Kisahnya begini. Sebenarnya dah lama pasang niat, tapi hati tak terbuka lagi. Tudung adalah sehelai dua, spare kalau ada assignment yang memerlukan memakai tudung. Brooch? Satu je. Itupun dah hilang.
“Awal Februari lalu, saya dikejutkan dengan berita salah seorang abang saya jatuh sakit. Sakit yg menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Kemudian dihantar ke hospital dan terus dipantau sehinggalah hari ini. Hakikatnya keadaan abang tidak begitu baik,” luahnya.
Ekoran daripada situasi tersebut, Ezreena berasa sungguh sedih lalu merintih dan meminta pertolongan daripada Allah agar diberikan kesembuhan buat abang tersayang.
Ads
“Setiap hari saya berdoa, sungguh-sungguh saya berdoa sehingga menangis di sujud terakhir mahukan abang dipanjangkan usia, sembuh dan kembali ke kehidupannya.
“I was so helpless, that no one can stay by his side, waiting for him at the hospital. Hanya doa je yang kami mampu lakukan.
“Saya tanya pada tuhan, apa yang boleh saya buat untuk bantu abg saya dan saya sanggup berubah jika itu boleh membantu.
“Tapi saya masih lagi teragak-agak untuk memakai hijab, bimbang jika saya belum bersedia. Seminggu dua selepas tu, walaupun abang masih belum stabil, tapi Allah SWT masih memanjangkan usianya. Allah SWT beri peluang untuk dia pulang bersama kami di rumah.
“Setidak-tidaknya boleh juga meneman dia dan berikan sokongan emosi. Seminggu saya di kampung, saya terfikir. Sejahil-jahil saya, Allah SWT cuba juga berikan apa yang saya inginkan.
“Dan saya juga ada berdoa pada Allah SWT, untuk memudahkan Zill bercakap, berinteraksi dengan baik dan mendapat manfaat di taska baru. Pun Allah dah kabulkan. Hari demi hari ada je perubahan baik yg Zill tunjukkan. Lantas nikmat Tuhan yg mana lagi saya dustakan?
“Dan bila terbayang muka suami yang tak pernah memaksa saya bertudung walaupun saya tahu dia sangat-sangat mendambakan perubahan itu, ia menguatkan lagi hati saya.
“Alhamdulillah, hati saya terbuka pada 1 Mac yang kebetulan juga jatuh pada Hari Israk & Mikraj. Satu perjalanan yang agung buat Rasulullah SAW untuk bertemu Allah SWT, di mana solat 5 waktu kemudian disyariatkan.
“Saya masih lagi saya. Tapi saya cuba jadi yang lebih baik daripada sebelum ini. Terima kasih banyak pada semua yang mendoakan. Appreciate that so much, 🙏🏻” tulisnya di laman Instagram.
Di ruangan komen, ramai yang terharu dengan kisah yang dikongsinya dan mendoakan agar Ezreena terus istiqamah ke jalan yang benar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Perkongsian pelakon Zara Zya dengan gambar dirinya bertudung mengundang persoalan ramai. Ramai yang tertanya-tanya mungkinkah pelakon cantik manis berusia 35 tahun ini sudah berhijab.
Spekulasi bertambah kuat apabila Zara berkongsi video mengenakan tudung ketika berada di sebuah pusat membeli belah.
Manakala di ruangan komen pula, kebanyakan pengikutnya di media sosial mengucapkan tahniah di atas perubahan yang menggembirakan itu. Dalam masa yang sama juga, ramai yang mendoakan agar Zara terus istiqomah.
Setiap individu mempunyai kecerdikan serta gaya fikiran yang unik dalam melakukan setiap masa menguruskan diri. Perkembangan akal juga di cerminkan melalui kecerdasan seseorang itu.
Jadi mungkin salah satu aktivit harian anda merupakan salah satu 5 tabiat yang menunjukkan anda seorang wanita yang ‘cantik dan pandai’. Jom sama-sama kita lihat melalui artikel ini!
Ramai antara kita yang suka menjalani kehidupan yang santai tanpa jadual yang terlalu spesifik. Maka, seorang wanita yang cerdik gemar mengatur kehidupannya dengan sangat sistematik.
Adanya jadual boleh menjadikan kehidupan anda lebih teratur tanpa kelam-kabut! Ya, ada yang suka lupa jika membuat appointment dengan seseorang, jadi cubalah adakan jadual aktivit harian sebagai guideline anda! No more late!
Bagi mereka yang gemar lakukan sesuatu benda baru, anda pasti seorang wanita yang berani! Tidak semua orang gemar melakukan sesuatu aktivit atau perkara yang mereka tidak pernah tahu dan mencuba.
Tahukah anda, mengharungi satu cabaran terutama sekali ketakukan adalah lebih baik dari lari daripadanya. Jangan sia-siakan waktu anda untuk tidak mencuba.
Menulis jurnal telah jadi satu perkara yang popular buat seketika dahulu. Tetapi sudah ramai yang tiada masa untuk menulis kerana terlalu fokus dengan kecanggihan alat peranti pintar.
Banyak sahaja aplikasi yang menyediakan ruang untuk anda rekodkan secara kreatif sebagai jurnal kehidupan anda. Dengan ini, anda boleh melatih diri untuk banyak renungkan kelamahan serta kekuatan yang anda nampak dalam diri.
Apa salahnya untuk berkongsi ilmu bersama orang lain? Islam juga menganjurkan umatnya untuk lebih terbuka dan saling berkongsi pengetahuan agar ilmu itu tidak terhenti.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Apabila seseorang manusia itu meninggal dunia maka terputuslah segala amalannya melainkan daripada tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu pengetahuan yang dapat diambil manfaat daripadanya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.(Hadis Riwayat Imam Muslim)
Ramai di antara kita yang gemar untuk membaca sesuatu fakta yang salah. Oleh itu, ramai yang suka memberikan respon dan menegakkan perkara yang salah tanpa usul periksa.
Sebagai seorang wanita yang ‘cantik dan pandai’ anda harus tahu bagaimana untuk menilai sesuatu perkara dengan betul. Lakukan soal selidik dan baca lebih banyak artikel mahupun sumber untuk kenal pasti sesuatu masalah. Dengan itu, anda boleh kongsikan kepada orang di sekeliling mengenainya dan bantu mereka fahami.
Memiliki rambut lurus sememangnya banyak kelebihan antaranya ianya mudah untuk diuruskan. Selain itu ia tidak mengambil masa yang lama untuk anda berdandan berbanding rambut kerinting.
Wanita yang berambut kerinting biasanya memilih untuk melakukan teknik ‘rebonding’ atau meluruskan semula rambut kerana menganggap gaya seperti itu mudah diuruskan. Walau bagaimanapun dalam pada sibuk untuk meluruskan rambut, jangan pula sampai terlepas pandang soal hukum agama.
Berikut huraian lengkap daripada Ustazah Asma’ Harun tentang perbuatan meluruskan rambut.
SOALAN:
“Assalamualaikum ustazah, izinkan saya bertanya tentang hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding. Adakah Islam melarang untuk kita melakukannya? Kerana saya sangat suka sekiranya rambut saya sentiasa kelihatan lurus dan cantik.”
JAWAPAN:
Waalaikumussalam wbt. SubhanAllah, bagus soalan puan. Sememangnya Allah menjadikan fitrah wanita menyukai kecantikan. Lebih-lebih lagi tatkala melihat diri di cermin.
Bahkan kadang-kadang apabila melihat iklan di televisyen, majalah mahupun media sosial, kita mula terdetik di hati, “Teringin nak buat rebonding” atau “Cantiknya rambut dia, lurus je. Nak buat rebonding jugaklah”.
Dalam masa yang sama, hati kita tertanya-tanya juga, “Adakah ia dibolehkan dalam Islam atau tidak?”, “Sekiranya kita melakukannya, adakah ia dikira sebagai mengubah ciptaan Allah SWT?”
Alhamdulillah. Allah SWT masih menjentik hati dan iman kita supaya sentiasa berhati-hati dan beringat dalam melakukan sesuatu agar ia mendapat keredhaan bukan kemurkaan daripada-Nya.
ISLAM AGAMA YANG MENCINTAI KECANTIKAN DAN KEKEMASAN
Islam sangat menyarankan umatnya supaya kelihatan bersih dan kemas. Terdapat sebuah hadis yang menjelaskan bahawa Allah SWT bersih dan menyukai kebersihan.
Justeru, orang yang sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan, insya-Allah akan semula jadi kelihatan cantik.
Hadis Nabi Muhammad SAW:
إِنَّ اللَّهَ طَيِّبٌ يُحِبُّ الطَّيِّبَ، نَظِيفٌ يُحِبُّ النَّظَافَةَ، كَرِيمٌ يُحِبُّ الكَرَمَ، جَوَادٌ يُحِبُّ الجُودَ، فَنَظِّفُوا، أُرَاهُ قَالَ، أَفْنِيَتَكُمْ وَلاَ تَشَبَّهُوا بِاليَهُودِ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah SWT itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan, Dia menyukai kedermawanan. Maka, bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu dan janganlah kamu menyerupai kaum Yahudi.” (HR al-Tirmizi, hadis dhaif)
Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Mas’ud r.a., Nabi SAW bersabda:
إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah itu indah dan Dia sukakan keindahan”. (HR Muslim, hadis sahih)
ASAS KECANTIKAN DALAM ISLAM
Hukum mencantikkan diri adalah harus pada asalnya. Walau bagaimanapun, keharusan ini boleh berubah menjadi haram apabila terdapat dalil pengharamannya sepertimana disebutkan dalam kaedah fiqh:
الأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءَ الْإِبَاحَة حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيْلُ عَلَى التَّحْرِيْمِ
Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu perkara adalah mubah (harus) sehingga datangnya dalil yang menunjukkannya haram.”
REBONDING (MELURUSKAN) RAMBUT: BOLEH ATAU TIDAK?
Terdapat dua pendapat yang dibincangkan oleh ulama berkenaan hal ini.
1. HARUS
Sebahagian ulama berpendapat adalah harus melakukan rebonding mahupun mengerintingkan rambut sekiranya tanpa menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal, iaitu hanya melalui rawatan fizikal seperti menggunakan alat penggulung plastik dan yang sejenisnya.
Hal ini kerana, ia tidak mengubah struktur dan fungsi rambut yang asal, malah masih dalam konteks tidak kekal serta sangat berkait dengan kaedah dan tatacara menguruskan rambut.
Maksudnya: “Berkata Imam Nawawi: meluruskan rambut yang kerinting dalam Islam itu dibolehkan selama mana dengan izin suaminya. Jika sebaliknya, maka pembolehannya itu tertolak. Sementara dalam pandangan sebahagian ulama Hanbali, jika mengubah rambut dengan bertujuan seperti orang Fajir (sejenis fasiq), maka dilarang sama sekali. Dan jika tujuannya kerana izin suami, maka dibenarkan dan dibolehkan.” (Kitab Fathul Bari)
Antara tujuan dibenarkan syarak adalah seperti: a. Bukan mencantikkan rambut dengan bertujuan untuk melakukan maksiat. b. Mencantikkan dan menghias diri untuk keselesaan suami bagi wanita yang telah bernikah dengan mendapatkan keizinan suaminya atau atas permintaan suaminya sendiri. c. Melakukan dengan tujuan untuk mencantikkan dirinya sendiri sahaja bukan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Syarat-syarat sekiranya melakukan proses meluruskan rambut: a. Aurat dijaga dengan rapi dan sempurna daripada pandangan lelaki ajnabi dan wanita bukan Islam sama ada sebelum, semasa dan selepas proses rebonding dilakukan. b. Rebonding tersebut tidak menyerupai budaya orang kafir dan fasiq. c. Menggunakan bahan yang suci dan bersih serta tidak menghalang air untuk sampai ke bahagian tersebut ketika bersuci seperti mengambil wudhuk atau mandi wajib. d. Tidak menggunakan bahan kimia yang boleh mengubah struktur protein rambut secara kekal. e. Tidak menggunakan peralatan yang boleh mendatangkan kemudharatan dan kerosakan pada rambut dan diri sendiri.
Ini adalah pendapat yang membolehkan meluruskan rambut dengan tidak menjadikan ia sebagai mengubah ciptaan Allah SWT.
Di dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرٌ فَلْيُكْرِمْهُ
Maksudnya: “Barang siapa yang memiliki rambut, maka hendaklah dia memuliakannya.” (HR Abu Daud, hadis hasan)
2. HARAM
Sebahagian ulama mengharamkan perbuatan rebonding ini kerana diqiyaskan (menyamakan hukum) kepada hukum mengubah ciptaan Allah SWT berikutan terdapatnya bahan kimia yang digunakan bagi meluruskan rambut secara kekal.
Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a., bahawa Nabi SAW bersabda:
لَعَنَ اللهُ الوَاشِمَاتِ وَالمُسْتَوْشِمَاتِ ، وَالنَّامِصَاتِ وَالمُتَنَّمِصَاتِ ، وَالمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ المُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللهِ
Maksudnya: “Allah SWT melaknat orang yang membuat tatu dan orang yang meminta dibuat tatu. Orang yang mencabut bulu mata dan orang yang diminta cabut bulu matanya. Orang yang menjarangkan giginya demi kecantikan sehingga merubah ciptaan Allah SWT”. (HR Bukhari dan Muslim, hadis sahih)
Syeikh Hani bin Abdullah al-Jubair menyebutkan dalam kitabnya, ad-Dhawabith asy-Syariyah fi Umliyati at-Tajmiliyah:
وَتَغْيِيرُ خَلْقَ اللّٰهُ هُوَ تَحْوِيلُ الشَّيئِ عَنْ صِفَاتِهِ حَتَّى كَأَنَّهُ شَيْئٌ آخَرَ أَوْ إِزَالَتُهُ عَنْهَا
Maksudnya: “Mengubah ciptaan Allah ialah melakukan perubahan sesuatu dari sifatnya sehingga menghilangkan keadaan asalnya.”
Imam Thabari juga menyatakan bahawa adalah dilarang bagi wanita yang mengubah ciptaan Allah SWT:
قَالَ الطَّبَرِي: لَا يَجُوزُ لِلْمَرْأَةِ تَغْيِيْرُ شَيْءٌ مِنْ خَلْقَتِهَا الَّتِي خَلَقَهَا اللّٰهُ عَلَيْهَا بِزِيَادَةٍ أَوْ نَقْصٍ التِمَاسِ الْحَسَنِ لَا لِلْزَّوجِ وَلَا لِغَيْرِهِ
Maksudnya: “Berkata Imam Thabari bahawa tidak disunatkan bagi wanita untuk mengubah ciptaan Allah SWT dengan cara menambah atau mengurangi anggota badannya, baik untuk alasan (menyenangkan suami) atau alasan lain.” (Kitab Fathul Bari)
RUMUSAN
Berbalik kepada soalan puan, hukum meluruskan rambut atau lebih dikenali sebagai rebonding adalah bergantung kepada niat atau tujuan ia dilakukan.
Pada asalnya, ia adalah harus berdasarkan syarat-syarat yang dibenarkan oleh syarak namun terdapat juga ulama yang berpegang kepada pendapat haram sepertimana yang telah dijelaskan sebelumnya.
Wallahu a’lam. Semoga bermanfaat buat semua.
RUJUKAN 1. Laman web Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, “Al-Kafi #1340: Hukum Melakukan Rebonding atau Meluruskan Rambut.” 2. Laman web Majlis Ulama ISMA, “Hukum Melakukan Rebonding.” 3. Laman web Hizbut Tahrir Malaysia, “Rebonding Rambut – Apakah Hukumnya Menurut Syarak?” 4. Laman web Dalamislam.com, “Hukum Meluruskan Rambut Menurut Islam.” 5. Laman web Pecihitam.org, “Hukum Meluruskan Rambut dalam Islam; apakah Dalil dan Contohnya Pada Masa Nabi?”
Rahsia kulit flawless Tiffany Young akhirnya terbongkar! Ketahui bagaimana Eucerin Spotless Brightening membantu mencerahkan dan meratakan tona kulit dengan hasil menakjubkan.