Syawal kali ini pastinya berbeza buat pelakon cantik yang tinggi lampai, Bella Dally kerana akan menyambutnya bersama suami tersayang, Arif Izuddin. Pasangan sama cantik sama padan ini telah selamat diijab kabulkan Mei lalu Marina, Putrajaya dengan disaksikan keluarga serta teman rapat kedua belah pihak.
Walaupun ini merupakan perkahwinan kedua buat Bella, tetapi ia sangat bermakna buat dirinya setelah melalui episod duka sebelum ini.
Bercerita sisi lain, pelakon cantik manis ini turut berkongsi pengalamannya menempuh malam Lailatulqadar. Ternyata dia antara insan yang beruntung kerana pernah menyaksikan sendiri keindahan malam yang dinantikan oleh semua umat Islam.
Menurutnya juga yang merupakan Duta Ariani ini, pengalaman itu dirasai ketika dia masih kecil dan masih di bangku sekolah.
“Inilah nostalgia Ramadan yang tidak pernah saya lupa. Ada satu masa itu ketika masih kecil, seingat saya masa sekolah rendah. Masa itu subuh baru lepas sahur. Suasana ketika itu sangat sunyi dan tenang sekali.
“Apabila keluar rumah saya nampak bintang banyak sekali bertaburan di kanvas langit. Sangat indah dan perasaan itu sukar diungkapkan dengan kata-kata.
“Pada fikiran saya mungkin malam tersebut adalah malam Lailatulqadar. Dan saya berharap sangat dapat berjumpa lagi dengan malam seperti itu,” ujarnya ketika ditemubual bersama majalah Nona.
Ramadan kali ini juga cukup berbeza dengan sebelumnya apabila Bella menyambut kedatangan bulan mulia ini beberapa hari di Tanah Suci bersama suami tersayang.
Pasangan ini sengaja memilih Mekah sebagai destinasi bulan madu untuk mencari keberkatan dan mahu mengeratkan lagi kasih sayang antara mereka berdua.
Dalam pada itu, Bella juga tidak putus mengucapkan syukur dan yakin apa yang berlaku sebelum ini ada hikmah yang tersendiri.
Malah berpeluang untuk mengerjakan umrah dan seterusnya menyambut Ramadan memang menjadi impiannya sejak dulu. tambahnya lagi hanya Allah yang tahu betapa bahagia dan gembiranya dia saat ini.
Kurang seminggu lagi, bulan Ramadan Al-Mubarak akan membuka tirainya! Bermakna hijabi semua dah boleh merancang untuk berbuka puasa di mana, sepanjang bulan puasa ni!
Tak mungkin selama sebulan hanya iftar di rumah sahaja kan? Tambahan pula, masa berbuka puasa ni lah waktu yang amat tepat untuk kita mengeratkan ukwaah sesama ahli keluarga, rakan taulan, jiran dan juga pasangan.
Jadi sementara masih ada masa lagi, apa kata Hijabi sediakan Wishlist Iftar untuk Ramadan tahun ini, tapi dua destinasi ni ‘wajib’ ada dalam senarai tau, sebab dua destinasi pilihan Hijabista ini, menawarkan juadah iftar yang amat berbaloi dengan tawaran harga berpatutan.
Confirm Tak Menyesal ‘Iftar’ Di Dua Lokasi Ini Pada Ramadan Nanti!
Ormond Hotel – Chow Kit
Bermula pada 23 Mac sehingga 21 April nanti, Ormond Hotel yang terleak di Chow Kit bakal menjamu ‘taste buds’ Hijabi dengan juadah berbuka puasa bertemakan ‘Citarasa Malaya’, lebih menarik lagi ia menawarkan variasi hidangan serantau yang popular dan kaya dengan budaya nusantara Malaysia.
Antara hidangan yang bakal membuatkan anda kecur air liur adalah, Nasi Ulam atau Nasi Minyak yang dihidangkan dengan lauk pauk yang cukup membuka selera yang terkenal di negeri-negeri sekitar Malaysia seperti Udang Sambal Petai Berlada yang terkenal di Kedah dan Ikan Bakar panggang ala Johor yang diperap menggunakan ramuan istimewa turun temurun.
Selain itu, terdapat juga Gulai daging kentang dan kerisik yang berasal dari Terengganu, serta ayam Percik Madu bersalut kelapa dan kunyit dari Kelantan. Tidak dilupakan juga pelbagai jenis ulam-ulaman bersama sambal belacan sebagai pelengkap hidangan.
Usai menjamu hidangan utama, jika masih lapar, anda boleh menikmati pelbagai jenis hidangan sampingan seperti satay ayam, cucur udang, Sup Gear Box Kambing, Roti Bakar ataupun Laksa Johor!
Setelah puas bersantap, boleh lah sis nikmati pemanis mulut pula yang terdiri daripada pelbagai kuih muih tradisional melayu (Seri Muka, Gula Melaka Indulgence and Corn Custard Pudding) atau nikmati dua pencuci mulut terbaik Malaysia iaitu Bubur Pulut Hitam dan Sago Gula Melaka dan basahkan tekak dengan air Milo atau Teh Tarik panas.
Banyak betul juadah yang menyelerakan, tentu harganya mahal! Jangan risau, harga yang ditawarkan untuk anda nikmati Bufet ‘Citarasa Malaya’ ini amat mampu milik dimana untuk tiga orang, hanyalah bernilai RM420++ sahaja!
Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan promosi bufet pada bulan Ramadan nanti dan ingin membuat sebarang tempahan, boleh layari laman sesawang thechowkit.com/eat-drink atau hubungi +603 2778 6688 untuk sebarang pertanyaan.
MAKAN @Tune Hotels KLIA-KLIA2
Bagi Hijabi yang gemarkan makanan kampung sebagai juadah berbuka puasa di bulan Ramadan nanti, Tune Hotel KLIA-KLIA2 adalah tempat yang WAJIB dituju, kerana MAKAN@Tune Hotel menawarkan bufet Ramadan bertemakan ‘Selera Kampung’.
Hijabista difahamkan bufet ‘Selera Kampung’ ini akan mula menjamu orang ramai bermula 27 Mac ini hingga 16 April nanti.
Antara juadah dan tarikan menarik yang bakal menjadi menu hidangan bufet ini semestinya hidangan utama iaitu Nasi Beriyani, Nasi Arab dan Nasi Putih, Sup Ayam Berempah, Ikan Bakar Daun Pisang, Gulai Kawah, Asam Pedas Tenggiri, variasi pelbagai jenis ulam-ulaman segar yang lengkap dengan sambal belacan, sambal tempoyak, budu dan bermacam lagi yang pasti membuatkan anda rambang mata memilih!
Hidangan sampingan pula terdiri daripada Sate Ayam yang dibakar panas-panas dan Roti John yang dimasak secara terus dihadapan tetamu. Manakala, sebagai pencuci mulut terdapat pelbagai jenis kuih muih tradisional, Buah-buahan segar, variasi kek dan juga puding untuk dinikmati.
Hijabis juga boleh membasahkan tekak anda dengan menikmati ais Cendol atau Air Batu Campur yang disediakan dengan pelabagai jenis ‘toppings’.
Harga bagi bufet ‘Selera Kampung’ ini adalah seperti berikut:
Dewasa – RM98++ (seorang)
Kanak-kanak (6-12 tahun) – RM48++ (seorang)
Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun – Percuma
Lebih menarik lagi sekarang sedang berjalan promosi harga ‘Early Birds’ yang menawarkan harga lebih rendah, jika anda membuat tempahan sebelum 26 Mac ini, iaitu hanya RM88++ bagi seorang individu dewasa.
Anda juga dapat menikmati dikaun tambahan sebanyak 10 peratus sekiranya menempah secara berkumpulan sekurang-kuranya 10 orang dewasa atau lebih.
Jika hijabi berminat untuk membuat tempahan dan mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-87871726 atau emailkan pertanyaan anda di makanminum.klia2@tunehotels.com
Setiap hari di laman media sosial, ada sahaja yang berkongsi cara menurunkan berat badan. Bukan tujuan mereka untuk riak kerana berjaya dalam misi diet, tetapi sekadar berkongsi dengan netizen di luar sana yang juga mengalami masalah pertambahan berat badan berlebihan. Seperti perkongsian wanita ini di laman facebook memberitahu pengalamannya berjaya menurunkan 13.5 kg hanya dalam masa 4 bulan.
Nurain Sazila, 33 tahun ini mengamalkan puasa atau kaedah intermittent fasting selama 16 jam, duet kalori dan juga senaman. Menurutunya dia mengamalkan diet cara ini sejak Oktober tahun lalu selepas melahirkan kedua-dua anaknya melalui kaedah ceaserean.
Ikuti perkongsiannya di laman sosial facebook caranya menghilangkan berat asal dari 74.5 kg dan kini hanya 61 kg. dia turut berkongsi menu diet diamalkan dan semuanya adalah ‘eat eat’.
Kena sabar dan konsisten kalau nak diet berkesan
Saya share sebab nak bagi semangat pada yang lain² yang sedang berdiet your journey, your struggles, your high and low akan terbayar sekiranya kita istiqomah dan bersabar.
Semua diet akan berkesan sekiranya kita sabar dan konsisten buat. Walau ada hari terbabas and kita makan banyak macam ada lapan perut teruskan perjuangan. Yang hari dah tergagal tu dahlah. Yang penting esoknya back on track
Monitor kalori saya pakai apps myfitnesspal. Workout goals saya pakai jam Mi Band 3.
Share gambar buka untuk tujuan riak, tetapi beri inspirasi kepada orang lain.
Saya share gambar ni bukan nak meriak. Sebab saya x hebat, saya bukan orang yang sangat² disiplin tetapi Allah swt yang mudahkan urusan diet/fitness saya.
Saya share dekat sini menu apa yang saya amalkan dan makan untuk turunkan berat badan saya.
Saya makan 3 kali sehari. Meal 1 + Meal 2 + Snack. Ini saya punya personal preference. Sebab saya buat IF, jadi feeding window pun sekejap je. Tak semestinya kena makan 3x macam saya ya,lagi kerap makan lagi bagus tapi kena pastikan jumlah kalori mestilah diantara 1000-1300cal. Ingat apa rahsia sebenar kurus ???? Makan jangan lebih kalori defisit harian.
Tahu tak sebenarnya kalau hari² lunch makan burger McD (tak termasuk fries dengan cola ya) sebenarnya boleh je kurus pasal McChiken Burger tu kalori dalam 300-400 – kan ke masih dalam nilai kalori defisit tu. Tapiiiiiiiii kena ingat fast food, processed food tak ada nilai nutrisi. Tak berkhasiat. Sekali sekala nak makan ok je. Nak elakkan terus, kita ni manusia ada nafsu kan. Makanlah tapi berpada². Sekali sekala melayan anak tekak ok je. Jangan stress² diet ni. Sebenarnya diet ni x ada makanan yang tak boleh makan, semua boleh makan cuma makanan yang kita makan tu lebih baik ada nilai nutrisi dan khasiat.
Buat masakan tumis tetap guna minyak, tetapi satu sudu sahaja
Tahu tak minyak masak sesudu besar bersamaan anggaran 120 kalori ? Sebab itu saya kurangkan penggunaan minyak dalam masakan. Bukan tak guna terus ya. Saya masih juga tapi saya akan guna paling banyak 1-2 sudu besar sahaja jika masak. Kalau tak macam mana nak menumiskan boleh ke tumis pakai 1 sudu besar minyak? Boleh je. Saya dah test. Sedap je. Menjadi je masakan. Kalau sambal tak jadilah kot. Tapi saya pun dah berbulan x menumis sambal sebab kami makan sambal belacan dengan sambal kicap je sekarang. Masak udang sambal ke sotong sambal ke pakai pes sambal belacan + 1 sudu besar minyak. Sama sedap je macam sambal biasa.
Gula putih dan susu pekat manis pun jarang guna dirumah kami. Saya pun kalau masak memang jarang tambah gula. Kalau rasa nak menambah pun dalam 1 sudu teh kecil. Susu pekat manis memang dah tak ada dalam fridge sebab saya minum kopi essenso yang sachet tu kan jadi x kena tambah apa² lagi manisan sbb memang dah 3 in 1. Eh diet pun boleh minum 3 in 1 ya? Susah nak jawab soalan ni saya ni avid coffee drinker. So dalam kalori harian saya – saya memang allocate 110kalori untuk kopi yg saya suka – macam saya cakap tadi asalkan ada kalori defisit berat tetap akan turun.
Untuk yang PM saya makan apa. Ni saya share saya makan apa. Tak ada rahsia lain. Memang tips yang common je 1. Kurangkan minyak 2.Kurangkan gula 3.Kurangkan makan 4. Rajinkan diri bersenam
Masalah berdiet ni, bukan diet tu susah. Yang susah nak kawal diri ni asyik nak makan je. Sebab tu IF membantu sebab feeding window nak makan tu sekejap je.
Tak ada rahsia. Tak ada pil. Tak ada produk² kurus. Rahsianya Jaga Makan. Ingat 80% jaga makan 20% bersenam.
Dalam mengejar kemajuan masa kini, semua yang dilakukan perlu serba pantas supaya tidak dikatakan ketinggalan. Hendak cepat sekalipun jangan sesekali lupa untuk bersiap supaya penampilan tampak menarik. Bersiap setiap pagi (tidak kira weekdays atau weekend) bukan mudah. Kadangkala ia memerlukan masa yang lama dan bila tidak jadi, jenuh! Perlu dibersihkan dan dibuat semula.
Mahu bersiap dengan lebih cepat? Kuasai 15 beauty hacks ini. Mengapa perlu susah-susah apabila ada shortcut untuk bersiap? Mari lihat video beauty hacks ini.
Tidak perlu lagi kalut dan buang masa apabila bersiap-siap pada waktu pagi. Selamat mencuba! – hb
Malah, sejak mendirikan rumah tangga dan melayari bahtera perkahwinan sebagai sepasang suami isteri, rupa paras dan penampilan suri hati kepada Datuk Abdul Latif Romly ini dilihat semakin menawan dan kian terserlah kejelitaan wanita berusia 25 tahun ini.